Isnin

Mengulangi kegilaan zaman remaja

Sejak zaman kolej lagi aku ni suka menonton drama. Especially drama Jepun dan Korea. Bila aku sambung study ke Jepun aku jarang miss tengok drama diorang. Kemudian bila aku kenal rapat dengan husband aku, aku gila online game macam Ragnarok dengan Gunbound. Aku suka sebab character dalam game tu comel kemain. Hehehe..Melalui game jugak aku menyatukan best friend aku dan bestfriend husband. Diorang kawin dulu dari kitorang. Tak aci gila okeh!!

Bila aku balik Malaysia aku menyambung kegilaan game aku tu dengan game PS2 husband. Aku suka gila main game macam Disgaea, Orochi dan banyak lagi. Banyak cd yang kitorg kumpul. Bila dah kawin kitorang stay up sampai jauh malam main PS2 sama-sama. Kalau esoknya Sabtu, sanggup tak tidur main game. Memang game addict gila la. Yang sedihnya bila Aqil lahir, PS2 tu rosak.

Now husband pun da beli PSP untuk ganti PS2 dia. Aku bengang je bila dia asyik main PSP dia sbb PSP bukan boleh main sama-sama macam PS2. Tu yang tak best tu. Tapi sepanjang hujung minggu baru ni husband teman aku sengeh2 tengok drama korea. Seronok juga sesekali mengulangi kegilaan zaman remaja kan..Stay up jejauh malam tengok drama. Haha..

8 comments:

~ As ~ berkata... [Reply]

laki aku pl jenis tak tgk tv, tp sejak kawin ni, dia pun selalu join me tgk drama korea dvd...ahaha...sanggup pl tu tggu smpai malam.

Unknown berkata... [Reply]

tu la as, bila da kawin ni macam-macam penyakit yang berjangkit. aku hari ni datang keja dengan mata lebam..tak cukup tdo..hahaha..

Ilyana berkata... [Reply]

saya xpandai main game. huhu..

dulu slalu gak lyn drama. tp skang ni rs mcm takde masa je nak ly drama. bdk kicik ni tdo kol 12mlm. kalo stay up smpi pg kang ada anak terabai esok pagi.. huhu

Unknown berkata... [Reply]

haha..saya pun main taram je tekan controller ps2 tu..yg terenya encik somi..gamer tegar..

betul tu..pagi sabtu tu lalok je ibu dia melayan anak2..rumah pun terabai..buat sesekali takpe.. tak boleh selalu..hehehe..

Nini Hartini berkata... [Reply]

hehe...best kan kak bila suami join sekaki tgk cite korea. saya kena pandai bg tektik spy suapa tertarik. sbb x semua drama suami suka.

kak rai nak ajar aqil bahasa asing ke? korea?jepun? heheheh

akk masih boleh berkomunikasi dlm bhs jepun tak?

Unknown berkata... [Reply]

hehe..tu la..stress kalau dia tak tengok lepas tu kondem heroin tak cun la..hero tak hensem la..emo nihh..

insya allah nak ajar..tapi bahasa jepon je la..bahasa korea tak pandai..

boleh gak sikit2...sbb client org jepun..kawan tempat keja pun ada yg jepun..

Nini Hartini berkata... [Reply]

ye la... suami saya pun kalau cerita yg dia x tengok, nnt dia mst ckp "apesal buruk sgt heroin dia?' 'apesal jambu sgt hero dia?'

tapi kalau yg dia tgk dok puji comel...hehee

Unknown berkata... [Reply]

betul2..sama la ngan suami akak pun..kadang2 kita syok tengok hero ensem..dia kata heroin lak tak cun.. hahaha..

insya allah..segala ilmu yang baik akak ada nak diperturunkan kat anak2..

buat masa sekarang boleh.cuma dah tak fasih macam dulu sbb jarang guna.sebelum ni keja bahagian angkat telefon ok la sbb hari2 dok guna..skang ni da kurang..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com