Jumaat

Ada apa dengan C

Sejak-sejak terjebak dengan pemakanan supplement nutrilite ni aku rajin la sangat men"google' pelbagai info berkaitan pemakanan ke arah tubuh yang lebih sihat. Salah satu supplement nutrilite yang paling aku suka adalah Bio-C. Kalau perasan namanya Bio-C instead of Vitamin C.hehehe.. Bio tu adalah sebab supplement vitamin C keluaran nutrilite ni mengandungi bio-flavonoid yang di derive dari buah pulpa lemon (yang putih-putih tu). Manakala vitamin C yang terkandung dalam Bio-C ni adalah di extract dari pekatan buah ceri acerola yang terkenal sangatt kaya dengan vitamin c. Ikut instruction makan memang dia suruh telan, tapi aku pernah la cuba-cuba hisap. Rasanya masam+pahit. Ada sorang pakcik tu beritahu aku vitamin c memang sepatutnya masam, sebab tu lagi masam buah lagi banyak vitamin c. yang pahit tu pulak adalah dari bio-flavonoid yang di derive dari lemon tadi tu.


Rupa acerola cherry masak


Buah yang da masak manis rasanya sebab vitamin c da berubah jadi gula. Sebab tu peladang-peladang nutrilite ambik ceri acerola tu masa belum masak sebab kalau da masak vitamin c nya da makin kurang.


Aku bukan jenis rajin makan supplement unless aku nampak perubahan pada diri aku lepas makan supplement tu. sebab tu bila orang suggest kat aku apa2 jenis supplement, aku cuba, lepas beberapa ketika aku tengok takde perubahan positif aku pun malasss nak continue. terbengkalai la supplement tu. So perkara yang menyebabkan aku ni sungguh suka nak menelan berbiji-biji Bio-C nutrilite ni setiap hari adalah kerana aku rasa banyak perubahan positif yang aku rasa selepas consume benda ni..Antaranya adalah aku ni ada sipi-sipi kena resdung (family trait ). Bila kena selesema je mesti parah gila boleh sampai berminggu-minggu tak baik-baik. Sampai ada ketika aku ada bau busuk kat hidung aku. Horror kan..hehehe..Bila aku start makan Bio-C ni bila tekak mula gatal ke, mula bersin-bersin sikit, aku terus ambik extra dose. Kalau biasa ambik sebijik sekali, aku ambik 3-4 biji - 3 kali sehari sampai simptom reda. Last sekali aku kena selesema aku tak pegi klinik, aku just ambik extra dose Bio-C. Hari keempat aku fully recover tanpa perlu makan piriton.


Selain tu someone yang aku kenal ada masalah batu karang (yg kecik2). So aku cuba bagi dia makan Bio-C di samping bagi minum jus lemon segar+olive oil. Since then memang takde masalah tu. Aku pun terkejut gak sebenarnya sbb tak sangka berkesan. Tapi till date si polan itu masih meneruskan ambik Bio-C.


Dan antara yang menggembirakan aku dan menambah kerajinan aku nak makan Bio-C ni adalahhh tekstur kulit aku semakin baik sejak amalkan makan Bio-C 2 biji 3 kali sehari (kadang-kadang missed jugak..hihi..tapi biasanya paling sikit pun 4 biji sehari..) Setiap tablet mengandungi 250mg vitamin c. so 4 biji tu dapat 1000mg la..Cik Abang pun tegur tentang kulit ku itu.Istiqamah la nampaknya sbb aku dari dulu lagi ada masalah kulit kering melampau.

Nanti bila-bila aku rajin aku sambung tentang kebaikan lain vitamin c secara general. Insya allah.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com