Assalamualaikum
Dalam dua tahun lepas ada kekecohan pasal kicap yang haram sebab mengandungi alkohol. Alkohol ni bukan ditambah. So, tak ditulis dalam senarai kandungan pada label kicap tersebut. Tapi ianya adalah alkohol yang terhasil dari proses fermentasi kacang soya.
Kandungan alkohol 2%. Kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Jakim adalah 0.05%
Jadi, wajarlah kalau orang label shoyu haram....?
Tapai juga dihasilkan dari proses peraman ibu kayu atau beras pulut dengan ragi. Oleh itu, tapai juga menghasilkan alkohol.
Kandungan alkohol adalah dikatakan antara 5-6%.
Dari portal e-fatwa Jakim
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
(1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
(2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
(3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
(4) Tapai halal dimakan.
(5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
(6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Secara spesifik dinyatakan bahawa tapai adalah halal.
Manakala, alkohol yang terjadi sampingan daripada proses pembuatan makanan adalah halal.
Persoalan aku, adakah kicap yang melalui proses fermentasi yang mengandungi 2% alkohol haram?
Obviously, kicap bukan minuman ringan... dan belum pernah dengar orang mabuk minum shoyu. Kalau dari kefahaman aku berdasarkan muzakarah Jakim, shoyu adalah halal.
Mari kita bincangkan..
Tolong sebarkan juga, agar ada orang yang alim boleh membantu kita mencapai satu kata sepakat.
Harap kita dapat berbincang secara berhemah
Daa

16 comments:
tERUS TERANG KAKAK NI rAI KALAU YG MELIBATKAN FATWA APA LAGI BAB HALAL-HARAM TAK BERANI NAK ULAS..
@Kakzakie, ye.. saya faham kak.. sebab tu saya menggalakkan agar post ini juga dipanjangkan agar ada yg arif boleh bantu..
Sangat menarik. Akak suka ni Rai....
kami juga makan shoyu dulu..kerana mengikut 'fatwa' ia bukan bertujuan memabukkan..
betul juga tu mohon pencerahan pada yg arif..sebab kami ni memang hantu sushi n sashimi..takkan nak makan dengan kicap kipas udang..
itu lah rai... aritu akak nak beli tapi bila akak ada baca dalam blog kata tak halal terus x jadi beli
meh saya panjang2kan entry ini, kot2 la ada yang nak bagi pandangan bernas tanpa nak kondem mane2 pihak
@Aziela, betul kak.. suka tak suka.. kena ambik tahu..sbb saya pun suka makanan jepun.. dan mcm kita tahu.. restoren makanan jepun takde sijil halal..
@CikSiti, betul tu.. setuju.. sekarang dah ada sashimi shoyu yang halal.. so nak sure halal, kena bawak kicap sendiri kalau pegi makan sushi..
@Mayang ABDUL RAZAK, yup.. mostly saya search kata haram.. sbb kandungan alkoholnya melebihi standard jakim. tapi, petikan yang saya ambil kat atas tu pun saya ambil dari jakim.. so ada persoalan kat situ..
@Ann Ishak, yey~! tq kak ann
owh begitu ya,,,Obat Maag
kan.kena ambil tahu
semoga diperjelaskan lagi
Kena banyak lagi mengkaji jika hendak jatuhkan status haram ke atas sesuatu barang
Harap ada pencerahan secepatnya..
bagi saya isu ini memang berat juga..lah
Dapatkan Info Best Mobile Untuk Pasif Income
Shoyu 2% - haram tapai - 5% halal camna plak?
Catat Ulasan