Memaparkan catatan dengan label alkohol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alkohol. Papar semua catatan

Jumaat

Kemelut halal haram tapai dan shoyu

Assalamualaikum

Dalam dua tahun lepas ada kekecohan pasal kicap yang haram sebab mengandungi alkohol. Alkohol ni bukan ditambah. So, tak ditulis dalam senarai kandungan pada label kicap tersebut. Tapi ianya adalah alkohol yang terhasil dari proses fermentasi kacang soya.


Kandungan alkohol 2%. Kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Jakim adalah 0.05%
Jadi, wajarlah kalau orang label shoyu haram....?

Tapai juga dihasilkan dari proses peraman ibu kayu atau beras pulut dengan ragi. Oleh itu, tapai juga menghasilkan alkohol.


Kandungan alkohol adalah dikatakan antara 5-6%.

Dari portal e-fatwa Jakim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

(1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
   
(2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
   
(3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
   
(4) Tapai halal dimakan.
   
(5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
   
(6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Secara spesifik dinyatakan bahawa tapai adalah halal.

Manakala, alkohol yang terjadi sampingan daripada proses pembuatan makanan adalah halal.

Persoalan aku, adakah kicap yang melalui proses fermentasi yang mengandungi 2% alkohol haram?

Obviously, kicap bukan minuman ringan... dan belum pernah dengar orang mabuk minum shoyu. Kalau dari kefahaman aku berdasarkan muzakarah Jakim, shoyu adalah halal.

Mari kita bincangkan..

Tolong sebarkan juga, agar ada orang yang alim boleh membantu kita mencapai satu kata sepakat.

Harap kita dapat berbincang secara berhemah

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com