Memaparkan catatan dengan label Sushi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sushi. Papar semua catatan

Isnin

Status Halal Restoren Makanan Jepun di Malaysia

Assalamualaikum

Tak dinafikan yang orang Malaysia suka makan. Ramai yang suka dan teruja nak mencuba makanan baru dari luar negara. Restoren makanan Jepun di Malaysia ni memanglah banyak. Tapi, kebanyakannya adalah rangkaian restoren yang dipunyai oleh bukan muslim dan biasanya berstatus "pork free" dalam masa yang sama menyediakan minuman keras di dalam premis mereka.

Kenapa agaknya...?
Kebanyakan bahan mentah untuk membuat makanan Jepun biasanya diimport terus dari Jepun dan tidak mendapat pensijilan halal. Hanya 2-3 tahun kebelakangan ini, orang Jepun mula sedar kepentingan pensijilan halal dan mula mendapatkannya melalui badan halal di sana.

Banyak sebenarnya kontroversi pasal pensijilan halal di Malaysia ni. Banyak yang mengelirukan. Contohnya, dah dapat sijil halal. Kemudian ditarik balik. Sebab ditarik tak diberitahu pulak. Ada yang memang tak dapat sijil halal sebab tak ikut piawaian.

Honestly, aku tak terlalu melihat pada pensijilan halal tu sendiri. Of course sijil halal tu penting. Tapi takkan iman kita sangkut pada sijil halal. Mampus kalau macam tu tak boleh nak ke luar negara, di mana banyak tempat makanan dan makanan yang takde cop halal kan..

Senarai ni adalah berdasarkan survey yang aku buat sendiri baru-baru ni. Aku hubungi pihak pengurusan restoren sendiri untuk tanya pasal status halal mereka.

(1) Sushi King
Yang paling banyak orang muslim pergi, dan paling banyak kontroversi pasal status halal mereka. Sushi King tidak pernah dapat sijil halal dari Jakim atau mana-mana badan halal di Malaysia. Aku menghubungi pengurusan Sushi King Malaysia melalui FB Page Sushi King. Ini adalah jawapan mereka..

Dan ini pula apa yang mereka clarify di laman web rasmi Sushi King Malaysia.

Kesimpulannya... Sushi King Malaysia tidak ada sijil halal. Akan tetapi segala bahan yang digunakan adalah bebas dari alkohol dan babi. Ini adalah termasuk sushi, unagi dan teriyaki yang dihidangkan di premis mereka.

(2) Rakuzen
Rakuzen ni adalah sama mak bapak dengan Sushi Zanmai. Ikut pemerhatian aku, lebih ramai orang muslim yang pergi Sushi Zanmai berbanding Rakuzen. Tapi aku tak tanya lagi pasal Sushi Zanmai. Since mother company diorang sama, aku rasa feedback nya mungkin lebih kurang sama. Kalau korang tak puas hati jugak, boleh hubungi diorang sendiri untuk kepastian.


Dan soalan lanjutan aku dijawab oleh mereka
Kesimpulannya, kalau nak makan sushi takde masalah. Nasinya tak dicampur mirin dan shoyu yang digunakan adalah halal. Tapi kebanyakan menu yang menggunakan sos adalah dicampur mirin seperti teriyaki, unagi dan zaru soba. Bagi menu menu lain, boleh tanya dengan mereka masa nak order. Aku bukan ingat menu diorang apa.

(3) Ichiban Boshi
Aku tak boleh nak share apa-apa rekod perbualan dengan pengurusan Ichiban Boshi di Sunway Giza. Tapi more or less feedback mereka sama dengan Rakuzen. Sushi tu halal, tapi menu yang menggunakan sos kebanyakannya menggunakan mirin.

Banyak lagi restoren makanan Jepun yang lain yang aku belum sempat nak hubungi. Antaranya adalah seperti Sakae Sushi. Tapi rasanya feedback kebanyakan mereka adalah lebih kurang sama macam Rakuzen dan Ichiban Boshi. Iaitu 

(1) Daging dan ayam yang digunakan ada sijil halal
(2) Sushi tak ada campuran mirin. Shoyu biasanya mereka gunakan yang halal
(3) Yang problem adalah penggunaan mirin dalam pembuatan masakan yang menggunakan sos seperti chicken teriyaki, unagi kabayaki, kulit tauhu untuk inarizushi, dan lain lain. 
(4) Miso paste yang digunakan kena tanya sama ada, ada halal cert ke tidak (aku lupa nak tanya aritu~!)

 
Diorang susah sikit nak lari dari penggunaan mirin dalam masakan Jepun yang authentic. Jangan tanya aku apa beza rasanya. Aku pun tak pernah makan (agaknyalah. Kot kalau termakan, aku pun tak tau. Sob~!)  


Ini pula adalah antara restoren makanan Jepun yang mempunyai sijil halal (Kawasan Lembah Klang saja ya)
Yama G Fusion Sushi

Agehan Japanese Restaurant

Hei Sushi, Alamanda Shopping Centre
Kenapa susah payah sangat aku check status halal, bahan yang diorang guna bagai ni?

First of all memang untuk rujukan sendiri. Kami sekeluarga suka makan makanan Jepun. Nak kena tahu apa yang masuk dalam perut dan jadi darah daging ni kan. Selain tu aku harap ianya boleh dijadikan rujukan oleh peminat makanan Jepun yang lain juga. 

Harap perkongsian ni bermanfaat untuk semua. Jangan lupa kongsikan pada peminat makanan Jepun yang lain juga tau.

ps;/ Jangan ada yang tembak aku dan persoal, kenapa nak kena makan benda yang tak tau sumber halal haram ni pulak ye.

Daa

Jumaat

Kemelut halal haram tapai dan shoyu

Assalamualaikum

Dalam dua tahun lepas ada kekecohan pasal kicap yang haram sebab mengandungi alkohol. Alkohol ni bukan ditambah. So, tak ditulis dalam senarai kandungan pada label kicap tersebut. Tapi ianya adalah alkohol yang terhasil dari proses fermentasi kacang soya.


Kandungan alkohol 2%. Kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Jakim adalah 0.05%
Jadi, wajarlah kalau orang label shoyu haram....?

Tapai juga dihasilkan dari proses peraman ibu kayu atau beras pulut dengan ragi. Oleh itu, tapai juga menghasilkan alkohol.


Kandungan alkohol adalah dikatakan antara 5-6%.

Dari portal e-fatwa Jakim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

(1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
   
(2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
   
(3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
   
(4) Tapai halal dimakan.
   
(5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
   
(6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Secara spesifik dinyatakan bahawa tapai adalah halal.

Manakala, alkohol yang terjadi sampingan daripada proses pembuatan makanan adalah halal.

Persoalan aku, adakah kicap yang melalui proses fermentasi yang mengandungi 2% alkohol haram?

Obviously, kicap bukan minuman ringan... dan belum pernah dengar orang mabuk minum shoyu. Kalau dari kefahaman aku berdasarkan muzakarah Jakim, shoyu adalah halal.

Mari kita bincangkan..

Tolong sebarkan juga, agar ada orang yang alim boleh membantu kita mencapai satu kata sepakat.

Harap kita dapat berbincang secara berhemah

Daa

Selasa

Tipah tertipu di Sakae Sushi Paradigm Mall

Assalamualaikum

Sebenarnya aritu masa craving Japanese food aku baru baru nak mula ada sorang akak (blogger jugak!) kat opis aku ajak pegi makan sushi kat Sushi King. Dia pun sebenarnya dah semalaman tak tidur punya lah mengidam nak makan sushi. Since hari tu aku da bawak bento (lunch box). So aku set date kepada esoknya. Tapi tempat tu pulak kitorang tukar ke Sakae Sushi. Memandangkan aku dengar dengar khabar yang Sakae Sushi tengah buat lunch promosi.
Gambar rembat kat blog kak Ana
Memandangkan aku busy memilih sushi yang berpusing pusing tu. Aku takde masa nak ambik gambar. Semua kak Ana yang ambik. Nak tau kisah selanjutnya sila lah terjah ke SANA. Hehehe..

Total damage : RM57.90

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com