Isnin

Resepi walnut brownies paling sedap

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Berakhir sudah jualan flea market di opis. Walau pun short RM9, aku syukur sebab semua brownies dan red velvet dengan cheese meleleh habis dijual. Dapat jugak sedekah 2 bekas untuk team dan satu untuk birthday girl anak perempuan director yang baik ngan aku tu.

Oleh itu, aku nak share "resepi brownies" yang super sedap ni.

Ada yang kata rasa brownies ni seperti rasa brownies kartika sari yang famos amos tu. Tapi wallahualam. Aku pun tak penah makan. Yang aku tau sedap gila je.

Seperti yang diamanatkan oleh tuan punya resepi. Resepi brownies ni perlu dikongsi kepada orang ramai supaya hasilnya menjadi. Hehehe. Yang share resepi ni adalah tokey kek yang super baik hati Ilyana Abdullah Sister's Cakery.

Resepi brownies chewy gooey yummy paling sedap
Bahan bahan untuk 8x8 square pan
170g choc bittersweet ( Aku guna chocolate courverture)
90g butter
35g coco powder

Cairkan kaedah double boil. Atau cing kejap dalam microwave. Cing tu adalah bunyi microwave bila dah time up. Cinggg..

100g tepung
1/4ts garam
1/4ts baking powder

Ayak bersama

2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1ts vanilla

Kaedah membuatnya
(1) Pukul telur dan gula laju laju dalam 10 minit. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit. (bergantung pada kepanasan oven) - Aku pakai built in oven kakak ipar. 30minit sahaja.

Indicator paling senang adalah, brownies akan kembung naik dan turun semula. Bila dah turun semula tu dah masak la tu maksudnya. 5-10 minit terakhir tu boleh hadap oven sampai puas. Hahaha..

Kalau nak lagi sedap. Taburkan slice almond atasnya. Atau macam aku, bakar plain, lepas tu letak topping ganache coklat dan taburkan walnut untuk jualan. Hihihi.

Nota kaki : Aku buat guna 10x10 square pan, adunan tu jadikan satu setengah adunan. Dan jangan lupa alas pan dengan baking paper. 


Selamat mencuba. 

Daa

47 comments:

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

Alahaiiii sedapnya... lenkali nak try buat la...

Nazayiena Ayiena berkata... [Reply]

Tq kongsi resepi brownies yg mables tu,seronoknya berniaga jika hari2 habis je.

Qashmere berkata... [Reply]

Sedapnya..boleh cuba resipi ni....

Deqla Manjew berkata... [Reply]

sedapnye.. thanks sharing resepi ya.. =)

anitadiana berkata... [Reply]

sedapnya,,tak ada oven.....tengok aje lah..he..he

Irfa berkata... [Reply]

wah..sedap macam kek kartika sari tu
aku pun x penah makan tp org kata produk kartika sari semuanya sedap
hihi

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Pandai salin resipi jer lah. Buatnya tak tau bila...hehehe...

Cinta Cinta berkata... [Reply]

boleh cuba resepi ni... tq sharing

Amanda Suria berkata... [Reply]

resepi ni boleh bagi kat adik i ni..dia suka mencuba..

Nieda ramly berkata... [Reply]

alahai sedapnya ....kalau dekat boleh oder

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Yummy....nmpak pown dh sedap....thanks akk share resipi...

Shima Salleh berkata... [Reply]

nak buat.. tp kena ada masa yg betul2 sebab kek kena buat dgn penuh kasih syg dan bersabar hahahahaha... sbb nanti tak jadik T_T

sitiezahim berkata... [Reply]

salam rai.. brownies ni paling bes, senang nak buat kan.. hehhehe

imm berkata... [Reply]

eiiyyy sedapnyee..tp takpndai bakingg sendiri..huhuhu..tunggu adik balik cuti sem pastu kerah tenaga die buat..kehkehkeh

QasehnyaRania berkata... [Reply]

Morning akak
alahai, ada masa nak cuba la. Tankiu kak share resepi
alhamdulillah rezeki tu

azian berkata... [Reply]

malas nak buat...nak rai yg buatkan...kikiki

Bahrain Ramlan berkata... [Reply]

Pernah rasa ni, memang sedap.

adrianna syaz berkata... [Reply]

Bestnya..sya mau buat brownies ni klu ada klpangn nnti..ramai pminat coklat kt umh ni..

Peace Yoo berkata... [Reply]

Mmm...sedapnye..rase nak buat.terima kasih, sbb kongsikan resepi ni...♡♥♡♥♡

Achik Feeza Mirza berkata... [Reply]

Terima kasih sudi share resepi...lepas ni nak cuba...nak cuba nanti nampak mcm sedap....kalau buat jualan berapa harganya ye....harap dpt kongsi maklumat....terima kasih...

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Achik Feeza Mirza, sori lambat reply.. brownies ni dijual 10x10 inci saya potong 5x5.. setiap 2 keping rm3.50..

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Achik Feeza Mirza, sori rm3.. hehe

Baizura Hanapi berkata... [Reply]

Salam,

Nak tanya.. butter dan serbuk koko tu dicampur sekali dgn choc yg kena double boil tu ke.

Kalau resepi ni sedap mcm brownies kartika sari.. mmg wajib cuba!! Sedap ni..

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Baizura Hanapi, cairkan butter dgn choc masakan dulu.. lepas tu baru campur dengan serbuk koko.. maaf ya lambat reply.

jaja berkata... [Reply]

Salam,

Yang pukul telur tu guna whisk shj ya?
Tak perlu mixer bagai?

Roslina Sahidin berkata... [Reply]

Dah try buat semalam,memang awesome..super sedap. :)

NURUL JANNAH berkata... [Reply]

Bikarbonat @ baking powder memang tk perlu kan...mak aih,meleleh dh ni..nk makan panas2

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@NURUL JANNAH, baking powder ada letak.. soda bikarbonat tak payah..

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@jaja, kalau ikut tuan resepi ni kata, pukul pakai mixer..

zarida zakaria berkata... [Reply]

sedapnye...dah lame terpikir nak buat..nak abis pantang nak cube la..nak suh husben beli bahan2 kan susah pulak..baik g shopping sendiri je nnt..

Nak tanya, saya tak pernah bakar kek guna oven saya nie..untuk bahagian api tu, nak pilih yang mane ea?api atas je ke?ke api atas bawah?pilihan api bawah shj takde pulak..

TIA

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@zarida zakaria, salam.. api atas bawah lagi cepat masak.. tapi dah 10minit terakhir tu tengok2 sikit.. sbb oven lain lain..takut hangit pulak..

erleena berkata... [Reply]

Kita buat jadi sedap! Thanks akak! Time bakar memang perati je it takes around 20min

erleena berkata... [Reply]

Buat pakai whisk je senang kalau yg xde mixer ☺️

sue berkata... [Reply]

Salam perkenalan..saya Suhaila..
saya dah cuba resepi ni. menjadi dan sangat sedap. saya buat link dan credit blog puan di blog saya ye. tq.

noor suziyana berkata... [Reply]

Tq utk resepi yg best ni. Sy bru2 blaja buat kek. Alhamdulillah.Sy 1st time buat trus jd. Mmg mudah n simple je n yg paling penting sedap! :)

Matahari Pagi berkata... [Reply]

Salam rai.. choc cair tu kna tggu sejuk x?

nur misuarni berkata... [Reply]

as salam... brownies ni kena tunggu betul2 sejuk baru potong atau masa suam2 tu dah boleh potong?
thanks.

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@Matahari Pagi,maaf lambat reply.. choc cair tu suam suam pun dah ok dah.. tak payah sampai betul2 sejuk..sekejap je..

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@nur misuarni, salam...kalau potong masa panas2 tu dia crack sikit.. saya tunggu sejuk sikit baru potong..

Marshidah Mj berkata... [Reply]

Assalamualaikum. Salam perkenalan dari saya. Sedapnye..tgk gambar dah tahu. Mohon share resepi ye sis. Tqvm.

Marshidah Mj berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Farra Ezzreen berkata... [Reply]

salam sis pakai tepung apa ya?tepung naik sendiri atau tepung biasa

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@Farra Ezzreen, tepung gandum je..

aiNEe berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@aiNEe, saya guna telur gred A.. mana mana pun kena asingkan..

aiNEe berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mis Yana berkata... [Reply]

@Rai Ourkizuna

nk tnya pakai tepung ape ek.tepung gandum ke

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com