Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan

Selasa

Ragam pelanggan 1

Assalamualaikum

Aku syukur kebanyakan masa, kami dapat pelanggan yang baik hati.. Kadang kadang aku pos lewat sehari dua pun biasanya diorang tak marah. Sesekali ada juga pelanggan yang menghiburkan hati macam kat bawah ni..

Pelanggan : Kak.. kak.. saya ni peminat korea.. kalau dah minat korea tu tentu lah teringin nak makan kimchi..
akak ada jual kimchi kan..
yang dalam gambar tu ayah saya.. (tetiba je ko ni dik.. layan je la)
Pelanggan : harga berapa
Peniaga : 400g/rm10.. postage+handling rm10

Pelanggan : ooo.. kalau macam tu rm10 je lah kan (e'eh ko tak reti kira ke dik)
Peniaga : total rm20 semuanya..

Pelanggan : nak bayar macam mana?
Peniaga : boleh bank in

Pelanggan : Macam pelik je
Peniaga : Apa yang pelik

Pelanggan : Ye lah.. bank in tu.. biasanya tipu (siapa ajo ko ni dik)
Peniaga : Kalau macam tu, boleh cod

Pelanggan : Kat mana nak ambik?
Peniaga : Shah Alam

Pelanggan : Jauh nya.. piss yo (apa la yang tetiba piss yo nye.. pening akak)
Peniaga : Biasanya kalau jauh pelanggan saya bank in

Pelanggan : Bukan patutnya barang sampai baru bank in ke.. Kalau macam ni susah la.. Nak kena suruh ayah saya..
Peniaga : Selama ni memang pelanggan saya bayar dulu baru kami pos barang..

Pelanggan : krik krik krik (apa la yang ko nak sebenarnya dik)

Nasib baik la aku ni penyabar.. Kalau hari hari dapat pelanggan macam ni.. Boleh jadi meroyan..
Mak bapak.. lain kali kalau bagi anak anak henpon tu jangan bagi data plan.. susah nak layan perangai geylong ni.. tu belum kira budak sekolah rendah sms nak beli lego.. huuuu..

Aku bukan peniaga besar besaran. Modal pun ciput je. Jadi, aku memang mintak pelanggan bayar harga barang + postage dan handling sebelum barang di poskan. Dah confirm payment baru kami poskan barang. So far, memang kebanyakan peniaga guna kaedah ni. Amat susah nak cari yang bagi barang dulu lepas tu baru bayar. 

** Handling adalah kos yang kami cas untuk minyak dan pembungkusan (sampul poslaju/bubble wrap/kotak)

So jaga jaga kalau ada adik adik atau anak anak yang peminat korea tu. Jangan dok whatsapp aku mintak hantar kimchi free.. Hehehe..

Daa

Rabu

Kehidupan kini

Assalamualaikum

Maaf sebab asyik menghidangkan cerita yang kurang sensasi dan banyak yang bercirikan peluang perniagaan semata mata. Honestly, lebih separuh daripada entry terkini adalah entry auto publish atau entry shujin. Menjelang hujung tahun ni 2014 ni ada terlalu banyak benda yang memerlukan perhatian. Terutamanya pasal kerja dan bisnes. Ye lah memang bukan bisnes besar besaran, tapi kalau tak bagi perhatian memang takkan membesar la kan.. Hehehe..

Tahun depan dah mula GST. Aku sedaya upaya berusaha supaya kewangan kami sekeluarga cukup kukuh untuk menghadapinya.

Mak aku berniaga kedai runcit
Kakak berniaga kedai buku

Ramai yang mula terasa bahang bila pendapatan dari jualan berkurang. Hasil jualan kedai buku dikatakan berkurang 40% walau pun musim persekolahan bermula tak sampai sebulan lagi.

Mungkin ramai yang mula kurangkan perbelanjaan, berjimat untuk perbelanjaan anak anak yang nak masuk sekolah awal tahun depan dan menghadapi kenaikan harga disebabkan oleh GST.

Jadi dari sekarang, aku cuba meluangkan masa untuk perbaiki perniagaan kami. Tambahkan promosi di sana sini. Insya allah kalau semua berjalan lancar dengan produk Frozen Takoyaki. Aku nak tambah satu lagi produk makanan jepun sejuk beku.

Perniagaan Amway juga sekali jalan. Aku masih mengekalkan konsep mengajak tukar brand dan guna barang Amway. Daripada berbelanja di pasaraya orang lain. Lebih baik beli di kedai sendiri atau di kedai keluarga sendiri. Dapat menjana pendapatan secara tak langsung. Sebab, anyway.. kita tetap kena beli ubat gigi, tetap kena basuh baju. So, walau pun berlaku krisis ekonomi, perbelanjaan wajib bulanan tetap akan berlaku. Konsep begini telah terbukti menyelamatkan ramai orang ketika krisis ekonomi tahun tahun lalu. Insya allah, tahun akan datang juga.

Aku mintak ampun dan maaf sebab sangat sangat sangat jarang update dan tunjuk muka komen di blog kawan-kawan. Insya allah.. Sedikit masa lagi aku cuba untuk komited dalam berblog.

Jangan lupa LIKE FB page : Frozen Takoyaki dan Instagram : @Ourkizuna

Daa

Isnin

Frozen Takoyaki menakluki FB pula

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim.

Bagi yang mempunyai FB, jom ramai-ramai LIKE page Frozen Takoyaki kami.

Insya allah aku sedang mengusahakan untuk gunakan khidmat penghantaran barangan sejuk beku. Jadi bagi yang di luar Shah Alam, selain daripada mendapatkan Frozen Takoyaki ni daripada ejen kami yang berdaftar. Boleh juga terus order dari kami. Kami akan hantar. Tapi, khidmat penghantaran sejuk beku ni belum cover semua kawasan. Doakan permohonan syarikat kecil kami akan berjaya. So ramai lah yang akan dapat rasa Frozen Takoyaki yang sedap lagi berkhasiat ni. Hehehe..

https://www.facebook.com/frozentakoyaki

So, yang berminat nak dapatkannya boleh LIKE page kami supaya tak terlepas update terbaru perkembangan tentang khidmat penghantaran tersebut.

Majulah Frozen Takoyaki untuk Malaysia. Halal lagi suci.

Aummm...

Daa

Jumaat

Pre-order kimchi

Assalamualaikum

Banyak yang pm dan email tanya bila nak bukak order untuk kimchi. Ramai yang mengidam dan teringin nak rasa.

So.. Aku nak bukak pre-order untuk yang berminat.

Yang berminat boleh whatsap/sms 0126894617. Pengambilan order akan ditutup pada 7hb November.

Kalau lebih dari 20.. Kami akan buat dua batch. Pengeposan akan dibuat pada minggu 10hb November.

400g RM10. Postage RM8 (semenanjung malaysia)

COD di McD Kota Kemuning atau Aeon Big Kota Kemuning..

Ps:/ Order dikira batal kalau takde bayaran pada 9hb Nov.

Ps-2:/ Kalau boleh yang nak pesan tu sms/whatsapp je. Email nanti susah sikit nak manage.

Tq

Scroll untuk entry baru ye
Daa

Khamis

Ourkizuna kini telah didaftarkan

Assalamualaikum

Langkah biar perlahan, asalkan teratur. Jangan terburu buru. Takut tersadung kaki jatuh tertumus menyembah bumi kan.

Eceh.. Bermadah la sangat..



Tak payah nak drama sangat.. Hahaha.. Kami ke sini semalam. Mendaftarkan apa yang patut. Alhamdulillah. Despite of a few hiccups, urusannya berjalan lancar.



Dari berniaga suka suka dah jadi sampai ke tahap ni. Tq pada semua yang mendoakan dan bagi semangat kat aku.

Daa

Isnin

Siapa kena bertanggungjawab?

Assalamualaikum

Aku sangat hairan kat Malaysia ni. Kita bayar untuk satu perkhidmatan. Tapi kalau berlaku apa apa, service provider seboleh boleh taknak bertanggungjawab.

Hah!! Apa kes??

Alkisahnya.. Aku pos miso halal pada pelanggan. Banyak dia order. Konon nak jimatkan sikit kos penghantaran, aku gunakan Citylink. Tapi akhirnya.. Bukan untung sikit. Rugi terus.

Aku pos Isnin lepas. Pelanggan aku cuma dapat barangnya hari Sabtu. Itu pun setelah dia sendiri ke warehouse dan pick up barangnya.

Sudahla tu.. Barangnya rosak. Dan langsung tak boleh diselamatkan..


Plastik koyak berlubang macam digigit tikus


Miso aku dah bungkus elok elok dalam bubble wrap pun berlubang.

Barang lain pun sama.. Pelanggan dan bayar. Tentu dia nak barangnya at least selamat sampai. Aku pun takkan asyik nak kena bayar gantirugi yang bukan salah aku pun..

Aku bagi bisnes untuk Citylink. Tapi kenapa diorang tak amanah jalankan tugas. Penghantar barang, tak amanah hantar barang. Tuan rumah ada, tapi kata tuan rumah tak ada. Barang tak dijaga dengan baik masa dalam tanggungjawab diorang.

Honestly.. Aku bagi pihak pelanggan akan tuntut gantirugi daripada Citylink. So hopefully diorang tak banyak songeh. Otherwise aku kena bawak pergi ke tribunal tuntutan pengguna.

Ada sesiapa yang pernah buat tuntutan gantirugi dengan syarikat courier service?

Daa

Selasa

Perniagaan makanan Jepun halal

Assalamualaikum

Ingat tak aku pernah ajak kumpul order untuk beli miso kotak..? Rupa rupanya banyak peminat miso soup di Malaysia ni. Sejak dari tu ada je yang email nak order miso. Sampai terpaksa order bukan sekotak. Malah dah top up dua kotak miso. Kotak ketiga ni pun dah nak habis.
Miso paste.. Walau pun rupa tak berapa nak memberangsangkan tapi ianya sedap.. Percayalah~~

Dari sekadar suka suka nak ajak kumpul order, aku dah mula menjebakkan diri secara serius berniaga miso. Siap dah top up product lain macam barangan takoyaki dan seaweed.

Baru ni aku menambah satu lagi product baru. Ready made frozen takoyaki. Atas desakan kenalan yang malas nak mentako dan leceh nak beli bahan dan sebagainya. Takoyaki aku buat untuk difrozenkan tapi ianya hanya untuk tempahan sekitar Shah Alam sahaja buat masa ni.
Yang menariknya takoyaki kami ni tak menggunakan tepung takoyaki segera. Insya Allah orang takkan kecewa dengan rasanya. Feedback setakat ini, rasanya jauh lebih sedap dari kebanyakan takoyaki yang dijual di pasaran. Harga berpatutan dan topping disertakan. So, tinggal panaskan dan makan. Mayonis pun kami gunakan mayonis Jepun yang dijamin Halal. Filling kami gunakan sotong kurita. Kalau ada permintaan untuk filling yang lain boleh dipertimbangkan juga :D

Menarik tak..? Insya allah aku update lebih lanjut tentang takoyaki frozen ni di post akan datang.

Bagi yang nak lebih jimat dengan buat sendiri takoyaki boleh order barangan membuat takoyaki. Jualan miso masih berjalan seperti biasa. 


Lepas ni breakfast pun boleh makan takoyaki kan.. Hehe.

Tempahan takoyaki untuk rumah terbuka pun dialu alukan.  

Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh emailkan kepada kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

Khamis

Pelbagai idea perniagaan untuk wanita

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang mengeluh perbelanjaan melebihi pendapatan. Ramai yang berminat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tapi tak cukup idea, tak berani mencuba atau tak mempunyai modal yang mencukupi. Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat aku, nak memulakan perniagaan tak semestinya memerlukan modal yang besar. Banyak perniagaan dengan modal kecil boleh diceburi. Lebih lebih lagi dengan adanya internet, dunia hanya di hujung jari. 

Nak hantar barang boleh just call dan syarikat penghantar akan datang ke rumah untuk pick up barang yang hendak di hantar - Pendek kata door to door service
Pembayaran boleh dilakukan secara online

Haa.. Nak apa lagi.. Boleh sangat kalau nak berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Tinggal kita punya kerajinan dan semangat je. Mulakan secara kecil kecilan. Aku sendiri berjinak jinak dengan perniagaan dengan modal rendah.

Tak berani mencuba?

Kita akan dapat apa yang kita usahakan setiap hari. Kalau hari hari rutin macam tu macam tu lah. Sila lah keluar dari comfort zone masing masing. In the end, kita tak cukup duit siapa nak tolong? Along? 

Di sini, aku senaraikan beberapa idea dan panduan memulakan perniagaan yang sesuai bagi wanita. Of course la lelaki pun bulihhh.. 

Contoh perniagaan dari rumah
(1) Berniaga roti, bun dan pizza - Berniaga makanan adalah perniagaan paling mudah mendapat sambutan. Apa lagi kalau makanan sedap dengan harga berpatutan. Mulakan secara kecil kecilan dengan menjualnya kepada jiran-jiran. Kebanyakan surirumah mungkin malas nak keluar membeli sarapan di luar. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk mempromosikan product anda. Cipta product yang unik dengan pelbagai perisa yang sukar di dapati di kedai. Tentu ramai sukakannya.



(2) Perniagaan coklat buatan tangan - Coklat bukan saja mempunyai ramai peminat. Ianya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Coklat yang mempunyai rasa yang sedap dengan reka bentuk menarik tentu menjadi perhatian ramai di majlis majlis perkahwinan mahu pun majlis sambutan ulang tahun kelahiran. Link tersebut membolehkan seseorang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan coklat homemade ini melakukannya dengan kos permulaan yang sangat minimum.

(3) Bisnes tudung - Trend bertudung semakin menjadi jadi. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal. Sekarang penjenamaan semula tudung dengan pelbagai nama menarik kian mendapat tempat. Tudung pada masa kini bukan saja menjadi pakaian wanita untuk menutup aurat. Malah turut menjadi satu trend fashion. Cuma, sebagai peniaga, apa yang kita kena jaga adalah pastikan tudung yang dijual itu memenuhi syarat menutup aurat, bukan sekadar balut balut

(4) Baju kurung tradisional - Upah menjahit baju kurung biasa tradisional sekarang mahal kemain kan. Paling murah RM50.. Kadang kadang boleh cecah sampai RM70-80.. Kalau dah tau asas menjahit baju kurung, boleh la pelbagaikan. Bukan sekadar ambil upah menjahit. Boleh keluarkan jenama sendiri untuk dipasarkan pulak. Ni dah nak raya, ramai yang masih kalut nak cari tukang jahit. Kalau tak sempat nak hantar ke kedai jahit, cuba mulakan buat baju sendiri dan keluarga dulu.

(5) Berniaga kuih raya - Dah nak raya ni ramai yang cari kuih raya kan.. Ramai yang malas dan tak sempat nak buat sendiri. So ini lah peluang nak cari duit raya lebih untuk anak-anak. Sekarang dah mudah nak pasarkan, pasaran meluas ke seluruh Malaysia dengan adanya kemudahan internet. Tinggal kena tahu teknik tekniknya saja..

(6) Menjual roti canai dan murtabak sejuk beku - Makanan sejukbeku dah jadi trend masa sekarang. Ianya mudah disediakan dan jadi back up sebagai hidangan pada bila bila masa saja. Untuk sarapan pagi, kadang malas nak keluar rumah kan.. 

(7) Perniagaan kek cawan - Kek cawan bukan sekadar hidangan. Ianya adalah satu seni. Kek cawan yang dihias cantik boleh dijadikan hantaran ketika majlis pertunangan dan perkahwinan. Malah walau pun kecil, modal kecil, sekiranya dihias dengan cantik, harganya boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda~!

(8) Perkhidmatan dekorasi rumah - Khidmat professional untuk mencantikkan rumah. Bonus lagi sekiranya kita boleh memberi tips dan pelbagai idea nak mendekorasi rumah dengan kos yang menjimatkan. Maklumlah.. zaman sekarang semuanya mahal. 

(9) Jadi dropshipper - Dropship adalah satu term yang zaman dulunya kita panggil wakil jualan. Wakil jualan tak perlu keluarkan modal sediakan stok. Cuma perlu tolong promote barang dan dapat komisyen daripadanya bila barang dapat dijual. Pastikan kita promote tu penjualnya amanah. Ye lah.. Nanti dah jual banyak tak dapat pulak komisyennya.. Menjadi affiliate juga adalah satu cara menambah pendapatan yang bijak sebab biasanya jadi affiliate percuma je..

(10) Khidmat pemasaran di internet - Sangat ramai orang nak jadi peniaga. Ramai yang gagal dalam perniagaan bukan sebab barangan mereka tak bagus, tapi sebab tak tau kaedah berkesan memasarkan product yang dijual. Bagi yang tere menulis, idea bernas dan berkesan mungkin boleh menceburkan diri dalam bidang pemasaran. Tak perlu ada product, product adalah bakat sendiri. Bagi khidmat percuma dulu. Bila dah ada pelanggan yang berpuas hati, boleh la mulakan perniagaan.

Kalau disenaraikan betul betul. Ada 1001 satu macam jenis perniagaan modal kecil boleh diceburi dengan hanya bermula dari rumah. Yang penting kena rajin belajar dan komited pada matlamat. 

Tak tau nak cari supplier yang dipercayai dan berkaliber? 


Ingat.. Cari duit lebih bukan sekadar nak joli lebih sikit. Fikirkan pelaburan terbaik untuk melaburkan pendapatan daripada perniagaan yang diceburi tu. Kenapa? Kerana, inilah yang dapat membantu kita bersara awal dari bekerja sepenuh masa.

Apa pun.. Selamat berjaya~!!

Daa

Jumaat

Transport Delivery menghantar makanan ke pintu rumah anda

Assalamualaikum

Berita baik untuk korang yang mengalami simptom simptom di bawah ni~!!
(1) Perut lapar malas nak memasak
(2) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!!
(3) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!! Tapi tak nak makan makanan segera macam McD atau Pizza Hut. Atau mengidam nak makan ayam Bakar Wong Solo
(4) Atau... laki bini sangat sangat lapar.. Sorang nak makan Subway.. Sorang lagi nak makan Nasi Ayam.. Yang ada anak tu, anak pulak nak makan kepci. Pergh.. Demand ye anak beranak.. hehehe..

Nasi Ayam

Wong Solo

Nasi Beriyani
Haaa.. Jangan risau.. Jangan susah hati.. Zaman sekarang ni macam macam jenis perkhidmatan yang orang buat just untuk memudahkan insan insan seperti kamu kamu tu. Hehehe..

Transport Delivery Service


Pada awal penubuhannya, Transport Delivery Service ni dibuka di kawasan Johor. Di mana, pelanggan boleh telefon dan order makanan dari kedai kegemaran mereka. Uniknya, perkhidmatan ni bukan bekerja untuk mana mana syarikat makanan. Ianya adalah satu perkhidmatan membeli dan menghantar makanan ke rumah mahu pun pejabat.

Oleh kerana kejayaan dan sambutan menggalakkan di kawasan Johor, kini Transport Delivery Service mula meluaskan sayapnya ke kawasan Lembah Klang.

Antara coverage area bagi kawasan Lembah Klang adalah Shah Alam, Subang, Sunway, Puchong, Kelana Jaya, KLCC Area, Ampang dan banyak lagi. Kalau tak pasti. Boleh telefon nombor yang tertera dan tanya sama ada ada penghantaran bagi kawasan korang ke idok. Kalau malas nak call.. Nak twitter, nak FB pun boleh. Instagram pun ada habaq kat hang..

Twitter : @transporterDeli
Instagram : @transporterdelivery

Perlu diingat bahawa, masa delivery adalah lebih kurang 40minit. So, kalau nak order untuk makan tengah hari tu order la awal sikit. Jangan lambat sangat. Nanti kebuluran dulu. Menu boleh campur nak beli dari 2-3 kedai. Harga yang tertera pada fliers adalah harga termasuk charge penghantaran. Untuk keterangan lanjut, jangan malu jangan segan. Terus call atau message depa tu.

Transporter penghantar makanan
Diorang ada yang pakai kereta. So jangan risau kalau nak order banyak pun diorang boleh cater sebab ruang besar. Tapi kalau nak order banyak banyak sampai lebih dari 3-4 tempat tu, make sure order awal lebih sikit. 

Ni dah boleh order untuk makan tengah hari. Sila sila kan ya..

Daa

Selasa

Red velvet cheese meleleh

Assalamualaikum

Selain dari walnut brownies, aku jugak menjual red velvet cheese meleleh semalam. Sikit je sebenarnya. 8 ketul. Aku tak berapa nak confident nak buat banyak banyak. Maklumlah. Masa jualan cuma 2jam..


Seketul RM3 je

Risau kalau tak sedap sebenarnya..
Ada baki lagi bekas alumunium ni. Boleh ambik order kot ni. Hahaha..

Cheese melelehnya tu sukatannya aku main taram je. Ikut sedap kat tekak aku. Dan tak berapa manis. Bagi orang yang bergigi manis mungkin kurang sikit lah. Hehehe..

Hari ni telefon mak, ucap terima kasih sebab mendoakan aku jualan semalam habis. Walau pun short RM9. Syukur aku masih ada mak yang tak jemu mendoakan kejayaan. (Sebak masa menulis ni) Sebab aku sangat sangat yakin yang setiap apa yang aku berjaya lakukan hari ni. Setiap pencapaian aku adalah hasil doa mak. Terima kasih mak. Sobs.. Harap aku adalah anak yang menyenangkan hati mak. 
Jasa mak dari sejak mengandungkan aku memang takkan dapat aku balas, tapi sekurang kurangnya, aku harap aku tak jadi anak yang menyusahkan hati dia..

Daa

Happy grill pan

Assalamualaikum

Antara sebab aku suka dan eksaited meniaga dalam Amway adalah ada promosi belian dengan belian. Promosi belian dengan belian menawarkan barangan rumahtangga dengan harga yang jauh lebih murah.

Kali ni..
Pan magic kata orang
Harganya? Hanya RM20 dengan belian 5 botol vitamin supplement. Aku beli calcium magnesium untuk jualan.. Hihi..
Peluk bawak masuk tidurrr
Banyak jugak barangan yang aku dah kumpul dengan promosi ni. Emak pun dapat beli steam iron yang harga lima nam ratus dengan harga RM70.
Salah satu yang membuatkan aku sentiasa eksaited nak menjual. Maklumlah. Ada sesetengah benda.. Bagus kalau ada. Tapi tak ada pun tak mengapa sebab harganya yang mahal. Macam magic pan ni. Tak ada pun bukan aku tak boleh memasak. Tapi bila dapat beli dengan harga RM20 berbanding harga pasaran yang sampai seratus lebih tu. Memang bersinar sinar mata aku. Hahaha..

Tak sabar nak cuba masak macam macam dalam tu.

Daa

Isnin

Flea market untuk krismas

Assalamualaikum

Hujung hujung tahun ni kan.. Saja join flea market anjuran tempat kije untuk cari extra income. Jadi vendor pree je. Secepat kilat aku register. Aku kan tak boleh dengar perkataan FREE tu. Nanti ada rasa marah. Hahaha..

Layan produk jualan aku
Brownies yang super duper chocolaty baru keluar oven

Setelah diberikan sedikit sentuhan

2 ketul RM3

Ada satu lagi.. Red velvet cheese meleleh dalam cup. Tapi lupa nak transfer gambarnya. Kemudian lah ye aku share. Jualan dari pukul 12 tengah hari nanti.. Doakan habis barangan jualan aku.

Shujin letak lego star wars AT-ST untuk jualan juga. Lupa nak ambil gambar. 

Daa

Jumaat

Nasi kerabu RM6

Assalamualaikum

Nasi kerabu telur masin atau ikan goreng salut tepung

Ada kerabu, kelapa, tumis, sambal dan opkos budu
Nasi kerabu ni hasil air tangan Ma (mak mertua ku). Yang dalam tapau tu untuk dijual. Satu bekas tu RM6 sekali penghantaran. Ma nak ambil tempahan untuk makan  tengah hari dan buat penghantaran ke pejabat pejabat yang berdekatan dengan rumah. Area kota kemuning, Bukit Rimau, Jalan Kebun, Sri Muda. 

Kalau nak tempah untuk majlis pun boleh.

Serius sedap!

Ada yang nak cuba? Like page Ourkizuna dan tinggalkan message.

Daa

Jana duit dengan program Affiliates Marketing

Assalamualaikum

Macam-macam aku kan. Hari tu jana pendapatan dengan survey. Kali ni jana pendapatan dengan program affiliates marketing pulak. Nuffnang dah semestinya kan :D

Berbelit jugak lidah nak menyebutnya. Apa "Affiliate Marketing" tu?

Secara mudahnya Affiliate Marketing ni adalah sejenis marketing yang bayar ikut performance atau ikut jumlah jualan. Ianya commission base la. Atau juga dipanggil sebagai referral marketing. Kita refer orang yang nak beli barang atau perkhidmatan tu, dan kemudian penjual akan bayar komisyen.

Product yang biasa guna kaedah Affiliate Marketing ni adalah ebook.

Bagi aku, dengan kegigihan dan teknik yang betul, program affiliate marketing ni boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan sebab biasanya komisyen yang diberikan adalah antara 30% ke 70%. Dan ianya tak perlukan modal sesen pun.

Aku pun takde la fandai sangat bab affiliate program ni. Tapi, ada la cuba cuba join program affiliate yang ada. Dah beberapa kali jugak dapat jual. Dan masih tercari cari lagi rentak nak bagi konsisten pendapatan tu.

Melambak ebook kat pasaran sekarang ni kan. Ada yang ok ada yang tidak. Sebelum ni aku main tibai ambik je mana mana affiliate ebook tu. Tapi sekarang aku register dengan Ashadee.com. Ada banyak ebook dalam tu. Just pilih yang mana kita nak promote.

Pendapatan so far, sejak register. Hehehe.

Biasa lah aku kan. Register senyap senyap dulu. Dah nampak butir duitnya baru share. Yela. Kita share yang kita rasa genuine dan boleh buat je la. Kalau tifu tifu takmo la share. Hihi..

Antara yang aku promosikan adalah seperti


Bagi yang suka meroti, tapi takde basic, memang tak reti buat roti, boleh cuba pakej ni. Dia akan poskan modul untuk belajarnya terus ke rumah dengan pos express. Video langkah demi langkah nak buat roti yang sangat senang nak difahami. Sangat bagus untuk permulaan nak buat roti untuk makan sendiri pun ok. Nak belajar buat roti untuk bisnes kecil kecilan pun boleh. Kalau tengok pada testimoni yang dah pernah beli tu, pengusaha bakery pun da cuba modul diorang.

Macam mana cara aku promosikan? Nanti aku share. Memang ada banyak pilihan ebook yang ada, tapi kalau tak kena teknik pun tak terjual jugak.

Since dah ada blog kan. Apa salahnya cuba bermacam cara nak jana pendapatan. After all program affiliate marketing ni pun FREE je. 

Update : So far aku dah dua kali dapat cashout dari program Ashadee ni. Masyuk la kan sebab cuma perlu promote dan tunggu income masuk. 

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com