Isnin

Resepi mudah makanan bayi

Assalamualaikum

Memasak untuk bayi adalah paling mudah bagi aku. Tinggal rajin ngan malas je. Tak payah fikir nak bagi cukup garam gula rempah bagai pun.

Tengok budak ni. Semangat je nak makan. Haha..

Aisy start makan bila cukup 6 bulan. Bagi aku perkara paling susah adalah nak mengelak dari orang yang nak bagi "cuba rasa" macam macam makanan yang tak sesuai dengan umurnya.

Mula mula start makan, aku start dengan puri buah dan sayuran. Carrot, pisang, pear, labu, mangga.. Bila da lapan bulan baru aku start yogurt dan bubur nasi. Nak buat bubur nasi hari hari agak leceh kan. Unless kalau guna slow cooker. Malam masuk dalam slow cooker. Pagi dah siap.

Tapi aku tak rajin sangat jugak. So, weekend, aku basuh beras.. Sangai sampai kering dengan api perlahan. Untuk elak dari beras hangit, pastikan sentiasa kacau dengan sudip. Blender kering. Jadi beras untuk bubur instant. Hehe..


Simpan dalam bekas. Bila nak guna, ambil sesudu. Mula mula aku bagi nasi semata mata. Gradually tambah sayur dalam tu. Sekarang aku letak bebola ayam buat sendiri nak bagi ada rasa ayam. Bawang putih dan beberapa biji habbatus sauda.


Yang ni aku letak wakame (seaweed jepun) yang dipotong kecik kecik.

Makan je dak kecik tu. Alhamdulillah so far aku slowly introduce pada makanan dan belum pernah kena sembelit. Aqil dengan Damia dulu pernah gak kena. Harap harap dia terus ok.

Hmm.. Nak beli cauliflower pulak nanti..

Peringatan : Makanan bayi bawah umur setahun tak perlu letak garam dan gula.

Daa

9 comments:

BERT berkata... [Reply]

ohhh baiklah... sy slumber je letak garam nak bagi perisa.. alahaii tanak buat lagilah huhu

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Oh...gitu ye...bru tau...slalu msak bubur bole kata hari2...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

sedapnya tengok Aisy makan....suka dia

lieyalatif berkata... [Reply]

alahai rindu plak zaman buat baby food nieh....lieyapun dulu gitu rai...mase mia dulu takde ilmu pasal penyediaan makanan baby sgt so main hentam ajek.....tapi mase dayyan seronok buat sbb dpt tips dan resepi2 yg best...kat fb ade group baby solid foods kan...sonok belajar dari situ....

mmg berkhasiat betul porridge aisy tuh...mcm2 ade hah...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Betul jgn bubuh gula/garam pada bubur baby. Lagi dia tak suka kalau ada rasa ini semua...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

yup betul tu, lebih kurang cara KA Juga dulu2

JunAina berkata... [Reply]

Alahai rasa rindu je nak ada baby lagi. Dulu2 paling2 pun bubur nasi jelah yg bagi anak makan campur ayam, sayaur dak pun ikan bilis. Pure bagai tu tak reti.

Unknown berkata... [Reply]

dah takde zaman buat bubur ni..adik ammar dah start makan nasik macam kami sekeluarga..hihi..

time rajin buat jugak moi utk bebdk ni..habis makan camtu jgk..haha..

mshazadoes berkata... [Reply]

akk macam ne nk wat habbatus sauda tue?rendam jek ker@terus bubuh kt nasi tu?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com