Memaparkan catatan dengan label Guest blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guest blogger. Papar semua catatan

Khamis

Bacalah~!

Assalamualaikum

Hari Ahad yang lepas aku ada buat satu perkongsian tentang cara-cara memasak makanan Jepun. Asalnya aku cuma perlu bawak makanan yang dah siap dimasak dari rumah. Tapi sebab aku ni boleh tahan lampi. Pastu tak baca habis arahan. So aku pun bawak bahan-bahan untuk masak kat sana. Nasib baik penganjur baik hati bagi pinjam dapurnya pada kami. Hahaha..

Nasib baiklah masakan Jepun ni sekejap je nak membuatnya. Shujin pun tolong sediakan bahan. Aqil, Damia dan Aisy pulak sangat excited berlari ke sana sini.. Afiqah pulak behave berbaring di sofa. Hehehe..

So.. apa perkongsian masakan yang aku buat tu..

Jemputlah baca di Kuahkari.com

Terima kasih pada Khairul Hakimin sebab sudi menjemput kami sebagai Guest Blogger dan bagi peluang aku feeling chef memasak di dapur Abuain Kitchen Studio. Honestly.. First time aku menggolek takoyaki dengan ada penonton.. Menggigil tangan derr.. Hahaha..

Apa pun.. Ianya pengalaman baru yang sangat menyeronokkan bagi kami.

Ada ke yang nak jadi anak murid belajar memasak makanan Jepun dengan kami..? Hahaha

Daa

Isnin

Lemuni VS Sekentut...dua-dua tak pernah rasa,.. ea ??

Assalamualaikum..

Alang-alang dah jadi guest blogger kat  sini, apa salahnya kita kongsi bersama tentang Resipi Nasi Lemuni dari  PCL & MamaD, bagi yang belum kenal lagi dengan pasangan blogger nih..nanti ea ..last sekali , di penghujung entri ini.

Pernah makan ke?..tau macam mana rupa daun pokok lemuni tuh ?

meh tengok sini..




Gambar cilok daripada google ....harap dapat keizinan dari tuan punya.



RESIPI NASI LEMUNI

Okeh ! Mula-mula kena tau dan kenal dulu yang mana satu yang dikatakan daun lemuni...daunnya sebelah kaler hijau dan sebelah lagi kaler purple...ambik yang pucuk saja tau..yang lembut sikit tu dengan bunga2nya sekali..

Bahan-bahannya: Beras, santan kelapa, pucuk daun lemuni+air (blender), bawang merah (hiris), bawang putih (hiris), halia(hiris), biji halba, bunga lawang ,kulit kayu manis, garam dan daun pandan (disimpul). 

Cara-caranya macam ni..meh dekat meh.. baru bole cerita , cepat paham sikit...

1. Basuh beras macam biasa dan sejat airnya..
2. Masukkan santan kelapa ke dalam beras bersama air pati daun lemuni yang telah ditapis tadi..
3. Masukkan bahan-bahan hirisan tadi bersama bahan-bahan lain.
4. Tanak nasi macam biasa ..guna rice cooker la senang sikit. (sukatan air+santan kena bagi lebih sikit)

# kalau dah tau masak nasi lemak ..lagi senang keja..ikut resipi macam tu cuma tambahkan air pati daun lemuni dan santan kelapa ...settle !

macamlah ni rupanya, nasil lemuni yang dah siap dimasak..




boleh dimakan bersama lauk sambal ikan bilis, lagi sedap kalau ada sambal udang...emmh .., kalau saiz udang tu XXL..fuhh lagi terangkat beb !!

nak lagi de best, makan bersama gorengan telur mata,  biar kuning telur cair sikit 'kasi menggeletar dalam piring' haha...hidangkan panas-panas.. memang kelas lah !!

p/s..kalau takda daun lemuni , ..daun sekentut pun sama gak boleh buat masakan yang sama...sedappp !


okeh..selamat mencuba..sebab kami tau, rata-rata  pengunjung blog Ourkizuna ni kebanyakkannya dari kaum wanita...memang dah master bab2  masak nih...


sekian dari kami : bukan penulis dari blog masakan tapi cuma blog biasa2 jer hehe., semoga beroleh sesuatu di sini.

PCL & mamaD


Hai sayalah Mama AmanArief

Sebelum bercerita lebih lanjut kenlah tengok dulu orangnya betul tak?

Inilah saya.. Sila cam ye..ekeke.. Yang sulung tue anak perempuan saya.namanya Dalia Amana tapi saya panggil Amana. Dan yang lelaki tue ank kedua saya namanya Amirul Arief dan pangilan manja Arief. Ynag ketiga? Ta tau bila tapi sebelum mencecah 35 saya akan dapat kan satu "A" lagi untuk jadikan "Ttriple A" sekarang baru "Double A"- AmanArief. 

Rasa kelakar untuk bercerita di belog orang lain tentang diri kita.. mmm.. Okla kita cerita tentang hobi nak? Macam budak-budak je cerita tentang hobi kan? Kang ada plak yang tak nak baca.. Tau citer hobby nie klishe sangat..Tapi  kalau citer tentang hobi yang datangkan income dan barang-barang berharga nak dengar tak? Wahh ramai yang jawab "nak" nampaknye.. Hobi saya sekarang join CONTEST!! Saya baru serius tahun ini. Serius sangat pun takla tapi mana-mana yang sempat je.  Kita tengok gambar jelah ye.. Baru ada bukti sahih!

Pemenang IPAD itu adalah saya.. Bocor lak nama sebenar hehe

Saya baru sahaja menang contest nie. Cash RM500

Stok susu Dutch Lady 6 bulan sebenarnya hampir setahun :)

Stok PetPet 3 bulan

Amacam teruja tak tengok gambar-gambar nie? Sebenarnya saya masih new comper.Masih bertatih. Ramai lagi pro comper.Malah kawan saya ada yang menang keta, tv dan lain-lain. So amacam minat tak hobi saya nie? Kalau nak tau citer-citer lanjut tentang hobi saya nie bolehla klik sini ye.

Once a while saya suka jugak join event. Saja nak sibukkan diri yangbmemang sibuk.
Tapi tak kerapla sebab masa membataskan..
Me with my mum.
Sebenarnya Hi-Tea nie saya menang jugak kiki

PA&MA Event. Boleh spot saya tak? Saya pakai tudung oren.
 Amana pakai baju pink polcadot

Event Cloth Diaper..
Saya join event cloth diaper sebab saya pengguna cloth diaper
Tahun nie belum lagi join any event. Busy betul..
Harap-harap dapat join sekali untuk releze tension
Event baca kat sini ye

Penulisan. Entah macam mana saya terjebak dengan penulisan nie..mmm.. Mula-mula sebab contest lama-lama saya sedar saya juga minat menulis. kalau tidak takkan ada belog. Ye tak? Nak baca tulisan saya? Di sini . Saya juga dalam proses nak hasilkan buku. Saya dah hantar satu chapter kepada publishing dan mereka berminat untuk publish buku tue. Tapi ye..sekali lagi masa.. Masa amat mencemburui saya.. Insya Alalh saya nak cuba siapkan. dan harapnya buku itu akan beri manfaat pada kita semua.

Sampai sini elah ye. Lagipun nie belog orang lain tapi buat macam belog sendiri pulak. Hehe..
Saya harap apa yang saya cerita di sini menjadi sumber inspirasi. 
Percayalah rezeki ada dimana-mana antara hendak dengan tidak sahaja untuk mencarinya.
 Adiossss!!!

opsss..
Ini belog saya ye. Jemput datang untuk kita menjadi kenalan di alam maya...

Rabu

Do you have what it takes to be our next guest?

Assalamualaikum

Selepas Kak Azie yang menjadi guest author pertama, siapa pulak yang akan menyusul selepas ini. Hehehe. Next guest blogger aku dah schedule entry nya pada hari Isnin nanti. Ruang untuk guest blogger masih terbuka bagi sesiapa yang berminat. Tapi since, aku plan nak buat seminggu sekali je entry dari guest ni, so maybe akan ambik masa sikit untuk sampai giliran.

Topik adalah terpulang pada penulis. Cuma tak boleh promote barang dan perniagaan kat dalam entry.

Sebenarnya idea guest blogger ni bukan idea aku pun, ramai dah blogger fofular yang buat. Contohnya Eyriqazz, Denaihati, Bardboo dan ramai lagi. Kalau nak tengok contoh entrynya boleh tengok apa yang budak Adam ni tulis kat blog Eyriqazz sebagai guest.

Dari pemerhatian aku, the key untuk menarik orang datang ke blog kita sebagai guest blogger ada, cerita apa yang menarik pasal blog. Tapi rasanya aku pun tak berapa nak layak nak bagi komen sebab aku pun blogger picisan je. Hehehe..

Untuk yang masih berminat nak jadi guest blogger boleh email aku kesoma.rai@gmail.com. Tapi RSS feed aku dah tak continue. Sebab malas. Tak sempat. Hehehe..

Nota kaki : Tapi kalau ramai yang berminat maybe aku buat seminggu 2-3 kali ke. Tengok pada permintaan lah. Ada lagi ke yang berminat..maklumlah..aku bukan blogger fofular..sobsob..

Daa

Isnin

Guest Blogger : Salam dari Blog My Rainbow

Assalamualaikum...


Kepada pembaca blog Ourkizuna, kita mohon maaf dan ampun sebab mencelah di sini. Kehadiran entry kita nie sebenarnya adalah atas dasar jemputan empunya blog ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Rai.

Tak pasti nak buat entry apa, tapi first of all, kita ambil kesempatan nie untuk promote blog My Rainbow lah yer. Lagipun, Rai sudi letakkan RSS feed blog kita di atas tu. Terima kasih sekali lagi. Blog My Rainbow berkisarkan tentang kehidupan kita sehari2. Tapi, antara yang menyerlah dalam tu ialah entry tentang tempat2 makan yang kita pernah terjah. Selain daripada tu, ada juga entry tentang kehidupan peribadi dan perkongsian maklumat yang kita rasa perlu disebarkan untuk kebaikan bersama. Ada juga pengalaman2 yang lepas kita abadikan sebagai panduan, rujukan dan perhatian pembaca sekalian. Kalau sudi, singgahlah dan tinggalkan komen yer...



Kita pernah dengar di radio, seorang wanita mengaku kepada Datuk Dr. Fazilah Kamsah yang dia membesarkan anak2nya sendirian sebab suaminya tak nak kerja..! Sekarang, anak2nya dah berjaya. Dia bersyukur...

Tapi, DDFK kata apa tau? Of course dia kata tahniah, tapi dia kata ini adalah penyakit. Lelaki yang lari dari tanggungjawab mempunyai penyakit. So, dia kena usaha ubatkan...

So, pada pendapat kita yang daif dengan ilmu pengetahuan nie, wanita memang perlu berdikari, tetapi harus berpada2. Terlalu sangat pun x berapa bagus, tak tahu langsung tu lagilah x bagus...

So, akhir kata, terima kasih banyak2 kepada tuan blog kerana sudi memberi ruang kita mengganggu isipadu blog Ourkizuna nie. Semoga Rai akan terus maju di masa hadapan. Amin.
Off-late nie, semakin ramai wanita yang berdikari. Boleh drive sendiri, uruskan keperluan diri sendiri, entertain diri sendiri dan lindungi diri sendiri. Sehinggakan ada sesetengahnya tu uruskan keluarga sendiri sampaikan adik beradik lelaki yang lain, ataupun suaminya lepas tangan.
So, untuk entry ini, kita nak ambil kesempatan untuk berkongsikan tentang WANITA BERDIKARI. Tak adalah nak detail sangat, tapi kita sekadar nak berkongsi.

Rabu

Jom jadi guest blogger di Ourkizuna

Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan dan galakan semua dalam usaha aku nak mendapatkan access ke ConsumerLab. Sangat aku hargai. Dan sangat terima kasih kepada yang sudi klik klik share pada kengkawan.

Sebagai tanda penghargaan, aku nak memberikan ruang kepada sesiapa yang berminat nak mengiklan diri, menjadi guest blogger di Ourkizuna.


Sumber : Google

Selain dari dapat buat satu entry promote diri sesuka hati di Ourkizuna, aku juga akan bagi ruang kepada yang bertuah tu untuk letakkan feed mereka untuk seminggu.

Entry sebagai guest blogger adalah bebas. Tapi maaf, tak boleh promote product ya. Promote diri atau blog tak apa. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen. First come first serve basis.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com