Rabu

Komen terhadap kenyataan media oleh pengasas Sendayu Tinggi

Assalamualaikum
Sapa terlebih rajin macam aku tengok berita semalam mesti TERtengok kenyataan media oleh pengasas Sendayu Tinggi tentang product menguruskan badan mereka yang dirampas. Nilai rampasan adalah mencecah setengah juta ringgit. Rampasan ini dilakukan berikutan hasil ujian makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan bahawa dua product keluaran syarikat bumiputera (salah satunya Xtrimme Slimming kalau tak silap) tersebut mengandungi Sibutramine iaitu sejenis dadah berjadual yang sangat berbahaya. Antara kesan sampingannya adalah lumpuh dan gila.
Ok. Aku tak tau siapa dah termakan product ni aku ucap takziah. Lebih takziah lagi kepada pengasas Sendayu Tinggi yang bercakap tak menggunakan otak. Hasil serbuan mendapati product tersebut adalah product yang dibungkus semula dan diedarkan atas nama Sendayu Tinggi. Aku cadangkan ban aje product ni. Tak kira menatang apa dia jual sekali pun kerana betapa tak bertanggungjawabnya makcik tu sebab bagi kenyataan yang dia disabotaj dan tertipu oleh pembekal. Malah towards the end of kenyataannya boleh dia kata "adatlah orang berniaga" (refer to orang sabotaj dia)
Dan mungkin orang lain kata Sendayu Tinggi mengaku silap dan minta maaf dalam kenyataan media semalam. Apa yang aku Nampak cumalah "blame game". How come ko jual barang tu ko tak tau ko tak siasat menatang apa dalam tu. Ini adalah satu contoh typical bumiputera owned company. Dia beli product ntah kat mana mana, lepas tu rebrand. Lepas tu konon kaya dengan herba itu ini. Dan benda macam ni berlaku adalah kerana these people only think about money. Dia business sebab nak duit semata mata dan tak ada pengetahuan tentang product yang dia nak jual.
Aku encounter dengan ramai orang macam ni. Jadi stokis, sebar kebaikan product itu ini, tapi ada pengetahuan yang half bake tentang product tersebut. Kilang dia kat mana, macam mana barang tu diproses tak pernah ambik tau. Cuma nak duit je. While yang membeli pun Cuma nak tau sama ada product tu berkesan ke tidak. So macam kata P ramlee dalam tiga abdul. Penyangak kena tipu dengan penyamun.
How serious this issue adalah lies on kenyataan media made by the founder. For me, whether there are sibutramine or not, it is right to ban this kind of irresponsible company. Apa guarantee yang product lain adalah selamat kalau dia pun tak tau dan apa dalam tu. Silap silap menatang apa sibutramine tu pun dia takde pengetahuan. However, after all its up to the consumer to judge. Ni Cuma pandangan aku.
Please bare in mind, this is not the only company yang practice repack and rebrand. There is a lottt more..Good luck finding out.
Daa

62 comments:

Afasz berkata... [Reply]

hmmm..... salah satu produk ST ni dah tak selamat. so org mesti dah tak pecaya dgn ST. tp sy rsa la, mcam ada yg nak sabotaj je.

Irfa berkata... [Reply]

ni kisah betul..ada orang akak yg aku kenal dia citer yg dia penah teman sorang kawan dia ke Filipina.kawan dia ni org kaya yang baru nak berjinak jd usahawan kosmetik.
katanya,kawan dia gi kilang besar tu..bygkan krim tu diproses dalam kilang besar dan ramai ahli perniagaan datang ambik stok utk di buat produk sendiri..ambik satu tong buh nama ko,Rai dan satu tong buh nama aku Irfa.sedangkan produk adalah benda yg sama..yg membezakan ialah cara ko promo produk tu je

Unknown berkata... [Reply]

@Cik FaRiZaM, nak sabotaj ke tak sabotaj ke...tu tanggungjawab syarikat untuk pastikan kandungan produknya selamat..apa dia tak buat QA ke tak buat ujian ke pada product yang sampai sebelum packing? dan macam saya kata..sama ada bahan tu ada ke tidak dalam tu dah tak penting.. kenyataan dia yang memang macam tak bertanggungjawab tu yang paling bahaya...

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, betul..aku dah lama tau..bukan krim je..kopi 3 in 1 tu pun sebenarnya ada kilang dia.. lepas tu company yang nak jual kopi 3 in 1 ni cuma request material apa nak masuk dalam tu, berapa % setiap satu material tu.. so kilang tu akan proses dan campurkan untuk dia.. company tu cuma perlu packing ikut brand dia..

yatie chomeyl berkata... [Reply]

blame game x habus2 eh...salah sendiri xmo ngaku. tau nk untung je, tepek label then jual aiyarkkk

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Samalah macam produk yang dulu guna nama budak Adi Putra tu... konon begitu begini. Produk yang sama dengan bungkusan cikai dijual dengan harga RM5. Tapi bila dibungkus elok2 dan letak pula nama dia, dijual dengan harga RM25. Tentang kandungan dan 'kebaikan'nya sebiji sejiban bulat2 sama ditulis pada label...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

This is one of my fav entry. Cara awk tulis sgt cool, simple dan mudah fhm. Actually, bkn Sendayu Tinggi aje. In fact, most of them (peniaga yg konon dulu jual jamu dr rumah ke rumah n now jdk millionaire) sbnrnye bimbo! Kerat jari, diorang sendiri tak konsum produk sendiri. Bullshit!

Sy tak pernah ade hati nak sokong brg BUATAN MALAYSIA n BUMIPUTERA yg mcm ini. Especially yg mengamalkan bisnes MLM. Produk ntah ape2. Pijak kepala bangsa sendiri. Jdk, siapa yg bodo sbnrnye?

wahida berkata... [Reply]

nasib baik aku tak pernah consume slimming2 ni...takut....

Anamarza berkata... [Reply]

Camtu la org berniaga ya, ada je jawapannya...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Dan....

Kalau Rai nak tahu kakak adalah salah seorg consumer ST. Walau bukan makan utk kurus-kurus tu... tapi kakak guna product pembersih/make-up dia. Dua hari dah abang on the spot suruh kakak stop guna. Sedih... kakak dah terkena!!

noorcahaya berkata... [Reply]

ahahah.. abg ipar aku keje marketing kat kilang sardin.. pon same.. same je sardinnya.. tp pack2 lain2 jenama...

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl, the best excuse datang dari mulut dia adalah kena sabotaj? hehe..at least tunggulah siasatan lanjut dulu..lepas tu kalau nak selamatkan tekak sendiri baru cakap "sebenarnya kami kena sabotaj" hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, melampau kan diorang ni..ada je idea nak naikkan harga.. lainlah kalau kualiti makin baik ke apa..kalau ye pun sampai naik lima kali ganda tu melampau..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, sad to say kan..tapi sikap peniaga bangsa kita sendiri yg buatkan kita berfikiran macam tu..

awak tau..tiap kali buat entry saya berdebar bila nak baca komen awak..hahaha...maklum lah saya budak baru belajar blogger picisan..

Unknown berkata... [Reply]

@wahida, actually tak ada magic pill yang boleh cairkan semua lemak lemak tu..tapi kalau dah jenis pemalas tu..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, itu la..nampak sangat tak professional + panic.. at least buatla skrip elok2 dulu.. belum apa2 dah kata kena sabotaj.. siasatan pun belum sudah..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, ada baiknya jugak kak..lagi pun berisiko jugak.. lebih baik berhati2..cik abang sayang kat akak la tu..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

noorcahaya,
kurang kurang sardin ada jugak lain2 sikit rasanya..so far yg saya makan rasa sos tu ada jugak bezanya..lagi pun sardin ni kapal khas je yg tangkap dan tin kan tu. bukan boleh buat kecil kecilan..

Asmara berkata... [Reply]

Eh ye ke.. isk2.. teruk la camni kan. camne nak percaya dgn produk bumiputera ni? nmpknya sebelum guna kene rajin selidik asal usul produk tu. huhu..

mama_ka0ri berkata... [Reply]

hahaha...sempoi..bukan sendayu tinggi je yg buat keje ni..byk lagi company lain yg buat keje2 mcm ni..yg diaorg pikir hanyala duit semata2..mcm barangan unza, zhulian, direct circle, goodmaid, kao..sume tu dari kilang yg sama..diaorg cuma rebranding jer..apa pembekal buh dalam barangan tu pon diaorg tak tahu..semcm jgk la barangan bumiputera yg lain pon..2,3 tahun keluar lepas tu mesti ada yg tiru produk dia..pastu mase tu baru la kelam kabut pesan kat sume "belila produk yg original.." kalau dah konon2 buat sendiri kenapa takut plak kalau ade org tiru produk?? kenapa tak dipatenkan shj produk yg kononnya bagus sgt tu?? haaa..tak pasal aku mengamuk di sini..haha...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

eh, ini produk bukan main gah punya brand. dan boleh dikira otai dalam kalangan bumiputera. tak percaya ar! tapi apa pun, dia sepatutnya lebih profesional dalam keluarkan kenyataan tanpa perlu menyalahkan pihak lain terlebih dulu.

mummY daniSha berkata... [Reply]

tula..macam mana die bole x tau bahan2 dlm produk dia...at least kalau nak rebrand ke hape ke..cekla betul2 bahan produk tu kan..bukan main jual je..naseb aku x de beli ..fuhhhhhh

Tanpa Nama berkata... [Reply]

cerita tambah ubat moden dalam ubat traditional mmg cerita yang lama..mengaku tak tau org nak sabotaj laa..merepek serta naive kerana barang diambil di premis mereka sendiri..

sendayu tinggi takder quality control ker? takder testing ke? takder vendor audit ker? takder buat test ker?? untung juta2 pun tak bleh nak develop lab yang sesuai untuk analisis produk?
company macam ni la yang untung atas angin semata2..berselindung dibelakang status bumiputera...ptuih...jawab kat akhirat nanti wahai rozita

Tanpa Nama berkata... [Reply]

uish... macam macam... sampai blh memudaratkan pengguna nie... blh lawsuit!

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia menjana RM45,000 dari laman komuniti!!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Mmg banyak produk di luar sana yang tak sure bahan2 campurannya... ni la org ckp, ada duit semua jadi... tapi kena ada la sifat tanggungjawab... alahai... kesian...

Unknown berkata... [Reply]

Menulis sesedap rasa, komen juga ikut pendapat. Apa pun org tak tahu apa yg jadi di blkg. Nanti yg mengata, terlibat jwb lah dpn tuhan.

ldiya future berkata... [Reply]

Sekarang kenyataan yg slimming ST da keluar dri kkm . Ad sesiapa and especially yg punya blog ini komen or bg kenyataan tak ? Or tutup mulut /muka malu sb da maki2 org tnpa tunggu keputusan dahulu . Ciss . Jns melayu bgini laa perangai nya . Tanak minx maaf ke takot nty merangkap kat akhirat .. tuan blog ?? Kalau da Gemok ta mampu na beli silmming buat cara tradisional bersenam . Yea .

Unknown berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata... [Reply]

Akhirnya !! Ada surat Bukti KKM salah rampas setelah didesak oleh Sendayu Tinggi mengatakan hasil rampasan berkotak2 tu beracun terbukti setelah bertahun kes ni pending. Apa pun ST tak aniaya pengguna. Kalau tak tahu cerita di blkg jgn enak menabur fitnah. Sy harap sgt owner blog ni reply. Surat rasmi KKM ni tak mudah dpt. Lab test mengatakan tiada unsur racun ditemui dlm produk yg di rampas. ▶️ http://2.bp.blogspot.com/-gg-ow8GY-50/VVQDR1fLKRI/AAAAAAAAELg/Y9DhvGOUZa8/s1600/Maklumbalas%2BXtrime.jpg

Unknown berkata... [Reply]

rampas setelah didesak oleh Sendayu Tinggi mengatakan hasil rampasan berkotak2 tu beracun terbukti setelah bertahun kes ni pending. Apa pun ST tak aniaya pengguna. Kalau tak tahu cerita di blkg jgn enak menabur fitnah. Sy harap sgt owner blog ni reply. Surat rasmi KKM ni tak mudah dpt. Lab test mengatakan tiada unsur racun ditemui dlm produk yg di rampas. ▶️ http://yatiesendayutinggi.blogspot.com/2015/05/produk-sendayu-tinggi-beracun-benarkah.html?m=1

Unknown berkata... [Reply]

@Yatie Sendayu Tinggi、alahai puan puan dan tuan tuan yang sentap sekalian.. baca betul betul entry aku ni.. baca dan hadam betul2.. apa yang aku nak sampaikan adalah kenyataan media pengasas sendayu tinggi.. tajuk entry pun pasal komen kenyataan media.. bukan pasal whether or not betul product tu ada bahan berbahaya.. bagi aku PR sendayu tinggi adalah sangat tak bertanggungjawab sebab kenyataan media pada ketika rampasan menunjukkan bahawa diorang blame pada pembekal..

pernah tengok cadbury yg kata ada babi tu buat kenyataan media..? tak ada~! sebab diorang professional. Diorang tau.. apa2 komen yang tak membina, apatah lagi blame pihak ketiga akan memburukkan keadaan dan menyebabkan orang hilang kepercayaan.. tapi pengasas sendayu tinggi, baru kena rampas.. dalam siasatan.. dah buat kenyataan blame pada pembekal.. so diorang tak salah ke..?

katalah benda tu tak betul sekali pun.. kalau betul2 berlaku, nampak sangat yg pengasasnya ambik jalan lepas tangan.. korang jugak yg beria ria meniaga mempertahankan sendayu tinggi ni yang terhegeh2 kena komen kat blog aku.. padahal pengasasnya duk dalam bilik ekon kira duit berkepuk..

Unknown berkata... [Reply]

Ye saya dah habis hadam semua bait2 ni. Rasanya Puan tak baca dgn betul entri tersebut. sy copy semula ya " Dia business sebab nak duit semata mata dan tak ada pengetahuan tentang product yang dia nak jual.
Aku encounter dengan ramai orang macam ni. Jadi stokis, sebar kebaikan product itu ini, tapi ada pengetahuan yang half bake tentang product tersebut. Kilang dia kat mana, macam mana barang tu diproses tak pernah ambik tau. Cuma nak duit je.


Buat pengetahuan Puan ya Pengasas ST ni ialah IBU saya. Dia tak duduk dlm airond kira duit berkepok mcm yg disebut pun. Masih lagi keluar naik MYVI dia buat buka booth di tapak2 sewa walaupun ms bln puasa ni. Ya mmg IBU sy tak berpendidikan tinggi mcm Puan. Tapi jgn ingat org yg tak BIJAK ni one man show handle perniagaan dia ya. Kalau main sedap perisa menuduh kilang tak ada bagai, tlg kaji sebelum menulis. Kilang ST saya sendiri set up dgn lesen GMP. Mcm Puan ckp la.. " ntah menatang Sibutramine " pun dia tak tau walhal kami ada chemist & food tech yg sendiri utk formulate. Sy malas nak ulas lanjut. Cuma sy nak jelaskan ST bukan meniaga nak untung semata mcm entri ni nyatakan ya. DAN ST BUKAN SYARIKAT YG BUAT PRODUK REPACK & REBRAND. Setiap bahan yg dimasukkan dari supplier perlu melalui proses Certificate Of Analysis ( COA ) bg semua bahan yg ada dlm 1 produk. Setiap raw mat yg di hantar utk proses COA bukan dlm kawalan owner product lagi. Kes sabotaj bkn 1st time dlm ST. Sy bkn menegakkan benang yg basah tp ia kenyataan. Lab test ujian sibutramine adalah negatif. Kenapa KKM nak merampas berkotak2 dan terus panggil press hr yang sama ? Kenapa lps kes Pegawai yg merampas terus jadi dinaikkan pangkat ? Org luar mmg tak tahu jadi sy nak bagi tahu. Ditambah dgn entri Puan yg saya rasa layak utk saya pertahankan ST. Bg sy org teraniaya tetap akan terbela. Jgn menulis & menuduh sesedap rasa. TQ. Maaf kalau kata2 saya menyinggung perasaan..



Unknown berkata... [Reply]

Puan, maaf kalau artikel ni menyinggung.. Ini adalah artikel yg ditulis berdasarkan kenyataan media yg dibuat oleh ibu puan selaku pengasas sendayu tinggi. Mungkin puan kata ibu puan tak belajar tinggi.. Tapi puan dan ibu puan mempunyai dana yang cukup besar utk hire jurucakap yg bagus bila berlaku hal sebegini. Seperti contoh yg saya berikan.. Hal begini kalau dlm siasatan.. Tak perlu beri kenyataan blame game. So aritu masa rampasan ibu puan tuduh kata supplier.. Sekarang bila dah kata tak ada bahan bahaya, jadi ibu puan bukan fitnah pembekal ke..? Bukan fitnah kata org nak sabotaj..? Hati2.. Syarikat besar.. Pemikiran kena besar dan luas.. Jgn terus blame org.. Apa yg saya komen adalah dari kata kata ibu puan sendiri.. Bukan saya reka.. Blame game bermula dari pihak pengasas. Kalau tak bersalah.. Kenapa kalut salahkan org lain..? Bukankah sama je..? Rampasan dibuat atas laporan. Media memang nak cari berita.. Sendayu tinggi nama besar.. Mmg banyak cabarannya..

Unknown berkata... [Reply]

Sebagai pengilang produk pasti sasaran utama ialah pembekal bila bahan tak sepatutnya ada dlm tu. Mmg media nak cari berita tp x kurang blogger2 yg menambah tokok cerita " rebrand, tak ckp guna otak, kilang pun x ada, tahu kaut untung shj, sibutramine tu mgkn x tahu apa pun, confirm produk lain tu selamat ke dll " adalah tuduhan melulu. Siapa yg tgk live interview tu tahu story sebenar. Editing utk disiarkan bg tontonan umum di TV3 waktu tu dah "berjaya" buat semua info salah faham. Hatta PR tu hebat mcm mana sekali pun. Mmg meniaga byk cabaran. Jd sy nak betulkan sikap & komen begini.

Unknown berkata... [Reply]

Puan sebagai director.. Harus memikirkan kaedah yang lebih berkesan membersihkan nama syarikat. Sekiranya apa yg dilaporkan di tv tidak benar.. Dan tindakan merampas barang2 adalah satu kesilapan.. Ambil tindakan uundang undang.. Playing as victim dan kata org lain fitnah sedangkan dalam masa yg sama puan tak fikirkan mangsa yg lebih terkesan adalah pengguna dan pengedar.. Sebaik kes ini tersebar dalam berita dapatkah puan bayangkan berapa ramai pengguna yg rugi ketika itu.. Jadikan sebagai iktibar.. Apa ppun yg berlaku.. Jgn buat kenyataan terburu buru dan melulu. Blame game tak membantu.

Unknown berkata... [Reply]

So sekarang.. Sibutramine tak wujud dalam product ST.. Pengasas ST tak dikira fitnah pembekal jugak ke sebab belum habis siasat dah buat tuduhan..?

Macam ni la puan.. Saya minta maaf kalau komen saya menyinggung perasan puan serta ibu puan.. Saya akan lebih berhati2 dalam membuat ulasan berita dari media selepas ini..

Unknown berkata... [Reply]

Mudah utk beri cadangan tapi x mudah utk laksanakan & sy percaya org yg ada own business faham apa sy maksudkan ( since org ingat semua owner hanya tahu kira duit shj ). Sidang akhbar dibuat secara live tak sama meaning nya lps diedit pihak luar sblm disiarkan utk umum. Bg sy ia bukan tindakan melulu & bkn blame game. Rasanya Puan tak jelas lagi apa yg sy nak sampaikan. Dan ya. letter dari KKM saya ada nyatakan dlm blog sy pun sbg bukti bhw produk tu CONFIRM tiada bhn yg dicanang2 tu. Kenapa pula ST nak fitnah pembekal. Kami berckp benda yg betul " Sbb bahan semua dari pembekal & ada perjanjian antara ST dgn setiap supplier utk mrk responsible to avoid this kind of problem. Sbb tu mrk tampil & beri kenyataan tiada bahan terlarang & responsible sepenuhnya krn mrk antara pembekal utama ST almost 20years. Mrk invest beribu2 utk hntr EVERY Lab utk buat Detail Test lps rampasan dibuat utk prove pd KKM bhw rampasan tersebut adalah salah. Mmg tak ada Sibutramine dari awal pun sbb produk tu dah almost 5 years in market & yes produk yg di claim " menantang " tu mmg tgh best seller that time. Apa pun bg sy pandangan Puan mmg tak salah tp sy pun ada hak utk clear kan isu spt dlm entri ni. Tq spending time membalas komen sy.

Unknown berkata... [Reply]

@Yatie Sendayu Tinggi, terima kasih kerana komen di blog saya yang tak seberapa.

Tinta Sanubari berkata... [Reply]

Alkisah dh tamat dh cerita ni...hehehe...kita blh nilai sndiri...bersabar ya kak @yatie sendayu tinggi...org nk berjaya ni mmg mcm2 liku2 perlu dilalui...asalkn kita tau yg kita di landasan yg betul...semuany akan berpihak kpd kita...dlu sy pernah juga mkn produk slimming set ni..mmg best..cair kuar semua lemak2..ni dh gemok blk terasa nk try lg produk ST ni...hehehe...

Unknown berkata... [Reply]

nak myampuk la..hehe..nak bgi testimoni jerr..erm2..sy da pkai fdation ST slma 5 bulan kot pkai yg dlm botol orange mmg tbaaikk bfore ni pkai mybline tp muka jdi cpt naik jrwt so tukar ST plak..mmg bla pkai dy x bt muka jdi bminyak n sgt soft seriously fdtion sgt superb!! muka sy jenis bminyak sgt bla pkai ST sgt brbaloiii..n tuk produk slim dy mmg 1st2 mkn geram x trun2 tp ttp ambil jgk so da msuk 8bulan kot bdn dah susut..brt 1st 86 skrg da 63..kena rajin la jgn mgharap sbulan trus jadi miley..hehe..pncuci muka yh sbun de honey n kulat ntah pe nma kulat tu mmg jtuh cinta sgt2 bab bt jerawat kat muka ni tkut nak tmbuh lg..best!! ok..bla mmber2 dok bsing ckp ST bahaya..sy trsenyum je tp bla dorg tnya napa muka da ok sy jwb guna ST..sume heran..hehe..tq ST

Unknown berkata... [Reply]

Sy pun pengguna tegar st since 2005. Dulu guna zeodari soap zamn sekolah. Then sekarang consume set slimming. Alhamdulillah ok.berat trun walaupun slow2. Sbg org yg busy bekerja dan sy pun bkn kaki gym, sy bersyukur jd pngguna st.sy thu byk produk kecantikan di luar sana yg buat di kilang sama tup2 packaging lain2. Xperlu sy sebut produk apa. Ini dr kwn sy sndiri yg pnh ditawarkan utk miliki produk sndiri oleh sebuah syarikat tu.tp sy tahu, st mmg ada kepakaran sndiri dan pengasas st pun mencuba sesuatu produk sblm jual kt org. Dr dulu lg sy kagum dgn pn rozita.

Cikgu Yusmim Bt Omar berkata... [Reply]

Baru baca. So good kakyati balas klo x fitnah ni berleuasa.apapun saya suka produk ST tambah2 doll foudation. Terbaik!!!

lovelylinda berkata... [Reply]

Suka tengok tutorial mekap yatie sendayu tinggi.. nanti nak try...n nak beli range mekap ST.

Unknown berkata... [Reply]

Lega rasanya bila kak yatie cerita perkara yang sebenar..sekarang sy dok cuba produk sendayu tinggi..royal v,sedu arrow dan d'folia...boleh kata ok .....sy nak cuba jgk produk kosmetik sendayu tinggi..

Unknown berkata... [Reply]

Sy suka guna makeup st... Mmg bgus...

Unknown berkata... [Reply]

Saya chinese yg juga menggunakan produk kaum bumi, dan bnyk2 produk yang ada, saya hanya ngam dgn st dan jrm sahaja. Nak kata sama je dgn produk bumi yg lain, maaflah, saya xrasa begitu. Saya geli hati tngk artikel ini yg nak jatuhkan kaum sendiri just for few minutes of fame. Dari awak semua nak berdengki bagus belajar dr pengasas cmne nak berjaya tanpa menipu sini sana.

Unknown berkata... [Reply]

Saya chinese yg juga menggunakan produk kaum bumi, dan bnyk2 produk yang ada, saya hanya ngam dgn st dan jrm sahaja. Nak kata sama je dgn produk bumi yg lain, maaflah, saya xrasa begitu. Saya geli hati tngk artikel ini yg nak jatuhkan kaum sendiri just for few minutes of fame. Dari awak semua nak berdengki bagus belajar dr pengasas cmne nak berjaya tanpa menipu sini sana.

ron berkata... [Reply]

Sabar ye yati.risau juga sbb saya mmg pguna sendayu tggi.dari kosmetik hgga jamu.kalau boleh pastikan bahan2 dan ramuan sume selamat.

ron berkata... [Reply]

Sabar ye yati.risau juga sbb saya mmg pguna sendayu tggi.dari kosmetik hgga jamu.kalau boleh pastikan bahan2 dan ramuan sume selamat.

Unknown berkata... [Reply]

@fionaona awak guna slimming produk yg mn ye?

Cik Iqenz berkata... [Reply]

good job pengasas sendayu tinggi.. love sendayu tinggi!

cik mok berkata... [Reply]

saya rasa antara semua produk yang ada sekarang, Sendayu Tinggi masih yang antara terbaik dan selamat.

Sebabnya kebanyakkan (mungkin juga majoriti) produk Sendayu Tinggi muncul sejak belum ada lagi 'fenomene timbang kilo & founder segera' ni. Even masa Sendayu Tinggi keluar dulu, boleh kira dengan jari berapa orang founder produk seperti Pn. Rozita. Masa tu saya rasa Dato Vida pun masih seorg guru lagi di sekolah Poi Lam.

saya mengenali produk Sendayu Tinggi dan jadi pengguna semasa tahun 2002 (bermakna 10 tahun sebelum artikel ni dikeluarkan)..dan berkesan untuk saya. Walaupun saya tidak lagi menggunakan produk tersebut disebabkan saya sudah pun berjaya kurus, tetapi saya mmg berterima kasih sebab melalui produk slimming set Sendayu Tinggi la saya dapat disiplinkan diri dari segi pemakanan dan bersenam. Saya pun bukanlah seorg yang sembrono dalam memilih supplemen, tetapi setakat yang saya sedia maklum, Sendayu Tinggi masih antara yang terbaik dan menjaga kualiti produk keluaran mereka.

Kalau nak cerita bab sabotaj dan lain-lain, memang tak pelik dalam dunia perniagaan 'org melayu', sabotaj/hasad dengki dll berpisah tiada. Semasa saya menggunakan Produk Sendayu Tinggi ni dulu saya pernah beli yang tiruan (walaupun kedai yang menjual tu memang kedai beroperasi secara sah), tetapi saya dapat kesan ia tiruan dan pihak kedai tersebut memulangkan duit saya dan minta jangan panjangkan hal tersebut. Jadi bab sabotaj dll ni memang wujud dan tak mustahil.

Unknown berkata... [Reply]

Ingad lagi dulu, mula2 masuk kdai ST, hajat nak beli sabun muka j, last dipaksa beli set jerawat, dan nahh hasilnya 5 tahun ak menderita masalah alahan, dan jerawat yg agak serius, 3 tahun consume ubat doxy, yg korang tahu lah effect dia jangka masa panjang, ini kisah benar, ak mmg benci produk ST, bagi ak dia dh rampas kebahagiaan ak, rampas zaman remaja ak, skrang ak masih lagi terkapai2 utk sembuh dgn mencuba pelbagai produk lain, doakan ak sembuh

Unknown berkata... [Reply]

Makcik2 bawang je yg suka tabur fitnah..panas punggung kalau x mengeluarkan spekulasi xberasas kan kak @Yatie Sendayu Tinggi ...

Unknown berkata... [Reply]

kesian..kehidupan boring ke.. jadi batu api la pulak kat sini.

pertama. saya tak mengeluarkan sebarang spekulasi tak berasas. apa saya tulis berdasarkan pendapat saya pada respond pengasas sendayu tinggi pada ketika itu.

berkaitan apa yang berlaku sebenarnya seperti yang diterangkan oleh Puan Yatie. Saya tak pernah sama sekali mengatakan Sendayu Tinggi bersalah. Cuma respond mereka perlu diperbaiki pada masa depan.

norajieja berkata... [Reply]

Asalamualaikum unknown. Leh saya lihat wajah awak sekarang. Betul ke masih teruk tu akibat guna product ST. Tunjuklah bukti. Namun saya tetap doakan kulit awak sembuh dan hati awak pun sembuh juga ye. 😉

Coffee berkata... [Reply]

Hahahaha..... Page manusia ni plg lawak. Semua manusia berebut2 nk tunjuk pandai. He hehe he hehe

Oh Perfume berkata... [Reply]

Kalau benda x pasti x perlulah cerita dekat blog berdekang2.. Pelik2 org kita ni.. Mudah benar nak jatuhkan sesama sendiri..
Sy bkn pengguna ST.. Cuma ada try d folia coffee.. Dr rasa tegang2 tengkuk dah hampir 1 bulan.. Lepas try 2 peket lega rasa tegang.. Dgn izin Allah. Start dr tu sy mula pakai produk yg lain pulak.. Lip matte pun best pakai.. Compact powder wpun mahal tp berbaloi.. Smooth je pakai.. Lepas ni nak try detoks pulak .. Thans to bonda rozita ibrahim dan pn yatie yg xputus asa berjuang utk survive dan jual produk yg berkualiti.

AR berkata... [Reply]

baru terbaca sekarang.ST ni produk local yg boleh dipercayai. ada kilang rnd sendiri hebat sngt. xmacam kebanyakan produk local yg xmau dedah kilang kat mana

Unknown berkata... [Reply]

Kiranya produk ST ni selamat la ye? Baru nak mencuba produk slimingg dia hehe 😅

adha berkata... [Reply]

pearl cream trbaik.. saya guna skincare ST dr pncuci smpi la fd.. jeragat yg dh 20 tahun pudar dan hampir hilang.. sblm ni guna ape pun tak mnjadi.. kulit jd sihat.. amal skincare n suplement ST.. alhmdulilah.. tq ST

Fahmi berkata... [Reply]

Alhamdulilkah terima kasih ST. Terima kasih Allah sbb spnjg sy guna brg2 kosmetik ST dan sedu arrow + d folia tablet, sy xde mlskh apa2 alhamdulillah... Skrg tgh cndume d folia coffee + dtox lemon. InsyaAllab nj raya dgn bdn yg ringan.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com