Selasa

Takoyaki party di malam hari *updated*

Assalamualaikum
Ingat tak minggu lepas aku post pasal takoyaki pan yang baru beli tu..

Punya lah seronok kan.. Anak-anak tak pernah makan takoyaki or penah. Tapi diorang pun tak ingat sebab aku rasa amat tak berbaloi takoyaki yang dijual dengan harganya. Huhu. Maaf la ibu korang kedekut..

So, puncanya semalam aku malas masak. Jadilah takoyaki party~~



 Semua orang eksaited termasuk aku. Sorang satu pegang chopstick untuk terbalikkan takoyaki. Hahaha..

Resepi Takoyaki
Bahan-bahan batter
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung atau 1 sudu besar katakuriko
1 sudu kecil serbuk dashi (ada orang guna kiub ayam dan sebagainya.. tapi aku guna konbu dashi)
2 biji telur
3 sudu besar kicap jepun (shoyu brand kikkoman)
2 cawan air 

Bahan inti
Octopus potong bite size (aku pakai tako slice untuk sushi. Kalau tak jumpa boleh je nak ganti dengan benda lain.. ikut kreativiti)
Kobis dicincang halus
Daun bawang dicincang halus
Agedama @ tenkasu (tepung rangup rangup bulat kecik-kecik tu.. aku tak beli.. nak buat malas tak sempat.. tapi next time nak guna)
Beni syouga (halia jeruk warna merah.. pun aku tak masukkan kali ni)

Bahan topping
Bulldog sauce (Ganti takoyaki sauce)
Mayonis (Sedap kalau guna kewpie)
Aonori (sejenis seaweed halus halus, bukan yang buat balut sushi/onigiri tu tau)
Katsuo bushi (ikan katsuo yang diketam nipis)

Cara membuatnya
Campur semua bahan batter dan kacau sebati. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan 30 minit. Sementara tu sediakan bahan lain.

  Cara masak takoyaki
Panaskan pan takoyaki. Letak minyak. Nak bagi garing garing golden gitu letak lebih sikit. Tapi jangan sampai penuh. Agak agak 1/3 dari tnggi acuan gitu. Bila dah panas, tuang batter ke dalam acuan. Tuang separuh je. Masukkan bahan inti secukup rasa. Tuang batter sampai penuh. Terlebih lebih pun tak apa. 



Gunakan chopstick atau lidi satay untuk tolak tolak bebola tu. Part ni tricky sikit sebab tak boleh tunggu sampai masak terus tepung tu. Nanti batter tak mengalir bila kita pusingkan bebola. So nampak bentuk separuh bulat atau bentuk yang tah apa apa. Paling elok tengok kat youtube cara nak buatnya. Adunan tu kena tolak sikit sikit supaya tepung yang belum masak akan mengalir sikit demi sikit membentuk bulat. Perlukan sedikit latihan la.

Aku pun batch kedua ketiga baru nampak ghope bulat bulat. Kalau tak sebek je. Hahaha..







Bila permukaan bebola semua dah kekuningan. Boleh angkat dan letak topping. Sapukan sos bulldog atau takoyaki sauce. Lepas tu tabur katsuo bushi (bonito flakes). Tuang mayonis dan taburkan aonori. Sebenarnya nak tabur mana dulu pun takpe. Cuma aku suka gaya gini untuk nampak cantik. Hahaha..

Semalam buat dua adunan. So dapat 4 batch (4x18=72 biji). Untuk makan 5 beranak. Lepas makan Damia dengan Aqil tertidur kekenyangan. Kehkehkeh.. Puas hati..


Takoyaki ni luarnya agak agak kegaringan gitu, dalamnya lembut macam ala ala juicy. Tak keras cam cekodok tau. Kalau suka, boleh tambah cheese jugak. Mungkin sedap. Aku dah tak ingat rasa takoyaki letak cheese. 

Selamat mencuba..

Daa

39 comments:

Irfa berkata... [Reply]

benda yg tabur cam kulit bawang tu aku suka ;)

Aziela berkata... [Reply]

Baaruuu nak tanya pasal gambar...

Ayu azmir berkata... [Reply]

tak sabar pulak nak tengok gambar

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, beli kat pasar malam, 5 keping rm5. serius tak sedap! nyesal beli kot. haha kak rai buh la gambar takoyaki tu. nak tengok rupa dia.. hihiii banyak gila masak.. lain kali pos hantar rumah sheila ye ;p

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata... [Reply]

Tak dpt nak bayangkan rupa takoyaki Rai.. cer post gambar satu ;)

t.a.t.a berkata... [Reply]

Haha, aku baru nak kutuk. Cerita bukan main panjang tapi gambar takdok. Seb kau tulis nota kaki itu.

Hahaha.

msredcheesecake berkata... [Reply]

thanks ingatkan hadis dhaif tu... :)

Amanda Suria berkata... [Reply]

baru nak tanya pasal gambar...huhu..xper2 SA tunggu...

Hafiz Azmi berkata... [Reply]

takoooooo... hehe... baru la tau apa resipi nye.. bestnyee... pas ni leh datang umah zai utk p makan... yey...

t.a.t.a berkata... [Reply]

@t.a.t.a
Nampak sedap. Rai, tekak Jawa masuk tak Rai?

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@t.a.t.a,aku consider diri aku tekak jawa.. sedapp.. haha..

GaRy™ berkata... [Reply]

perghhhh.... tengok pun dah tau sedap... kena try ni... :)

misz sheyla berkata... [Reply]

aaaaa....sedapnye......tak rajin pulak nk buat sendiri

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

saya pnh mkn tp yg beli... hebat betoi la rai ni.. mcm2 resepi camgini rai tau

adianiez AIDA berkata... [Reply]

alolololo sgt la best!!!
takoyaki in the house :-)

Uni Aqilah berkata... [Reply]

Mcm sedap. Hehehee

Juno Rocket berkata... [Reply]

Omo~ *mata berkaca

nomnomnom

Irfa berkata... [Reply]

rai sedapnya
bawak dtg umah aku boleh?

Myra Jay berkata... [Reply]

Tak pernah makan takoyaki ni lagi.. hari tu tengok member makan macam tak rasa nak try.. tp sekarang macam nak cari je :)

adrianna syaz berkata... [Reply]

Sya mau takoyaki..sgt best..letak byk2 bonito flakes tu..sgt hebat..waa..lapaq...rai..

anyss berkata... [Reply]

Assalamualaikum,
sebenarnya...daku tak pernah makan benda alah ni, silalah pos 1 pinggan untuk rasa ya

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Yummy....semua bahan dr jepun?wahh...rietta biasa makan kayaball jerr la bentuk cmtu...hehehe...

anamizu berkata... [Reply]

salam kak rai. waduhhhh sodapnye !
slalunye p beli kat jusco aeon je.
dok tgk gak kat fesbuk ade yg post
buat takoyaki sndiri camni..
sedapnye ! blh mkn smpai puas yummy!

Mak Wardah berkata... [Reply]

Mak kedekut yg baik...lagi lazat mak buat sendiri. Nanti mak wardah yang bakhilpun akan ikut rai jugak.

Mak Wardah berkata... [Reply]

Mak kedekut yg baik...lagi lazat mak buat sendiri. Nanti mak wardah yang bakhilpun akan ikut rai jugak.

Mar Mansor berkata... [Reply]

pandainya rai & rajin sesangat..
sebenarnye banyak bahan2 yang saya tak paham..T__T

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, waduhhh gambar dah keluar. buat sheila kecur air liur. makan panas2 sedap ni. hee singgah menabung whisper sini ~~~

Eye_nee berkata... [Reply]

pandainya ko masak Rai...akk kalau mcm ada step by step tu..bahan batter dah tu bahan inti bahan topping pulak.....alamatnya ke Jusco la destinasinya nk mkn Takoyaki ni..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

wah.memang puas le mkn anak beranak kan sbb buat sendiri :)

skali pandang mcm buat kuih cara berlauk pulak.hihi..
kalau buat takoyaki guan acuan kuih cara boleh tak?

Kesuma Angsana berkata... [Reply]

serius nampak sedap sgt ni rai hehehe

Mas Zull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...kalau buat sendiri dpt byk n mmg puas makannya...:)

CikLily Putih berkata... [Reply]

sedapppppnye... anto kat umah sket ek

Kakzakie berkata... [Reply]

Kena gigih Rai nak buat ni. Kakak nak cari bahan yg Rai list itu pun boleh jumpa entah tak.

Beli yg dah siap ajelah jawabnya..

❤Kamsiah❤ berkata... [Reply]

puas hati bila buat sendiri..makan semahunya...

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Rai...sedapnya. Klo beli tak puas mkn. Pastu mahal. AMik order tak...hehehe...

Ema Johari berkata... [Reply]

puas hati masak sendiri sambil anak-anak pun sibuk nak tolong sekali.

Sweetalk2u berkata... [Reply]

ajar cner nk buat agedama? kt kl ni mna ada jual Dashi Powder?

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Sweetalk2u, agedama tu boleh buat dengan bancuhan tepung tempura.. titis2 dalam minyak panas macam nak goreng cucur..tapi buat titik2 je supaya tak jadi cucur..

konbu dashi ada jual kat aeon atau kedai 100yen.. rasanya sesetengah daiso ada jugak jual. satu peket ada 12 stick.. dalam 5-6ringgit je..

Sha My heart berkata... [Reply]

nampak sedaplah. Rasa nak makan masa ni juga.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com