Assalamualaikum
Statement yang orang kata saja bikin panas.
Aku yakin. Ramai yang anggap Jepun adalah sebuah negara yang sinonim dengan pornografi dan hiburan duniawi. Tapi bagi aku, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang berharga aku dapat sepanjang 3 tahun aku melanjutkan pelajaran di sana. Dan bagi sesiapa yang ada peluang dari segi masa dan kewangan, sila lah ke negara matahari terbit itu untuk melihat sendiri apa yang bakal aku katakan ini.
(1) Warganegara Jepun terkenal dengan disiplin dan sikap menepati masa
Sebagai orang Islam, kita sedia maklum dengan surah An-Nas yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian". Masa jauh lebih berharga dari emas dan batu permata paling mahal di dunia. Tapi ramai orang Islam pada masa ini tak mementingkan ketepatan masa. Bukan saja buang masa dengan perkara tak berfaedah. Contoh paling mudah.. Kita masih memandang remeh pada kelewatan bila berjanji. Bila sebut tentang khidmat komuter yang lewat. Kita anggap itu perkara biasa dan normal. Tetapi di Jepun, train lambat walau 30 saat pun diorang kena kejar semula.
Bila naik escalator di Jepun. Kalau nak berdiri je malas nak gerak, boleh berdiri di sebelah kiri. Semua orang buat macam ni supaya tak ganggu orang lain yang nak bergerak pantas naik escalator.
(2) Bertanggungjawab
Sikap tanggungjawab orang Jepun bukan lagi satu perkara yang luar biasa. Sekiranya berlaku kesilapan yang kecil, ketua akan sentiasa memikul tanggungjawab berat bagi memperbetulkan keadaan dan sekali gus sama sama menanggung hukuman daripada kesilapan anak buah. Sebab tu dulu di zaman perang Jepun, perkataan "seppuku" (切腹) atau harakiri sangat popular. Yang mana adalah satu perbuatan potong perut sendiri atas sebab tanggungjawab. Bukan aku nak mempertahankan tindakan bunuh diri tu, tapi aku nak kata, perasaan tanggungjawab tu sangat penting. Sepatutnya wujud pada setiap pemimpin beragama Islam. Sebagai ketua, wajib memastikan anak anak buah melakukan perkara yang sepatutnya dalam apa jua keadaan. Bukan bila ada masalah, ketua lari dulu..
Bahkan, setiap ahli masyarakat tak kira tua atau muda, miskin atau kaya, sama sama memberikan sumbangan terhadap masyarakat. Walau pun sumbangan yang kecil. Sebab tu selalu dengar, tukang kutip sampah jumpa wang berjuta tapi dipulangkan pada pihak berkuasa. Jangan kat sini. Singgit jatuh atas jalan pun takkan jumpa dah..
(3) Pembersih
Percaya tak, susah gila nak jumpa tong sampah di Jepun. Malah, lagi senang jumpa tandas dari tong sampah di sana. Tapi negara mereka tersangatlah bersih. Sampah susah nak ditemui di mana-mana. Malah, lori sampah mereka pun tak kotor dan busuk. Setiap sampah yang dibuang akan diasingkan dan dibuang mengikut hari yang ditetapkan. Kalau kata kotak air susu tu, takde jumpa susu tak habis menitik nitik air susunya. Diorang dah siap bukak kotak tu dan cuci supaya tak berbau busuk bila nak dikutip.
Tandas mereka bersih ke tahap aku rasa boleh guling guling. 10 tahun dulu, tandas mereka tak ada air. Agak sukar bagi orang Islam macam kita nak beristinjak. Tapi sekarang rata-rata tandas mereka dilengkapi dengan bidet. So, senang nak buang air tak perlu bawa botol air untuk mencuci. Hehehe..
Teknologi toilet pun aku sangat kagum okay! Tandas diorang sangat jimat air kalau flush. Berbanding tandas biasa yang gunakan 6liter air sekali flush. Tandas mereka gunakan vacuum suction dan kemudian baru cuci dengan air. Toilet seat tu pulak ada yang ada pemanas. So bila hari sejuk pun rasa suam je. Air pancut untuk cuci tu pun suam je. Hehehe...
(4) Mengambil berat sesama ahli masyarakat
Walau pun sikap ni katanya dah semakin kurang dalam masyarakat Jepun sendiri, tapi aku masih lihat amalannya di mana mana sepanjang trip kali ni. Kalau kata naik train tu, sesak lagi teruk dari di KL Sentral, tapi tak ada kes tolak menolak, himpit menghimpit. Malah, dengan sistematiknya mereka akan tunggu penumpang dalam train keluar dulu baru masuk dengan teratur. Kalau kata seat khas tu, adakalanya tak ada orang duduk walau pun train penuh sesak. Sebab mereka rasa, mereka tak deserve seat tu.
Di Jepun, majoriti adalah bukan Islam. Mereka tiada agama. Diorang tak tau wujud syurga neraka. Diorang tak puasa. Diorang tak tau ucap kalimah syahadah. Tapi sikap mereka jauh lebih baik dari majoriti orang Islam sendiri. Malah. Aku sangat aman dan tenteram sepanjang berada di sana. Kes jenayah sangat rare. Polis tak payah bawak pistol ke mana mana. Orang perempuan jalan seorang diri siang dan malam tanpa ada rasa ketakutan.
Ya. Aku memang sangat obses tentang negara ini. Bukan sebab makanannya. Tapi sebab aku yakin, anak-anak aku akan selamat walau pun perlu naik train seorang diri pada umur 7-8 tahun. Kalau diberi peluang, memang sangat teringin tinggal di sana lagi..
Gambar bonus. Cayalah kat diri sendiri.. Anak masuk empat masih boleh pakai jaket 10 tahun dulu. Ambik kesempatan nak melaram. Hihihihi..
Uniqlo sana adalah jenama murahan je berbanding kat sini. Syukur dapat jumpa baju Hello Kitty dambaan anak dara keledek sorang dan baju star wars untuk Aqil Mubarak.. Si bongsu tak kisah baju apa pun mak dia belikan. Belum pandai demand. Hahaha..
Macam mana agaknya Jepun bangkit dan mendidik bangsa mereka menjadi bangsa yang begini selepas zaman kemusnahan akibat di bom satu ketika dulu??
Err.. Takde syarikat Jepon nak hire aku kerja kat sana ke..? Hahaha..
Daa
Statement yang orang kata saja bikin panas.
Aku yakin. Ramai yang anggap Jepun adalah sebuah negara yang sinonim dengan pornografi dan hiburan duniawi. Tapi bagi aku, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang berharga aku dapat sepanjang 3 tahun aku melanjutkan pelajaran di sana. Dan bagi sesiapa yang ada peluang dari segi masa dan kewangan, sila lah ke negara matahari terbit itu untuk melihat sendiri apa yang bakal aku katakan ini.
(1) Warganegara Jepun terkenal dengan disiplin dan sikap menepati masa
Sebagai orang Islam, kita sedia maklum dengan surah An-Nas yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian". Masa jauh lebih berharga dari emas dan batu permata paling mahal di dunia. Tapi ramai orang Islam pada masa ini tak mementingkan ketepatan masa. Bukan saja buang masa dengan perkara tak berfaedah. Contoh paling mudah.. Kita masih memandang remeh pada kelewatan bila berjanji. Bila sebut tentang khidmat komuter yang lewat. Kita anggap itu perkara biasa dan normal. Tetapi di Jepun, train lambat walau 30 saat pun diorang kena kejar semula.
Yamanote sen.. Antara lingkaran keretapi paling ramai penumpang |
Escalator di Jepun |
(2) Bertanggungjawab
Sikap tanggungjawab orang Jepun bukan lagi satu perkara yang luar biasa. Sekiranya berlaku kesilapan yang kecil, ketua akan sentiasa memikul tanggungjawab berat bagi memperbetulkan keadaan dan sekali gus sama sama menanggung hukuman daripada kesilapan anak buah. Sebab tu dulu di zaman perang Jepun, perkataan "seppuku" (切腹) atau harakiri sangat popular. Yang mana adalah satu perbuatan potong perut sendiri atas sebab tanggungjawab. Bukan aku nak mempertahankan tindakan bunuh diri tu, tapi aku nak kata, perasaan tanggungjawab tu sangat penting. Sepatutnya wujud pada setiap pemimpin beragama Islam. Sebagai ketua, wajib memastikan anak anak buah melakukan perkara yang sepatutnya dalam apa jua keadaan. Bukan bila ada masalah, ketua lari dulu..
Bahkan, setiap ahli masyarakat tak kira tua atau muda, miskin atau kaya, sama sama memberikan sumbangan terhadap masyarakat. Walau pun sumbangan yang kecil. Sebab tu selalu dengar, tukang kutip sampah jumpa wang berjuta tapi dipulangkan pada pihak berkuasa. Jangan kat sini. Singgit jatuh atas jalan pun takkan jumpa dah..
(3) Pembersih
Percaya tak, susah gila nak jumpa tong sampah di Jepun. Malah, lagi senang jumpa tandas dari tong sampah di sana. Tapi negara mereka tersangatlah bersih. Sampah susah nak ditemui di mana-mana. Malah, lori sampah mereka pun tak kotor dan busuk. Setiap sampah yang dibuang akan diasingkan dan dibuang mengikut hari yang ditetapkan. Kalau kata kotak air susu tu, takde jumpa susu tak habis menitik nitik air susunya. Diorang dah siap bukak kotak tu dan cuci supaya tak berbau busuk bila nak dikutip.
Tandas mereka bersih ke tahap aku rasa boleh guling guling. 10 tahun dulu, tandas mereka tak ada air. Agak sukar bagi orang Islam macam kita nak beristinjak. Tapi sekarang rata-rata tandas mereka dilengkapi dengan bidet. So, senang nak buang air tak perlu bawa botol air untuk mencuci. Hehehe..
Dipanggil bidet. Di sebelah kanan ada panel untuk air pancut |
Penutup tandas ni terbuka sendiri bila ada orang masuk. Bila kita bangun akan flush secara auto. |
(4) Mengambil berat sesama ahli masyarakat
Walau pun sikap ni katanya dah semakin kurang dalam masyarakat Jepun sendiri, tapi aku masih lihat amalannya di mana mana sepanjang trip kali ni. Kalau kata naik train tu, sesak lagi teruk dari di KL Sentral, tapi tak ada kes tolak menolak, himpit menghimpit. Malah, dengan sistematiknya mereka akan tunggu penumpang dalam train keluar dulu baru masuk dengan teratur. Kalau kata seat khas tu, adakalanya tak ada orang duduk walau pun train penuh sesak. Sebab mereka rasa, mereka tak deserve seat tu.
Di Jepun, majoriti adalah bukan Islam. Mereka tiada agama. Diorang tak tau wujud syurga neraka. Diorang tak puasa. Diorang tak tau ucap kalimah syahadah. Tapi sikap mereka jauh lebih baik dari majoriti orang Islam sendiri. Malah. Aku sangat aman dan tenteram sepanjang berada di sana. Kes jenayah sangat rare. Polis tak payah bawak pistol ke mana mana. Orang perempuan jalan seorang diri siang dan malam tanpa ada rasa ketakutan.
Malam di Ginza |
Saja gedik selfie |
Cuci mata di Uniqlo |
Macam mana agaknya Jepun bangkit dan mendidik bangsa mereka menjadi bangsa yang begini selepas zaman kemusnahan akibat di bom satu ketika dulu??
Err.. Takde syarikat Jepon nak hire aku kerja kat sana ke..? Hahaha..
Daa
31 comments:
teruja baca entri ni sebab tak penah sampai jepun pon
Yup...aku pon teringin kembali ke sana...Sgt rindu ngan nihon...ada satu perasaan selamat dan percaya bila duduk di sana...haha...
Ingat lg art dtg mase sotsugyoushiki( konvo) aku...bwk dia jenjalan kt takao san guchi...kitaorg mkn eskrem...pastu pusing satu pekan...satu tong sampah pon takde...pening x tahu nk buang mana...last2 pegang la sampah tu smpi ke sudah...nk buang lam longkang pon x sanggup sbb longkang pon mengalir air jernih takde satu sampah pon...haha...
Bawakla ke hulu hilir smph tu hingga naik train nk blk...lam train barula dpt tahu (diaorg buat pengumuman) rupanya diaorg ada buat kempen kebersihan...so,tong sampah tidak disediakan..sila bawa sampah anda blk ke rumah...hahaha ...sejak aritu art sgt respect ngan org jepun...gila betul tahap kebersihan...mmg kalah org islam kita di sini...
Itula...rindu jalan kaki sengsorang di jepun...blk kul bp pagi pon x takut...walaupon pernah terserempak ngan bdk2 nakal yg panggil aku "oni"...bkn aku yg takut kt dia ..tp dia yg takut kt aku...hahaha...
Pengalaman di sana mmg susah nk lupa ..huhu...
Ya Allah Non... kau dah ada blog ke???.... Terbaek kau Non....
baca pgalaman ko ni, rasa cam nak pindah duk jepun jugak, hihi
@Mar Mansor, kumpul duit dari sekarang jom.. nanti boleh hantar anak2 sekolah sana..hehehe...
@mama_ka0ri, hahaha.. oni sebab pakai tudung ke? onisan..hahaha..
siyes teringin gila nak ke sana lagi.. jom kumpul duit..
@MOHD SHAHRI, haishh.. dah lama la weh.. zaman berzaman.. hahaha..
juruh sungguh org jepun kan..atas escalator pun berdiri comel je..kalau kat kita..huhu
bestnya..teringin betul nak tengok malaysia aman damai maju berdisiplin selamat macam jepun ni
Entahkan dapat merasai pengalaman ke sana....
Ada kwn akak nak keg osaka bln 9.....huhuh. tak boleh ikut
Aida x pernah ke jepun but citer pasal jepun d atas aida tau. Dari bacaan & tv la. And dari member yg ke sana berkursus. Untung awak dpt belajar i sana.
tandas canggih tu..mmg best! sbb saya selalu tak jadi membuang kat tmpt awam sbb geli.
dah byk kali dgr pasal kehebatan Jepun ni, tu yg teringin nak tengok sendiri. Boleh buka minda.
Aku tak pernah anggap Jepun tu negara yang sinonim dengan pornografi dan hiburan duniawi. Each time sebut Jepun aku terbayang kan kehidupan mereka yang berteknologi canggih. Mereka punya semangat nationalism yang tinggi. Sama macam Korea. Aku kagum dengan mereka.
Rasanya x perlu nak kaitkan atau burukkan
Umst Islam. Kalau u pergi Turki negara islsm u tau. Duduk sana dan rasa...
Jd tiada istilah org islam pengotor melainkan sebut manusia sendiri x reti jaga kebersihan
@Yaya Azura, hehehe..simple simple thing dan effort yang menunjukkan mentaliti mereka..
@ZieMarziah, sangat selamat to the point saya rasa nak nangis bila bayangkan betapa dahsyatnya keadaan di Malaysia sebenarnya..
@Kakcik Nur, insya allah.. ada umur.. ada rezeki..saya pun entah bila lagi akan dapat ke sana.. :)
@Nieda ramly, kalau boleh ikut saya nak ikut kak..hahaha
@adianiez AIDA, Alhamdulillah.. merasa pengalaman berharga di sana..
@Ujie, tandas canggih tu memang betul2 buat saya jakun tau..hahaha.. siap try 2-3 kali..
@t.a.t.a, tiba2 aku teringat keratan akhbar di satu akhbar malaysia ketika gempa bumi besar dan tsunami beberapa tahun dulu..huhu
@Nur Misnan, yang baik kita jadikan panduan dan pengajaran.. perbandingan ke arah kebaikan perlu. tapi terpulang pada individu yang melihat.. saya sikit pun tak tulis umat islam tu pengotor. awak yang kata. saya kata orang jepun sangat pembersih.. :)
tak tau nak cakap ape lah pasal jepun nie... memang patut dijadikan negara contoh...
bab sampah tu ada nmpk dalam fanpage saiful nang... mmg susah nak percaya begitu pembersihnya mereka nie... nie yg kena kumpul duit banyak2 nak pergi jepun.. hahaha..
p/s: walaupun tak pandai cakap omputih depa tetap maju .....
setuju betul dgn tulisan rai...lieya ade kawan dok sane...laki die keje sane so die pundok sane laa housewife...sonok tgk life die kat jepun..selalu tgk gambar kat fb die sbb tertarik dgn kebesihan org kat sane....
bertuah rai penah merase menginap di sane.....dpt tgk budaya mereka ..sebb tu laa dulu tun buat program dasar pandang ke timur kan....mmg patut kite contohi negara jepun....
Aduhh rai..terujanya akak baca kisah ni..teringat kisah dlm.novel cintaku di harajuku Ramli Awang Mursyid..
kak rai mmg comel lote cutting pun cam anak dara.. no wonder le jaket 10 thn lepas blh pakai lagi kan...
teruja liya baca entry nie.. teringinnya nak pergi jepun nie... jom kak holiday sana hehe...
orang jepun memang berdisiplin dan cakap pun lembut jer... kalau orang naik eskalator memang banyak pentingkan diri sendiri...lebih-lebih yang kapellah kan..nak berkepit memanjang..
Penuh kusyuk daku baca cambil membayangkannya. Pernah tengok dalam majalah 3. Siap anak cakap 'ibu...jom gi jepun'. Macam jepun tu dekat...ppffttt...
First time masuk blog ni terus tertarik dgn tajuk entri ni hehe
Untungnya akak ada peluang dapat berkelana dekat sana, 3 tahun pulak tu. Tumpang jeles :D
Selalu dengar pasal disiplin diaorang. Terbaik. Kalau ada rezeki memang dah pasang niat nak ke sana, tak dapat 2 minggu, 3 minggu pun jadi.
betul2. sikap orang negara maju. nak ubah sikap manusia ni bukan senang, lagi2 dah berpuluh tahun sebati dlm badan. pada saya orang melayu msia sangat kuat sikap tanak berubah. contoh undang2 tali pinggang keledar belakang.. huhu
Catat Ulasan