Assalamualaikum
Membaca mengenai sisi buruk susu kacang soya kat blog Ekmirabat, menarik minat aku nak buat kajiselidik tentang keburukan kacang soya. Maklumlah, bukan senang nak percaya satu jenis makanan yang aku percaya hampir seluruh warga Malaysia pernah makan atau minum. Walau pun tak suka tempeh, tak suka tauhu..mesti sipi-sipi dapat rasa soya jugak. Hehe..
Walau pun artikel tu sumbernya dari Ustaz Hashim, aku percaya yang artikel sebenar adalah datang dari HealingDaily . Hanya diterjemahkan ke bahasa melayu. (Aku tak sure Ustaz Hashim ada letak ke tidak link sumber asalnya sebab aku tak boleh bukak FB kat ofis)
Actually aku lebih suka merujuk pada kajian yang dilakukan oleh badan bebas dunia dalam bab macam ni. Memandangkan mereka tak ada apa-apa kepentingan. Laporan yang dikeluarkan biasanya lebih meyakinkan bagi aku. Kalau dalam kes ni boleh cari kat FDA. Panjang gila penjelasan oleh FDA mengenai isu kacang soya ni, tulisan pun kecik-kecik. Final rule dikeluarkan oleh FDA pada 26 October 1999 bertajuk Food Labeling: Health Claims; Soy Protein and Coronary Heart Disease.
Antara yang aku boleh highlights adalah mengenai phytic acid yang menghalang penyerapan mineral tertentu.
Kebanyakan studies yang dijalankan menunjukkan bahawa
atau pun
Sila baca sampai habis kalau rajin ok.
Maksudnya, jangan risau. Boleh minum air soya =)
Walau bagaimana pun, seperti yang kita sedia maklum, benih kacang soya pada hari ni tak sama dengan benih kacang soya 100 tahun dahulu. Lebih 90% benih kacang soya pada hari ini adalah GMO (Genetically Modified Organism), bermaksud ia bukan sesuatu yang natural. So, kalau kita ambik product yang tak natural, walau pun ditanam secara organik (kalau tak organik apatah lagi kan) kebaikannya takkan sama dengan yang kita makan produk yang Allah sediakan benihnya. Keburukannya juga mungkin tak dapat dijangka. So still kena ambik dengan berhati-hati. Jangan orang kata boleh minum soya, pegi meroyan minum air soya 2 tong sehari.
Mengenai susu formula soya based untuk bayi, sejak azali lagi memang tak ada satu product pun yang boleh dihasilkan oleh manusia untuk menandingi khasiat susu ibu. Susu soya adalah satu alternatif. Susu kambing pun ada. Tapi sebagai ibu bapa sebaik-baiknya usahakan untuk cari ibu susuan sekiranya tak mampu bagi susu sendiri.
Actually, aku sangat tertarik dengan statement oleh Dr Jill. Bagi aku lautan estrogen yang dia cakap tu yang lebih mengancam manusia berbanding susu kacang soya yang kita semua suka. Hahahaha..
Maaf aku bias sebab aku suka soya. Tapi percayalah. Study by FDA menyuruh aku minum soya jugak. Hehehe..
Aku bukan tak suka dengan produk sunnah macam habbatus sauda, tapi aku rasa the way people promote habbatus sauda dengan menunjukkan keburukan benda lain adalah satu kaedah marketing yang kurang sihat. Walau pun habbatus sauda adalah makanan sunnah, tapi aku kurang setuju kalau kita kata makanan lain tak elok sebab makanan lain pun ciptaan Allah jugak. Setiap ciptaan Allah ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Sebab tulah kita kena makan secara sederhana, dan variasikan apa yang kita makan.
Oh, mengenai baligh terlalu awal sebenarnya ada banyak faktor yang contribute. Salah satu darinya adalah stress. Anak-anak pada masa ini mengalami kadar stress yang lebih tinggi berbanding masa aku kecik dulu. Aku tak ingat macam mana doktor tu explain, tapi ia menyebabkan anak perempuan haid lebih awal dan anak lelaki mimpi basah lebih cepat. Hehehe.
Bagaimana pun, aku masih lagi meneruskan pembacaan. Tengah cari-cari journal berkaitan. Sama macam Ekmi, aku pun bukan study berkaitan dengan segala ni. Adalah sikit-sikit attend kelas, tapi takde qualification. Banyak rujuk pada kelas doktor dengan internet. So maybe ada yang kurang betul. Sila sila lah betulkan.
Daa
Membaca mengenai sisi buruk susu kacang soya kat blog Ekmirabat, menarik minat aku nak buat kajiselidik tentang keburukan kacang soya. Maklumlah, bukan senang nak percaya satu jenis makanan yang aku percaya hampir seluruh warga Malaysia pernah makan atau minum. Walau pun tak suka tempeh, tak suka tauhu..mesti sipi-sipi dapat rasa soya jugak. Hehe..
Walau pun artikel tu sumbernya dari Ustaz Hashim, aku percaya yang artikel sebenar adalah datang dari HealingDaily . Hanya diterjemahkan ke bahasa melayu. (Aku tak sure Ustaz Hashim ada letak ke tidak link sumber asalnya sebab aku tak boleh bukak FB kat ofis)
Edamame |
Antara yang aku boleh highlights adalah mengenai phytic acid yang menghalang penyerapan mineral tertentu.
"FDA finds that the evidence of potential adverse effects of soy protein on iron and zinc status is equivocal. Interpretation of the evidence is difficult because findings in human studies are often inconsistent with results of animal studies. Moreover, many factors affect the absorption of these minerals, including the amount consumed in a meal, the enhancing and inhibiting effects of other components of the meal, and the nutritional status of the subject."
Kebanyakan studies yang dijalankan menunjukkan bahawa
"FDA is not convinced of the relevance of these studies to human consumption of soy protein."
atau pun
"FDA finds that these two studies do not provide sufficient evidence to address the effect of soy protein on human fertility."
Sila baca sampai habis kalau rajin ok.
Maksudnya, jangan risau. Boleh minum air soya =)
Walau bagaimana pun, seperti yang kita sedia maklum, benih kacang soya pada hari ni tak sama dengan benih kacang soya 100 tahun dahulu. Lebih 90% benih kacang soya pada hari ini adalah GMO (Genetically Modified Organism), bermaksud ia bukan sesuatu yang natural. So, kalau kita ambik product yang tak natural, walau pun ditanam secara organik (kalau tak organik apatah lagi kan) kebaikannya takkan sama dengan yang kita makan produk yang Allah sediakan benihnya. Keburukannya juga mungkin tak dapat dijangka. So still kena ambik dengan berhati-hati. Jangan orang kata boleh minum soya, pegi meroyan minum air soya 2 tong sehari.
Mengenai susu formula soya based untuk bayi, sejak azali lagi memang tak ada satu product pun yang boleh dihasilkan oleh manusia untuk menandingi khasiat susu ibu. Susu soya adalah satu alternatif. Susu kambing pun ada. Tapi sebagai ibu bapa sebaik-baiknya usahakan untuk cari ibu susuan sekiranya tak mampu bagi susu sendiri.
Actually, aku sangat tertarik dengan statement oleh Dr Jill. Bagi aku lautan estrogen yang dia cakap tu yang lebih mengancam manusia berbanding susu kacang soya yang kita semua suka. Hahahaha..
Maaf aku bias sebab aku suka soya. Tapi percayalah. Study by FDA menyuruh aku minum soya jugak. Hehehe..
Aku bukan tak suka dengan produk sunnah macam habbatus sauda, tapi aku rasa the way people promote habbatus sauda dengan menunjukkan keburukan benda lain adalah satu kaedah marketing yang kurang sihat. Walau pun habbatus sauda adalah makanan sunnah, tapi aku kurang setuju kalau kita kata makanan lain tak elok sebab makanan lain pun ciptaan Allah jugak. Setiap ciptaan Allah ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Sebab tulah kita kena makan secara sederhana, dan variasikan apa yang kita makan.
Oh, mengenai baligh terlalu awal sebenarnya ada banyak faktor yang contribute. Salah satu darinya adalah stress. Anak-anak pada masa ini mengalami kadar stress yang lebih tinggi berbanding masa aku kecik dulu. Aku tak ingat macam mana doktor tu explain, tapi ia menyebabkan anak perempuan haid lebih awal dan anak lelaki mimpi basah lebih cepat. Hehehe.
Bagaimana pun, aku masih lagi meneruskan pembacaan. Tengah cari-cari journal berkaitan. Sama macam Ekmi, aku pun bukan study berkaitan dengan segala ni. Adalah sikit-sikit attend kelas, tapi takde qualification. Banyak rujuk pada kelas doktor dengan internet. So maybe ada yang kurang betul. Sila sila lah betulkan.
Daa
38 comments:
pekena soya ais tengah-tengah panas sedap
Kakak kadang ikut sedap tekak dah tak kira baik-buruk hihi...
setuju dgn statement apa saja yang Tuhan buat, semua ada baiknya..cuma pada kita je yg nak consume cara mana.. nabi dah ajar, apa pon yg terbaik adalah besederhana.. benda baik mana sekalipon kalau terlalu berlebihan sgt kadang2 memudaratkan..contohnya soya ni lah.. dan dari segi pemakanan ni sbnarnya dalam islam dah ajar dah pemakanan mcm mana yg terbaik.. Nabi dah mention benda2 tertentu2 yg jadi sunnah..dan dalam perkara lain, ambik sekadar perlu.. dan cantiknya sunah puasa sunat juga salah satu cara pemakanan sihat sb bagi rehat pada digestive system.. islam is the way of life...eh? terpanjang plak ceramah ni..hehehehe..sorry ye, juz sharing my 2 cent :P
tak suka minum air kaler putih2 ni
cik ina suka apa yang berkaitan ngan kacang soya. cik ina pandai wat air kacang soya dan pernah jual gak. saja nak berlagakkan .kui kui kui air soya tedap.
xsuka minum air soya. tapi sgt suka tauhu dan tempe. kekeke..
Bagus, sebab awak baca FDA recommendation, bukan terima bulat bulat pendapat orang lain. Saya dah jumpa macam macam pandangan orang sejak zaman saya kerja di hospital, sampailah saya di klinik, pasal isu susu soya ni.
kacang kuda?
suka jugak soya... rindu tak dgn edamame?
Tak minum soya tapi makan nasi dengan kicap dan tempe...hihiii
tulah, kekadang dgr byk gak yg bukan2 pasal soya ni
huk2
terasa senak je,sebab suka sgt dgn soya
heeeeee
nice article! suka soya, natto dan tempe. hehe..:D
suka sangat kacang soya....tempe pun best wooo..;d
suka air soya..heheee..rajin akak membaca..
very nice. ada pandangan dari angle berbeza dan rujukan lain. Kak Rai, we have done our job as great as we could. So,terserah kepada setiap individu utk memahaminya and react. Moga2 byk lg isu yg leh diketengahkan. :)
@Kakzakie, tu la kak..makanan sedap dengan makanan berkhasiat..makan sedap lagi laku..hahaha..
@MamaEma, tak suka kenapa kak?
@Cik Ina Do Do Cheng, aaa..cik ina jahatt..buat apa pun sedap.. saya buat air soya 3 kali..sekali je jadi.. yg lain jadi mcm bubur.. sedih je..
@Makbed, tempe goreng cicah sambal kicap.. yummehhh..
@Daddy Ziyyad, thanks doc..saya rasa perkara macam ni lebih baik refer pada badan yg bebas dan well known.. tapi sebenarnya sedikit sebanyak org mmg akan terpengaruh dengan berita macam ni..
@gedek!, kacang putih!
@Hanis MY, rindu!! tapi last time ayah akak ada tanam pokok edamame.. puas gak makan..huhuhu..
@kak zmah, kicap tu sambal kicap eh? sedap!! tumbuk cili ngan sebutir bwg putih..super!!
@aimie amalina, as long as makan/minum secara moderate insya allah tak ada masalah...
@Asmara, natto rasa not bad.. tak tahan dengan baunya...feninn..hehehe
@Run Away, betul!! sebagai org jawa akak memang suka tempe..hahaha
@アヌムちゃん, membaca jambatan ilmu.. kahkahkah..
@Ekmi Rabat, betul..whether to believe or not..terpulang pada diri masing-masing utk menilai..tugas kita cuma berikan maklumat..thanks.. insya allah kalau ada perbincangan menarik kita buat lagi..hehe..
salam...
suka air soya jagung..:))
suka minum soya & tau fu fa...
mat saleh ade minum soya x?? mcm byk minum jus buah je rasanye..1 solan utk blogger.doc2 dsia mnyarakn mkn hati ayam or limpa utk tambah drh kn?tp Nabi x ajar kita mkn organ dalaman(dlm al-quran pn ade sebut klu x salah)..any komen?
manusia bese,
apa dah kena mengena mat saleh dgn bahaya soya atau tidak? awak rasa kalau orang putih minum=baik? tak minum, so tak baik? and yes. mat saleh do minum soy milk. diorg minum dalam bentuk susu soya atau protein soya. unfortunately, saya tak setuju dengan kebanyakan doktor tentang saranan tu..makan organ dalaman tak baik untuk kesihatan..instead of makan organ dalaman sayur macam bayam dan juga kekacang juga adalah sumber zat besi yang sangat baik dan sihat.malah kaya dengan folate.. doktor belajar tentang sakit dan ubat..mereka bukan major tentang nutrition. so kalau nak suggestion yang baik utk tanya pasal pemakanan yang sihat.better tanya nutritionist atau dieticien.. :D
Risau gak terbace pasal keburukan soy protein kt fb,sbb sy mmg peminat soy protein. tpi rase xpuas hati dgn statement tuh..so korek2 lgi cri info pasal soya,bler tbace artikel ni..rase lege blk..hehe
Soya memang baik le.x de campuran bahan2 kimia.natural.baik untk kesihatan.dh bertahun-tahun kami anak beranak minum,x de mudarat p0n!Mudarat,manfaat dtg drpd Allah
Yang perlu kita elak adalah kacang soya GMO, Tuhan tak cipta sesuatu itu dengan sia-sia. Info yang sangat baik

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Catat Ulasan