Memaparkan catatan dengan label Mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mudah. Papar semua catatan

Khamis

Sarapan pagi : Pisang goreng berkeju coklat

Assalamualaikum

Honestly.. Aku tak begitu teruja mendengar pasal pisang goreng berkeju letak coklat sebelum ni. Takde la sampai beria mencari yang sedap. Tapi semalam pergi ke pasar malam, Aisy terkam pisang dulu. Balik tu dia makan pisang dengan penuh berselera. So aku teringat ada cheddar cheese baki buat lasagna aritu dengan sos coklat.

Pagi ni dengan gigihnya bangun awal sikit buat pisang goreng. Tepung untuk goreng aku dah bancuh siap siap malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Hehehe.. Tak banyak pun yang digoreng. Jadi la buat alas perut kami pagi tadi. Ni dah lapo balik tengok gambar.. Hahaha..


Pisang goreng cheese bercoklat
Mungkin sebab pisangnya dah sejuk sikit, so cheese nya tak berapa nak cair. Aku ingat nak pop masuk oven kejap. Tapi masa kurang mengizinkan. Layankan je. Aisy dengan kakak suka. Aqil biasa biasa je. Mamat tu memang kurang sikit makan pagi pagi buta. Enjin belum panas lagi.

Aku suka tang rasa lemak pisang, masin cheese dan manis manis sos coklat tu.. Aku kan hantu coklat. Hihi..

Korang breakfast apa pagi ni..?

Daa

Selasa

Resepi Kek Coklat Moist mudah pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Ingat lagi pemanggang ajaib ku yang berharga RM20 tu? Hihihi

Dek kerana oven rosak. Dan Mommy Fara telah bertubi tubi menyerang dengan paparan gambar roti gebu dia. Maka dengan nafsu berkobar kobar aku membaking dengan pemanggang ajaib. 

Kek coklat moist aje. Roti gebu tak dapat derr..

Penyediaannya amat mudah dan super pantas tak payah tepung kek magic segera pun. Cuma letakkan pemanggang ajaib di atas dapur.


Gaulkan semua bahan di bawah. Resepinya aku ambil dari dapur Kak Ita masam manis. Resepi ni dua adunan untuk muat satu pemanggang.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah (Versi Pemanggang Ajaib)
Bahan Bahan
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula (Dah dikurangkan. Resepi asal guna dua cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
Dua cubit garam
1 cawan minyak
2 sudu kecil cuka

Kaedah membuatnya. Gaulkan semua sekali kecuali cuka. Gaul sebati. Akhir sekali campur cuka. Kaup balik secepat mungkin dan tuang ke dalam pemanggang ajaib.

Masak selama 15 minit api paling kecik. Tengok saiz api dapur korang gak la. First time baking dalam pemanggang ajaib ni, aku bukak pada minit ke 10 untuk check dah masak ke belum, takut hangit kat bawah. Cucuk dengan lidi untuk tengok da masak ke belum. Kalau belum, tutup semula dan masak lagi 2-3 minit.

Kalau rajin, alihkan kuali ke kanan dan ke kiri supaya masak sekata. Aku kan pemalas. Ngidam nak makan pulak pukul 630 pagi hari bekerja. Sementara menyiapkan anak-anak. Aku panggang jap atas dapur. Siap sarapan pagi tak sihat untuk diorang sebab mak diorang kempunan roti lembut bakar dalam oven. Hahahaha..

Hasilnya kek tak segebu kek yang guna telur dan masak guna oven. Tapi kalau nakkan kaedah yang cepat tapi sedap. Gunakan pemanggang ajaib ni. Setengah jam siap. Dengan masa sesingkat tu, bagi aku hasilnya sangat memuaskan. Lebih lebih lagi bila ada tetamu yang last minute sampai.

Aku bawak sikit pegi opis untuk pot luck lunch. Walau pun rupanya macam tak meyakinkan, rasanya masya allah. Sedap gila lah. Makan sambil pejam pejam mata..Hahaha..

Oklah. Selamat mencuba.

Nak beli pemanggang ajaib? Kontek Cik Irfa tau. Tapi rege lain la.. Aku punya special.. Sebab tu murah. Hehehe.. 


Daa

Jumaat

Resepi kare pan yang rangup dan gebu

Assalamualaikum

Kare pan (カレーパン) adalah sejenis roti kari. Kare - kari, pan - roti. First time aku jumpa masa belajar kat Jepun dulu. Ianya adalah sejenis roti yang digoreng bersalut dengan serbuk roti dan berintikan kari. Karinya agak pekat. Terasa kekariannya, tapi kari Jepun tak pedas macam kari di sini. Rotinya sedikit masin dan manis. Memang sedap. 


Kat Malaysia da semakin banyak kedai roti dengan konsep Jepun. So, tak susah sebenarnya nak dapatkan roti ni. Cuma aku agak 3G - gatal gedik gomol (?) hahaha... nak buat sendiri..


Roti belum goreng
Resepinya aku ubahsuai resepi roti paun je. Sebab masa ngidam tu dah malam. Aku malas nak browse pilih pilih resepi. Tapi alhamdulillah. Makan masa sarapan pagi tu memang sedap gila. Aku pun tatau kenapa. Dah sejuk pun masih lembut tau.

Resepi kare pan yang rangup diluar dan gebu lembut
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu suam (aku pakai susu tepung full cream yang dibancuh dengan air suam je)
2 sudu besar gula
Setengah peket yis yg mauripan tu
1 biji telur
2 sudu besar minyak makan atau mentega cair (aku guna minyak je)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
(Bread improver dengan softener tu boleh je tanak letak. Aku letak sebab nak habiskan stok kat rumah.hihi)
1 sudu kecil garam

Bahan inti
Aku guna inti karipap kentang je

Bahan menyalut
Sebiji telur
Tepung gandum
Serbuk roti

Cara membuatnya
Bancuh yis dengan 1/4 susu suam dalam mangkuk besar. Biarkan 10 minit atau hingga keluar buih buih. Kemudian masukkan baki susu, telur, minyak dan gula. Campurkan tepung, garam, bread improver dan softener dalam bekas berasingan. Gaul rata. Campurkan bahan kering ke dalam mangkuk yis tadi. Kalau nak mudah, masuk separuh dan kacau dengan sudu sampai sebati. Masukkan separuh lagi sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan. Kalau melekat jugak. Tambah tepung sikit.


Uli doh sampai licin. Masuk dalam mangkuk yang dah sapu dengan minyak. Tutup dengan towel lembab dan biarkan sejam atau sampai doh naik 2 kali ganda.

Tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan anginnya. Bentukkan bulat bulat ikut saiz yang dikehendaki. Leperkan doh dan masukkan inti kari kentang dalam tu. Nak sedap karinya bagi lebih sikit. Letak daging pun sodap. Masukkan inti dalam semua doh. Tutup dan biarkan 10-15 minit. Atau sampai adunan naik 2 kali ganda pulak.

Nak sediakan salutan serbuk rotinya pulak. Letak tepung gandum, telur dan serbuk roti dalam bekas berasingan. Golekkan doh tadi ke dalam tepung gandum kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Gorengkan dalam minyak yang panas sampai warna keemasan.

Nota : Doh jangan terlalu tebal sebab takut tak masak kat dalam. Terutamanya bahagian doh yang dekat dengan inti tu.



Tapi resepi aku tak follow link kat atas tu. Next time aku try yang tu. Ada masa nanti aku buat versi bahasa melayu ya.

Daa

Rabu

Scam di Mudah.my?

Assalamualaikum

Lens yang aku kata dah jual dalam entry lalu tu sebenarnya aku iklankan kat Mudah.my. Sejajar dengan namanya yang mudah. Memang mudah. Lepas publish berpusu pusu yang sms tanya. Mostly tanya nak kurang harga lah. So aku memang prepare letak harga tinggi sikit. Hehehe..

Ada 2-3 orang yang email. Yang email tu pelik sikit sebab belum apa apa dah mintak bank account aku.
Aku pelik. Diorang ni nak trick aku untuk dapatkan no akaun bank aku ke? Yang herannya. Dialognya lebih kurang sama. Nak transfer duit secepat mungkin. Aku dah kata aku dah jual pun mintak bank details. Kan ke menakutkan tu.

Dah la email id nya pun tak macam manusia biasa. Ye la. Kita kan manusia normal letak email id ikut kita punya nick ke panggilan ke. Ini tak macam orang tempatan pun. Entah eh. Aku tak kata dia ni penipu. Ragu je.

Anyway.. Aku memang tak bagi lah. Sebab aku prefer nak bagi by hand je lens tu. Kira cash on delivery lah.

Macam macam gaya orang nak scam zaman sekarang ni. Kadang kadang kekdahnya tak terfikir dek otak kita kan. Scary!

Korang pernah mengiklan kat mudah.my?

Daa

Selasa

Syyy.. Ini rahsia..Dodol express

Bahan-bahannya

Proses mengacau dodol

Taraaaa..dodol panass
Percaya tak aku kacau dodol tu tak sampai 10 minit..New discovery buat aku. Haha..Lepas ni nak cuba buat serunding daging pulak..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com