Memaparkan catatan dengan label Resepi Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kek. Papar semua catatan

Selasa

Resepi Kek Coklat Moist mudah pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Ingat lagi pemanggang ajaib ku yang berharga RM20 tu? Hihihi

Dek kerana oven rosak. Dan Mommy Fara telah bertubi tubi menyerang dengan paparan gambar roti gebu dia. Maka dengan nafsu berkobar kobar aku membaking dengan pemanggang ajaib. 

Kek coklat moist aje. Roti gebu tak dapat derr..

Penyediaannya amat mudah dan super pantas tak payah tepung kek magic segera pun. Cuma letakkan pemanggang ajaib di atas dapur.


Gaulkan semua bahan di bawah. Resepinya aku ambil dari dapur Kak Ita masam manis. Resepi ni dua adunan untuk muat satu pemanggang.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah (Versi Pemanggang Ajaib)
Bahan Bahan
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula (Dah dikurangkan. Resepi asal guna dua cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
Dua cubit garam
1 cawan minyak
2 sudu kecil cuka

Kaedah membuatnya. Gaulkan semua sekali kecuali cuka. Gaul sebati. Akhir sekali campur cuka. Kaup balik secepat mungkin dan tuang ke dalam pemanggang ajaib.

Masak selama 15 minit api paling kecik. Tengok saiz api dapur korang gak la. First time baking dalam pemanggang ajaib ni, aku bukak pada minit ke 10 untuk check dah masak ke belum, takut hangit kat bawah. Cucuk dengan lidi untuk tengok da masak ke belum. Kalau belum, tutup semula dan masak lagi 2-3 minit.

Kalau rajin, alihkan kuali ke kanan dan ke kiri supaya masak sekata. Aku kan pemalas. Ngidam nak makan pulak pukul 630 pagi hari bekerja. Sementara menyiapkan anak-anak. Aku panggang jap atas dapur. Siap sarapan pagi tak sihat untuk diorang sebab mak diorang kempunan roti lembut bakar dalam oven. Hahahaha..

Hasilnya kek tak segebu kek yang guna telur dan masak guna oven. Tapi kalau nakkan kaedah yang cepat tapi sedap. Gunakan pemanggang ajaib ni. Setengah jam siap. Dengan masa sesingkat tu, bagi aku hasilnya sangat memuaskan. Lebih lebih lagi bila ada tetamu yang last minute sampai.

Aku bawak sikit pegi opis untuk pot luck lunch. Walau pun rupanya macam tak meyakinkan, rasanya masya allah. Sedap gila lah. Makan sambil pejam pejam mata..Hahaha..

Oklah. Selamat mencuba.

Nak beli pemanggang ajaib? Kontek Cik Irfa tau. Tapi rege lain la.. Aku punya special.. Sebab tu murah. Hehehe.. 


Daa

Jumaat

Resepi red velvet cupcake cheese meleleh

Assalamualaikum

Yaa.. Hari Jumaat yang mulia ni kita share resepi je. Boleh orang copy dan buat masa weekend kan. Hehehe... Red velvet cheese meleleh ni aku jual masa flea market hari Isnin aritu.

Aku gunakan resepi red velvet cup cake dari Joy of Baking
Serius sedap gila.. Seperti cair dimulut teksturnya. Haha.. 

Resepi red velvet cupcake cheese meleleh

Bahan red velvet cupcake
125gram tepung kek yang telah diayak
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
57gram unsalted butter (suhu bilik) - 1/4 cawan
150gram gula
1 telur size A
1/2 sudu kecil esen vanilla
120ml buttermilk (aku buat guna 1/2 cawan susu+3sudu kecil jus lemon)
1 sudu besar warna merah (cecair)
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking soda

Cara membuatnya
** Cara membuatnya agak berperingkat, so fahamkan betul betul sebelum start membancuh ya..
Campurkan tepung kek, baking powder, garam dan serbuk koko dalam satu bekas besar. Ayakkan

Dalam satu bekas lain, pukul butter sampai lembut selama 2minit. Tambah gula dan pukul lagi sampai nampak ringan dan gebu (lebih kurang 3 minit). Tambah telur dan pukul sampai sebati. scrape yang bahagian tepi mangkuk jugak dan tambah esen vanilla. Pukul sebati.

Dalam satu mangkuk lain pulak. Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

Gunakan mixer pada kelajuan rendah. Masukkan campuran tepung dengan buttermilk secara berselang seli. Mula dan berakhir dengan tepung. Maksudnya, tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung. Gitu la. Kalau ikut resepi joyofbaking ni, dia suruh buat tiga batch. Aku main agak agak je. Hehehe..

Dalam satu mangkuk kecik. Campurkan cuka dengan baking soda. Sementara berbuih tu, campur dalam adunan tepung tadi. Kaup balik dengan spatula atau senduk kayu.

Lepas tu terus masukkan dalam cup. Dalam setengah cup je tau.

Bakar dalam oven pada 175 darjah, selama 20minit. Cucuk ngan lidi dulu sebelum keluarkan. Kalau lidi keluar bersih baru sejukkan dan letakkan topping cheese meleleh. 

Topping cheese meleleh
Topping ni aku adapt dari resepi Wani DJhotFM
tapi aku ubahsuai pandai pandai sendiri aku. Dan aku guna separuh dari creamcheese je sebab tak banyak pun kan..

Bahan bahan
Cream cheese 125gram
Beberapa sudu besar susu pekat manis
50ml whipping cream
Beberapa sudu besar susu segar

Cara membuatnya
Campurkan semuanya dan pukul sampai sebati.Seriously.. Aku main agak je ikut rasa yang sedap bagi aku. Kalau nak betul betul ikut resepi.. Boleh check kat blog Wani. Hihi..

Taburkan cheese yang diparut kat atasnya.

Selamat mencuba.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com