Rabu

Suami isteri sebagai satu kumpulan

Assalamualaikum

Bagi wanita yang bergelar ibu dan isteri. Aku ada satu soalan. Kalau anak nak satu barang, permainan contohnya. Menangis sampai berguling-guling anak kesayangan duk mintak. Kalau suami korang tak setuju nak belikan benda tu untuk anak korang adakah korang

(1) Bantah. Siap bagi amaran dan jelingan manja pada suami
(2) Redha. Pujuk anak.
(3) Janji dengan anak yang korang sendiri akan belikan
(4) Berbincang pro dan kontra.


Jelingan budak baru bangun tidur. *abaikan persekitaran yg bersepah :P

Jawapan korang ni sedikit sebanyak akan menentukan sikap dan tingkah laku anak korang bila diorang dah besar nanti. Jangan salahkan budak tu. Semuanya adalah berpunca dari mak ayah tu sendiri.

Kalau jawapan
(1) Besar kemungkinan anak akan menjadi anak yang kurang rasa hormat pada ayahnya.
(2) Besar kemungkinan dia akan menjadi anak yang faham dan tahu tak semua benda dalam dunia ni dia boleh dapat
(3) Besar kemungkinan anak akan lebih sayangkan korang sebagai maknya dan setiap apa yang diorang nak diorang akan mintak dengan ibu
(4) Besar kemungkinan dia akan lebih menghormati kedua orang tua dia. Dan tak membelakangkan mak ayah dia dalam apa juga keputusan

** Nota penting : Ini teori aku semata-mata. Mungkin pendapat korang lain. Tak semestinya sama ngan aku. Aku tak kata aku betul ok. Ni adalah cara aku. Tak sama ngan orang lain

Sebagai isteri dan ibu, seorang wanita tu memikul tugas yang penting dalam mencorakkan tingkah laku anak-anak. Dalam hal macam ni, bagi aku seorang isteri wajib mendahulukan suami dia. Apa pun keputusan suami dia. Kalau sekali pun dia tak setuju. Jangan tunjuk depan anak-anak yang korang tak sefahaman dalam buat apa-apa keputusan yang macam ni. Tapi kalau takat nak pilih makan kat kedai mana tu tak sefahaman takpe lah kot. :D

Anak-anak akan perhatikan tingkah laku mak bapak dia. Kalau lah seorang anak tu tengok mak dia bantah keputusan ayah dia secara terang terangan. Dia akan baca yang mak dia lebih berkuasa buat keputusan. Sedikit sebanyak anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah dia.

Begitu juga kalau korang janji ngan anak yang korang sendiri akan belikan benda tu untuk anak-anak. Bagi aku, ini bukan soal duit ringgit. Tapi berkaitan dengan team work. Suami dan isteri kena tunjuk dengan anak-anak yang mereka adalah satu kumpulan. Ayah sebagai ketua kumpulan. Bukanlah bermaksud semua keputusan ayah tu betul dan wajib ikut. Tapi tak boleh tunjuk dengan anak macam seolah-olah mak lebih berkuasa dan mak boleh overwrite keputusan ayah bila-bila masa.

Sekali pun ada bantahan, kena buat secara berhemah. Berbincang. Lihat pro dan cons bersama-sama. Bagi anak tu faham kenapa ayah tak belikan barang tu. Bukan dalam soal barang je. Ini apply jugak bila anak buat salah. Salah seorang akan bertindak sebagai orang yang marah-marah. Tapi sorang lagi jangan sekali kali back up anak. Nanti anak akan naik lemak. Dia tau bila dia buat salah akan ada orang back up dia. Later, sikap ni akan diorang bawak sampai besar. So jangan salahkan anak kalau anak tak dengar cakap. Tengok macam mana kita sebagai mak bapak bagi didikan pada dia.

Tapi jangan jugak mengapi-apikan yang tengah marah tu. Nanti lain jadinya. Lebih baik berdiam diri. Nasihat anak dengan lembut, tapi dalam masa yang sama kena sampaikan pada anak bahawa "diorang memang salah", dan kena bagitau apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kalau marah semata-mata, tapi anak tak faham apa yang sepatutnya dia buat, di masa depan dia akan ulang kesilapan yang sama.

Dalam hal rumah tangga, komunikasi sangat penting. Dalam banyak kes perceraian yang berlaku. Masalah paling biasa adalah bermula dari masalah komunikasi. So, sebagai isteri pandai-pandai lah mainkan peranan. Isteri yang dapat redha suami, jaga ibadat, akhlaknya boleh masuk dari mana-mana pintu syurga.

Nota kaki : Idea entry ni datang dari SINI

Daa

18 comments:

Makbed berkata... [Reply]

well-written! suka ini entri.

PCL berkata... [Reply]

PCL & isteri biasanya lembut dgn anak2 tp tegas...mengikut situasi dan tempat, kalau nak marah2 jgn dikhalayak @ depan rakan2nya...kita kena tunjuk teladan yg baik, hormat mnghormati dan dengar penjelasan/pendapat mereka. insyaallah mereka dengar kata,
bukan 100 peratus berjaya..kita melaksanakan tggjwb dan berdoa, yg lain tu berserah kepada NYA.

KuNanGKuNanG berkata... [Reply]

kene la dok berbincang kan.kalu x, xpasal2 mama ngan papa yg gaduh.he3

Unknown berkata... [Reply]

@Makbed :D tq Makbed!!

Unknown berkata... [Reply]

@pCL [p@kcikLie], sokong! bila anak2 dah besar.bukan semestinya 100% kita boleh kawal dah..diorg dah lagi terdedah dgn macam2 pengaruh..tapi at least, kita cuba tunjukkan contoh yg baik utk anak2..dan doa utk kebaikan diorg..

Unknown berkata... [Reply]

@KuNanGKuNanG yg paling tak bes kalau gaduh depan anak2..stress la anak2..

Unknown berkata... [Reply]

macam muka majuk je..bangun tidur rupanya aishhh..puasa ke dia?

Unknown berkata... [Reply]

macam muka majuk je..bangun tidur rupanya aishhh..puasa ke dia?

Unknown berkata... [Reply]

@Bro ahmad, hehe..budak tu mana puasa..kejap2 mintak air..

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

aku ni baru jek kawen... hurmmm, risau laa bila citer pasal suami isteri ni... takut tak kuat...

mummY daniSha berkata... [Reply]

jawapan aku nombor 2 huhu....selalunye aku x ikut sgt ape anak aku nak...tp kan zai...bile aku marah anak,huby aku selalu pujuk die...kdg2 geram jugak huhu...

Unknown berkata... [Reply]

@Norhisham Nordin, biasanya lelaki kena lebih kuat..apa sekali pun elak dari sebut soal nak pisah ke apa..biasakan kalau ada apa2 hal bincang..insya allah..

jgn kata ko, semua org pun takut gak..aku pun takut gak..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Mas, cakap la ngan husband ko..ko tak suka dia buat mcm tu.. terangkan kenapa..kalau dia ada alasan dia bincang..biasa la laki bini..mmg selalu ada tak puas ati.. tp yg penting kena bincang..

Irfa berkata... [Reply]

aku baca en3 ni tapi terus klik kat link tu..lupa lak nak komen.

aku adalah sgt garang ngan anak.terbalik sbb en suami sgt baik ..tapi dia tak marah bila aku marah anak..tapi last dia akan panggil anak dan terangkan kenapa aku marah..aku pun tak tahu baik ke tidak apa yg kami buat..tapi sbg ibu bapa kami cube jadi yang TERBAIK utk anak2 kami itu

Irfa berkata... [Reply]

aku baca en3 ni tapi terus klik kat link tu..lupa lak nak komen.

aku adalah sgt garang ngan anak.terbalik sbb en suami sgt baik ..tapi dia tak marah bila aku marah anak..tapi last dia akan panggil anak dan terangkan kenapa aku marah..aku pun tak tahu baik ke tidak apa yg kami buat..tapi sbg ibu bapa kami cube jadi yang TERBAIK utk anak2 kami itu

Zul fattah berkata... [Reply]

haha.. macam ni eh..? satu pengalaman yg berguna, bila sy ada anak kelak.. haha

Unknown berkata... [Reply]

@HappyIrfa sama la ngan aku irfa..setiap mak bapak mmg nakkan yg terbaik..walau pun cara berbeza.. hasil berbeza..tapi tujuan dan matlamatnya mmg nak yg terbaik..

kitorg garang ganti2..kadang2 aku garang..kadang2 husband yg garang.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Zul Fattah insya allah.. soonn..hehehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com