Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

Selasa

Frozen takoyaki melebarkan sayap ke utara

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Frozen takoyaki dah melebarkan sayapnya ke utara dan selatan tanah air.



Nampak sedap tak? Dah masak. Cuma tinggal nak hangatkan dalam microwave. Bagi yang suka takoyaki yang rangup di luar, lembut berkrim di dalam boleh goreng atas dapur.

Bahan topping disertakan. Sos takoyaki, bonito flakes, aonori dan kewpie mayonis. Insya allah sedap dan tak muak. Halal pulak tu. Even mak ayah daku yang susah sangat nak cuba makanan baru pun kata sedap. Walau pun mulanya diorang hesitate nak cuba. Tapi bila dah cuba, berbiji biji makan. Tak sedar dah habis. Hehe..



So sekarang ni dah meluas ke utara. Bagi orang utagha yang teringin nak merasai kesedapan takoyaki kami ni boleh berhubung dengan Mama Kaori



Bagi kawasan Shah Alam boleh whatsapp/sms 0126894617. COD di Giant Kemuning Utama, Aeon Big Kota Kemuning atau McD Kota Kemuning.

Cuba sekali pasti nak lagi. Chewah~~

Daa

Isnin

Hari terakhir cuti cuti Kedah

Assalamualaikum

Beria kan aku buat separate entry. Bukan informative sangat pun. Hahaha..

Last day. Isnin. Plan asalnya bertolak balik awal pagi atau tengah hari. Tapi sebab aku dah terjanji nak melawat pak menakan husband Kaori yang tinggal kat Laguna Merbok. Ingat tak second day tu aku pergi Sungai Petani. Pak menakan dia yang kami panggil Pak Ndak tu ternampak kami keluar dari perumahan Laguna Merbok. Dia call ajak singgah. Kami tak dapat singgah. Tapi sebab dah kata nak singgah, tak sedapla kan.. Bukan selalu ke Kedah..

So, kami pergi rumah dia. Sebelum sampai tu cari bihun sup utara dulu. Hihihi..
gaya kepochi Damia dalam kereta

Pergi gerai tepi jalan. Patutnya kami tak lapar sangat sebab aku dah makan mi goreng kat rumah. So aku order laksa, shujin order bihun sup. Semangkuk RM3. Kuah laksa agak ceroi. Aku tak ambik gambar pun. Sebab kali ni banyak yang kedai sepatutnya nak pergi tu tutup. So, pergi kedai lain. Bila frust, makan pun malas nak gambo gambo. Hehehe..

Lepas tu sampai rumah pak ndak, diorang jamu makan bihun goreng sedap mak ndak. Takkan aku nak gambokan.. Segan kat tuan rumah. Hihi

Asalnya nak duduk sekejap. Dari pukul 5 sampai dah nak masuk isyak. Siap mak ndak mandikan anak-anak sekali kat situ.
Alisha, Damia, Aqil dengan Amirul

Ammar yang pakai baju kuning, Aisy takde dalam gambar
Seronok tengok bebudak ni berkawan. Bila berpisah nanti tu yang kesian.

So bertolak dari rumah pak ndak lebih kurang pukul 9. Shujin dengan husband Kaori nak tengok tempat belajar diorang dolu dolu. So kitorang pun pusing pusing dulu. Dah pukul 10 lebih konon nak gerak balik. Esok (Selasa) aku kerja weh.. Hahaha.. Sekali dah babai bagai tu. Si Kaori call. "Weh jom makan mee udang". Chiss.. Umpan makanan. Hahaha..

Sekali kedai mee udang tutup daa.. Lastnya makan kat R&R Juru. Aku pun makan nasi goreng je. Huha huha kat situ. Pukul 1 baru gerak. Sampai Shah Alam pukul 6 pagi. 

Aku pun SMS bos mintak sambung cuti. Hahaha..

Sekian percutian kami yang banyak ditaja oleh Kaori dan suaminya. Harapan kami, semoga next time cuti sekolah, Kaori dan ahli keluarga dapat datang ke Shah Alam pula. Kahkahkah..

Daa

BBQ at teratak Kaori, Bandar Baharu

Assalamualaikum

Balik tu nak diikutkan dah penat. Aqil pun tidur keletihan. Shujin dengan husband Kaori dengan semangatnya ajak BBQ. Sebab? Malam tu rasa panas gila. Nak bukak sliding door takut nyamuk masuk. So, buat BBQ boleh bukak pintu dan halau nyamuk. Boleh gitu punya alasan..? Hahaha

So, sang lelaki pun pergi beli arang dan barang nak bakar bakar.
Dari kiri Aqil, Alisha, Damia, Amirul
Baju oren tu shujin ai, depannya tu husband Kaori
Lepas berBBQ, kami mak bapak pakat main kad UNO. Hahaha.. Anak anak disuruh tengok TV. Aku biasa lah. Saja bagi orang lain menang. Wakaka..

Patutnya kitorang lepak sambil borak borak dan main UNO. Tapi aku ngan Kaori bagi excuse nak susukan anak. Masuk bilik terus pengsan sampai pagi. Hahaha..

So, sampai la ke hari terakhir percutian kami kali ni.. Sob sob..

Daa

Ahad

Berkelah di Air Terjun Ulu Sedim

Assalamualaikum

Hari ni destinasinya dekat je. Bandar Baharu ke Ulu Sedim, Kulim. Menurut sumber, oleh kerana cuaca panas dan dah lama tak hujan, banyak tempat yang airnya kering. So, kami plan ke Ulu Sedim je. Harap-harap ada air. Kalau takde air kita pakat makan tepi air terjun air meleleh. Aqil Damia dan Aisy first time nak pergi air terjun. Sangat eksaited.

Pagi tu kami masak masak dulu makanan untuk berkelah. Masak haiwan sedap yang mahal.
Shujin yang tangkap. Tapi tangkap dalam kolah dia la. Tuan kedai dah pancing siap siap. Sekilo RM60. Sampai rumah tu hidup lagi. Shujin tak bagi aku dekat sebab takut aku terkejut. Aku bukan lah penakut, cuma cepat terkejut. Haha..

So, ini lah bahan juadah kami esok. Pagi-pagi aku dengan Kaori pergi pasar beli santan nak buat masak udang.
Gulai udang galah
Sambal udang galah
Memang terbaiklah. Ni Kaori yang masak. Aku tolong rasa dengan siapkan bahan je. Hihihi.. Gulai udang tu kuahnya cukup lemak, manis udang dengan garamnya.. Sambal tu kami guna tomato puri, so tak pedas untuk anak-anak makan. Si Hantu Udang, Damia makan 2-3 ekor. Ngan kepala udang pun aku ratah. Rakus betul. Hahaha..


Dah selesai makan, anak-anak dah tak sabar nak terjun. Korang bayangkan.. Hari panas beria ria. Masuk air terjun sejuk macam air peti ais. Nak cecah kaki pun aku tak sanggup. Hahaha.. 5-6 tahun tak masuk air terjun. Culture shock aku. Hahaha.. Lastnya banyak duk atas batu dari mandi. Aisy pun masuk. Yang tak syoknya. Tengah aku lepas atas batu, boleh dia yakyak. Hadeh.. Tatau la orang nampak ke tak. Bersepai atas tu. Shujin tolong kutip buang kat tepi. Haish.. 


Kalau ikutkan, husband Kaori nak ajak kami naik ke Tree Top Walk. Tapi sebab anak-anak dah ada yang tertidur keletihan. Terpaksa bertolak pulang je. Balik tu semua lepak. Hahaha..

Tapi malam tu kami sempat BBQ lagi. Gian kan tak dapat BBQ kat air terjun. Buat tepi rumah jadi la.

Next entry pulak ya..

Daa

Sabtu

Bandar Baharu ke Alor Setar

Assalamualaikum

Pagi Sabtu kami makan sarapan pagi dan bersiap siap. Takde la awal pagi sangat pun. Pempahan je lah kalau masing masing beranak tiga. Ada 6 songeh. So, dah dekat pukul 10 baru siap keluar rumah. Destinasi hari ni Alor Setar~~.
Bukan ke Menara Alor Setar. Hahaha.. Kaori dengan husband dia pergi buat penghantaran pesanan biskut k-pop. Kami pulak lepak lepak kat Stadium Darul Aman. Apa lagi.. Cari makanan la. Hahaha..

Bukti dah kat depan stadium
Rojak buah sedap RM2 je!!
Rasa cam nak pindah duk Kedah je kan. Hahaha.. Dasar suka makan.. :P Tak pedas.. So bebudak ni pun makan sama..
Sangat over makan rojak tau..
Lepas habis rojak. Bajet nak terjah expo kat tepi stadium tu. Si Kaori call dengan pesanan.. Jangan makan dulu. Diorang nak belanja makan sedap. Hehehe.. Taukey belanja..

Tapi agak kehampaan sebab kedai sedap tu tutup katanya. So kami makan kat kedai lain. Sebab frust. Kitorang makan tak ambik gambo pun. Wakaka.. Alasan kan.. Sebenarnya dah kebuluran nampak makanan tak sempat toleh kiri kanan dah. 

Lepas habis makan, kami nak ke Laguna Merbok, Sungai Petani sebab nak hantar kimchi pada kawan shujin yang tinggal situ. On the way, kononnya nak singgah makan Ais Kacang Salji kat Simpang Empat. Sampai depan kedai, tak sempat keluar kereta pun... Abam kedai tu dah datang bagitau... Ais dah habis!! waaa... kempunan.. Still.. Sapa yang nak pegi.. Kedainya sebelah kanan Balai Polis Simpang Empat.. So masuk simpang ke balai polis tu, belok ke kiri terus. Ada lorong kecik.

Sebelahnya ada kedai wakil insurans. Lupa ambik gambo yang tu
Kedainya takde signboard. Tapi menurut kata Kaori, ada FB Page.. "Kedai Dinalang Ais Kacang Salji". Curlass yu~

Walau pun kuciwa, hidup perlu diteruskan. On the way ke Sungai Petani, lalu depan Gunung Jerai. Berenti kat gerai tepi jalan, beli air nira nipah.
Sebungkus RM2.50. Aku tak pernah minum. So shujin belikan bagi aku cuba. Tapi dah jadi ais sikit. Takla sedap sangat. Tapi yang jadi ais tu aku boleh telan la. Lepas tu aku careless, tumpah dalam kereta. Melekit lekit kereta.

Hantar kimchi kat Laguna Merbok. Kami terus bertolak balik. Malam pun tokey ada penghantaran. So malam lepak kat rumah je. Bebudak pun dah keletihan.

Lepas hantar barang, shujin dengan husband Kaori terus pergi beli haiwan mahal yang sedap buat bahan nak piknik. Hahaha..

Apa tu...? Tungguuuu...

Malam tu shujin pi melepak ngan kawan dia kat Penang sampai pukul 4 pagi. Aku tak tau la depa borak apa. Biasa la orang lelaki kan.. Hahaha...

Daa

Isnin

Apa yang menarik di Kedah

Assalamualaikum

Makanlaa apa lagii.. Hahaha..
Lai chi kang shujin dan hanak RM3. Special sangat sebab penuh benda dalamnya.. Laici je ada 5 biji

Aku punya Laksa kedah. Kalau yang biasa RM3. Yang ni aku ambik special RM3.50. Above average kalau rating aku. Shujin kata sedap yang biasa biasa aje.

Aqil punya claypot yee mee. Langsung tak sedap. Tak payah habaq harga la naa..

ABC sedap gila pada aku. Kacang banyak. Tak terlalu manis. RM3

Bihun sup utara shujin. Bihunnya warna kuning. Pakai sambal cili giling. Supnya sedap. Boleh tahan

Ni kami makan kat foodcourt pasaraya Pacific je. Rugi sebab pergi kali ni aku tak sempat cari char kue tiaw.. Waa.. Makanan wajib kami bihun sup, laksa dan char kue tiaw. Pasemboq jarang dapat yang sedap sebab nak kena pegi Penang.

Harap ada rezeki lain kali. Hihi..

Apa makanan paberet korang kalau ke wilayah utara?

Daa
Nak duit lebih? KLIK SINI
Nak hadiah iPad? KLIK SINI

Like Ourkizuna di FACEBOOK

Jumaat

Golden Week

Assalamualaikum

Golden Week adalah antara cuti yang paling panjang di Jepun. Bermula dengan 29hb April (昭和の日 Showa No Hi), dan 3,4,5hb May. Semalam adalah cuti Constitution Memorial Day (憲法記念日 Kenpou kinenbi), hari ni Green Day (みどりの日 Midori no hi) dan esok Children Day (こどもの日 Midori no hi). So most company diorang bagi cuti straight satu minggu kat pekerja.

Awat tetiba aku nak sembang pasal cuti kat Jepun nu kan.. Hehe..

Sebenarnya semalam bos da approve cuti aku minggu depan. Golden week minggu ni. Tapi since minggu depan takde kerja, so aku boleh ambik cuti. Cuma yang tak seronoknya, oleh kerana aku ni tukang angkat telefon. Aku still kena angkat call jugak masa cuti tu. Segala bala eh call tu akan di route kan ke hs aku.

Eh bos. Allowance tadak ka. Hahaha.

Takpe la kot. Jangan 24jam aku kena melayan call sudahla. Haruu..

So, kekdahnya.. Cuti kali ni aku planning nak ngikut shujin pergi business trip ke utara. Nama je business trip tapi kami sambil sambil nak ber JJCM. Laksa kedah kat Kuala Ketil tu dah tak sedap. Nak pi carik port baru. Shujin suka nasi kandar telur sotong. Uih.. Antara lain yang aku nak cari adalah nasi lemak kuning. Tak pernah lagi merasa.

Dan berita kurang baiknya aku mungkin lost in translation sepanjang minggu. Kalau ada WiFi free mungkin aku boleh update gambar sekali sekala. Nama aku nak buat scheduled entry tu mujur sangat kot.. Haha..

Shujin bacakan komik Lee Chong Wei kat anak-anak. Aku ingat Keluarga Sidek je ada
keluar komik. Huhu

Nak pesan apa-apa kat Pekan Rabu?  Antara destinasi utama kami adalah Kulim (rumah besties kami), Alor Setar dan beberapa destinasi lain. 12hb tu ada event kat sana. So yang itulah businessnya.. Kehkehkeh.. 11hb mungkin nak pergi rumah officemate aku kawen kat Chuping, Perlis. Alamatnya mencurah curah la duit macam mencurah air ke daun keladi.

Segalanya masih dalam perancangan, tapi harap harap menjadi lah.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com