Memaparkan catatan dengan label Resepi mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi mudah. Papar semua catatan

Rabu

Resepi saba no misoni

Assalamualaikum

Saba no misoni bermaksud ikan mackerel yang dimasak di dalam miso. Bahasa inggerisnya "blue mackerel simmered in miso". Tak pasti proses "simmered" tu nak terangkan macam mana. Hehehe..

Ni adalah antara kesukaan aku. Zaman belajar kat Jepun dulu pernah termakan. Kenapa termakan. Zaman tu agak jahil. Tak tau yang rupanya nak masaknya gunakan mirin dan sake. Gulp~!

So, balik Malaysia ni dah jumpa miso halal, boleh la cuba buat sendiri. Yakin halalan toyyiban.

Memasaknya agak mudah dan sihat. Sikit pun tak guna minyak. Ikan mackerel ni aku sangat suka kalau bakar dengan garam je. Shujin dengan anak-anak pun prefer bakar. Tapi sesekali, aku teringin nak makan aku buat jugak. Diorang makan sikit je. Bagus jugak. More for me~!!! hahaha


Resepi saba no misoni (Japanese mackerel simmered in miso)
Bahan-bahan
2 kepingan Ikan saba (japanese blue mackerel)
*2 sudu besar miso paste
*2 sudu besar gula
*100ml air
*1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil shoyu


Cara membuatnya
Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Sebaik mendidih, masukkan ikan saba dengan bahagian kulit menghala ke atas. Goyang-goyangkan sedikit periuk bagi meratakannya.

Masak untuk 8-10 minit. Kemudian tutup dengan otoshibuta. Biarkan selama 1-2 minit. Kemudian matikan api dan hidangkan dengan taburan daun bawang

## otoshibuta adalah penutup yang biasanya dibuat daripada kayu untuk tutup terus atas masakan. Bukan pada periuk tau. Kalau tak ada, boleh buat gunakan penutup periuk yang lebih kecil saiznya dari diameter periuk. Atau pun gunakan aluminium foil yang dilubangkan ditengah. Tapi hati hati masa nak mengangkatnya nanti. Panass...

Rasanya manis sikit, lemak lemak. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 sudu saja.

Lagi banyak tips dan resepi masakan Jepun, follow fanpage Frozen Takoyaki.

Selamat mencuba

Daa


Khamis

Resepi hourenso no goma-ae (Spinach with sesame)

Assalamualaikum

Kegilaan makanan Jepun sangat kan aku. Wakaka.. Actually aku dalam proses nak menerai (mencuba), pelbagai jenis resepi masakan Jepun. 

This time aku cuba resepi ni. Sebelum ni tak tau pun rupanya resepi asal sayur ni menggunakan mirin (beralkohol~!) So, bila dah tau ni, buat sendiri.

Bagi aku ianya sedap dan sihat. Takde goreng goreng. Jom tengok macam mana nak membuatnya.

Resepi hourenso no goma-ae (Spinach with sesame)
Bahan-bahan
Sayur bayam
Bijan putih disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu besar kicap shoyu
Sedikit gula

Aku buat sikit je ni. Adjust bahan-bahan tu mengikut keperluan dan tekak ya.

Cara membuatnya
Kalau ikut resepi asalnya, bayam tu dipotong dan direbus. Tapi sayang lah kan, nanti hilang zat bayam ke dalam air rebusan tu. So, aku masak air sikit je. Tak perlu sampai macam nak rendam bayam. Bila air dah mendidih, baru masukkan bayam. Tutup periuk tu dan tutup apinya. So kira bayam tu kena stim je dgn airnya. Aku buat ni, at the end airnya akan habis tersejat. Sebab guna air pun beberapa sudu je. Yang penting wap air tu ada nak melayukan bayam.

Gaul bijan tumbuk kicap shoyu dan gula. Lepas tu gaul dengan bayam yang sudah layu tadi.

Tadaaa.. Siap..

Senang gila kan.. 

Aku ratah je ni. Bau wangi bijan tu memang memikat selera.. Yummeh~!

Nak resepi lain lagi? Moh LIKE page Frozen Takoyaki di FB. Bukan saja resepi makanan Jepun, resepi mudah dan senang yang lain pun aku share.

Kalau berminat nak cari bahan makanan Jepun, boleh whatsapp ke 0126894317 untuk pesanan dan pertanyaan.

8 chef wanita yang hot selain dari aku

Daa

Isnin

Resepi Cream puff shu kurimu pasti menjadi

Assalamualaikum

Honestly... Dah berapa banyak cubaan untuk buat cream puff atau choux a la cream. Orang Jepun panggil shu kurimu. Kali ni aku memang puas hati sebab menjadi. Rupanya ada beberapa cara untuk pastikan cengkerangnya kembung elok.
Sebelum tu meh share resepinya yang sangat mudah

Resepi shu kurimu (Cookpad.com)
Bahan bahan
50gram tepung
50gram butter
90ml air
2 biji telur

Cara membuatnya
Panaskan air dan butter. Tak payah sampai mendidih sangat pun. Just sampai semua butter tu cair. Nak guna marjerin pun boleh.

Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi bebola. Teruskan kacau sampai ada satu lapisan tepung nipis kat dasar periuk. Tutup api.

Biarkan doh tersebut sejuk sebentar. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati. Nak tau kadar kepekatannya dah ok ke belum, angkat adunan dengan sudip (lagi senang kalau guna sudip kayu). Nanti tepung akan jatuh dan bahagian yang tinggal kat sudip kayu tu bentuk tiga segi. Bila dah ada bentuk tu maksudnya kepekatannya dah ok dah.
nampak tak bentuk tiga segi tu..
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Nak cantik pakai nozzle bentuk bintang. Kalau takde, cam aku senduk ngan sudu sudaaa..
konon buat tanda X nak bagi lawa.. haha..
Nak bagi bentuk permukaannya licin sikit, basahkan tangan dengan air dan tekan tekan bahagian yang terbonjol bonjol. Tanak buat pun ok je.

Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200darjah. Masak 18minit. Turunkan suhu ke 150darjah dan masak lagi 12minit. Kalau malas, masak 170darjah selama 30minit pun ok je. Aku dah cuba keduanya..

Bila dah masak, jangan terus keluarkan. Biarkan selama kira kira setengah jam baru dikeluarkan dari oven. Kalau keluarkan dari oven terlalu awal nanti cengkerang tu cam tak berapa nak kembung elok bawahnya melengkung ke dalam. Pengalaman aku la..
rupa lepas keluar oven
Insya allah kalau ikut kaedah ni cengkerang cream puff korang confirm menjadi.

Selamat mencuba

Daa

Khamis

Sarapan pagi : Pisang goreng berkeju coklat

Assalamualaikum

Honestly.. Aku tak begitu teruja mendengar pasal pisang goreng berkeju letak coklat sebelum ni. Takde la sampai beria mencari yang sedap. Tapi semalam pergi ke pasar malam, Aisy terkam pisang dulu. Balik tu dia makan pisang dengan penuh berselera. So aku teringat ada cheddar cheese baki buat lasagna aritu dengan sos coklat.

Pagi ni dengan gigihnya bangun awal sikit buat pisang goreng. Tepung untuk goreng aku dah bancuh siap siap malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Hehehe.. Tak banyak pun yang digoreng. Jadi la buat alas perut kami pagi tadi. Ni dah lapo balik tengok gambar.. Hahaha..


Pisang goreng cheese bercoklat
Mungkin sebab pisangnya dah sejuk sikit, so cheese nya tak berapa nak cair. Aku ingat nak pop masuk oven kejap. Tapi masa kurang mengizinkan. Layankan je. Aisy dengan kakak suka. Aqil biasa biasa je. Mamat tu memang kurang sikit makan pagi pagi buta. Enjin belum panas lagi.

Aku suka tang rasa lemak pisang, masin cheese dan manis manis sos coklat tu.. Aku kan hantu coklat. Hihi..

Korang breakfast apa pagi ni..?

Daa

Selasa

Resepi lasagna senang lenang

Assalamualaikum

Hari ni nak share resepi Lasagna yang sangat mudah. Lasagna ni makanan paberet shujin. Sebenarnya shujin bukan jenis suka makanan western atau italian. Tapi lasagna ni memang dia suka sangat. Nak beli tak puas makan. So buat lah sendiri.

Bukan susah pun sebenarnya.
model lasagna dan fresh orange
Resepi lasagna sangat mudah sebenarnya. Cumanya leceh sikit dari segi banyak benda nak prepare tu la. Ia guna dua jenis sos. Sos daging (seafood, ayam pun boleh) dengan sos keju.

Sos daging tu boleh buat macam sos spagetti. 
Tumiskan bawang holland yang dipotong dadu sampai naik bau. Bila dah naik bau tu boleh masukkan daging kisar dan kacau sampai agak agak kering. Kacau dari masa ke semasa supaya daging tak bergumpal. 
Masukkan tomato puri. Boleh letak carrot, tomato, cendawan, capsicum dan sebagainya. 
Garam dan pepper secukup rasa. Tambah setin air. Ni gunanya untuk bagi kulit lasagna lembut masa bakar.

Cara buat sos keju pulak lagi mudah. Dua tiga sudu butter. Marjerin pun boleh. Bila dah cair, masukkan tepung gandum dua tiga sudu. Kacau rata supaya tak hangus. 
Masukkan susu segar. Kacau sampai sebati. Ia akan jadi creamy gitu. Akhir sekali masukkan keju. Aku parutkan keju mozarella dengan cheddar. Agak agak sampai likat. Tutup api dan dah sedia untuk disusun.

Kami biasanya gunakan kulit lasagna jenama san reno. Kotak yang warna merah tu. Instant. So tak payah nak rebus dulu. Bila sos dah siap, just susun kulitnya dalam bekas, tuangkan sos daging dan keju berselang seli. Kulit-sos daging-sos keju. Buat 3-4lapis gitu. Lapisan atas sekali tu sos keju lepas tu tabur parutan keju. Kami parut mozarella, cheddar dan parmesan.

Make sure yang kulit lasagna tu terendam dalam sos sepenuhnya. Sebab tu tambah air sikit masa buat sos tu. Dah siap susun. Just bakar dalam preheated oven suhu 180darjah celcius selama 40minit.

Bila dah masak. Keluarkan dari oven dan biar 5minit sebelum dipotong.
Sedap dimakan panas panas di ketika kejunya masih bertali tali..
Memang puas makan kami berlima. Anak anak pun suka. Ye lah. Kalau makan kat kedai tu dah la mahal. Dapat sikit je. Jenis bebudak ni suka mengulang makan. So memang berbaloi buat sendiri.


Bagi yang suka pasta, boleh la cuba buat lasagna. Memang tak nyesal.

Daa

Isnin

Resepi Takoyaki paling sedap

Assalamualaikum

"Resepi takoyaki" yang lejen dan paling sedap kononnya.. Hahaha

Hakikatnya.. Seumur hidup cuma dua kali makan takoyaki orang jual di Malaysia ni. Aku rasa tak berbaloi dengan harganya yang mahal. Dasar kedekut kan :P

Sepanjang lepas beli takoyaki pan 2 bulan lepas, baru dua kali aku buat takoyaki ni. Dengan resepi yang sama. Memang sedap berebut rebut. Lagi-lagi kalau dimakan panas panas. Meletup lidah. Hehehe..


Resepi Takoyaki lejen (Menghasilkan lebih kurang 30~40 biji)
Bahan-bahan
Bancuhan tepung
1 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung/ 1 sudu besar katakuriko
2 biji telur
2 cawan air
1 sudu kecil dashi
3 sudu kecil kicap jepun

Bahan inti
Tako (sutung kurita) Boleh juga guna yang lain. Cheese pun sodap~!
Kubis cincang
Daun bawang cincang halus
Agedama/tenkasu (optional. First time buat tak letak. Kali kedua letak..)

Topping
Sos takoyaki
Aonori seaweed
Bonito flakes (katsuo bushi)
Mayonis jepun (mayonis biasa tak sesedap mayonis jepun tau!)


Cara membuatnya
Masukkan tepung-tepung dan tenkasu dalam mangkuk sederhana, lepas tu gaul sikit. Tambah dashi, telur dan secawan air. Kacau sebati.

Masukkan kicap jepun dan baki air sambil mengacau. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

Bila dah buat semua.. Boleh la start mentako ball. 

Masukkan minyak ke dalam tako pan. Agak agak 1/3 dari kedalamannya gitu. Lepas tu tuang tepung agak agak separuh. Masukkan inti tako dan taburkan kubis dan bawang. Lepas tu tuang lagi bancuhan tepung sampai penuh. Melimpah sikit tak pe. 

Bila separuh tu dah nampak golden sikit boleh start menggolek. Kalau nak dapatkan hasil takoyaki yang rangup, bila dah terbentuk bebola tu tambahkan minyak lagi pada bebola. 


So far kitorang suka resepi takoyaki ini. Takde la rasa macam liat makan cekodok gitu. Budak kecik pun selamba hadap 8 biji sekali makan..Hihi..
Meriah der~~

Sos takoyaki aku dapat sos takoyaki cap halal Singapore
Mayonis jepun made in Malaysia, ada cop halal Jakim. Kalau ada yang berminat nak beli bahan membuat takoyaki boleh emailkan kepada kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp ke 0126894617. Miso halal juga sudah re-stock yang baru.
Puding Caramel Cheese... Shujin aku makan tak agak agak banyaknya.. Hahaha

Gambar dan Puding Caramel Cheese credit to Yana Tokey Kek. 

Update : Bagi yang tak rajin nak menggolek takoyaki tapi teringin nak rasa takoyaki yang super sedap.. Kami ada menjual frozen takoyaki. Whatsapp terus ke 0126894317 untuk order.

Daa

Jumaat

Asam Pedas Ikan Pari Resepi Ibu

Assalamualaikum

Beberapa minggu dah aku teringin nak makan asam pedas ikan pari ni. Petang asyik hujan je kalau nak singgah beli ikan kat pasar malam. Sebagai anak bekas penjual ikan, aku memang particular sangat bab ikan pari ni. Mostly ikan pari jual di pasaraya memang out. So, the best choice kalau malas nak pergi jauh sampai ke jeti nun adalah pasar malam.

Rabu aritu aku gigih jugak beli ikan pari kat pasar Rabu. Hujan pun hujan lah. Hahaha..


Asam pedas ikan pari bersama bendi
Rupa dah ada dah. Cuma rasanya tak sekick asam pedas ibu. Orang kata walau pun resepi sama, tapi air tangan lain lain kan. Hehehe..

Aqil dengan Damia suka je asam pedas ni sebab tak pedas sangat. Shujin makan bertambah tambah walau pun tak cukup garam. Aku pulak.. Still rasa tak puas hati. Hahaha.. Apa pun ok la untuk percubaan pertama kan.

Resepi asam pedas ikan pari
Bahan
Ikan pari yang segar isi masih putih kalau dah nampak warna hitam tu memang tak sedap
Bendi
Daun kesum 
Air asam jawa semangkuk

Bahan kisar
Cili kering
Bawang besar 2 biji sederhana
Bawang putih 3 ulas
Kunyit seinci

Kaedah membuatnya
Tumis bahan kisar sampai garing. Kalau tak cukup garing memang kurang memuaskan tau. Minyak kena cukup. Baru dapat rupa asam pedas yang cantik. Kalau rasa banyak sangat, nanti buang sikit minyaknya lepas tumis tu..

Bila dah cukup garing, jangan hangus pulak.. Masukkan ikan dan bendi kalau suka. Taknak letak bendi pun okay je. Gaul gaul bagi sekata. Jangan gaul ganas sangat. Hancur ikan nanti. Lepas tu terus masukkan air asam jawa. Kacau sikit dan biarkan sampai mendidih.

Bila dah mendidih. Masukkan daun kesum dan tutup api. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Kalau suka boleh juga letak halba. Bagus bagi ibu menyusu. Hihi.. 

Sebenarnya aku ingat ingat lupa resepi ni.. Call mak tak dapat. Aku call makcik aku, adik mak untuk confirmkan. Hihihi...~

Selamat mencuba.

Daa

Selasa

Nasi goreng jepun ringkas dan sedap

Assalamualaikum

Sebenarnya beria je letak nama. Tak jauh beza sangat dengan nasi goreng kita. 

Nasi goreng jepun atau nama asalnya Salmon and seaweed fried rice ni aku bawak bekal untuk hari ni. 

Kaedah membuatnya pun teramat senang..

Salmon and seaweed fried rice

4 ulas bawang putih

2 biji bawang besar
Kicap shoyu jenama kikkoman
Seaweed aonori
Nori seaweed (yang guna buat balut sushi atau onigiri tu) di carik halus
Garam dan lada sulah
Nasi
Satu kelar ikan salmon di bakar atas pan

Cara membuatnya
Tumis bawang putih dengan bawang besar yang dah dipotong halus sampai naik bau. Masukkan kicap shoyu, lada sulah dan garam. Ikut suka nak letak banyak mana. Aku letak setengah cawan jugak sebab nasinya banyak. Masukkan nasi. Kacau sebati dan masukkan salmon yang dah dipecahkan jadi kecik dan akhir sekali seaweed.

Gaul sampai sebati dan boleh tutup api.

Kiranya masuk dan gaul je la semua bahannya..

Tapi hasilnya sedap walau pun rupa kurang memberangsangkan..

siap isi dalam bekas nak bawak pi kerja
Tak pedas sangat. So kalau tekak melayu dan jawa macam aku ni kena la tambah cili potong. Hahaha..
mainan baru atiqah damia.. Sambung sambung buat rantai dan gelang.. Happy sangat
Siap ada buatkan satu gelang untuk ibu.. Huhu..

Selamat mencuba.

Daa

Isnin

Sarapan roti bunga

Assalamualaikum

Happy Monday semua~~

Hari ni tak berapa nak blues. Cuba menyemangatkan diri nak pergi kerja. Kerja bertimbun you~~!

Weekend aritu aku buat sarapan roti bunga. Biasa la kan. FB kan berantu. Sorang share, lepas tu ramai la pakat teruja. Hahaha.. Ni sampukan dari Kak Yan Mu+Mu+Mu la ni..

Nampak senang. Aku pun cuba lah hari Ahad (semalam). 


Tangan budak tak sabar

Close up sikit
Bahan filling tu aku guna telur+susu+garam+lada sulah. Lepas tu aku parutkan cheese. Rotinya aku sapu butter. Bake dalam oven secukup rasa. Agak agak je..Tapi kitorang tak suka sangat dengan rasa telur tu dibakar. Aku rasa kalau goreng lebih sedap. Tapi habis la jugak. Masing masing kelaparan sebab pagi tu bangun terus pergi swimming, naik naik dari swimming je hujan. Milo panas + roti ni. Memang la laju.

Note untuk masa depan.. Next time taknak buat filling guna telur kalau nak bakar. Aku recommend guna tuna mayo tabur cheese. Sama je macam kalau spread kan. Tapi  rupanya tu menarik sikit bagi budak budak. Kikiki...


Selamat mencuba dan menjamu selera.

Daa

Daging bakar dalam pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Daging bakar ni shujin yang buat. Aku tukang ambik gambar je. Hihihi..

Resepinya kena tanya dia sebab aku tatau.. Hahaha.. Tapi basic je.. Daging kalau lembut empuk, bubuh dengan apa pun sedap.

Tak perlu masak lama pun. Dan sangat juicy serta lembut. Seolah olah cair dimulut..
Kalau ada bahan tambahan macam potato dan bawang besar lebih sedap ni. Aritu aku buat ayam bakar dengan kentang dan bawang, bawang tu memang sangat manis. Makan sambil pejam pejam mata.

Nak resepi? Basic je..
Bawang putih, halia, herba rosemary, garam dan juga lada hitam.

Selamat mencuba.

Daa

Jumaat

Resepi bingka labu pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Setiap hari Jumaat, Aqil bawak bekal ke sekolah. So, malam tadi aku pun sediakan makanan untuk dia bawak. Kali ni, aku buat bingka labu dengan pemanggang ajaib memandangkan oven pun tak sihat sihat lagi.


Resepinya aku ambik dari blog Yatiememories. Tapi sayangnya, hidung aku tersumbat, so tak terbau kewangian labu dan santan yang menerawang ke serata rumah. Shujin dan anak anak kata wangi dan sangat sedap. Lembut pulak tu. Cuma aku tak jumpa bijan, so takde la bebiji best tu atas dia. Huhu.. Benda bila kita cari memang tak jumpa kann.. Grr

Resepi bingka labu dengan pemanggang ajaib
Bahan bahan
2 biji telur
2 cawan santan (aku guna santan dalam tiub dan tambah air)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat (susu cair takde dalam stok, so setengah cawan susu pekat aku campur cawan air je bagi cukup 1 cawan)
1/2 cawan gula pasir (aku masuk 1/4 cawan je, susu pekat manis pun da manis, so tanak terlalu manis)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla (aku tersilap baca resepi, aku letak setengah sudu je.. haha)
2 sudu besar butter/minyak sapi (aku guna butter)
2 cawan tepung gandum
2 cawan labu direbus dan dilecek (aku guna 1/2 biji labu sedang)
Sedikit bijan (tak ada T_T)

Cara membuatnya
Campur semua bahan kecuali labu lenyek kat dalam blender dan blend sampai sebati. Tapiskan ke dalam labu lenyek. Kacau sekata.

Nak blend sekali dengan labu pun tak apa. Tapi aku ikut macam Yatie tak blend sebab suka tengok urat urat labu tu masa makan.

Dah sebati, tuang dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak dengan api kecil selama lebih kurang 20 minit. Cucuk dengan lidi untuk make sure dah masak. Tunggu sejuk baru potong.

Siapa kata takde oven tak boleh membaking kan.. Hahaha..

Daa

Selasa

Buat kiub ayam sendiri lebih sihat

Assalamualaikum

Suka gunakan kiub ayam dalam masakan? Aku pun suka jugak dulu. Sekarang ni dah taknak beli beli kiub ayam yang penuh dengab bahan tiruan tu. Jadi aku buat kiub ayam sendiri kat rumah. Sangat bagus untuk memudahkan kerja memasak. Campak je seketul dua dalam masakan. Terutamanya nak masak bubur bayi kan. Tak payah dah beli bubur segera bagai.

Caranya mudah je..Mula mula buat stok ayam. Ambil bahagian tulang ayam, atau pun beli je kaki ayam dalam 10 batang. Potong sikit bagi cedera gitu.. Ketuk halia. Boleh juga kalau nak tambah carrot supaya rasa sup lebih manis. Tambahkan seleri untuk kemasinan semula jadi. Bawang besar pun untuk bagi manis. Kemudian, rebus kaki ayam dengan api perlahan selama sejam dua. Kalau ada slow cooker, boleh set malam sampai ke pagi. Dalam 8 jam. Kalau ada pressure cooker, boleh set sejam.

Tapis semua bahan lain tadi. Dan tuangkan stok ayam tu ke dalam bekas nak buat kiub aiskrim. Bekukan. Dapat lah kiub ayam. Keluarkan kiub stok ayam tadi dalam simpan dalam bekas ziploc. Boleh buat seminggu dua satu batch.
Lagi pekat lagi bagus. Tak payah tambah garam siap siap. Boleh guna untuk buat bubur bayi segera. Guna beras yang dah disangai dan diblender jadi serbuk haritu.
Jadi ibu yang bekerja bukan alasan tak sempat nak masak kan..

Selamat mencuba.

Daa

Jumaat

Kek Coklat Moist Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum

Hah.. Pagi ni baru buat lagi kek coklat moist guna pemanggang ajaib tu. Layan..

Campur semua bahan dan kacau sebati

Masuk dalam pan pemanggang ajaib

Selepas 15 minit dengan api perlahan
Rupanya memang tak mengujakan okay. Tapi serius sangat sedap. Ditambah lagi bila diletakkan topping coklat ganache. Kalau guna oven teksturnya mesti lagi menarik dan sedap. Tak percaya cuba lah..


Selamat mencuba

Daa

Selasa

Resepi Kek Coklat Moist mudah pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Ingat lagi pemanggang ajaib ku yang berharga RM20 tu? Hihihi

Dek kerana oven rosak. Dan Mommy Fara telah bertubi tubi menyerang dengan paparan gambar roti gebu dia. Maka dengan nafsu berkobar kobar aku membaking dengan pemanggang ajaib. 

Kek coklat moist aje. Roti gebu tak dapat derr..

Penyediaannya amat mudah dan super pantas tak payah tepung kek magic segera pun. Cuma letakkan pemanggang ajaib di atas dapur.


Gaulkan semua bahan di bawah. Resepinya aku ambil dari dapur Kak Ita masam manis. Resepi ni dua adunan untuk muat satu pemanggang.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah (Versi Pemanggang Ajaib)
Bahan Bahan
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula (Dah dikurangkan. Resepi asal guna dua cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
Dua cubit garam
1 cawan minyak
2 sudu kecil cuka

Kaedah membuatnya. Gaulkan semua sekali kecuali cuka. Gaul sebati. Akhir sekali campur cuka. Kaup balik secepat mungkin dan tuang ke dalam pemanggang ajaib.

Masak selama 15 minit api paling kecik. Tengok saiz api dapur korang gak la. First time baking dalam pemanggang ajaib ni, aku bukak pada minit ke 10 untuk check dah masak ke belum, takut hangit kat bawah. Cucuk dengan lidi untuk tengok da masak ke belum. Kalau belum, tutup semula dan masak lagi 2-3 minit.

Kalau rajin, alihkan kuali ke kanan dan ke kiri supaya masak sekata. Aku kan pemalas. Ngidam nak makan pulak pukul 630 pagi hari bekerja. Sementara menyiapkan anak-anak. Aku panggang jap atas dapur. Siap sarapan pagi tak sihat untuk diorang sebab mak diorang kempunan roti lembut bakar dalam oven. Hahahaha..

Hasilnya kek tak segebu kek yang guna telur dan masak guna oven. Tapi kalau nakkan kaedah yang cepat tapi sedap. Gunakan pemanggang ajaib ni. Setengah jam siap. Dengan masa sesingkat tu, bagi aku hasilnya sangat memuaskan. Lebih lebih lagi bila ada tetamu yang last minute sampai.

Aku bawak sikit pegi opis untuk pot luck lunch. Walau pun rupanya macam tak meyakinkan, rasanya masya allah. Sedap gila lah. Makan sambil pejam pejam mata..Hahaha..

Oklah. Selamat mencuba.

Nak beli pemanggang ajaib? Kontek Cik Irfa tau. Tapi rege lain la.. Aku punya special.. Sebab tu murah. Hehehe.. 


Daa

Khamis

Sup ayam mengubat demam selesema

Assalamualaikum

Satu petua yang sangat sangat berkesan untuk yang mengidap demam selesema. Jauh lebih mujarab dari paracetamol mahu pun piriton. Hihi..

Sup ayam.. Serius..! Dan memang ada kajian kata sup ayam bagus untuk mengubati demam selesema.

Anak anak mungkin tak berselera nak makan sebab tekak terasa perit. So sup ayam adalah jawapannya.. Ada rempah ratus yang seperti kulit kayu manis sebagai antihistamine semula jadi. Bunga lawang, bunga cengkih juga mempunyai khasiat tersendiri untuk membantu mempercepatkan sembuh selesema.

Protein dari ayam juga bagus since tak boleh nak makan heavy heavy. Protein yang mencukupi penting untuk proses pemulihan badan. 

Dan rempahnya seperti bawang besar, bawang putih, halia memang dah diketahui bagus untuk combat selesema..

Jom tengok resepinya. Boleh alter untuk kesedapan tekak masing masing ya..

Sup ayam penuh khasiat
Reneh ayam dan tulang leher, kaki dan tulang temulangnya selama 1jam. Lama lagi bagus. Aku guna pressure cooker buat 45minit.

Bahan bahan
Untuk perencah
2 labu bawang besar
5-10 biji bawang putih
1-2 inci halia
Sedikit lada hitam
Ditumbuk. Nak blender pun boleh. tapi nak sedap tumbuk lah dengan lesung batu.

Tumis bahan perencah sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sekejap.

Masukkan dalam air rebusan ayam tadi. Dan kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukupnya untuk perasa.

Lagi bagus kalau masuk bahan bahan lain macam daun bawang, daun sup, celery, carrot, cauliflower dan sebagainya.. 
over sangat.. siap buat bihun sup utara.. haha

Even kalau anak tak lalu nak makan sayur dan ayamnya pun, khasiat bahan bahan tu dah masuk dalam sup. Serius sangat mujarab.

Kalau boleh buatlah sendiri, sebab kalau beli sup ayam yang dibeli tu silap silap diorang guna kiub ayam je.. Bukan original stok dari ayam..

Selamat mencuba.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com