Rabu

Resepi Mee Bandung sedap

Assalamualaikum

Hari ni aku dah start kerja. Memandangkan kat team aku cuma aku sorang je melayu dan 2 lagi indian, yang lain semua chinese. Tinggal kami bertiga je kat opis. Best gila. Senyap sunyi je. Nak tidur pun takpe. Hahaha..

Chinese New Year aku takde pergi mana-mana. Cuma shujin request nak makan mee bandung sedap air tangan isteri dia. Setelah sekian lama mengidam, aku tunaikan lah jugak walau pun mood nak memasak agak suam-suam kuku. Hehehe.

Resepi Mee Bandung sedap air tangan isteri

Bahan-bahan
Bahan-bahannya
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji ------- Ditumbuk lumat. Blender pun boleh. Aku rajin nak tumbuk
Cili kisar - cili kering, bawang besar, bawang putih, sikit kunyit hidup (guna yang ready made pun tak apa)
Sos tomato 4 sudu
Sos cili 1 sudu
Sos tiram 2 sudu
Kacang tanah segenggam ---- Di goreng, buang kulit dan ditumbuk kasar
Stok ayam semangkuk ---- Lebih pun takpe. Aku tambah 2 mangkuk air lagi
Ayam ---- Ikut suka hati
Udang ------ Lagi banyak lagi manis kuah. Tapi janganlah sampai sekilo. Hehehe..
Daging ---- Ikutlah banyak mana nak
Telur sebiji ----- untuk pekatkan kuah
Taugeh ---- Agak-agak segenggam
Sawi ----- 2-3 batang pokok
Mee yang dicelur dengan air suam

** Ada orang guna udang kering dalam bahan tumis, tapi pada aku, rasa udang segar tu memang dah jadi penyedap dalam mee bandung ni. So aku omitkan je. Kalau nak tambah boleh jugak. Guna udang kering atau udang geragau.

Bahan hiasan
Daun sup
Daun bawang
Tauhu digoreng
Limau kasturi
Cili merah besar
Telur
Bawang goreng - kalau nak buat sendiri mayang bawang merah dengan bawang putih dan goreng sampai garing

Kekdah membuatnya
(1) Tumis bawang yang ditumbuk lumat dan cili kisar sampai naik bau dan garing
(2) Masukkan stok ayam dan biarkan sampai mendidih
(3) Masukkan sos-sos,kacang tanah dan sedikit garam. Kacau sampai larut dan masukkan ayam, daging dan udang. Biarkan sampai mendidih 2-3 minit.
(4) Masukkan telur dan kacau bagi hancur. Masukkan 2 biji telur (utk hiasan) dan biarkan sebentar (bagi sampai kuning telur masak sikit)
(5) Tutup api dan masukkan sawi dan taugeh. Tutup sebentar.

Kekdah menghidang
Masukkan mee yang dah dicelur, letak telur mata untuk hiasan tu. Letak badan hiasan yang lain dan perahkan limau kasturi.

Macam ni lah rupanya...Saratttt...
Aku buat takde pedas sangat. Damia dengan Aqil pun suka sangat. Udang habis kat diorang je. Aku dapat setengah ekor. Shujin dapat dua ekor sebab dia tukang kopek kulit.

Kalau ikut exactly macam resepi kat atas ni kuahnya jadi pekat melekatttt. Aku lebihkan sikit air. Dapat makan dengan dua bungkus mee kuning tu. Buat mee bandung ni nak memasaknya tak sampai 10 minit pun, tak sempat nak berpeluh ketiak. Aku masak dengan pressure cooker - mode stir fry. Tapi nak prepare barang-barangnya tu yang leceh. Sebab kalau nak dapatkan mee bandung yang sedap dan baunya menggoda. Lebih baik buat dari scratch sendiri. Terutamanya bawang goreng tu. Memang jauh beza dari bawang goreng yang dijual. Sebab tu aku bercinta tiap kali datang request nak buat mee bandung ni.

Bukan saja saja tau. Hahahaha..

Resepinya aku dapat dari buku masakan mee.

Daa

36 comments:

sisdee berkata... [Reply]

bestnya mee bandung..haah klu ikutkan mmg pekat tapi kdg2 klu pekat sangat pun tak best gak..

tq for the resepi :)

~ yus ~ berkata... [Reply]

kalau mee bandung muar biasanya mesti ada keledek, ni takde ya...

Rai berkata... [Reply]

@sisdee, welcome :D

anak2 suka yang kurang pekat ni.. sebelum ni buat yang pekat kurang sikit diorang makan..

Rai berkata... [Reply]

@~ yus ~, eh bukan mee rebus ke yang guna keledek..? saya ikut resepi dalam buku tu..hehe.. tapi amountnya kebanyakannya saya ikut suka hati je.. hihi..

Amy Syaquena berkata... [Reply]

Amy x berapa minat sangat mee bandung..tapi bila lihat gambar tue rasa teringin plak nak makan...

Cik Ecah berkata... [Reply]

fuhhh syedappp menyelerakan mee bandung air tgn isteri hehehe....

mee bandung jadi mee banding kak ekekek..

Rai berkata... [Reply]

@Amy Syaquena, sila sila.. sesekali makan sedapp tau..

Rai berkata... [Reply]

@Cik Ecah, alamakkk..ahaha.. dah betulkan..tenkiu ya..

Cho Zila berkata... [Reply]

alamak bestnyer sarat dan padat.. memang suka ngat me bandung.. thanks boleh cuba yang gini pulak...

Mama Ema berkata... [Reply]

tak pernah buat pun..tapi rasanya tak pernah makan mee bandung ni.

Kakzakie berkata... [Reply]

Aduh Rai... mee bandung yg sarat muatan mengoda kalbu. Kalau kat kedai macam ini boleh bengkrap restoran. Tapi boleh juga kot kalau charge mahallah sikit...

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam Rai..walaupun mood suam2 kuku tapi bila dimasak dengan kasih sayang..rasanya mesti teramatlah sedap..

eB ezrin berkata... [Reply]

sdpnyer :)

gedek! berkata... [Reply]

sorang je melayu?

Whaa.. uncle pon pernah jadi minoriti 3 tahon..!

Prettywrite berkata... [Reply]

Baca resepi pun perut bulih nyanyi kak rai..sedap tak sedap penangan mee bandung..nak cuba buat tak buat2 lg..pemalas sungguh..ha ha..
Tak buat lg ke karipap kak?he3

Asmara berkata... [Reply]

wah sedap nih. lama x mkn, saya selalu pos perencah mee bandung muar. mmg sedap!

mummY daniSha berkata... [Reply]

bestnye...untung aqil n damia ibu pandai masak...aku kalau buat mee bandung,gune rencah dr muar tu hehee.tambah daging,telur...siapp!pemalas kan?hahhaaa

MULAN berkata... [Reply]

woaahhh.. tq tq... walopon byk bahan, namun pastinya lazat berzat..

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

apa saja mee berkuah buat cik ina teruja . nampak gaya ko pandai masak. bukan nampak je sedap, rasa pasti sedapkan : )

Rai berkata... [Reply]

@Cho Zila, yang ni sedap.. saya dah beberapa kali cuba.. memang laku..hehe..

Rai berkata... [Reply]

@Mama Ema, cuba lah..sedap... ada sikit macam mi udang kot..

Rai berkata... [Reply]

@Kakzakie, hahaha.. bengkrap jugak kak..tapi sebenarnya murah je bahan2 nya tu.. nak mahal pun udang kot..

Rai berkata... [Reply]

@Acik Erna, betul tu.. lagi pun orang yang nak makan pun ringan tulang nak menolong.. ok lah kan..hehe..

Rai berkata... [Reply]

@eB ezrin, pastinya..! hehehe

Rai berkata... [Reply]

@gedek!, wahh..lama jugak tu 3 tahun uncle..saya baru ni je.. team mate yang melayu pakat berenti.. hehe..

Rai berkata... [Reply]

@Prettywrite, buat karipap? hehe..malas la pulak..hujung minggu lah...

Rai berkata... [Reply]

@Asmara, sebenarnya saya tak pernah cuba perencah mi bandung muar tu..sbb husband kurang suka yang jenis perencah segera.. leceh sikit la..

Rai berkata... [Reply]

@mummY daniSha, masak ikut resepi..mau tak pandai..hahaha..

Rai berkata... [Reply]

@MULAN, sedappp...! wajib cuba..

Rai berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, ehehe..pandai je cik ina main teka2 macam tu..hahaha.. saya tak pernah cuba resepi lain..tapi yg ni memang sedap..kata suami saya lah..

Munnafendy berkata... [Reply]

akak kito sama la, sy pun sorg je melayu kat opis, tp smpai skg still cuti lagi =)

btul,buat bwg goreng sndri lg sedap.yg beli kat kdai tu diorang masak cmpur straw nk kasi keras n tahan lama. (pernah dgr tak cite ni?)

Rai berkata... [Reply]

@Munnafendy, wahh..dapat cuti free ke..untunglah..hehe..akak kena keja.. bekap team..huhu..

pernah dengar..tapi ngarut je lah.. kan ke bila makan tu tau plastik ke tidak..hehe..apa pun buat sendiri lagi sedap..wangiii

Deqna berkata... [Reply]

wow! memang sarat mee bandung tuh... puas lah mkn, kalau beli tak dapat camtu punya.... saya pun suka mee bandung jugak.. hari tu MIL ada ajar camne nak buat... dah try.. oklah menjadi... ermmm sedap

Anamarza berkata... [Reply]

Tak pernah makan lg mee bandung, slalu masak mee goreng je :)

Rai berkata... [Reply]

@Deqna, nak membuatnya renyah sikit..tapi puas hati kan..

Rai berkata... [Reply]

@Anamarza, cuba lah..sedap.. saya pun jarang buat..sebab leceh.. hehe..

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com