Memaparkan catatan dengan label Makanan Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Jepun. Papar semua catatan

Rabu

Profile dan sejarah syarikat Ourkizuna Resources

Assalamualaikum

Ourkizuna Resources sebelum ini didaftarkan sebagai Ourkizuna Enterprise. Apabila lesen perniagaan Ourkizuna Enterprise tamat tempoh, aku daftarkan semula sebagai Ourkizuna Resources pada 23 Oktober 2016.

Takoyaki

Syarikat ini adalah milikan tunggal aku sendiri. Buat masa ini kami beroperasi dari rumah. Akulah majikan, akulah pekerja. One man show kata orang. Masih belum mampu nak upah pekerja. Insya allah aku tengah mengumpul modal untuk menjual dari premis pulak.

Frozen Takoyaki sedia nak diambil oleh ejen
Asalnya aku mula berniaga atas permintaan pengikut blog ni yang nak cuba makan makanan Jepun. Dari situ permintaan makin banyak. Aku pun daftarkan perniagaan ni dan mula berniaga dengan agak serius. Macam orang lain, bila kata berniaga ni besarlah cabarannya. Terutamanya bagi aku yang masih bekerja sepenuh masa. Dengan anak lima orang pulak tu.

Harapnya aku tak berputus asa di tengah jalan dan dapat jadikan Ourkizuna Resources sebuah syarikat pertama milikan Islam yang utama membekalkan bahan makanan Jepun halal di Malaysia.

Cari kami di FB : Frozen Takoyaki
Hubungi kami melalui whatsapp : 0126894317
atau di Instagram : @ourkizuna

Terima kasih atas sokongan semua.

Isnin

Senarai produk makanan Jepun halal Ourkizuna

Assalamualaikum

Berikut adalah senarai bahan makanan Jepun yang halal yang Ourkizuna Resources bekalkan. 


Barangan kering
Miso paste halal 400g RM10
Dashi 50g RM6
Wakame 40g RM8
Konbu/Kelp 40g RM10
Tepung takoyaki 500g RM6
Sos takoyaki 330ml RM15
Sos teriyaki 330ml RM15
Shoyu/kicap 330ml RM12
Bonito flakes 40g RM10
Aonori 16g RM7
Kewpie mayonis 170g RM6
Pickle ginger/gari 500g RM12
Wasabi powder 40g RM4
Sushi vinegar 330ml RM12
Nori/sushi seaweed 50pcs RM30 (Kehabisan stok buat masa ni)
Matcha powder 30g RM18
Sencha green tea bag RM1/bag
Homemade kimchi 400g rm12 (Tiada production)

Barangan frozen
Orange ebikko 500g RM50
Octopus cut for takoyaki 500g RM40

Harga untuk belian pukal (wholesale) boleh hubungi kami terus untuk sebutharga.

Whatsapp 0126894317 

Terima kasih
FB Page : Frozen Takoyaki

Rabu

Resepi saba no misoni

Assalamualaikum

Saba no misoni bermaksud ikan mackerel yang dimasak di dalam miso. Bahasa inggerisnya "blue mackerel simmered in miso". Tak pasti proses "simmered" tu nak terangkan macam mana. Hehehe..

Ni adalah antara kesukaan aku. Zaman belajar kat Jepun dulu pernah termakan. Kenapa termakan. Zaman tu agak jahil. Tak tau yang rupanya nak masaknya gunakan mirin dan sake. Gulp~!

So, balik Malaysia ni dah jumpa miso halal, boleh la cuba buat sendiri. Yakin halalan toyyiban.

Memasaknya agak mudah dan sihat. Sikit pun tak guna minyak. Ikan mackerel ni aku sangat suka kalau bakar dengan garam je. Shujin dengan anak-anak pun prefer bakar. Tapi sesekali, aku teringin nak makan aku buat jugak. Diorang makan sikit je. Bagus jugak. More for me~!!! hahaha


Resepi saba no misoni (Japanese mackerel simmered in miso)
Bahan-bahan
2 kepingan Ikan saba (japanese blue mackerel)
*2 sudu besar miso paste
*2 sudu besar gula
*100ml air
*1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil shoyu


Cara membuatnya
Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Sebaik mendidih, masukkan ikan saba dengan bahagian kulit menghala ke atas. Goyang-goyangkan sedikit periuk bagi meratakannya.

Masak untuk 8-10 minit. Kemudian tutup dengan otoshibuta. Biarkan selama 1-2 minit. Kemudian matikan api dan hidangkan dengan taburan daun bawang

## otoshibuta adalah penutup yang biasanya dibuat daripada kayu untuk tutup terus atas masakan. Bukan pada periuk tau. Kalau tak ada, boleh buat gunakan penutup periuk yang lebih kecil saiznya dari diameter periuk. Atau pun gunakan aluminium foil yang dilubangkan ditengah. Tapi hati hati masa nak mengangkatnya nanti. Panass...

Rasanya manis sikit, lemak lemak. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 sudu saja.

Lagi banyak tips dan resepi masakan Jepun, follow fanpage Frozen Takoyaki.

Selamat mencuba

Daa


Khamis

Resepi Ayam Teriyaki

Assalamualaikum

Nak share satu resepi ayam teriyaki paling senang dalam dunia. Cuma gunakan sos teriyaki readymade. Dijamin halal.


Resepi Ayam Teriyaki
Beberapa ketul ayam bahagian isi (lagi sedap guna isi bahagian peha atau kepak)
Parutkan satu inci halia
Beberapa sudu sos teriyaki


Cara membuatnya
(1) Bersihkan ayam, cucuk dengan garfu sikit. Gaulkan dengan halia yang diparut dan sos teriyaki. Perap beberapa jam
(2) Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan ayam dengan bahagian kulit ke bawah. Masak sehingga permukaan bawah berwarna keperangan
(3) Terbalikkan dan masak dengan keadaan bertutup selama beberapa minit.
(4) Buka dan sapukan baki sos ke permukaan ayam. Kalau guna berus pun elok. Biarkan beberapa ketika. Dan boleh diangkat dan hidangkan.


Hati-hati makan ayam teriyaki di Restoren Makanan Jepun yang tidak diiktiraf halal. Seperti yang pernah aku kongsi sebelum INI, sos teriyaki biasanya dicampur dengan mirin. Manakala dalam proses memasaknya biasanya menggunakan sake iaitu sejenis arak beras yang mengandungi 20% alkohol. Jadi, memasak sendiri di rumah dengan sos yang dijamin halal adalah cara paling selamat.


Sos teriyaki 180g rm7
Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh pm atau whatsapp ke 0126894317


Banyak lagi resepi lain yang dikongsikan di Fan Page Frozen Takoyaki

Daa

Selasa

Resepi sushi yang halal

Assalamualaikum

Makanan Jepun semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malangnya, walau pun di Jepun sendiri semakin banyak restoren yang dipunyai oleh warganegara Jepun bukan beragama Islam, ramai yang melihat potensi market mereka di kalangan muslim. Jadi, semakin banyak restoren makanan Jepun yang mendapatkan sijil halal bagi sesetengah menu makanan Jepun bagi menarik pelancong beragama Islam ke kedai mereka.

Di Malaysia sendiri, kebanyakan restoren makanan Jepun asli tidak mempunyai sijil halal kerana masih menggunakan mirin dan sake di dalam masakan mereka. Dan, mereka tidak layak mendapat sijil halal kerana menghidangkan minuman keras dalam premis mereka.

Timbul persoalan. Sushi yang dijual adakah halal?

Di kebanyakan restoren yang aku tanya, malah hotel juga. Sushi biasanya tidak mempunyai campuran mirin. Bagaimana pun, untuk kepastian, make sure korang tanya sendiri tukang masak sebelum masuk ke kedai. Sebagai contoh, sushi chef di Pullman Hotel adalah seorang muslim (kenalan aku) dan tidak menggunakan sebarang campuran mirin atau sake dalam pembuatan sushi mereka. Satu lagi yang baru aku confirmed adalah sushi yang dihidangkan di Ichiban Boshi di Sunway Giza juga menggunakan bahan yang halal, termasuk kicap shoyu yang digunakan adalah bersijil halal. Bagaimana pun, untuk makanan lain, perlu tanya kepada tukang masak sebelum order ya. Sebab, menurut perbualan aku dengan salah seorang tukang masak di sana, sesetengah masakan yang menggunakan sos (terutamanya sos manis) seperti teriyaki masih menggunakan mirin.

So.. Lambatnya nak sampai tajuk sushi ni kan.. Hehehe..


Ni contoh sushi aku buat sendiri. Even kulit inarizushi tu aku buat sendiri. Sebab ada sesetengah kulit, ada campuran mirin. Kalau pro tengok aku buat sushi ni sebenarnya tak berapa nak jadi. Kenapa..? Sebab butiran nasi tu masih tak berapa sticky.

Anyway. Ni first time aku buat sushi sebenarnya. Masih ada room for improvement kan. Tapi still gatei nak share resepi. Hahaha..

Panjang sebenarnya proses membuat sushi ni. orang Jepun kan terkenal dengan detail diorang. Nak pilih beras pun boleh stress. Tapi almaklumlah, di Malaysia ni tak banyak pilihan. Beras untuk membuat sushi yang terbaik yang premium grade bukan beras cap Sumo (Malangnya ini beras Jepun paling murah di pasaran!) Beras terbaik untuk buat sushi adalah beras yang baru (shinmai). Brand yang mudah dapat adalah brand Nishiki 2.5kg. Walau pun bukan the highest grade, tapi the best yang available dalam market Malaysia.

Selepas memilih beras, cara nak masak beras untuk buat sushi pun ada tatatertibnya. Bukan main sarbat je.

Panjang cerita weh. Nak tau detail. Jom lawat page FB Frozen Takoyaki. Aku pecahkan postingnya kepada beberapa bahagian.

Selamat mencuba~!

PS:/ Sedang berusaha gigih menyiapkan ebook kompilasi masakan Jepun menggunakan bahan yang halal. Doakan berjaya. Ebook ini akan diedarkan secara PERCUMA kepada semua reader dan follower Ourkizuna.

Daa

Resepi Agedashi Tofu kuasa dua

Assalamualaikum

Actually, lamaaa dulu aku pernah share dah resepi agedashi tofu ni..

Ini agak kegemaran aku jugak. Kalau di kedai makanan jepun, seketul agedashi tofu ni dah RM8++ tau. Padahal buat sendiri mudah je. 

Agedashi Tofu
Jom revisit cara membuatnya

Tauhu lembut dipotong 8, ditoskan dan lap kering dengan paper towel. Goreng dlm minyak 170-180darjah sehingga keperangan.

Sosnya
1cawan air
1 sudu kecil dashi serbuk
2 sudu besar kicap shoyu
2 sudu besar gula

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.

Cara menghidang
Masukkan tauhu ke dalam mangkuk dan siramkan sosnya. Tabur daun bawang dan sedikit katsuo bushi (bonito flakes).

Enak dimakan ketika panas.

Kalau nakkan update cepat pasal resepi pelbagai makanan jepun, boleh LIKE page kami di FB - Frozen Takoyaki.

Aku ada juga menjual bahan-bahan makanan Jepun, ada yang ada sijil halal. dan ada juga yang tiada sijil tapi halal. 

Daa

Isnin

Status halal shoyu

Assalamualaikum

Nampaknya tak ramai yang berani nak bagi pandangan dalam persoalan tentang status halal shoyu yang mengandungi alkohol (terhasil ketika proses pembuatan)

Aku bawakan topik tersebut berbincang dalam group whatsapp kawan-kawan aku. Kebetulannya seorang schoolmate aku ada kenalan yang bekerja di bahagian pemantauan status halal JAKIM. Dengan bantuan schoolmate aku tu, kawan dia yang bekerja kat JAKIM tu telah menjawab persoalan aku.

Jawapannya..

Alkohol terhasil ketika pembuatan makanan adalah HALAL.Ini adalah berdasarkan kepada Muzakarah Jawatankuasa Majilis Fatwa Kebangsaan kali ke 7, perkara no-5 yang aku share dalam entry INI

Bagaimana pun, bagi yang masih terasa ragu-ragu, kami masih menjual sashimi shoyu yang telah mendapat status halal dari Jepun. Jadi lepas ni boleh digunakan tanpa ragu-ragu.


Sebarang pertanyaan tentang produk makanan Jepun halal, boleh call/sms/whatsapp 0126894617.

Daa

Jumaat

Kemelut halal haram tapai dan shoyu

Assalamualaikum

Dalam dua tahun lepas ada kekecohan pasal kicap yang haram sebab mengandungi alkohol. Alkohol ni bukan ditambah. So, tak ditulis dalam senarai kandungan pada label kicap tersebut. Tapi ianya adalah alkohol yang terhasil dari proses fermentasi kacang soya.


Kandungan alkohol 2%. Kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Jakim adalah 0.05%
Jadi, wajarlah kalau orang label shoyu haram....?

Tapai juga dihasilkan dari proses peraman ibu kayu atau beras pulut dengan ragi. Oleh itu, tapai juga menghasilkan alkohol.


Kandungan alkohol adalah dikatakan antara 5-6%.

Dari portal e-fatwa Jakim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

(1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
   
(2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
   
(3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
   
(4) Tapai halal dimakan.
   
(5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
   
(6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Secara spesifik dinyatakan bahawa tapai adalah halal.

Manakala, alkohol yang terjadi sampingan daripada proses pembuatan makanan adalah halal.

Persoalan aku, adakah kicap yang melalui proses fermentasi yang mengandungi 2% alkohol haram?

Obviously, kicap bukan minuman ringan... dan belum pernah dengar orang mabuk minum shoyu. Kalau dari kefahaman aku berdasarkan muzakarah Jakim, shoyu adalah halal.

Mari kita bincangkan..

Tolong sebarkan juga, agar ada orang yang alim boleh membantu kita mencapai satu kata sepakat.

Harap kita dapat berbincang secara berhemah

Daa

Senarai produk makanan Jepun Halal Ourkizuna

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku berjaya mendapatkan beberapa produk tambahan lagi untuk dibekalkan kepada penggemar makanan Jepun. Ini adalah senarai penuh stok yang kami ada setakat hari ini. Insya allah sekiranya ada pertambahan lagi akan diwarwarkan.

(1) Frozen takoyaki (stok kadang ada kadang tadak.. buat masa ni sibuk.. tapi sometime soon kena tambah stok sebab ada yang dah komplen.. kan Irfa.. Hahaha)
(2) Homemade kimchi
(3) Kicap shoyu halal 200ml RM9.50
Halal shoyu. Terbaru dipasaran Malaysia
(4) Demi glace sauce 200ml RM10.00 - Demi glace sauce ni macam yang aku pernah ceritakan sebelum ni sesuai untuk dibuat sos marinate ayam atau daging.
Halal buatan Jepun
(5) Instant dashi - Ada dua jenis instant dashi serbuk yang aku bekalkan. Tapi stok sangat limited. Dashi ni ibarat jantung dalam masakan Jepun. Kalau nak buat miso soup memang kena guna dashi. Digunakan juga bila buat takoyaki atau okonomiyaki
Serbuk bonito dashi - RM7.50

Serbuk konbu dashi - RM7.00
(6) Tepung takoyaki segera 300g RM8.00 - Alhamdulillah.. Ada jugak tepung segera ni. Ramai yang bertanya. Yang ini cuma tinggal tambah telur dan air sahaja. Mudah dan jimat kan...
Mudah dan sedap.. Gitteww.. (Oh gedik)
Kalau ada yang berminat dengan produk-produk ni boleh whatsapp/sms 0126894317. Email ke kesoma.rai@gmail.com

Yang aku indicate as "HALAL" tu memang certified halal oleh badan halal di Jepun.  



Jangan lupa LIKE page kami di FB : Frozen Takoyaki

Daa

Yakitori Halal~!

Assalamualaikum

Yakitori adalah sejenis makanan Jepun. Yaki - bakar, tori - ayam.

Yakitori adalah ayam bakar yang di marinate dalam sos khas. Rupanya lebih kurang macam satay lah kalau kita.

Cani haa..
Nampak tempting tak.. Sedap katanya..

Ada sesiapa teringin nak cuba..? Ourkizuna tengah acquire untuk dapatkan sos marinate yakitori yang halal. Ianya bukan saja boleh digunakan sebagai sos marinate untuk ayam, malah daging daging lain pun bolehhh..

Sosnya adalah diimport dari Jepun dan dah dapat sijil halal. 

Tak sabar nak cuba.. Agak agak ada yang berminat tak..?

Daa

Selasa

Senarai ejen Frozen Takoyaki

Assalamualaikum

Haaa.. Sure ramai yang suka makan takoyaki ni tapi kat luar jual mahal sangat. Dah la tu.. Tak berapa nak sedap. Impression korang terhadap makanan Jepun especially terhadap takoyaki pasti berubah lepas cuba Frozen Takoyaki keluaran kami ni. Even parents aku yang dah pernah sampai Jepun tapi tak nak langsung cuba makanan Jepun pun sangat sangat sukakan rasanya. 

Beberapa ejen aku dah top up beberapa kali sebab frozen takoyaki ni memang laku keras. Mudah nak disediakan. Boleh bertahan sehingga 4 minggu dalam freezer peti sejuk dua pintu~!

Ini senarai ejen takoyaki yang boleh dihubungi

Hidayah - Padang Jawa/KL Sentral : 0192036454
Irfa - Nilai/Seremban/KLIA : 0166116459
Roza - Kluang/Segamat : 0137277868
MohdKhairi - JB : 0177409960
Shila - Bandar Bharu (Kedah)/Kulim/Penang : 0174597562

Syahril Sait - Bangi, Kajang, Putrajaya (Utk kawasan KL/Ampang boleh cuba whatsapp dulu) : 0127057898
Siti - Puchong, Putrajaya, Cyberjaya : 0193604925
Epa - Sungai Petani : 0149049758
Alia - Penang : 013-3363775
Jijah - Kulim : 012-4592763
 

So, kenalpasti dan simpan nombor nombor ejen frozen takoyaki di kawasan masing masing ya.

Bagi Shah Alam, boleh hubungi 0126894317.

Kalau nak COD masa office hour di Symphony House Pusat Dagangan Dana 1 (Berdekatan Citta Mall) pun boleh.

Pasti tak menyesal mencuba.. Rugi kalau tak cuba~!!

Moh LIKE page frozen takoyaki : Frozen Takoyaki

Daa  

Khamis

Bacalah~!

Assalamualaikum

Hari Ahad yang lepas aku ada buat satu perkongsian tentang cara-cara memasak makanan Jepun. Asalnya aku cuma perlu bawak makanan yang dah siap dimasak dari rumah. Tapi sebab aku ni boleh tahan lampi. Pastu tak baca habis arahan. So aku pun bawak bahan-bahan untuk masak kat sana. Nasib baik penganjur baik hati bagi pinjam dapurnya pada kami. Hahaha..

Nasib baiklah masakan Jepun ni sekejap je nak membuatnya. Shujin pun tolong sediakan bahan. Aqil, Damia dan Aisy pulak sangat excited berlari ke sana sini.. Afiqah pulak behave berbaring di sofa. Hehehe..

So.. apa perkongsian masakan yang aku buat tu..

Jemputlah baca di Kuahkari.com

Terima kasih pada Khairul Hakimin sebab sudi menjemput kami sebagai Guest Blogger dan bagi peluang aku feeling chef memasak di dapur Abuain Kitchen Studio. Honestly.. First time aku menggolek takoyaki dengan ada penonton.. Menggigil tangan derr.. Hahaha..

Apa pun.. Ianya pengalaman baru yang sangat menyeronokkan bagi kami.

Ada ke yang nak jadi anak murid belajar memasak makanan Jepun dengan kami..? Hahaha

Daa

Isnin

Frozen Takoyaki menakluki FB pula

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim.

Bagi yang mempunyai FB, jom ramai-ramai LIKE page Frozen Takoyaki kami.

Insya allah aku sedang mengusahakan untuk gunakan khidmat penghantaran barangan sejuk beku. Jadi bagi yang di luar Shah Alam, selain daripada mendapatkan Frozen Takoyaki ni daripada ejen kami yang berdaftar. Boleh juga terus order dari kami. Kami akan hantar. Tapi, khidmat penghantaran sejuk beku ni belum cover semua kawasan. Doakan permohonan syarikat kecil kami akan berjaya. So ramai lah yang akan dapat rasa Frozen Takoyaki yang sedap lagi berkhasiat ni. Hehehe..

https://www.facebook.com/frozentakoyaki

So, yang berminat nak dapatkannya boleh LIKE page kami supaya tak terlepas update terbaru perkembangan tentang khidmat penghantaran tersebut.

Majulah Frozen Takoyaki untuk Malaysia. Halal lagi suci.

Aummm...

Daa

Khamis

Ourkizuna kini telah didaftarkan

Assalamualaikum

Langkah biar perlahan, asalkan teratur. Jangan terburu buru. Takut tersadung kaki jatuh tertumus menyembah bumi kan.

Eceh.. Bermadah la sangat..



Tak payah nak drama sangat.. Hahaha.. Kami ke sini semalam. Mendaftarkan apa yang patut. Alhamdulillah. Despite of a few hiccups, urusannya berjalan lancar.



Dari berniaga suka suka dah jadi sampai ke tahap ni. Tq pada semua yang mendoakan dan bagi semangat kat aku.

Daa

Selasa

Frozen takoyaki melebarkan sayap ke utara

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Frozen takoyaki dah melebarkan sayapnya ke utara dan selatan tanah air.



Nampak sedap tak? Dah masak. Cuma tinggal nak hangatkan dalam microwave. Bagi yang suka takoyaki yang rangup di luar, lembut berkrim di dalam boleh goreng atas dapur.

Bahan topping disertakan. Sos takoyaki, bonito flakes, aonori dan kewpie mayonis. Insya allah sedap dan tak muak. Halal pulak tu. Even mak ayah daku yang susah sangat nak cuba makanan baru pun kata sedap. Walau pun mulanya diorang hesitate nak cuba. Tapi bila dah cuba, berbiji biji makan. Tak sedar dah habis. Hehe..



So sekarang ni dah meluas ke utara. Bagi orang utagha yang teringin nak merasai kesedapan takoyaki kami ni boleh berhubung dengan Mama Kaori



Bagi kawasan Shah Alam boleh whatsapp/sms 0126894617. COD di Giant Kemuning Utama, Aeon Big Kota Kemuning atau McD Kota Kemuning.

Cuba sekali pasti nak lagi. Chewah~~

Daa

Khamis

Frozen Takoyaki tiada servis penghantaran

Assalamualaikum

Frozen Takoyaki dah mula beroperasi. Malangnya kami tak dapat menawarkan sebarang khidmat penghantaran luar dari Seksyen 31 dan 32.

Ini adalah kerana, buat masa ni aku dalam pantang dan shujin teramatlah busy menguruskan keluarga dan operasi perniagaan. Termasuk mengepos, mengambil stok, dan menghantar barangan pesanan ke pick up yang telah ditetapkan. Perkhidmatan kurier untuk luar kawasan juga tak ada buat masa ni sebab takoyaki ni makanan yang disejukbeku dan mungkin tak tahan kalau nak hantar dengan poslaju. Apa lagi dengan khidmat tak menentu poslaju yang adakalanya tak tau ambik masa berapa hari nak sampai ke tangan pelanggan. Aku tak nak ambik risiko pelanggan sakit perut makan takoyaki kami. Tak pasal pasal dapat iklan free keluar berita takoyaki beracun nanti. Huhu..

Harap bersabar sebab aku ada perancangan nak cari ejen bagi memudahkan orang yang nak beli dan rasa takoyaki ni. Tapi ambik masa sikit. Kami ambik baby step at a time ya..


Testimoni pelanggan kami si gadisbunga ( http://www.gadisbunga.com)

So... Ada ke yang berminat nak jadi ejen frozen takoyaki kami..?

Daa

Isnin

Frozen takoyaki mesti cuba

Assalamualaikum

Takoyaki semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malah, makin ramai yang jual takoyaki. So, apa bezanya takoyaki kami berbanding takoyaki yang dijual oleh orang lain? Kenapa penggemar takoyaki WAJIB cuba takoyaki frozen kami?

Yang pertama : Resepi takoyaki original
Resepi takoyaki kami bukanlah rahsia. Ianya menggunakan resepi dan bahan bahan berkualiti dari Jepun, dimakan tanpa topping pun dah cukup perisa dan sedap!!

Yang kedua : Intinya tako
Kalau takoyaki, intinya tentulah sotong kurita kan..? Di Malaysia, tako ni susah nak dapat tau, tapi demi peminat makanan Jepun aku cari sampai jumpa. Haha..Mungkin ada yang kurang suka sotong, tapi cubalah sekali dulu. Mana tau korang jatuh suka pada takoyaki dengan inti sotong kurita.. Hilang satu nikmat dunia kalau tak cuba. Haha

Yang ketiga : Toppingnya yang super sedap dan lengkap
Apalah makna takoyaki tanpa sos takoyaki, bonito flakes, aonori seaweed dan kewpie mayonis kan..? Ya.. Kami memang guna kewpie mayonis yang super sedap tu!!

Gambar kredit untuk Ilyana Isa

Yang keempat : Penyediaan mudah, sesuai dimakan bila bila masa
Cuma tinggal panaskan dalam microwave atau digoreng sebentar. Tengah tengah malam, kalau lapar pun boleh makan. Pagi pagi tak sempat nak sediakan sarapan pun boleh tabur kejap. Bak kata orang snek bila bila masa.

Yang kelima : Harganya mampu milik
Frozen takoyaki ni aku jual RM16/18biji. Harganya amatlah berpatutan dengan rasanya yang sedap menjilat jari. Cuba sekali pasti nak makan berkali kali.

Tapi buat masa ni, frozen takoyaki ni hanya untuk COD di kawasan Shah Alam. Insya allah tak rugi mencubanya.

Sebarang pesanan/pertanyaan boleh whatsapp/sms/call di 0126894317.

Korang suka takoyaki?

Daa

Jumaat

Frozen Takoyaki kesedapan luar biasa

Assalamualaikum

Setelah berapa lama mencapati janji, akhirnya keluarlah jugak entry berkaitan frozen takoyaki keluaran kami ni. Idea nak menjual frozen takoyaki ni adalah apabila banyak feedback yang teringin nak makan takoyaki dengan harga yang berpatutan tapi takde takoyaki pan, susah nak cari barang atau malas nak buat sendiri.
Resepi yang digunakan untuk menghasilkan takoyaki frozen ni adalah resepi takoyaki paling sedap dan langsung tak gunakan tepung takoyaki segera. Intinya menggunakan tako (sotong kurita). Tapi kalau ada yang nak request untuk inti lain ada juga. Just bagitau, kita tengok apa kita boleh buat. Hehehe..

Walau pun namanya takoyaki frozen, biasanya kami akan buat berdasarkan pesanan. Maksudnya bila ada pesanan baru kami buat supaya pelanggan dapat takoyaki yang freshly made. 

Topping disediakan sekali iaitu, takoyaki sauce, bonito flakes, aonori seaweed dan juga mayonis Jepun (kewpie).

Cara nak makan adalah dengan panaskan takoyaki frozen ni dalam microwave atau boleh juga goreng atas pan dengan minyak sedikit. Luarnya akan jadi garing dengan isi lembut. Sekali makan sepuluh biji pun tak perasan. Hehehe..

Buat masa sekarang kami cuma menerima tempahan untuk kawasan Shah Alam dan sekitar Selangor. Insya allah kalau ada rezeki kami akan kembangkan ke kawasan lain lagi.

Ok.. Berapa harganya takoyaki frozen kami ni..?


Harga Takoyaki Frozen sampai 30 September 2014 
18 biji/RM16 (Topping disertakan)
Penghantaran
RM5 untuk kawasan sekitar Shah Alam atau self pick up di Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Kemuning Utama.

Juga menerima tempahan untuk open house tau~~

Nak jimat lagi..? Boleh buat sendiri di rumah juga.. 

PS :/ Stok tako frozen kami belum sampai.. Jadi bagi yang nak order untuk seminggu dua akan datang ni kami cuma ada filling/inti perisa sosej, udang, atau ketam

Daa

Khamis

Makanan halal di Jepun

Assalamualaikum

Mungkinkah menjelang tahun 2020 nanti Jepun akan menjadi sebuah negara Islam?

Memandang pada kesungguhan mereka menceburi industri halal, mungkin sekurang kurangnya Jepun boleh menjadi salah satu hub Halal di Asia.

Tak silap aku ianya bermula bila Jepun terpilih untuk jadi host sukan Olimpik. Sepengetahuan aku, sejak dulu orang Jepun sangat suka melancong ke luar negara. Tapi masa zaman aku study kat sana, tak ramai lagi yang berani nak ke Jepun sebab takut susah nak dapatkan makanan halal.

Maklumlah.. Jepun terkenal dengan sake (sejenis arak yang dibuat dari beras) dan buta (khinzir). Sampai ada orang kata.. Kalau ke Jepun tak cuba dua jenis benda ni memang rugi mampuih. Hahaha..

Kini.. Situasinya berbeza.. Semakin ramai pengusaha makanan di Jepun yang sedar tentang besarnya potensi industri halal. Bayangkan.. sampai ada syarikat yang jual telur yang mohon sijil halal. Dikatakan sebaik diorang lulus sijil halal tu, pesanan telur dari syarikat mereka bertambah berlipat kali ganda.

Dan.. kebanyakan syarikat ni, pemiliknya bukan muslim pun~~!!
Menu halal di sebuah restoran

Malah.. Banyak restoran yang mula buka pintu untuk hasilkan menu halal bagi muslim. Sijil halal restoran di sana bukan macam kat sini. Di sana, diorang berikan sijil halal untuk sesetengah menu. Tapi syaratnya amat ketat. Semua utensil dan barang yang digunakan untuk memasak makanan halal semestinya diasingkan dari makanan lain. Islam itu mudah kan..
Dan kita sedia maklum bahawa orang Jepun sangatlah teliti dalam setiap aspek kehidupan mereka. Semua yang dibuat akan dikerjakan dengan sebaik baiknya.

Sekarang sudah ada pusat pengajian yang sediakan cafe yang ada section halal, malah ada surau.

Semakin lama.. Orang Jepun semakin dekat dengan Islam.

Semoga semakin ramai yang mendapat hidayah di sana.. Serius aku sangat rindu dengan kehidupan kat sana.

Jangan sampai kita yang sejak dulunya Islam ketinggalan dengan mereka.

Ingat lagi entry aku sebelum ni..? Jepun lebih Islam dari orang Islam? Baca dan hadamkan..

Dengan kesungguhan tu lah aku berjaya mendapatkan miso yang diiktiraf halal bagi peminat peminatnya di Malaysia. Kalau tak memang mengidam tak habis-habis.. Huhu..

Gambar dari koleksi Nippon Asia Halal Association.

Boleh cari mereka di FB : Nippon Asia Halal Association - NAHA


Daa


Rabu

Cara menyimpan miso supaya tahan lama

Assalamualaikum

Miso adalah sejenis makanan yang diperam. Kalau miso komersial yang tak halal, kebanyakannya diletakkan alkohol supaya tahan lama. Tapi bagi miso halal yang kami jual, ianya tak mengandungi alkohol. Jadi ianya tak tahan selama miso yang mengandungi alkohol.

Tapi dalam pada tak lama tu pun.. Lebih dari 6 bulan. Dan kalau disimpan dengan baik ianya boleh tahan lebih lama lagi. Cumanya.. Sanggup ke korang membiarkan miso tu tak dimakan selama tu. Hehehe.. Sedap weh miso soup panas panas dengan tofu dan wakame.. Siap tabur daun bawang.. Letak cendawan lagi..

Biasanya miso tak ada masalah duk luar peti sejuk 2-3-4 hari. Tapi dengan cuaca panas di Malaysia, jangan biarkan miso duk luar peti sejuk lebih dari seminggu. Jika disimpan lebih lama, warnanya akan berubah jadi makin gelap, terutamanya shiro miso yang kami jual ni. Tapi dari segi bau dan teksturnya tak berbeza. Kalau miso ada bercendawan, berair dengan bau kurang menyenangkan sila buang. Kalau tak, masak je..

Kalau boleh simpan dalam bekas yang kedap udara dalam peti sejuk. Jangan pulak biarkan terdedah.

Selain dari untuk buat miso soup, miso paste boleh juga buat untuk marinate sayur dan daging. Boleh juga buat dressing untuk salad. Aku malas asyik tak sempat je nak share resepi berkaitan miso ni. Insya allah aku akan cuba share lagi banyak resepi supaya lagi ramai boleh menikmati kesedapan miso halal ni.

Miso halal kami dijual pada harga 500gram RM10 (Postage RM8) dan 1kg RM18 (Postage RM10). Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com