Khamis

Agedashi Tofu sedap!

Assalamualaikum

Ingat tak aritu beria-ria aku terhegeh hegeh nak bagi tips untuk keluarkan tauhu aka tofu lembut dari bekasnya. Hari ni nak report! Aku da berjaya!!!

Gunakan kaedah yang kedua tu..

Senang je rupanya. Hehehe..

Buktinya.. Chachammmm (Kata Damia) Elok je dia keluar.

Sebenarnya aku nak buat satu makanan Jepun paberet aku. Agedashi Tofu. Lebih kurang cam tauhu goreng la.

Leceh sikit buatnya bab yang nak make sure lebihan air keluar dari tauhu tu. 

Agedashi Tofu
Bahan bahan
1 pek Tofu lembut
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuah
Shoyu - Kicap jepun
Gula
Dashi

Topping
Katsuo bushi
Daun bawang

Cara membuatnya
Keluarkan tauhu dari bekasnya. Letak atas kitchen cloth yang bersih atau kitchen paper untuk serap lebihan air. Aku biasanya biarkan dalam 30 minit. Kalau guna kitchen paper tu kena 2-3 kali tukar la. Bila da kering. Potong bite size. Atau ikut saiz yang disukai. Nak biar satu tu pun boleh. Tapi agak susah la nak handle. Sebab tauhu ni lembut sangat.. Senang pecah.

Panaskan minyak. Tauhu ni nak digoreng deep fried. So pandai-pandailah agak. Aku nak jimat minyak. So aku buat half deep je. Hehehehe...

Sapu tepung jagung pada seluruh permukaan tauhu. Kalau tauhu betul betul kering., ia patutnya tak jadi melekit. Jadi cam berdebu je gitu. Terus masuk dalam minyak yang da panas.

Goreng sampai permukaan jadi kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.

Nak buat kuah cuma panaskan shoyu, gula dengan dashi. Dashi tu macam stock. Kalau takde boleh buat guna katsuo bushi. Tak pun ada orang guna stock ikan bilis. Aku biasanya guna katsuo bushi. Da agak-agak mendidih tu angkat dan siram ke atas tauhu goreng tadi.

Bila nak hidang tabur daun bawang dan jugak katsuo bushi atasnya.

Rupa bila dah siap. Agak huduh, tapi sedapp (pada aku la..hehehe)

Sedap makan gitu je.

Selamat mencuba.

Daa

14 comments:

Cho Zila berkata... [Reply]

dah jadi kegemaran memang kena lakukan hingga jaya.. akakpun suka tofu jepunni...

Yaya Azura berkata... [Reply]

anehje bahan-bahan..mana cari tu?

ieja amieja berkata... [Reply]

x pernah buat..akk suka masak sup tauhu jepun..masak ala2 sup..cmpur jg tpg jgung nak bg kuah pekat ngan sos tiram..ltk udang + kacang pea mmg marbeles..tp akk je la yg makan..hehe

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Ini makanan jopun. Makanan mcm ni, mkn dgn beras jepun tu, sedap! Yummeh!

Aziela berkata... [Reply]

Ooohhh...mcm nie yer buat dia. Bolehlah akak experiment. Kami satu family memang suka. Hubby dah request Japanese meal kat rumah nie Rai.. Habislah akak. First of all nak kena beli beras jepun dulu..huhuhuhu

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau kakak tak goreng Rai - leceh sebab mudah retak. Stim, buang lebihan air, tabur dgn ikan bilis goreng yg ditumbuk, bawang goreng dan daun bawang pun sedap.

wahida berkata... [Reply]

terus aku teringat masterchef nok..hari tu peserta kena masak tauhu mcm ni lah...


apa kata ko masuk masterchef? hehe...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

suka bubuh dalam sup...
sedapnya......

Tie HT berkata... [Reply]

as salam

oo macam tu rupa dia, mesti best ni :)

Irfa berkata... [Reply]

byk benda yg ko sebut tu aku tak tahu nak beli kat mana..ni mcm tauhu goreng kicap kot ;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

sedap tu

kay_are berkata... [Reply]

tahniah berjaya kuarkan tofu dengan jaye nye.. tapi masak pun kne potong tofu tu.. ingatkan hidang seketul macam mase kuarkan tu je.. huu

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...memang sedap ni...:)

sal ya berkata... [Reply]

ada jual kat hypermarket eh barang2 peliks tu? BIL saya yg ddk jepun tu entah ada mknn faberet jepun ke tak. tgk balik rmh mcm setahun tak mkn mskkn mak. adehhh... perut melayu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com