Isnin

Resepi dashi untuk miso

Assalamualaikum

Salah satu bahan utama dalam membuat sup miso adalah dashi. Dashi boleh juga di dapati dalam bentuk serbuk. Ianya lebih mudah. Tapi sukar di dapati. Supplier kami tak bekalkan dashi powder, so aku beli dari mana mana pasaraya. Kami tak ambil untung pun, just jual harga modal sebab nak memudahkan pelanggan yang nak beli miso paste halal dengan kami.

Malangnya, kami selalu kehabisan stok. Beli kat kedai 100yen. Bila habis diorang tak top up. Pergi ke Aeon pulak. Begitu juga kisahnya. Ke Hero pun jadi macam tu. Di Aeon Bukit Tinggi ada banyak jugak jual dashi powder tapi dari bonito. Kami prefer dashi dari konbu seaweed.
wild konbu seaweed yang aku beli masa trip ke Jepun aritu.. Sangat mahal harganya

Oh sebelum tu meh aku terangkan dulu. Dashi ni bermaksud stok. Kalau kita selalu ada stok ikan bilis, ayam dan sebagainya. Orang Jepun pulak ambil stok dari ikan bonito, konbu seaweed atau pun cendawan shiitake. Ada juga kombinasi digunakan.

So, nak buat miso soup, kita memerlukan dashi. Ada resepi tempatan yang gunakan stok ikan bilis. Tapi honestly cakap, bagi aku rasanya sangat berbeza.

Resepi dashi dari konbu seaweed dan bonito flakes
Bahan bahan
Sekeping konbu seaweed
Segenggam bonito flakes
4 cawan air
rendam dulu dalam periuk

Cara membuatnya
Konbu seaweed direndam dalam 300ml air selama 15-20minit, kemudian panaskan sampai air tu nak mendidih. Bila ada bubble kecik kecik tu terus je tutup api. Masukkan bonito flakes dan biarkan 3-4minit. Nanti bonito flakes tu akan tenggelam. So tapis dan ambil airnya.

Kemudian ambik 4 cawan air lagi. Masukkan bonito flakes dengan konbu yang dah rendam dalam air batch pertama tadi. Masak dengan api perlahan selama 10 minit. Lepas tu tapis lagi dan ambik airnya.
dah boleh guna untuk buat miso soup
Dashi dari batch kedua ni dah kurang sikit rasanya. Tapi still ok je. Kalau taknak guna terus boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 hari atau bekukan untuk tahan lagi lama. Untuk yang first batch tu better guna terus lah.

Senang je kan..? Selain dari untuk miso sup, banyak lagi masakan jepun yang menggunakan dashi, termasuklah nak buat takoyaki~!

Konbu dan bonito flakes boleh order dengan kami juga :D

Ps:/ Sorry.. Aku kurang sihat hari ni.. Entry GA petang petang sikit aku up atau esok. T_T

Daa

15 comments:

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, rindu nak rasa kimchi kak rai. ahaksss..

Siti Sharini berkata... [Reply]

iinee

Unknown berkata... [Reply]

nanti buat miso sop bila kitaorg pegi sana k..hihi..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Teringin nak merasa miso sup. Pernah tgk dalam majalah 3 paaal miso sup ni.

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Apa rasanya? Klau buat stok...msti guna utk campuran sbgai perasa mkanan kan? Klau lg sdap dri stok ikan bilis...msti rasa dia sedap lagi ni....

PetakBunga berkata... [Reply]

Kena blhr msk melayu dulu..
Krg2 aku beljr mask mknan jepun..

Aku kalau cuba resipi, pyh nk ikut instruction.. aku bc resipi ni..pn aku dh rsa aku xkan berjaya..
Nk tapis2 plk tu..

Unknown berkata... [Reply]

Sya bc resepi sambil menahan lapar.. Sya kalau sup2 ni memang xthn.. Tp nk dpt bhn2 tu kat muadzam mmg mimpi aje la.. Cendawan shiitake tu pun xpnh ada..

Unknown berkata... [Reply]

@mama ka0ri, baekkk.. bila nak mai tu.. hehehe

Unknown berkata... [Reply]

@asyifa mustaffa, bagi saya rasanya agak mild tapi lagi sedap dari stok ikan bilis.. sbb kesedapan dari stok konbu seaweed ni seolah olah macam ada letak ajinomoto..tapi tak ada..

Unknown berkata... [Reply]

@Petak Bunga, ala ngade ko.. senang je tu.. saje ko malas kan.. haha

Unknown berkata... [Reply]

@Sya Nadia, boleh order online je dari kami kalau nak.. hehe

sitiezahim berkata... [Reply]

Rai still buat kimchi tak

Mimie berkata... [Reply]

ermmm...nampak sdap je sup tuh

marhaeink berkata... [Reply]

makanan jepun yang saya tahu cuma sushi dan teppanyaki..haha

Syamimi Saad berkata... [Reply]

Nasib x pndai mkn mknn jepun.. Klau x ngidam sesaja.. Hee

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com