Memaparkan catatan dengan label Atkins Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Atkins Diet. Papar semua catatan

Rabu

Propaganda atau misinformation?

Assalamualaikum

Baru balik dari lunch. Alhamdulillah. Allah dah pinjamkan semula nikmat selera. Kalau sebelum ni kurang selera makan makanan kedai. Hari ni tak sempat masak, beli nasi kat luar pun da selera nak makan habis. Bagus tak membazir kan. Amalan syaiton tu..!

Aku tapau je lepas tu makan kat pantry ofis sebab ada Wifi FREE. Lepak situ sambil layan FB. Ada la baca status group ibu mengandung kat FB tu. Salah satunya adalah masalah biasa yang ibu mengandung sangat takutkan. Kena minum air gula sebab bacaan gula tinggi dari normal. Ibu tu mintak nasihat untuk pemakanan bagi kencing manis.

Maaf la. Aku tak puas hati sungguh bila ada orang yang bagi nasihat pada pesakit kencing manis suruh kurangkan gula dalam minuman. Kurangkan makan manis manis. Paling aku tak boleh blah ada suruh minum air ECPI. Geram!

Seriously. Pada aku, gula penyebab kencing manis ni lebih kepada propaganda je. Its not like orang makan sekilo atau secawan gula dalam minuman setiap hari. In fact, dari apa yang aku belajar, aku strongly disagree kalau kata gula ni adalah culprit yang menyebabkan kaki orang Malaysia kena potong.

Walau pun sebutnya kencing manis bukan bermaksud benda yang manis je yang menyebabkan bacaan gula tu tinggi. Tapi gula dalam darah tinggi adalah glucose dalam darah. Glucose atau bahasa melayunya glukos ni adalah hasil dari pencernaan karbohidrat. Bila karbohidrat dicernakan, ia akan menjadi glukos yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga dengan insulin sebagai pemangkinnya.


Masalah bagi pesakit kencing manis type 2 ni adalah glukos dalam darah sentiasa berada dalam keadaan yang tinggi atau meningkat secara mendadak dan menyebabkan sel mengalami rintangan terhadap insulin. Dalam jangka masa panjang dan berulang kali, benda ni menyebabkan kencing manis. So culpritnya bukan saja gula. Tapi semua jenis karbohidrat yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak macam refine carb atau simple carb. Gula cuma salah satu daripada refine carb. 


Tapi yang lebih bahaya adalah nasi. Nasi putih yang kita makan, dan segala makanan roti, kuih muih yang buat dari tepung yang dah di refine (tak tau bahasa melayunya) yang sebenarnya punca utama. Sebab tu dalam piramid makanan dia suruh makan karbohidrat tu nasi beras perang, roti wholemeal.. Siapa pandai pandai lukis roti putih, nasi putih dalam tu? Lepas tu pandai pandai cipta diet atkins kononnya karbohidrat punca penyakit.

Marah bila iklan kat TV tunjuk pasal kurangkan gula la apa la.. Sudahnya ramai yang sala paham.

Paling pening yang suruh orang minum air kosong (ECPI) lepas tu cakap boleh sembuh penyakit itu ini. Memang la kekurangan air boleh jadi punca penyakit. Tapi kalau cakap air kosong atau air tapis boleh sembuhkan penyakit tu lagi hebat dari doktor. Dah tak payah susah payah ada hospital kalau macam tu. *sigh**


Nota kaki : Hati hati bila nasihat orang...err..bukan aku yang ada kencing manis.. Alhamdulillah aku sihat walafiat..

Nota kaki tambahan : Kalau gula penyebab utama kencing manis, kenapa tak ban air berkarbonat..sbb dalam air gas lagi banyak gula.. Malah, susu yang berperisa pun banyak gula..

Daa

Khamis

Program menguruskan berat badan..bukan menguruskan badan..

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Start dari pertengahan July aritu kitorang dah launch weight management program untuk 10 minggu. Tapi yang betul betul aku monitor sendiri baru start lepas raya ni. Maklumlah bulan ramadhan tu susah sikit nak mengawal pemakanan dan nak maintain bertenaga nak bersenam bagai.

Sebelum ada yang bertanya. Aku nak bagitau dulu. Maaf. Ini bukan weight management yang boleh makan ikut suka, tak perlu bersenam akan turun berkilo kilo seminggu dengan hanya consume product.

Dalam program ni ditekankan tentang
(1) Pemakanan seimbang
(2) Change bad habit dan lifestyle
(3) Senaman
(4) Supplementation as support dan booster



Weight management program ni bukan semata mata untuk nak bagi bentuk badan lebih menarik dan turunkan berat badan. Tapi dalam masa yang sama bantu menyelesaikan masalah kesihatan yang related dengan unhealthy lifestyle dan diet. Dan membaiki kualiti overall well being. Kulit, kadar kecergasan, saiz pinggang, saiz badan etc.

Masa baru launch aritu, ada dibuat contest sebagai trial untuk sesiapa yang nak join program ni.. Of course mostly dia ambil yang ada masalah belly fat, masalah berat badan dari awal remaja, wanita yang hadapi masalah nak turunkan berat lepas bersalin etc. The feedback sangat memberangsangkan. Ada yang overcome masalah high blood pressure dalam masa 2 minggu.

Dalam program ni, aku sendiri sentiasa menekankan supaya aim untuk fat loss rather than weight loss. Sebab, lemak lebih ringan dari otot. Kita akan dapat reduce lemak dengan membina otot. Bukanlah maksud aku build muscle macam orang bina badan tu. Nanti yang pompuan pompuan takut pulak :P

Kita bakar lemak dan build muscle melalui senaman. Dan kita dah tau jisim otot lebih tinggi dari lemak. Bila lemak mengecut dan otot membesar, berat badan kita mungkin tak jauh berubah. Tapi, kita akan dapat better figure.

Just nak inform, berat yang turun banyak bagi yang buat atkins diet adalah kerana air keluar dari badan. Karbohidrat - hidrat adalah yang attract air. Kalau pengambilan karbohidrat terlalu sedikit, air akan keluar dari badan. Result nya penurunan berat badan yang mendadak berkilo kilo.

Menariknya senaman yang kita cadangkan tak ambil masa yang lama. 10 minit untuk permulaan. Start dengan yang less stress dulu bagi yang memang tak pernah senam tu. Lepas tu baru tambah intensity dan masa. Dan boleh dilakukan di rumah tanpa guna alat.

Program ni dibuat berasaskan prinsip somatotype. Asasnya sama, tapi set pemakanan dan senaman untuk setiap individu berbeza. Ye lah bentuk badan yang berbeza, cara dia handle karbohidrat juga berbeza. So senaman, pemakanan pun berbeza lah. Mana sama kan. Dari situ kita akan suggest cara pemakanan yang macam mana paling sesuai ikut bentuk badan dia.

So far aku masih lagi menunggu peserta yang aku monitor ni complete kan 10 minggu. Kalau yang ini positif dan success, ada jugak plan nak buat talk bagi yang berminat nak tau lebih lanjut. Kalau ramai (lebih dari 30 orang) insya allah boleh dapatkan dietition untuk datang bagi talk.Tengok dulu macam mana.

Bulan 10 ni kitorang ada jugak buat program kat PWTC. Entrance FREE. Boleh datang dengan baju sukan sebab ada acara ber"zumba" dancing. Sesapa nak cuba berzumba meh la join sekali. Selain dari tu ada games (ada hadiah katanya!) dan jugak booth penerangan pasal program ni. Tapi bukan aku yang organize la. Ni business partner aku organize.

Dan sekali lagi aku nak bagitau. Ni bukan program untuk orang yang nak consume apa apa lepas tu nak makan ikut suka, banyak mana, tak suka senaman. 

Nota kaki kanan : Agak agak pompuan pregnant boleh ke ber"zumba" dancing eh.

Nota kaki kiri : Happy sebab "peserta program" aku update bowel movement nya sangat smooth within the first 3 days. Lepas seminggu rasa makin bertenaga.

Daa

Rabu

Weight Management Tips : Memahami karbohidrat - siri dua

Baca Memahami karbohidrat - siri satu

Assalamualaikum

Kalau sebelum ni aku dah terangkan tentang glysemic index makanan, kali ni aku akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan bad carbs. Keperluan karbohidrat bagi setiap individu berbeza mengikut umur, tinggi, jenis aktiviti dan juga size frame badan. Bagaimana pun, paling optimum adalah antara 50-55% dari jumlah keperluan kalori sehari sepatutnya datang dari karbohidrat.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai keperluan kalori sebanyak 2000kalori memerlukan 250g hingga 275g karbohidrat dalam sehari. Menurut diet rendah karbohidrat, seseorang boleh menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat sampai ke tahap 20g sehari bagi tempoh induksi. Jumlah pengambilan karbohidrat kemudiannya ditambah sedikit demi sedikit apabila telah mencapai berat ideal.

So bayangkan berapa banyak lemak yang dimakan untuk mencukupkan keperluan kalori seseorang. Dan yang paling menarik tentang atkins diet adalah, boleh makan seberapa banyak daging tapi kurangkan makan buah.

Ini adalah punca kenapa ramai yang rasa macam nak pengsan ketika melakukan diet rendah karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga utama manusia. Menurut teori atkins, ketika tempoh induksi dengan pengambilan karbohidrat yang sedikit, lemak dari tubuh akan dibakar bagi menghasilkan tenaga. Dan seterusnya penurunan berat badan yang lebih cepat akan berlaku. Bagaimana pun menurut pakar, penurunan berat badan pada minggu minggu pertama diet ini adalah kerana kesan diuretic. Malah, sehingga kini masih belum ada jawapan pasti sama ada pengurangan berat badan melalui diet rendah karbohidrat adalah disebabkan oleh pengurangan karbohidrat atau pun pengurangan pengambilan kalori.

Oleh itu aku selalu percaya bahawa menggunakan kaedah low calorie, low carb, low fat diet adalah kaedah diet yang kurang sihat. Kaedah diet yang sihat sepatutnya adalah dengan memilih makanan yang berkualiti. Sebagai contoh, instead of snacking dengan biskut atau kek, makan salad atau buah buahan. Biskut dan kek adalah contoh bad carbs. Manakala buah dan sayur sayuran adalah contoh karbohidrat yang baik. Dan instead of makan nasi putih, makan nasi beras perang adalah lebih sihat sebab ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Malah ada juga vitamin B yang sangat penting untuk menjadi pemangkin dalam membolehkan glukos ditukarkan menjadi tenaga. Nasi putih pula, akibat dari refine proses yang dilaluinya telah kehilangan fiber dan kebanyakan vitamin dan mineral penting.

Bad carbs adalah karbohidrat yang biasanya mengandungi kadar lemak dan trans lemak (trans fat) yang tinggi tetapi mengandungi fiber, vitamin dan mineral yang rendah.

Biasanya adalah refine food seperti gula, nasi putih dan tepung putih. Ianya lebih mudah dihadamkan dan menyebabkan hormon insulin dirembeskan dengan banyak dalam masa yang singkat. Apabila keadaan ini berlaku, lama kelamaan, otak akan mula menghantar signal yang kita dah ada cukup tenaga dan tak perlukan insulin dah. Iaitu keadaan dimana sel menghalang insulin dari membawa glukos masuk. Keadaan ini dipanggil insulin resistance. Bila insulin resistance berlaku sel tak nak terima insulin, tapi glukos masih ada dalam darah. Glukos yang tidak dapat dibawa ke sel untuk menjadi tenaga ini akan disimpan sebagai lemak. Keadaan ini sekiranya tidak diperbetulkan akan menyebabkan penyakit diabetes di mana terdapat glukos berlebihan dalam darah.

Keadaan ini boleh dielakkan dengan makan makanan yang mempunyai kadar GI rendah seperti nasi beras perang. Actually aku pernah cuba jugak makan beras perang. Unexpectedly takdelah teruk sangat rasanya. Aku ok je. Dan harganya pun tak jugak mahal. RM19++ untuk lima kilo. Tapi beras ni memang cepat rosak berbanding beras putih. So nak menyimpannya tu tricky lah sikit. Tapi shujin berjaya menurunkan berat badan beberapa kilo sejak makan beras perang. Of course dengan aktiviti senaman dalam 3-4 kali seminggu. Tapi bukan pegi jogging ke apa pun. Just buat 4-5 set workout dalam rumah. Hehehe.

Kalau macam Bujal yang rasa nasi beras perang tak sedap mungkin boleh campurkan nasi putih dengan nasi beras perang. Atau pun kalau rasa costly nak buat macam tu boleh buat portion nasi 50%, sayur 25%, protein 25% dalam pinggan. Makan buah sebelum makan. Lepas tu kurangkan makan kuih muih, kek dan biskut. Kalau nak makan  jugak make sure biskut tu tambah dengan banyak fiber. Hehehe.. Biasa lah kan. Makanan yang sihat biasanya kurang sedap. Tapi ada cara nak buatkan supaya ianya nampak sedap. Dan sesekali tak salah kalau nak makan makanan yang sedap dan kurang sihat.

Untuk anak anak kecil pulak, biasakan bagi diorang snack dengan salad dari kecil. Contoh bagi makan baby carrot ke. Biasakan makan buah buahan berbanding makan junk food.

Dan yang paling penting, kurangkan gula dalam masakan dan tambahkan manis dalam senyuman. Hehehe..

Healthy weight loss adalah tidak lebih dari 1kilo dalam masa seminggu. Kalau turun berat cepat sangat, most probably seseorang tu hilang air dan muscle berbanding hilang lemak. Biasanya kalau orang yang turun berat dengan cepat, bila naik pun akan cepat jugak berbanding mereka yang turun berat secara perlahan lahan.

Nota kaki : kalau nak makan gaya sihat untuk kesihatan pun rasa susah itu ini, tak payah la sembang nak kurus nak kurus...nak kurus macam mana kalau nak suruh makan sihat pun tak nak. uzai to omoimasu. hehehe...

Daa

Selasa

Weight Management Tips : Memahami karbohidrat - siri satu

Assalamualaikum

Hehehe...Awal awal dah bagi tajuk memahami karbohidrat siri satu. Maksudnya topik ni agak panjanglah ye. Actually kalau kita faham betul betul tentang karbohidrat, tak perlu berdiet kekdah diet atkins atau pun diet on low carb sampai rasa macam nak mati. It is true that doctors dan experts dieticien masih tak pasti apakah kesan buruk mengamalkan diet atkins pada jangka masa panjang. Bagaimana pun kita kena tahu yang karbohidrat adalah sumber tenaga utama manusia. Ini yang orang panggil sunnatullah. So aku rasa lebih baiklah jangan melawan sunnatullah. Rasulullah dulu pun makan roti gandum kan.

Sebenarnya pasal karbohidrat ni sangat sangat susah nak difahami. Apa yang aku cuba terangkan kat sini cuma pengetahuan asas saja.  Tapi penting untuk kita tahu sebab dengan memahami karbohidrat ni kita dapat mendapatkan kesihatan yang lebih optimum, mengurangkan berat badan dan mengelakkan dari mendapat macam-macam penyakit terutamanya penyakit kencing manis. Kalau berminat nak belajar lebih lanjut lagi banyakkanlah membaca.

Secara asasnya karbohidrat terbahagi kepada dua. Iaitu complex carb (karbohidrat kompleks) dan juga simple carb (karbohidrat ringkas) Pengkategorian (hahaha..ada ke istilah ni..bedal je lah ok) ini adalah berdasarkan kepada kadar penguraian karbohidrat itu sendiri. Ianya diukur berdasarkan Glysemic Index (GI) makanan tersebut. Ia diukur pada skala 0 hingga 100. Lebih tinggi GI makanan tersebut lebih cepat ianya diserap ke dalam darah. Bagi makanan yang mempunyai GI yang rendah, ianya lebih lambat dihadamkan dan diserap ke dalam tubuh.

Contoh makanan yang tinggi GI : Nasi putih, roti putih, kentang, kuih muih dan kek
Contoh makanan yang rendah GI : Nasi beras perang, roti wholemeal, buah-buahan

Mungkin ada yang rasa, baguslah kalau cepat diserap. Lebih cepat dapat tenaga. Masalahnya adalah tak jugak. Sebab lebih cepat makanan tersebut menjadi glukos dan lebih cepat ianya diserap oleh tubuh, lebih cepat kita kehilangan glukos. Sentiasa ingat yang tubuh manusia tak sukakan kejutan.

Even kalau tak pernah pernah bersenam tiba-tiba nak lari 2-3 kilometer pun badan jadi sakit kan. Mungkin ada orang kata, no pain no gain. Tapi sebenarnya sakit tu adalah disebabkan oleh damage yang diterima oleh otot. So, kalau tak pernah bersenam tu nak mula senam mula sikit-sikit.

Oh melalut pulak.
Ini adalah graf perbezaan kadar glukos dalam darah apabila kita makan simple carb dan juga complex carb. Apakah yang akan berlaku bila glukos dalam darah berkurang.

Jawapannya adalah, kita akan rasa lapar. Jadi, Lebih cepat glukos diserap menjadi tenaga, lebih cepat rasa lapar. Jadi kita akan makan lagi dan lagi dan lagi. Bila kita makan makanan yang skala Glysemic index nya rendah, kita akan rasa kenyang lebih lama.

Bagi yang nak mendalami lebih lanjut tentang Glysemic index dan tengok senarai makanan yang mempunya kadar GI yang rendah boleh tengok kat Glysemic Index

Bagi yang masih percaya bahawa atkins diet berkesan boleh baca kat food for thought

Untuk siri dua, aku akan terangkan tentang karbohidrat jahat yang menyebabkan kegemukan dan menjadi punca diabetes.

Daa

Khamis

Weight Management Tips : Makan nasi tak boleh kurus

Assalamualaikum
Aku rasa aku selalu jugak dengar orang kata kalau nak kurus jangan makan nasi. Kebanyakannya dari golongan pendiet yang mengamalkan diet atkins. Malangnya aku rasa statement ni sangat sangat jauh dari fakta sebenar.

Nasi adalah sumber tenaga utama bagi orang asia. Semua orang maklum dan jelas bahawa nasi adalah sumber karbohidrat yang utama. Dan kat sekolah kita semua belajar yang karbohidrat adalah sejenis makro nutrient. Maksudnya wajib nak kena makan hari hari.

Untuk seseorang yang beratnya 50kg dan aktivitinya sederhana. Kadar kalori yang diperlukan dalam sehari adalah 1500kalori. Bermaksud, jumlah makronutrient yang diambil dalam sehari sepatutnya membekalkan sebanyak 1500kalori. Makronutrient adalah terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. 1gram karbohidrat dan protein menghasilkan 4kalori manakala 1gram lemak bersamaan dengan 8kalori.

Aku rasa beberapa kali dah aku mention yang aku memang ratu nasi. Aku memang tak boleh takde nasi. Dan frankly cakap aku makan nasi lebih dari manusia normal. Tapi aku langsung tak boleh nak gain weight. So macam mana orang boleh kata makan nasi tak boleh kurus sedangkan aku yang makan nasi jugak tak boleh nak gemuk?

Kalau nak hidup sihat. Kita kena makan ikut kalori yang diperlukan oleh badan kita. Sebab memang banyak tu yang badan kita perlukan. Tapi, kalau nak kurus. Kena lebihkan aktiviti untuk bakar lemak. Please jangan seksa perut dengan tahan makan. Buat apa kurus kalau tak sihat. betul tak?

Bersenam ada banyak cara. Cara paling mudah yang setakat ni orang Malaysia masih ramai tak mampu buat adalah berjalan. Berjalan adalah kaedah nak bakar kalori yang paling mudah.

Tak payah beria ria register diri masuk fitness center. Bersenam kat taman lebih sihat sebab dapat vitamin D dari matahari yang sangat crucial dalam proses menurunkan berat badan.

Setiap orang kena berjalan 10ribu langkah sehari untuk kesihatan. Cuba kekdah ni.
(1) Kalau drive, park kereta jauh-jauh atau pun pusing guna jalan jauh
(2) Sembunyikan remote TV supaya rajin pergi kat TV untuk tukar channel. Jangan jadi macam aku, tukar channel dengan kaki. Aku takpe. Aku kurus..Hahaha..
(3) Rajin rajin bawak anak-anak jalan kat taman
(4) Rajin-rajin kemas rumah
(5) Kalau setakat rumah kat tingkat 5 tak payah guna lif, gunakan tangga.


Good luck!


Daa

Rabu

Weight Management Program : Atkins Diet adakah berkesan?

Assalamualaikum

Kalau ada yang tak pernah dengar pasal Atkins Diet ni boleh Google je. Ringkasnya Atkins Diet adalah satu cara mengurangkan berat badan dengan kaedah mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Entah kenapa dalam banyak-banyak jenis diet aku rasa Atkins Diet ni adalah antara kaedah yang paling popular. Mottonya mudah je. Jangan makan nasi. Avoid segala jenis makanan yang mengandungi karbohidrat. Tak silap aku tak lebih daripada 20g karbohidrat dalam sehari.

Mengambil kira kadar obesiti yang berlaku adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan, aku rasa pendekatan macam ni mungkin berkesan. Mengurangkan pengambilan karbohidrat secara sekaligus akan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam diet harian. Kurang kalori bermaksud, badan akan mula menggunakan lemak yang tersimpan dalam tubuh untuk digunakan menjadi tenaga. Itu pun kalau kita mempunyai ability untuk extract lemak tu menjadi tenaga.

Selain dari tu, tenaga boleh juga di dapati dari makronutrien yang lain seperti protein dan lemak yang boleh diambil tanpa had.
pipi obese
Ada beberapa perkara yang menjadi isu bagi aku dalam konsep Atkins Diet ni. Aku tak kata tak berkesan sebab kaedah ni dicipta oleh seorang doktor. Aku bukan pakar pun. Tapi konsep asas yang aku belajar menyebabkan aku rasa atkins diet mungkin bukan kaedah diet yang berkesan untuk semua orang. Mungkin hanya bagi sesetengah orang

(1) Secara asasnya kita memerlukan certain amount of nutrient setiap hari. Makronutrien dan mikronutrien, air, serat dan fitonutrient. Setiap jenis nutrien tak kira diperlukan dalam jumlah yang banyak atau pun sedikit adalah sama penting. Oleh itu, menolak atau mengurangkan jumlah pengambilan satu-satu jenis nutrien dalam satu jangkamasa yang lama mungkin boleh mengganggu perjalanan normal sistem manusia.
(2) Sefahaman aku, karbohidrat yang sering membawa masalah adalah simple carb seperti nasi putih, tepung putih, gula, dan jenis-jenis refine carb serta makanan yang mempunyai glysemic index yang tinggi. Karbohidrat dari kumpulan complex carb seperti beras perang, tepung wholemeal, roti gandum penuh adalah kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan.
(3) Pengambilan lemak dan protein yang tak terkawal juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Malah lemak mempunyai 2 kali ganda kandungan kalori berbanding karbohidrat. Oleh itu, pengambilan kedua-duanya juga perlu diambil kira dan dikawal jumlahnya.
(4) Proses menurunkan berat badan memang penting, yang lebih penting lagi adalah mengekalkan berat badan. Kalau dapat turun 20kg, lepas berhenti mengamalkan diet tanpa nasi, berat naik 30kg memang tak guna. Persoalannya, berapa lama seseorang tu sanggup hidup tanpa nasi. Kalau sanggup tak makan nasi macam manusia normal selama-lamanya, Atkins Diet mungkin adalah satu kaedah yang ideal buat individu tesebut.
(5) Kadar toleransi seseorang terhadap karbohidrat adalah berbeza. Ramai orang mengalami masalah berat badan walau pun makan sikit biasanya mempunyai kadar toleransi yang rendah terhadap karbohidrat, tetapi bukan bermaksud tak boleh makan karbohidrat. Mereka ini perlu mengawal jumlah karbohidrat yang diambil dan elakkan diri dari mengambil simple carb. Bagaimana pun, jumlah kalori yang perlu diambil dalam sehari perlulah menepati keperluan harian kalori seseorang. Kalau kalori tak cukup, badan akan rasa lemah dan letih. Silap-silap boleh jatuh sakit.


Aku tak kata Atkins Diet ni tak bagus ok. Terpulang pada diri masing-masing. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Aku bukan pakar pun.


Tambahan : Salah satu concern aku pasal atkins diet ni adalah karbohidrat adalah sumber utama tenaga. Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat secara mendadak badan akan rasa lemah, letih dan tak bermaya. Walau pun aku bukan doktor, tapi aku tau keadaan tu adalah tak baik untuk tubuh.

Apa pun kaedah diet yang diamalkan, jangan perjudikan kesihatan. Yang penting adalah pengawalan berat badan bukan mengenai pemakanan saja. Senam, gaya hidup..semuanya ada peranan masing-masing. Tak payahlah tahan lapar macam orang gila kalau malas senam.

Nota kaki : Sebagai orang asia yang lahir kat Malaysia. Aku tak boleh hidup tanpa nasi..hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com