Selasa

Miang macam lalat merah!

Assalamualaikum

Masa aku kecik dulu, kalau kitorang buat perangai mengada-ngada mesti mak aku kata. "Macam lalat merah!" Mungkin mak aku maksudkan anak lalat gamaknya.. Hehehe.. Mak aku memang ada bahasa kampung dia yang tersendiri yang cuma orang kampung dia je paham. Contohnya macam langu, kepai, dan banyak lagi. Yang uniknya. Sampai sekarang mak aku masih lagi bebas mencipta perkataan ikut sedap mulut dia. Dan kitorang adik beradik boleh paham walau pun dengar perkataan tu pertama kali. Hahaha. Hebat dak orang Ayer Baloi.

Sekarang ni kat TV8 ada ditayangkan cerita My Princess. Aku duk biang-biang keladi tengok cerita tu lah. Sambil tengok sambil tersenyum simpul persis anak dara tengah tunggu pinangan boifren. Sekarang aku dalam misi meracun shujin untuk belikan aku DVD cerita tu since aku nyampah nak dengar orang Korea speaking mandarin. Haih! Tak feeling betul. Dah la aku memang dah lama keminatan dengan mamat heronya tu. Since dari tengok dia berlakon dalam cerita Summer erkk..Summer ape tah. Lupa..


Doakan aku berjaya meracun shujin. Dia dah kata hero tak hensem. Ceh! Tinggi betul standard hensem dia tu. Tapi kakak Lee Seol tu comel kan kan.. Hikss.. Malam ni tak bulih tengok pasal ada appointment :(

Huuu...

12 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

akak racun la dgn lee seol tu ...kate heroin die cunnnnnnnnn sgt..haha

Mulan berkata... [Reply]

kalo dekat boleh pinjamkan dvd citer tu.. ada dlm koleksi rasanya.. hehee, kita ada lebih 100 dvd movie & lebih 50 dvd drama korea.. koleksi dari tahun 2000.. nasib tv msia siarkan, kalo takde, mau kena paksa hubby kt rumah ni import dr korea.. hahaa..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: berkata... [Reply]

peminat tegar korea nih ;)

anumuchan berkata... [Reply]

aa ckp mandarin ka.mmg x best nk dgr kan.huhu.kalau intenet laju boleh tgk dkt dramacrazy je.sy khatam dh.hehee

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

cik ina tertinggal keretapi.anak-anak je minat cite korea.syyy dia ada beli banyak dvd cite korea bersiri:)

Unknown berkata... [Reply]

@Munnafendy, hahaha..tu lah pasal..

Unknown berkata... [Reply]

@MULAN, tu la...jauh sangat tu terengganu..hehehe..banyaknya koleksi..kami beli sikit2 je.. kadang2 pinjam..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@YNA, takde la tegar sangat..kalau heronya hensom je.. hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@アヌムちゃん, aha..tu la pasal.. kemaruk betul diorg ni semua nak alih bahasa..hehe..internet boleh tahan..tapi kapasiti tak banyak.. buat kena marah je nanti habiskan kapasiti tengok cerita korea..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, sekarang memang musim kpop cik ina.. kalau boleh semua nak di kpop kan..hehehe..

Anamarza berkata... [Reply]

time sekolah dulu pernah member kena tegur ngan ustazah sebab gelak dalam kelas ,ustazah cakap macam kena mabuk kulat, bunyi gelak gatal...

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata... [Reply]

musim cerita korea kan?!:)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com