Assalamualaikum
Hari ni nak share resepi Lasagna yang sangat mudah. Lasagna ni makanan paberet shujin. Sebenarnya shujin bukan jenis suka makanan western atau italian. Tapi lasagna ni memang dia suka sangat. Nak beli tak puas makan. So buat lah sendiri.
Bukan susah pun sebenarnya.
Resepi lasagna sangat mudah sebenarnya. Cumanya leceh sikit dari segi banyak benda nak prepare tu la. Ia guna dua jenis sos. Sos daging (seafood, ayam pun boleh) dengan sos keju.
Sos daging tu boleh buat macam sos spagetti.
Tumiskan bawang holland yang dipotong dadu sampai naik bau. Bila dah naik bau tu boleh masukkan daging kisar dan kacau sampai agak agak kering. Kacau dari masa ke semasa supaya daging tak bergumpal.
Masukkan tomato puri. Boleh letak carrot, tomato, cendawan, capsicum dan sebagainya.
Garam dan pepper secukup rasa. Tambah setin air. Ni gunanya untuk bagi kulit lasagna lembut masa bakar.
Cara buat sos keju pulak lagi mudah. Dua tiga sudu butter. Marjerin pun boleh. Bila dah cair, masukkan tepung gandum dua tiga sudu. Kacau rata supaya tak hangus.
Masukkan susu segar. Kacau sampai sebati. Ia akan jadi creamy gitu. Akhir sekali masukkan keju. Aku parutkan keju mozarella dengan cheddar. Agak agak sampai likat. Tutup api dan dah sedia untuk disusun.
Kami biasanya gunakan kulit lasagna jenama san reno. Kotak yang warna merah tu. Instant. So tak payah nak rebus dulu. Bila sos dah siap, just susun kulitnya dalam bekas, tuangkan sos daging dan keju berselang seli. Kulit-sos daging-sos keju. Buat 3-4lapis gitu. Lapisan atas sekali tu sos keju lepas tu tabur parutan keju. Kami parut mozarella, cheddar dan parmesan.
Make sure yang kulit lasagna tu terendam dalam sos sepenuhnya. Sebab tu tambah air sikit masa buat sos tu. Dah siap susun. Just bakar dalam preheated oven suhu 180darjah celcius selama 40minit.
Bila dah masak. Keluarkan dari oven dan biar 5minit sebelum dipotong.
Memang puas makan kami berlima. Anak anak pun suka. Ye lah. Kalau makan kat kedai tu dah la mahal. Dapat sikit je. Jenis bebudak ni suka mengulang makan. So memang berbaloi buat sendiri.
Bagi yang suka pasta, boleh la cuba buat lasagna. Memang tak nyesal.
Daa
Hari ni nak share resepi Lasagna yang sangat mudah. Lasagna ni makanan paberet shujin. Sebenarnya shujin bukan jenis suka makanan western atau italian. Tapi lasagna ni memang dia suka sangat. Nak beli tak puas makan. So buat lah sendiri.
Bukan susah pun sebenarnya.
model lasagna dan fresh orange |
Sos daging tu boleh buat macam sos spagetti.
Tumiskan bawang holland yang dipotong dadu sampai naik bau. Bila dah naik bau tu boleh masukkan daging kisar dan kacau sampai agak agak kering. Kacau dari masa ke semasa supaya daging tak bergumpal.
Masukkan tomato puri. Boleh letak carrot, tomato, cendawan, capsicum dan sebagainya.
Garam dan pepper secukup rasa. Tambah setin air. Ni gunanya untuk bagi kulit lasagna lembut masa bakar.
Cara buat sos keju pulak lagi mudah. Dua tiga sudu butter. Marjerin pun boleh. Bila dah cair, masukkan tepung gandum dua tiga sudu. Kacau rata supaya tak hangus.
Masukkan susu segar. Kacau sampai sebati. Ia akan jadi creamy gitu. Akhir sekali masukkan keju. Aku parutkan keju mozarella dengan cheddar. Agak agak sampai likat. Tutup api dan dah sedia untuk disusun.
Kami biasanya gunakan kulit lasagna jenama san reno. Kotak yang warna merah tu. Instant. So tak payah nak rebus dulu. Bila sos dah siap, just susun kulitnya dalam bekas, tuangkan sos daging dan keju berselang seli. Kulit-sos daging-sos keju. Buat 3-4lapis gitu. Lapisan atas sekali tu sos keju lepas tu tabur parutan keju. Kami parut mozarella, cheddar dan parmesan.
Make sure yang kulit lasagna tu terendam dalam sos sepenuhnya. Sebab tu tambah air sikit masa buat sos tu. Dah siap susun. Just bakar dalam preheated oven suhu 180darjah celcius selama 40minit.
Bila dah masak. Keluarkan dari oven dan biar 5minit sebelum dipotong.
Sedap dimakan panas panas di ketika kejunya masih bertali tali.. |
Bagi yang suka pasta, boleh la cuba buat lasagna. Memang tak nyesal.
Daa
21 comments:
boleh cuba nih
makan kat kedai mahal kot
bestnyeee lasagna, menggiurkan, nak wat sendiri malas, ehhehehe
Selagi x beli noxxa breadmaker...sampai sudah aku x buat mende yg kena bake ni...hahaha..
Sedap!!! Terbaek!!!!
sedapnya
Puas makan Rai.. hadap jer anak beranak makan dalam dulang tu jer.. memang bersenang lenang punya kerja kan :)
Apa2 mknnan yg mahal kan Rai buat sendiri jer baru puas mknnya..kalau beli kesian tgk anak2 terkulat2 nak makan...silap2 kita punya portion pun anak makan..kita pulak yg terkulat-kulat tak dapat mkan...
selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-)
Tetiba tertelan air liur...da lama teringin nak buatnya...x juga terbuat buat...beli kat luar mmg mahal pun...nak mknnya ada 6 mulot..huhuhu...
sedapnya lasagna..
Kakak pun suka guna san remo punya. Sebab kalau yg jenis yg kena rebus dulu leceh...
Yummy...boleh cuba nie....rietta dah lamer teringi nk buat lagsana.,,
nampak sedap nk nk time.cheese ngah panas bokeh tarik tarik
terus rasa nak buat utk dinner nanti. Kulitnya ada tu, penah buat sekali je.
Thanks Rai...anak2 akak suka ni....
Assalamualaikum kak rai. walaaahhhh bertali-tali air liur ni meleleh tengok lasagna. ahhahaha
Aku save dulu..kena baca betul2 instruction..bab2 masak ni selalu failDAH. patut ko ambil gmbr step by step kat aku ni..
xpelah..nanti aku buat..aku ambil step2 by step..boleh gitu..hi
betul resepi Rai senang ja bila baca.. model cantik tu duk tunggu nak ngap tu, nampak juicy sedap,;yang bertali tu yang mengiurkan..
Sya sekeluarga pun suka sgt lasagna.. Tp xpnh buat sndri lg sbb kat muadzam ni ssh nak dpt bahan2.. Tgk akk buat ni jd teringin la plknya..
Sedapnya. Tak pernah try lagi buat lasagna nih.
uii... nampak sedap, mama belum pernah cuba buat lagi ni..
Catat Ulasan