Selasa

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia - Mesti pergi!

Assalamualaikum


Rumah hantu terbesar di dunia ni terletak kat Jepun. Specifically kat Fujikyu Hairando (Fujikyu Highland? kot..hahah) Aku pegi masa tahun 2005. Ada banyak attraction menarik kat situ. Tapi since aku pakai tudung aku tak boleh naik menatang yang extreme melampau macam roller coaster. Masa aku masuk tu kebetulannya ada kes di mana seorang pengunjung pakai mafela kat leher tersangkut masa naik roller coaster tu. Padam (read:mati). So diorang taknak perkara yang sama berlaku. Sedih woo..

Tapi aku masuk jugak kat Hospital berantu ni. Masa tu aku tatau la yang kata ni adalah rumah hantu terbesar di dunia. Masuk-masuk je aku terus diberi taklimat. Interior macam hospital kena tinggal lah. Destinasi pertama aku ialah bilik X-ray.


Hospital berantu


Hati-hati jengah bilik ni, nanti tetiba orang nyamar jadi hantu kejar


Ni kot mamat yang kejar aku tu


Duduk kat bangku tu konon diorang nak ambik x-ray lepas tu tetiba kerusi tu terjatuh sikit kat screen depan tu tunjuk gambar hantu. Aku dok dengar gak orang lain jerit-jerit. Bila sampai turn aku haram aku tak jerit pun. Hampeh.

Kitorang jalan dalam kumpulan sebab gelap gila. Lepas tu ada hantu jepun terlepas jalan sana sini kacau orang. Memang takde route. So pandai-pandai lah. Kalau sesat padan muka. Ada orang yang tak jumpa jalan keluar. Pusing-pusing tempat yang sama. Ngeri ooo..

Sampai kat satu tempat tu dia bagi torch light sebab memang takde lampu. Lalu kat bilik mayat gantung-gantung. Tetiba ada sekor hantu terjah aku. Macam nak pengsan aku. Hampeh punya Jepun. Buat rumah hantu menakutkan gila. Last sekali masa aku dah nampak cahaya ke jalan yang benar (pintu keluar) tetiba ada sekor hantu pakai baju doktor, badan dia besar gila.. Halang laluan aku. Masa tu aku dah cuak gila. Mampus aku kalau dia angkat aku letak kat celah mayat gantung-gantung tu balik. So aku pun cakap dengan nada paling sopan

"Sumimasen, tooshite kudasai" Minta maaf tolong bagi laluan

Hahaha.. Bila ingat balik cam bongok pun ada.

Aku tak ingat berapa jam aku duk dalam tu baru boleh keluar. Tapi tobat aku tanak masuk dah.

Nota kaki : Sapa ada peluang pegi Jepun jangan lupa pegi sini. Boleh naik boat coaster (pandai aku je bagi nama) Terjun guna bot. Lepas tu habis basah. Tension aku sejuk masa tu.

Daa

10 comments:

norliza berkata... [Reply]

jom join contest:

http://ibuarifandaisyah.blogspot.com/2011/08/jom-join-contesthadiah-rm1000000.html

misya berkata... [Reply]

mesti ngerikan

Unknown berkata... [Reply]

umiliza,

insya allah..tapi bulan puasa ni susah sikit nak menjoin kontes dan segmen bagai..

Unknown berkata... [Reply]

misya,
hahaha..ngeri gilaaa..hormon adrenalin tu mengalir cam sungai.. cuak sepanjang jalan..nasib baik tak pengsan..

Nini Hartini berkata... [Reply]

mcm best je rai? haha...

tp hantu buatan, mst xde feel sgt kan. kekeke... cuma kita takut klu dlm banyak2 hantu buatan, tetibe ada seekor ju-on terlepas kahkakah...

Unknown berkata... [Reply]

best kalau jenis yg suka adventure.. kalau org lagi takut dari hantu sbb masuk rumah hantu kita tau dah mmg akan ada hantu.. hahaha...lepas tu hantunya tu org.. siap kejar lagi..nasib baik saya tak ketuk sorg hantu tu dengan torch light sbb dia kejar saya..hahaha..

yatie chomeyl berkata... [Reply]

eeee tak mo lah mausk yang ni. yang kat Tenjin tu pun dah nak terkencing bagai hehehe

Unknown berkata... [Reply]

kalau saya pun suh masuk lagi skang ni tobat tak nak dahh... cukup la sekali..hehehe..

Irfa berkata... [Reply]

aku baca pun dah kecut perut..tak ingin aku pegi deeeeeee

Unknown berkata... [Reply]

zaman aku masuk rumah hantu pun dah berlalu..hehehe..sekarang aku makin penakott..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com