Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandangan. Papar semua catatan

Selasa

Kemanusiaan yang hilang

Assalamualaikum

Aku selalu kurang jelas dan kurang faham orang orang yang suka share gambar gambar ngeri kejadian kemalangan atau mangsa perang. Sungguh aku tak faham.

Apa yang mereka cuba capai melalui perkongsian gambar yang begitu?

Simpati? Populariti?

Paling tak boleh blah yang jenis tulis "1 doa untuk 1 like".

Semalam aku tertengok satu video orang kampung kejar dan belasah mamat pencuri motor. Video 7 minit memaparkan bagaimana mamat tu lari ke sana sini cuba menyelamatkan diri. Orang ramai merejam dan pukul mamat ni. Dari lincah berlari sampai terkulai berlumuran darah tak bergerak. Ramai yang berlari mengejar. Menjadi pemerhati dan tukang rakam video. Bahan bukti kekejaman manusia.

Aku pernah tengok kat National Geographic. Seekor anak kerbau ke bison, diserang oleh sekumpulan 3 ekor singa. Ibu bapa kerbau tu panggil kumpulan diorang untuk selamatkan anak kerbau. Akhirnya anak kerbau dapat diselamatkan dengan sedikit kecederaan.

Apa beza kita dengan binatang? 

Kes ni berlaku di Indonesia. Tapi kejadian hampir serupa berlaku di Malaysia. Di mana seorang pelajar bergaduh dengan sekumpulan pelajar lain sambil diperhatikan oleh lebih dari 20 bystander. Akhirnya pelajar tersebut mati. Bystander tak buat apa. Cuma tengok.

Kat mana perikemanusiaan kita?

Serius aku menangis meleleh leleh air mata tengok video tu. Memula aku stop halfway sebab tak sanggup tengok. Tapi lepas tu aku kuatkan semangat. Tak tau la pencuri tu mati ke tidak. Tapi in the end, dia dah tak gerak. Diorang pijak lempar baru pukul dengan kayu. Muka berlumuran darah. Aku doakan semoga dia aman di tempatnya sekarang.

Daa

Lelaki yang menjual bumi

Assalamualaikum

Baca paper The Sun semalam. Ada satu segmen menulis tentang seorang lelaki di Jepun yang auction kan bumi. Earth for sale.

He is seriously trying to sell the earth.. Hahaha..

Dalam auction tu adalah orang orang yang agak wacko mengomen dan bertanya.. Kemudian dijawab pulak oleh orang yang melelong bumi tu. Comel sangat walau pun mereka tu pelik.. Hahaha..

Q = Question
A = Answer

Q : I love cigars. Is it possible to sell off just Cuba as a special package item? (Mamat yg tanya ni dari Saitama)
A : Thank you for your question! After placing the winning bid, I think Havana can be moved to Saitama, Japan.

Q : Hello, this is really interesting item! If i buy the earth , will i become a god?
A : Thank you for your question! This item can't make you a god

Satu soalan kononnya orang tu dari galaksi lain..
Q : Is it possible to ship this via Altair? Thank you for your time.
A : Thank you for your question! Because it would take 17 light years just for the bank transaction to complete, I think you should forget shipping.

Harga asal masa start auction adalah 69cents, masa diorang tulis artikel tu harga dah jadi $2,700.. Hehehe..

Dalam hiruk pikuk memboikot.. Ada juga yang tak paham tulisan aku pasal "aku tak boikot McD" Simply sebab dia tak paham apa yang aku cuba sampaikan, taknak paham or memang sebenarnya tak baca pun. Entah la. Tanggungjawab aku menulis. Tanggungjawab orang membaca. Kalau dah baca, paham pun malas. Aku pun tak boleh buat apa.

Satu benda aku nak ingatkan. aku tak sure ayat berapa sebab aku dengar pun dari ceramah..tapi tertulis dalam Al Quran. Maksudnya.. Akan berlaku kekecohan di bumi Palestine sebab kat situ akan turunnya Nabi Isa. Nabi Isa akan turun untuk menyelamatkan akidah dan keimanan dan orang orang Palestine. Ini adalah apa yang ditulis. Satu perancangan Allah.

Walau macam mana kita save Gaza sekali pun. Dah tertulis bahawa perancangan Allah adalah menghancurkan bumi Palestine dan kemudiannya diturunkan Nabi Isa. 

Bukan maksud aku kita tak perlu bantu dan doakan. Tapi jangan lupa. Dalam Al Quran. Tak ada ditulis apa akan berlaku pada bumi Malaysia. Dalam kita sibuk berkempen selamat bumi orang lain, jangan lupa tanggungjawab kita untuk selamatkan negara sendiri. Memang tak ada perang. Tapi negara kita sekarang penuh maksiat, penuh dengan segala kemungkaran.

Negara kita. Ekonomi kita makin teruk. Bank dunia dah bagi amaran. 

Pencemaran teruk. Paling dekat dengan kita.. Adakah kita jaga isi rumah kita. Barang yang kita gunakan. Adakah akan merosakkan bumi? Menyebabkan pencemaran? Kalau diri sendiri pun tak mampu ubah. Banyak alasan. Leceh itu ini. Nak selamatkan Gaza?

Satu peristiwa zaman ketika tentera Abrahah nak datang menawan kota Mekah. Datuk Rasulullah Abdul Muttalib tengah sibuk cari kambing yang hilang. Orang semua marah sebab Abdul Muttalib tak sibuk nak pertahankan kota Mekah. Apa jawapan Abdul Muttalib masa tu..

"Kota Mekah adalah hak Allah. Di bawah lindungan Allah. Allah adalah tuannya.. Allah akan pertahankan haknya.. Tapi kambing yang hilang tu aku tuannya, hak aku. Aku cari sebab aku nak kena pertahankan hak aku"

Nampak tak? Sebelum kita sibukkan hak orang lain.. Sibukkan tanah orang lain. Dulukan apa yang jadi milik kita.

Kalau orang yang sibuk pakat suruh orang berenti kerja McD ni kononnya sebab menyumbang pada ekonomi zionis. Adakah orang orang ni bertanggungjawab nak bagi kawan tu makan. Anak bini dia makan? Ada pulak yang komen "tak mati punya kalau tak kerja McD.." Habis tu kau nak sara anak bini dia ke kalau dia berenti kerja McD dan tak dapat kerja lain. Kalau tak mampu duduk diam diam. Nak boikot boikot la. Jangan hukum orang lain. Jangan bagi komen macam orang tak bertanggungjawab.

Macam aku tulis Rasulullah berurusniaga gadai baju besinya. Adakah Rasulullah tak tahu yang baju besi tu akan digunakan dalam perang untuk perangi orang Islam? Untuk nak hancurkan Islam? Korang rasa? Kalau masih ada yang nak kata.. orang yang kerja McD, beli McD.. adalah orang yang menganiaya orang Islam di Palestine. Teliti balik kisah ni. Adakah Rasulullah seorang Nabi dan Rasul nak menganiaya orang Islam yang berperang dengan yahudi masa zaman tu dengan menyumbang pada ekonomi mereka melalui jual beli..?

Dari awal, aku memang jarang gila makan McD.. Bukan McD aje. KFC ke Pizza Hut ke. Sebulan sekali pun payah. Simply sebab ianya bukan healthy option untuk anak-anak. Sesekali boleh la. So tak payah la ada sesiapa yang kata, aku kebuloq nak makan McD sebab tu aku beria tulis macam ni..

Soal diri sendiri.. Dalam kita duk sibuk pasal warga Palestine ni kan.. Sejauh mana kita jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan, jaga kesihatan. Ada berapa orang antara kita yang pernah ambik tau pulak.. Jiran sebelah rumah kita makan ke tidak hari ni..? Bertegur sapa tak dengan jiran? Kalau dengan jiran pun jeling menjeling, pandang pun sinis. Hehh..~

Nota kaki : Alfatihah buat seorang junior di sekolah menengah dulu yang meninggal pagi semalam kerana kidney failure. Belum masuk 30..  Walau pun tak rapat.. still rasa terkesan..

Daa

Khamis

Busuk hati punya manusia

Assalamualaikum

Bersyukur sebab aku dikelilingi oleh manusia manusia penyayang yang baik hati. Tapi aku tau ramai orang kat luar sana yang tak bernasib baik macam aku. Dibayangi oleh manusia-manusia yang busuk hati, pendengki dan tak boleh tengok orang lain hidup senang. The worst, adalah apabila manusia busuk hati tu adalah darah daging sendiri.

Baca kisah ni..

Sulaiman lepasan SPM. Memandangkan dia pun seorang yang tak rajin belajar. So malas lah nak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Membazir. SPM pun cukup makan. Sekadar ikut kehendak ibunya yang menyuruhnya ke sekolah.

Duduk di kampung asyik dikeji dan dihina. Bukan orang lain.

Sedara mara sendiri.

Bosan duduk melangut, Sulaiman mendapatkan pekerjaan di bandar A dengan bantuan seorang kenalan. Untuk beberapa ketika Sulaiman tinggal di bandar. 

Biasalah orang muda. Ada girlfriend di kampung. Balik berhari raya. Sulaiman tak balik semula ke bandar. Sekali lagi menjalani kehidupan menganggur. Kadang kala bekerja sambilan menolong kontraktor. Dapat upah. Habis.

Tak betah dihina. Kenalan Sulaiman sekali lagi membantunya mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan kecil kecilan di bandar. Kali ni Sulaiman nekad. Membuktikan yang dia mampu berjaya.

Pulang ke kampung. Saudara mara masih lagi memperlekeh. Sulaiman tetap yakin yang dia mampu berjaya. Berdepan dengan kata kata yang merendahkan usahanya. Sudahlah direndahkan. Disuruh bayar pulak harga makanan yang mereka sekeluarga makan. 

Sulaiman pulang ke bandar dengan hati yang longlai. Duit untung entah ke mana. Modal pun terkena tempiasnya.

Bagaimana pun, dia masih berusaha. Dengan harapan. Satu hari nanti saudara mara akan mengubah pandangan pada insan yang macam dia. Yang tak punya pelajaran.

----------

Ini kisah nyata. Cuma aku ubah nama bagi melindungi identiti sebenar mereka. Sulaiman bukan aku. :P

Menyirap darah aku masa dengar kisah ni. Serius. Aku rasa macam nak pergi maki manusia busuk hati tu.

Pesanan aku. Janganlah dinilai seseorang dengan pendidikannya atau pekerjaannya. Aku sentiasa percaya, dengan usaha, semua orang mampu berjaya. Yang penting, kita kena bagi mereka peluang. Peluang untuk mengubah diri dan masa depan.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com