Memaparkan catatan dengan label Perkembangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan. Papar semua catatan

Selasa

Cerita pasal anak

Assalamualaikum

Lima orang anak dengan beza umur setiap seorang antara 1-3 tahun memang menuntut kesabaran yang tinggi. Pastinya setiap hari ada saja aktiviti diorang yang buat aku urut dada. Sungguh pun macam tu, gelagat masing-masing sedikit-sebanyak melegakan tekanan di tempat kerja. Aqil yang sulung dah 9 tahun. Damia 7 tahun. Aisy 4 tahun. Afiqah 3 tahun dan Aisha setahun.

Beza dua tahun tapi tinggi dah nak dekat sama
Aqil dan Damia pergi sekolah.Tangan Aqil yang patah tahun lepas nampaknya dah semakin baik. Cuma ibu dan ayahnya masih trauma dengan kejadian tu. Dari segi pelajaran, aku sedikit bimbangkan perkembangannya. Insya allah bila dah bersedia aku cerita lebih lanjut. Dari segi pelajaran, aku tak berapa bimbang pasal Damia sebab dia sekolah PASTI. Jadi, asas tu dah ada sedikit sebanyak. Cuma social skill nya tu risau sikit sebab Damia ni kadang-kadang berat mulut. Terutamanya bila dengan suasana baru. Sungguh pun gitu, takde la risau sangat sebab dia sama sesi persekolahan dengan Aqil. Jadi, biasanya waktu rehat tu dia sekali la dengan abangnya. Tapi tak boleh la selamanya nak bergantung pada abangnya. Harap bila sampai masa nanti dia sedia dan boleh berdikari. 

Gambar kenangan budak nangis

Aisy dengan adik-adik perempuannya melasak kat rumah. Jangan kata anak perempuan tak lasak. Aisy dengan mulut macam bertih, berceloteh tak henti-henti. Ada je nak diceritakan. Biasanya dia suka main LEGO sorang-sorang dia. Tapi dia rajin jugak melayan Afiqah dengan Aisha main. Si Afiqah dah semakin pandai bercakap. Biasanya emak dan ayahnya je yang faham. Dia banyak dapat influence dari Aisy. 

Ayat paling digemarinya.. 
"Ibu/ayah, nok ni (tengok ni) Aisy buat Aiqah"
Aisy muka garang, ibu pun nak ikut sama
Bila dia nangis, tak jelas butirnya. Ibu pun pening kepala. Tak tahu apa yang nak disampaikan. Sudahnya peluk-peluk, ibu pun ambik gambar dia menangis untuk buat kenangan. Hahaha..

Aisha pun boleh tahan lasaknya. Kalau tak puas hati. Laju je tangan tu nak tepuk orang. Kuat menggigit juga. Kadang-kadang kalau tengok dan dengar lagu dia dah boleh buat gaya-gaya menari. Mulut pun dah potpet yang tak tau butirannya. Sambil-sambil tu dia boleh faham dah kalau orang marahkan dia. Aku suka lah nak menyakat buat-buat marahkan dia. Cebik-cebik pastu nangis. Ibu dia pun ambil gambar buat kenangan. Ayahnya stress la bila ibu buat macam tu. Hahaha.. Maunya tak, budak tak nangis dibuat sampai menangis sebab nak ambik gambar. Entah apa-apa la perangai emaknya tu.

Of course la setiap hari bukan bulan dan bintang. Bila hari aku terlalu stress, kadang-kadang aku jadi macam kain buruk. Tak larat nak buat apa-apa. Nak layankan anak tak larat. Masa ni, shujin ambil alih kebanyakan tugas. Aqil dengan Damia pun tolong-tolong setakat yang mampu. Ada masa jugak yang aku tak boleh nak handle tekanan tu, diorang jadi mangsa kena marah. Menyinga sekejap, lima saat tu terus rasa bersalah bila tengok muka sedih diorang kena marah. Cepat-cepat aku peluk. Rasa bersalah dengan teruknya. Pastu, diorang buat perangai. Marah lagi. Haih la emak korang ni.

Entah macam mana lah mak aku jaga kami adik-beradik enam orang masa kecik dulu kan. Aku dengan yang lima orang ni, ada masa memang semput. Rumah tunggang langgang jangan cerita. Malu nak terima tetamu sebab rumah huru-hara. Lebih daripada Titanic masa nak karam ko. Hahaha. Kurang-kurang, Titanic tu takde isu lantai comot sebab bebudak makan nasi berterabur atas lantai.  Atau tumpahkan air atas lantai, lepas tu ada budak tu datang berenang atas tu.

Doakan lah aku terus cekal dan tabah menjaga dan membesarkan amanah Allah yang lima ni.

Isnin

Sekejap masa berlalu

Assalamualaikum

Rindunya dengan pembaca blog dan blog-blog yang selalu dibaca. Bila anak berderet-deret, rapat-rapat pulak antara satu sama lain macam ni lah. Korbankan dulu minat nak menulis di blog. Tunggu diorang besar sikit, dan pandai uruskan diri sendiri. Bila hari bekerja sibuk dengan kerjaya, meniaga tambah pendapatan, anak-anak. Selain Aqil, Damia pun dah mula darjah satu tahun ni. Bertambah la sibuknya. 

Aku pun masih berniaga barang makanan Jepun dan takoyaki sejuk beku. Permintaan sedia ada. Cuma kederat nak menyediakan tu. Kadang-kadang terlalu penat. Nak angkat jari pun tak larat. Muka memang la nampak muda sentiasa walau pun tahun ni mencecah 34 tahun. Eceh.. Perasan jangan tak perasan Kesoma. Hahaha.. Kalau bukan kita puji diri sendiri, siapa lagi nak puji kan. Hihihi.

Cemburu bila tengok rakan-rakan yang sama-sama memblog dulu, ramai juga yang dah berhenti bekerja dan berniaga sepenuhnya. Aku masih macam dulu. Tak berapa nak yakin untuk mulakan berniaga sepenuh masa. Komitmen tinggi. Dengan anak lima orang, belum berani nak mempertaruhkan masa depan diorang lagi. Bukanlah tak percaya pada aturan rezeki yang Maha Esa. Cuma tak yakin pada diri sendiri yang mungkin belum sedia. Bila nak sedia? Entahlah... Kurang-kurang, simpanan kenalah beberapa ratus ribu kan. Hehehe..

Bila dah mula menulis ni. Macam-macam idea berlari nak ditulis. Haritu berjanji nak menulis sikit-sikit. Hampeh. Kesempatan entah ke mana. Jadi, kali ni aku taknaklah berjanji. Insya allah kalau ada kesempatan, aku tulis sikit demi sedikit. Hal kerjaya, hal anak-anak dan hal pasal perkembangan perniagaan. Insya allah.

Semua semua pembaca sihat dalam lindungan rahmatNya.

Terima kasih pada yang masih sudi kembali walau pun blog ni dah nyawa-nyawa ikan. ^_^

Jumaat

Salam Jumaat

Assalamualaikum

Fufufu.. Janji tinggal janji sangat kan.. Kata nak update kerap. Lepas tu asyik tak nyempat je. Maafkan daku ye.

Meh belanja gambar budak omey sekeping


Bulat bulat ni suka melaram dah sekarang. Tak larat nak kejar perilakunya. Kejap air tumpah, kejap tabur serdak biskut. Kadang kadang dia tolong nyanyi laailahaillallah kat adiknya. Boleh la dengar butir sikit sikit. Manja ya amat dengan ayahandanya. Mentang mentang tiket comel. Geram tengokkan



Yang Aqil Mubarak dah mula sekolah semula lepas cuti dua bulan. Patah tangan. First day sekolah, terus exam. Kesian terkial kial nak kejar silibus.

Damia pulak dah semakin boleh diharap. Walau pun kadang kadang tak larat nak hadap tantrum dia. Mengalahkan adik adik.

Aisy pulak manja macam biasa. Dah tak pakai diapers. Jimat sikit poket ibu. Kadang-kadang leka main, dah melompat lompat baru nak ke tandas. Geram jugak dibuatnya.

Si kecil Aisha Rashiqah pulak ada potensi nak bercakap banyak.. Hahaha..



Masa kecik ni meriah.. Masing-masing dah besar nanti sunyi jugak ibu ayahnya bila masing masing dah ada kerjaya sendiri kan..

😂😂😂

Walau pun muka macam sweet 17, tapi dalam hati ni macam orang tua. Kahkahkah..

Daa

Blogger seram sejuk

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Ya Allah.. Rindunya pada blog. Belek-belek posting lama. Rupanya last post 22Jan aritu. Ini dah bukan lagi blogger suam suam kuku. Namanya blogger seram sejuk :P ...Lepas start maternity leaves, terus tak update. Jangan ingat maternity leaves tu cheq dok goyang kaki sambil berlulur berspa bagai. Anak dah masuk lima, takde maknanya nak goyang inul cheq oii.. Penatnya ya rabbi.. Allah je tahu.

Isnin baru ni start kerja. Aku yakin ada lagi orang lain lebih sengsara dari aku. Hahaha.. Tapi tetap nak mengadu domba.. Mengantuknyaaa.. Tidur malam tak kurang dari pukul 12. Mesti atas pukul 12. Pastu pukul 4.30 pagi dah mula terjaga. Pukul 5.30 gagah jugak bangun, masak siap siap untuk makan tengah hari dan bento bawak pergi kerja. Dengan vangganya aku nak ciwi yang minggu ni tiap-tiap hari bawak bento pergi kerja dan masak makan malam. Takde beli kedai. Nak jimat sangat kan.. Padahal mak mak kita dulu selamba je masak 3-4 kali sehari. Aku masak dua kali dah kepoh sedunia kan. Hahaha..

Anyway.. Banyak sangat story nya nak diceritakan. Pasal kelahiran orang baru, pasal bisnes, pasal Aqil patah tangan, pasal anak-anak.. Kalau tak update nanti diorang tak boleh la baca story mak diorang pasal diorang bila dah besar nanti. The happiness, struggle etc etc.. Of course la yang maneh melekit je cerita. Yang sengsara tak payah nak cerita sangat lah. Bukan orang nak tolong, jadi bahan je kang.. Ngadu pada yang satu tu je sudahh.

Insya allah kucuba sediakan masa untuk update satu persatu. Happynya jari jemari boleh merepek lagi kat blog ni kan.. Kalau ikutkan banyak lagi nak tulis, tapi banyaaaaakkk kerja menantiku. Semoga bertemu kembali dalam entry akan datang.

Kalau nak tengok aku update banyak-banyak.. Boleh follow FB page - Frozen Takoyaki. Hari-hari update. Carik makan lebih katakan. Hehehe..

Semoga bertemu kembali..

Selasa

Kisah Damia dan Afiqah

Assalamualaikum

Aritu cerita kisah anak-anak lelaki. Sekarang kisah anak perempuan pulak
Suka selfie
Si anak perempuan yang sulung ni dah 5 tahun. Masuk sekolah PASTI Nurul Hidayah Jalan Kebun ni awal tahun aritu. Sengaja aku masukkan sebab dia sibuk nak ke sekolah jugak. Kerap memonteng jugak. Yang aku heran, tengok kat group Whatsapp ibu bapa tu, anak orang lain banyak je kerja sekolahnya. Dia takde bawak balik. Kalau bawak balik kerja mewarna, sampai sudah dia tak buat. Malas aku nak paksa dia. Sungguh pun kerap memonteng, alhamdulillah cikgunya kata pencapaian dia bagus. Periksa akhir tahun dapat no 1. Terkejut mak bapak dia. Hehehe..
Dengan Cikgu Ita, Guru kelas dia
Kat rumah dah boleh harap mintak tolong tengokkan adik adiknya. Walau pun dia kuat buli adik, tapi dia lah yang paling mudah nak mintak tolong. Kalau si abangnya Aqil, asyik nak mintak upah je. Anak-anak pun dah pandai mata duitan macam emaknya. Hahaha.. Si Damia ni kalau makanan dia suka, makannya bertambah tak berhenti henti, sampai aku risau. Tapi badannya macam tulah. Tak gemuk gemuk. Tinggi dah nak sama tinggi dengan abangnya.
Nangis acah-acah sebab tak cukup makan. Buat orang geram je
Si Afiqah Balqis pulak. Dah setahun lebih. Gigi pun dah semakin banyak. Seiring dengan pemakanannya yang macam-macam. Anak perempuan memang kuat makan kat rumah ni. Actually yang tak berapa kuat makan tu Aqil. Memilih sikit. Yang lain semuanya boleh tahan. Afiqah Balqis ni ada ibu susuan sebab sejak pregnant aku tak cukup. Dia pulak tak berapa agree dengan susu formula. Agak-agak dua bulan lepas, aku ada niat nak cari ibu susuan untuk dia. Tapi tak seriously cari sebab agak susah kalau ibu susuan kita baru kenal. Memang dah tertulis rezeki kami, ada kawan sekolah yang cari anak susuan. Alhamdulillah. So si Afiqah ada sorang adik dan abang susuan.
Kalau abang Aisy nak bergambar kena sekali
Anak empat orang ni sangat meriah rumah. Dari segi tahap kesepahannya sampai la kalau nak bersiap pergi ke mana mana. Fikir banyak kali kalau nak makan di kedai. Ye lah. Kita dah biasa dengan anak-anak yang riuh rendah. Tapi tak semua orang boleh terima kan. Karsng tak pasal-pasal gambar kami diambil dan jadi viral kat media sosial. hahaha..

Daa

Khamis

Aqil & Aisy

Assalamualaikum

Aqil dah habis darjah satu. Gigi pun dah empat batang hilang. Baru ni, gigi dia tercabur sebatang, esoknya main ganas sangat dengan Damia, terpatah pulak sebatang lagi. Jadi la seperti ni..

Nasib baik dah minggu terakhir sekolah. Itu pun kena pergi sekolah last day, dia kata malu sebab gigi tak ada. Hehehe.. 

Si Aisy Thaqif pulak. Cakapnya semakin banyak. Kalau dikumpulkan keempat empat mereka. Pening ayah dia. Semua ada je yang nak dicakapkan. Oh, Afiqah belum pandai cakap. Tapi dah boleh buat gestures suruh tengok. Siap tarik tarik baju lagi selagi tak tengok. Sabo je ayah dia. Aisy ni bukan main manjanya sekarang. Lagi-lagi kalau dengan ibu. Adik dah duduk kat riba, dia pun nak berkepit. Persistent nya pun boleh tahan. Dah sampai umur dia la tu. Tapi, keduanya tetaplah abang yang penyayang pada adik adik mereka. Hehehe..

Cepat je rasanya bebudak ni besar. Aqil dah nak masuk darjah dua. Aisy pun dah nak dekat 3 tahun. 

Mana pergi gambar yang dua lagi.

Nanti lah upload pulak ye.

Hehehe..

Daa


Isnin

Sambutan birthday shujin

Assalamualaikum

Tahun lepas, aku ada order surprise cake untuk shujin tapi surprise tak menjadi sebab baker aku terpaksa bercuti kerana ada kematian saudara terdekat. Tahun ni alhamdulillah surprise cake tu menjadi.


Kek biasa biasa je. Walnut butterscotch. Tak begitu manis. Kena dengan selera tuan punya badan. Sedap katanya. Baker kami macam biasa lah.. Sister's Cakery - Ilyana Isa. Kek diorang memang sedap. Harga pun berpatutan.

Si kepochi.. Macam birthday dia pulak

Anak dara rambut tak bersikat.. Tepi tu siapa lagi kalau bukan si Balqis.

Muka anak bapak sangat kan Aisy ni

Jarang jarang dapat ambik, tu pun tak clear

Anak sulung kesayangan
Sambut birthday makan-makan sikit. Kali ni ada kelainan sebab shujin request taknak makanan jepun. Hahaha.. So kitorang makan western kat Chilli's. Yang bestnya.. Kids eat for FREE untuk setiap main meal yang kami order. Satu je la kids meal yang kena bayar. Anak-anak tak biasa sangat makanan western, so pakat tapau bawak balik. Lepas ni kena biasakan diri dengan western food pulak ye.

Birthday shujin sebenarnya 3/Sept aritu. Aku kerja jugak sebab cuti dah takde. Sadis.. Birthday Balqis esok, Aqil pulak Jumaat ni. Semua pakat berhimpit bulan September. Tahun depan sambut sekaligus je lah. Jimat belanja ibu nak beli kek. Hahaha..

Daa

Afiqah Balqis hampir setahun

Assalamualaikum

Menguatkan semangat, mencekalkan hati.. Menaip untuk simpan cerita masa depan..

Si mata bulat ni dah hampir setahun. Macam sekejap je masa berlalu kan. Gigi dah ada enam batang. Hampir pro memanjat ke mana-mana yang boleh dicapai. Dah boleh berdiri tanpa sokongan, tapi masa cuak cuak nak melangkah. 1-2 dia dah ada melangkah. Kena banyak belajar lagi dek.. Hehehe

Suka makan. Garang pulak tu kalau orang ambik makanan dia atau tak cukup makan. Sopan sikit dek. Kita tu perempuan.. Hehehe...

Dia sendiri sorong bangku tu untuk panjat dan pungga buku. Bukan tinggi pun rak tu. Tapi dia nak capai segala benda atas rak tu. So, dia panjat.

Rambut je tak berapa nak lebat sebab rambut jenis halus sangat.

Ibu cukur je lah terus ye dek.. 

Birthday dia 8/Sept. Boleh sambut sekali dengan Aqil 11/Sept. Si Aqil Mubarak tak menyabar nak sambut birthday sebab dah request hadiah birthday macam macam. Hahaha..

Okielah. Salam Isnin semua.

Daa

Jumaat

Aiyahh~! Again??

Assalamualaikum

Konon nak keep update blog. Janji tinggal janji. Serupa PM daaa..Janji dicapati..

Wakaka...

Aku tau semua orang busy. Aku pun bukan suka nak kata aku busy. Takde lah nak kata aku busy dari orang lain kan.. Tapi lepas GST implementation April 2015 aritu, aku memang extra extra busy. Sakit kepala melayankan benda pasal GST yang masih banyak loophole.

Even yang implement sendiri, jabatan kastam sendiri pun ada perkara yang diorang sendiri tak tau. Acaner tu? Diorang yang buat GST tak tau, aku yang proses lagi tak tau. Lagi pening kepala nak fahamkan orang lain bagi paham macam mana claim GST ni berfungsi.
Gambo Google.com
Biasalah kan.. Benda pasal cukai ni.. Tak tau la siapa yang boleh betul betul paham. 

Dan sekali lagi aku cuba menanamkan dalam diri.. Weekend ni aku buat entry yang terlepas tu banyak banyak. Nanti auto publish. Banyak nak update tak terupdate lagi. Si Afiqah Balqis pun dah nak setahun bulan depan kan. Yang kata bulan depan tu seminggu je lagi. 

Okie lah. Pagi ni ada masa sikit. Aku paksa diri aku menulis. Kejap lagi dah start sibuk semula. Sekarang nak blogwalking pun susah sebab blogspot kena blok kat PC aku. Ni PC satu lagi yang guna network luar. Aku jarang guna PC ni. 2-3 kali seminggu je. So pepaham la. Dengan kekangan masa lagi.

Ohh..stress mok..

Tapi hari ni Jumaat so tak boleh stress ye. Esok Sabtu. Yey~!

Daa
 

Aisy & Balqis

Assalamualaikum

Lama tak update perkembangan anak-anak kan..Dulu masa zaman anak sorang dua orang rajin je mengupdatenya.. Hehehe..

Aisy dah 2 tahun 3 bulan. Cakap dah agak lancar.

Perkembangan Muhammad Aisy Thaqif
(1) Dah boleh mengira bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kadang-kadang terabur sikit.
(2) Suka ikut bacaan al-fatihah kat TV. Tapi belum ada butir ayatnya
(3) Suka ikut abang dengan kakak mengaji. Boleh mengaji alif ba ta
(4) Suka label barang dengan nama dia. Ibu Aisy, kaki aisy, adik aisy, tv aisy. Semua tu dia punya lah kiranya..
(5) Makan dah makin tak memilih. Beliau ni tak kisah makan apa sangat. Asalkan sedap.
(6) Sangat manja dengan ibu. Kalau ada ibu mula lah nak mengada ngada. Nak air yang dah tuang depan mata pun suruh ibu ambik letak kat tangan dia. Sabo je tau.
(7) Pandai dah nak ikut ikut pergerakan solat. Alhamdulillah..
(8) Sangat sayang pada adik dia. "Atak, nangan. Adik aisy" (kakak, jangan (kacau) adik aisy"
(9) Sangat suka main dengan abang Aqil. Ye lah. Adik lelaki kan. Tapi kakak pun rajin mengacau dia. Cuma kakak dia tu suka cubit adik dia. Geram dibuatnya.
(10) Selama 2 tahun++, cuma pernah sekali kena makan ubat, iaitu antibiotik masa dia batuk dan kena infection kat paru-paru. Lesson untuk mak dia yang tak cukup berusaha untuk buat steam dan percussion masa awal-awal batuk. Peringatan buat diri sendiri dan orang lain juga, jangan biarkan batuk berlarutan. Ubat batuk memang tak berkesan rawat batuk. So, kena rajin buat steam, percussion untuk buang kahak dari jadi tempat breeding bakteria.

Perkembangan Afiqah Balqis (8 bulan) 
(1) Makan apa saja. Kertas pun layannn. So kenalah ibu rajin mengemas kertas yang abang dengan kakaknya sepahkan
(2) Still minum susu ibu (belum campur). Alhamdulillah.. Semoga dapat diteruskan sampai dia cukup 2 tahun
(3) Dah seret dada, memanjat dan mula merangkak. Semua dia nak panjat. Jatuh entah berapa kali sehari.
(4) Kalau dia menangis, satu perumahan boleh dengar. Grrr..
(5) Kalau dia nak ibu atau ayah dia duduk kat dia. Jangan harap nak pergi mana-mana. Bangun je dia wekkkk... Geram tau.
(6) So far alhamdulillah.. Dia takde tanda cucuk di mana-mana. Free from vaccine. Pernah selsema, tapi sembuh dengan natural remedies dan tak makan ubat.
(7) Banyak cakap dan suka buat muka garang kat orang yang baru first time dia jumpa. Hahaha..

Rasa macam sekejap je diorang dah membesar. Tak puas lagi nak gomol-gomol.

Memang penat sebenarnya membesarkan empat orang anak. Alhamdulillah sebab shujin sangat banyak tolong dalam hal anak-anak. Aku ni dah la garang. Kesian pada anak-anak. Bila aku ada masa je, berebut diorang nak duduk kat riba ibu la. Nak ajak ibu main la. Ajak ibu baca buku. Macam-macam. Kadang-kadang ada jugak yang aku terlalu penat terpaksa mintak postpone hujung minggu. Lepas tu lupa. Waaa.. Kejamnya mak dia kan..

Aku tak suka nak merungut atau mengadu kata penat la, banyak kerja la. Sebab aku malu. Aku penat. Ada orang lain lagi penat dari aku. So, kalau nak ngadu pun. Aku ngadu kat shujin je. Hehehe.. Kesian shujin.

eh~!! Melalut.

Penat masa anak-anak kecik ni lain. Bila dah besar penatnya lain pulak. Hahaha.. Alhamdulillah Aqil dengan Damia pun banyak jugak dah bantu kami. Tolong jaga adik-adik terutamanya..

Daa


Khamis

Kekacang dah berbuah?!

Assalamualaikum

Pokok kekacang kesayangan dah mula berbuah. Actually sejak minggu lepas dah berbunga. Aku tak sempat nak ambik gambar. Pagi ni baru ada masa sikit nak membelek sebab aku cuti pagi. Tengok tengok dah ada kekacang berbulu itu keluar. Hahaha..

nampak tak bulu bulu tu.. hahaha
Benih kekacang ni actually adalah kacang soya dari Jepun. Mungkin ada yang tertanya. Apa la yang bersungguh sangat aku tanam kacang soya jepun. Kat Malaysia kan ada kacang soya. Bezanya ialah, kacang soya dari Jepun ni non-GMO (GMO - Genetically modified organism). Berbeza dengan kacang soya kita. Means that, ianya lebih baik untuk kesihatan. 

Tanah kat area rumah aku ni sebenarnya sangat tak subur. Penuh batu bata. Nak tanam pokok ni aku masukkan kompos yang aku buat dan tanah 3 dalam 1 beli kat nursery. Aku tak letak baja apa pun. Cuma siram dengan air basuh beras. Gemuk je nampak pokoknya. Jaganya pun mudah sangat. 

First batch ni nak buat benih untuk batch akan datang. Nak tanam dalam 20 pokok gitu ke. Baru sedap nak makan. Hehehe..

Pokok lain masih kecik-kecik lagi. Belum ada hasil. Tapi insya allah. Projek tanaman ni akan diteruskan demi menyahut seruan pak menteri kita. Hahahaha..

Daa


Rabu

Happy birthday Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Hari ni 11 February 2015, genaplah dua tahun umur Aisy Thaqif.


Perkembangan
(1) Berlari melantun lantun. Walau pun sizenya kecik dari abang dengan kakak, dia agak tegap. Kalau dia paut abang dengan kakaknya, boleh jatuh diorang.
(2) Tangan agak cepat dan garang. Aku asyik lupa je nak ambik gambar bila dia nangis dengan muka macam nak marah orang. Takut woo.. Hahaha.. Aku panggil kening angry bird. Kening garang macam ayah.
(3) Video paling comel adalah bila dia buat hadoken. Hahaha.. Ada masa nanti aku suh shujin upload kat Youtube.
(4) Agak independent. Tapi lately, dia agak sensitif. Especially kalau dengan aku. Nak tidur nak paut kat ibu. Ambik tangan aku suruh tepuk dia. Rasanya sebab dah ada adik kot. Tapi dia tak jeles pun dengan adik dia. Dia tolong tepuk. Paling kalut kalau adik dia menangis.
(5) Bila abang dengan kakak dah sekolah ni, dia sunyi la sikit sebab adik masih kecik. So asyik mengekor orang je. Tapi suka tolong siram pokok ibu. Okla tu. Siram sikit, baju basah lebih. Hahaha..

(6) Banyak dah vocab dia. Walau pun kadang kadang dia sebut hujung hujung agak susah nak paham. Ada banyak improvement dari segi sebutan. Dia cuba sebut penuh perkataan. Macam kakaknya Damia, Aisy pun sebut kereta tu tite.. Kalau sebut lari, dia sebut layi. Acilah. Ibu boleh paham.
(7) Dengan keadaan rumah sekarang, aku belum sedia nak potty train Aisy. Tapi dia dah tau cue kalau nak buang air besar. Agak dalam 5saat sebelum nak berak, dia bagitau aku. Ni yak busuk. Lepas tu terus buat pose membuang. Hahaha.. Hopefully boleh train dia soon. Jimat diapers.. Hehehe..
Aisy tahun lepas.. ada macam rupa Afiqah..
suka makan
Cheeky
Aisy anak yang tak banyak kerenah.. Walau pun ada masa aku urut dada tengok dia buat perangai. Tapi kebanyakan masa, dia independent.Dan kalau dia buat perangai, dia dimaafkan sebab pandai buat muka comel. Cuma, sedikit membimbangkan aku, Aisy ni ada ciri ciri yang lebih persistent dari Damia. Ada ketika, susah nak reason dengan dia kalau dia nak apa-apa. Dua kepantangan aisy adalah mengantuk dan lapar. Bila dia lapar atau mengantuk, dia buat perangai sampai berguling guling. So tak payah la ngengada nak berjalan kalau waktu tidur dia. Hahaha..
Cepatnya diorang dah makin besar. Sekarang kakak dengan abang je sekolah. Tak lama lagi bila semua dah sekolah, sunyi lah ibu ngan ayah.. Huhuhu

Daa

Muhammad Aqil Mubarak

Assalamualaikum

Aqil dah darjah satu tahun ni. Alhamdulillah. Almost 7 tahun dah aku jadi ibu. 






Dan dua hari lepas..

Isnin dengan Selasa aku hantarkan sampai ke tapak perhimpunan dalam sekolah. Hari ni dia pergi sendiri. Actually cikgu dah tak bagi mak bapak masuk. So dia pun pergi sendiri. Harap harap oklah tu. Insya allah.

Mainan dan games kami dah simpan. Malam diorang tidur awal. Setakat hari ni, takde masalah nak suruh bangun pagi. Liat sikit. Tapi takde drama air mata. Alhamdulillah. Hehehe..

Aqil bawak bekal. First day dia nak sandwich. Aku buatkan sandwich telur letak timun. Semalam buat burger. Dia kata sedap. Hari ni nak lagi. Elok la tu. Air pun dia bawak. Tapi sampai sekolah dia tak pandai bukak botolnya. Ketat kata dia. So, dia beli air kat kantin. Kami bagi RM2. Seringgit dia beli air. Balance aku suruh dia simpan. So, dah simpan RM2 dah la. 

Buntu jugak aku nak bagi bawak bekal apa. Aqil ni kalau makan nasik lambat. Macam dikira butir nasik tu. So macam kurang praktikal nak bagi bawak nasik. Tapi takkan nak bagi roti hari hari kan. Nanti la belek encik google. Tengok bento lawa lawa makcik Jepun. Kot jadi sumber inspirasi ke. Hehehe..

Belanja gambar anak dara sorang masa hari orientasi abangnya. Dua tahun lagi giliran kita pulak ya.. Hehe..

Daa

Selasa

Oh terasa tua pulak

Assalamualaikum
Aqil start darjah satu this year. Bermaksud anak lelaki sulung kami dah 7 tahun. Dah 7 tahun aku jadi ibu. Macam tak caya. Walau pun persekolahan bermula 12hb January, kami kena pergi daftarkan Aqil 2hb, Jumaat aritu. Ada ujian saringan jugak. Kami sangat risaukan dia. Takut dia frust bila tak dapat jawab. Tapi bila tengok dia ok je, aku pun rasa lega. Betul ke salah tu tak penting. Yang penting dia konfiden. Hahaha..

Damia pun start PASTI tahun ni. Tak tahu la anak dara keledek tu ok ke tidak. Hari orientasi semalam, dia berkenalan dengan kawan yang nama Damia jugak. Masa bermain, entah anak dara siapa, cubit belakang dia. Si Damia ni pemalu sikit orangnya. Dia diam je. Datang menyorok kat aku dengan muka sedih kena cubit ngan kawan. Alahai anak.. Cuba la melawan sikit. Kalau ye pun pemalu. Jangan bagi kawan buat kat kita. Hehehe..
Di Abuain Kitchen

Aku dengan shujin masih agak sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti mengemas rumah T_T

Harap dapat aktif seperti sediakala dalam jangkamasa terdekat.. Sangat rindukan blog nan satu ini.. Nak share resepi, nak share cerita kami, anak anak lagi.. tips macam macam dah dok kumpul.. Nak mengarangnya tu kurang masa..

Daa

Rabu

Kehidupan kini

Assalamualaikum

Maaf sebab asyik menghidangkan cerita yang kurang sensasi dan banyak yang bercirikan peluang perniagaan semata mata. Honestly, lebih separuh daripada entry terkini adalah entry auto publish atau entry shujin. Menjelang hujung tahun ni 2014 ni ada terlalu banyak benda yang memerlukan perhatian. Terutamanya pasal kerja dan bisnes. Ye lah memang bukan bisnes besar besaran, tapi kalau tak bagi perhatian memang takkan membesar la kan.. Hehehe..

Tahun depan dah mula GST. Aku sedaya upaya berusaha supaya kewangan kami sekeluarga cukup kukuh untuk menghadapinya.

Mak aku berniaga kedai runcit
Kakak berniaga kedai buku

Ramai yang mula terasa bahang bila pendapatan dari jualan berkurang. Hasil jualan kedai buku dikatakan berkurang 40% walau pun musim persekolahan bermula tak sampai sebulan lagi.

Mungkin ramai yang mula kurangkan perbelanjaan, berjimat untuk perbelanjaan anak anak yang nak masuk sekolah awal tahun depan dan menghadapi kenaikan harga disebabkan oleh GST.

Jadi dari sekarang, aku cuba meluangkan masa untuk perbaiki perniagaan kami. Tambahkan promosi di sana sini. Insya allah kalau semua berjalan lancar dengan produk Frozen Takoyaki. Aku nak tambah satu lagi produk makanan jepun sejuk beku.

Perniagaan Amway juga sekali jalan. Aku masih mengekalkan konsep mengajak tukar brand dan guna barang Amway. Daripada berbelanja di pasaraya orang lain. Lebih baik beli di kedai sendiri atau di kedai keluarga sendiri. Dapat menjana pendapatan secara tak langsung. Sebab, anyway.. kita tetap kena beli ubat gigi, tetap kena basuh baju. So, walau pun berlaku krisis ekonomi, perbelanjaan wajib bulanan tetap akan berlaku. Konsep begini telah terbukti menyelamatkan ramai orang ketika krisis ekonomi tahun tahun lalu. Insya allah, tahun akan datang juga.

Aku mintak ampun dan maaf sebab sangat sangat sangat jarang update dan tunjuk muka komen di blog kawan-kawan. Insya allah.. Sedikit masa lagi aku cuba untuk komited dalam berblog.

Jangan lupa LIKE FB page : Frozen Takoyaki dan Instagram : @Ourkizuna

Daa

Sabtu

Tiga beradik

Assalamualaikum

Meriah masa diorang nak membesar ni. Main, bergomol, bergaduh, kena marah, melalak.. Pastu duk kejap hingaq balik. Kalau bebudak ni diam sangat pun kena jengah jugak. Entah apa projek masing masing.



Yang sikecik pulak tidur banyak. Jenuh kejut nak bagi susu. Kalau bangun je semua nak datang cuit, nak menggomol. Abang kecik Aisy pun boleh tahan jugak. Tak padan ngan kecik, nak meriba adik jugak.



Makin petah mengajuk, makin banyak bercakap. Semua jenis peramah. Sekali sekala semua nak bercakap, pening kepala ibu tatau nak layan mana dulu. Hehe..



Tidooo je dia..

Salam Sabtu

Daa

Rabu

Masuk bulan puasa kami makan banyak

Assalamualaikum

Actually statement tu bukan untuk aku dengan shujin.. Tapi untuk kekanak riang kat rumah ni..

Especially yang ini.. Berselera je makan. Makan nasi pun bertambah tambah. 

Aku selera okay, tapi dah masuk 30minggu ni perut tak boleh masuk banyak benda. So makan pun ala kadar je masa berbuka. Alhamdulillah so far kami berjaya mengekalkan rekod tak ke pasar ramadhan. Walau pun lauk masak biasa biasa je, tapi shujin puji puji sedap. Makin kembang perut aku dengar. Hehehe.. Hopefully dapat diteruskan usaha murni memasak sampai ke hujung puasa nanti.

Gambar makanan aku tak ambik sangat. Sampai rumah pun cukup cukup masa je nak memasak sebab dah nak dekat pukul 7 sampai. Mujurlah semua dah tersedia. Tinggal nak disatukan dalam kuali je. Pressure cooker dengan kuali ajaib jadi hero penyelamat kami sekeluarga. Hihi..

Semalam korang buka puasa makan apa..? Kami makan ayam ungkep dengan miso sup. Sup paling senang nak buat. Haha..

Daa

Sabtu

Adik nak order apa?

Assalamualaikum

Di tepi tasik di MARDI masa EH EH Megabazaar di Serdang minggu lalu.

Kami melepak di situ menunggu orang datang nak ambil barang Takoyaki yang dipesan.. Diorang boring takde benda nak dibuat. Aqil ambil pen dan kertas, pura pura ambil pesanan untuk makan. Hehehe..

Kereta remote control LEGO hadiah birthday Aqil. Aisy tak pandai control lagi. So dia pegang remote dan buat bunyi enjin di mulut. Wuuu.. Comel sangat.. Rasa macam nak gigit je. Hehehe..

Aisy dah pandai sebut Ayah dengan agak jelas, Abang sebutannya panjang. Kakak ada bunyi sikit. Aisy ada hilang "s" kadang kadang. Tapi bila sebut ibu bunyinya macam moo dan buuu saja. Grrr... Aisy mungkin lambat sikit menyebut perkataan pertama berbanding Damia dan Aqil. Tapi satu perkara yang tak pernah fail untuk menakjubkan aku pasal Aisy adalah dia sangat faham apa yang kita cakap. Dan dia juga sangat tahu apa yang dia nakkan dan pandai nak sampaikan kemahuan dia pada kita. Dalam masa yang sama aku risau gak di masa depan nanti. Hahaha.. Apa pun.. Dia tetap budak kecik comel yang sangat pandai ambil hati ibu. Sangat meruntun jiwa bila tengok budak kecik itu terkedek kedek ambil kain untuk lap air yang tumpah. Atau kutip nasi yang bertaburan bila makan.

Bulan puasa ni be nice to ibu okay. Nanti ibu bagi upah anak-anak tolong cuci cuci dan kemas kemas rumah except for kemas toys sendiri.. Hihi..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com