Assalamualaikum
Bersyukur sebab aku dikelilingi oleh manusia manusia penyayang yang baik hati. Tapi aku tau ramai orang kat luar sana yang tak bernasib baik macam aku. Dibayangi oleh manusia-manusia yang busuk hati, pendengki dan tak boleh tengok orang lain hidup senang. The worst, adalah apabila manusia busuk hati tu adalah darah daging sendiri.
Baca kisah ni..
Sulaiman lepasan SPM. Memandangkan dia pun seorang yang tak rajin belajar. So malas lah nak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Membazir. SPM pun cukup makan. Sekadar ikut kehendak ibunya yang menyuruhnya ke sekolah.
Duduk di kampung asyik dikeji dan dihina. Bukan orang lain.
Sedara mara sendiri.
Bosan duduk melangut, Sulaiman mendapatkan pekerjaan di bandar A dengan bantuan seorang kenalan. Untuk beberapa ketika Sulaiman tinggal di bandar.
Biasalah orang muda. Ada girlfriend di kampung. Balik berhari raya. Sulaiman tak balik semula ke bandar. Sekali lagi menjalani kehidupan menganggur. Kadang kala bekerja sambilan menolong kontraktor. Dapat upah. Habis.
Tak betah dihina. Kenalan Sulaiman sekali lagi membantunya mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan kecil kecilan di bandar. Kali ni Sulaiman nekad. Membuktikan yang dia mampu berjaya.
Pulang ke kampung. Saudara mara masih lagi memperlekeh. Sulaiman tetap yakin yang dia mampu berjaya. Berdepan dengan kata kata yang merendahkan usahanya. Sudahlah direndahkan. Disuruh bayar pulak harga makanan yang mereka sekeluarga makan.
Sulaiman pulang ke bandar dengan hati yang longlai. Duit untung entah ke mana. Modal pun terkena tempiasnya.
Bagaimana pun, dia masih berusaha. Dengan harapan. Satu hari nanti saudara mara akan mengubah pandangan pada insan yang macam dia. Yang tak punya pelajaran.
----------
Ini kisah nyata. Cuma aku ubah nama bagi melindungi identiti sebenar mereka. Sulaiman bukan aku. :P
Menyirap darah aku masa dengar kisah ni. Serius. Aku rasa macam nak pergi maki manusia busuk hati tu.
Pesanan aku. Janganlah dinilai seseorang dengan pendidikannya atau pekerjaannya. Aku sentiasa percaya, dengan usaha, semua orang mampu berjaya. Yang penting, kita kena bagi mereka peluang. Peluang untuk mengubah diri dan masa depan.
Daa
14 comments:
assalam Rai..manusia busuk hati ada dimana2
percayalah satu hari nanti bila sulaiman dah berjaya dan kaya raya ramai yg tiba2 akan mengaku sedara.masa susah dan tak berduit dihina dan dikeji.macam mana bangsa kita nak berjaya kalau ahli keluarga tak memberi semangat dan dorongan.
betol kata acik erna tu..
kebanyakan manusia memang suke pandang rendah pada org lain...
Teringat satu quote..never look down at other people unless you are helping him up!
kesiannya. kawan tu kena sabo banyak dan terus berusaha. pekak kan telinga. sebab yg mengate tu bukannya hulur sekupang pon nak tolon.
pernah dihina dan diperkecilkan kerana memilih untuk menjadi agen insurans. sob sob sob~
kesiannya. jgn hina orang sbb pelajarannya, asalkan dia bukan penagih dadah, pembunting anak dara orang, mat rempit, pencuri yg tak insaf...huhu
ps: saya doakan sulaiman (bukan nama sebenar) akan berjaya satu hari nanti. amin
kesiannya..
dah la merendahkan orang, pastu nampak sengaja nak bagi orang tu susah..nak pekena sedara sendiri..siap kena belanja semua makan...haih
insyaAllah... atas niat dan usaha pasti ada jalannya. habis tu cerita sulaiman tu, dia sedang berusaha la sekarang ni? zaman sekarang rai, macam2 ada.
Minta kita djauhkan ya salam jumaat ;-)
bukti depan mata banyak ramaijer orang yang tak berpelajaran tinggi lebih berjaya.. yang penting usaha... kawan akak yang dulu tak pandai dan tak masuk u ramai yang hidup senang malah ada yang kaya raya... tapi diaorang rajinler, maalumler kalau orang dah masuk U mana nak keje dari bawahkan...
ah pedulikan kata2 orang...
Macam terngiang-ngiang kat telinga ni kata2 sindiran yg mungkin didengari Sulaiman. Org kita macam bangga bila dapat menyindir kan? Bila disindir sentap pulak :D
pernah kenal orng yg mcm ni, tapi skang dh berjaya !
rezeki masing2 kan.. mane tau satu ari nanti yang kite perlekehkan tu yang jadi lagi berjaya dari kita.. so kne ingat2 r..
Catat Ulasan