Selasa

Review Juvana episod terakhir TV3

Assalamualaikum


Sebenarnya cerita juvana ni aku takde la tengok tetiap episod. Asyik missed je sebab aku tak suka sangat tengok berita TV3. Aku tengok TV9. So da pukul 9 tak perasan. Tapi semalam diorg kepoh-kepoh kata Juvana nak episod akhir dah aku pun memaksakan diri aku tengok berita TV3. Berkobar jugak la. Pukul 9 tepat aku terpacak dah depan TV3.Hahaha..




Mungkin aku kurang layak nak bagi review sebab aku tengok beberapa episod je (termasuk episod pertama dan terakhir..hehe) Tapi aku nak jugak review sikit-sikit.

Aku tak berapa nak faham kenapa yang Cikgu Ariffin yang sampai suku episod tu dia join geng Tuan Raja tu  tiba-tiba berpaling tadah selamatkan Cikgu Zakiah. Dari segi plot tak berapa nak saspen bila semua nak lari tapi kena tangkap balik tu aku rasa ok dah. Tapi agak kurang logik bagi Daim yang kena tikam dengan Botak kat tepi pinggang tu boleh bertahan sampai malam. Biasanya orang kena tikam kalau tak cepat-cepat pergi hospital boleh pengsan sebab hilang banyak darah. Berdasarkan pengalaman aku la. Damia luka aritu pun tidur sepanjang malam sebab hilang banyak darah. Tapi Daim siap boleh berdiri tegak elok je masa polis sampai tu. Siap takde ambulans datang ambik pun. Caya lah.


Bagi aku dari segi endingnya yang happy ending untuk Daim tu takde masalah. Tapi aku tak best sebab endingnya terlalu typical (Daim tu jadi cikgu mengajar kat situ. siap pakai sunglasses datang melapor diri.ceh!! poyo gila) Aku rasa ending akan lebih menarik lagi kalau dia tunjuk apa jadi kat semua bebudak yang duduk dalam tahanan tu selepas 10 tahun. Macam ala-ala cerita grid iron gang gitu. Ye lah. Secara realiti nya tak semua budak yang keluar dari tahanan tu akan jadi baik. Ada yang jadi lagi jahat. Ada yang jadi baik. Ada yang masuk penjara.


Untuk sebuah cerita melayu. Endingnya semua orang pun suka. Nasib baik dia tak tunjuk yang Tuan Raja tu tetiba jadi gila kan. Kalau tidak memang confirm jadi cam typical cerita melayu punya ending. Hahaha..


Daa

2 comments:

Irfa berkata... [Reply]

sy x penah tgk rcngan ni..w,pun niat pengarah tu nak bagi pengajaran tapi stgh budak2 tak paham..kena ada org tua monitor atau guide dia masa tengok citer ni.sbbnya..takut dia byk kutip yang tak elok drpd yg elok.

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
betul tu..saya jarang2 tengok cerita macam ni..bahaya..sebab tu kalau nak bukak cd ganas ke hantu2 pun tunggu anak2 tidur..cerita melayu sekarang banyak yg kononnya menonjolkan realiti masyarakat.. tapi realiti masyarakat yg rosak akhlak..hehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com