Memaparkan catatan dengan label Pemanggang Ajaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemanggang Ajaib. Papar semua catatan

Isnin

Daging bakar dalam pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Daging bakar ni shujin yang buat. Aku tukang ambik gambar je. Hihihi..

Resepinya kena tanya dia sebab aku tatau.. Hahaha.. Tapi basic je.. Daging kalau lembut empuk, bubuh dengan apa pun sedap.

Tak perlu masak lama pun. Dan sangat juicy serta lembut. Seolah olah cair dimulut..
Kalau ada bahan tambahan macam potato dan bawang besar lebih sedap ni. Aritu aku buat ayam bakar dengan kentang dan bawang, bawang tu memang sangat manis. Makan sambil pejam pejam mata.

Nak resepi? Basic je..
Bawang putih, halia, herba rosemary, garam dan juga lada hitam.

Selamat mencuba.

Daa

Jumaat

Resepi bingka labu pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Setiap hari Jumaat, Aqil bawak bekal ke sekolah. So, malam tadi aku pun sediakan makanan untuk dia bawak. Kali ni, aku buat bingka labu dengan pemanggang ajaib memandangkan oven pun tak sihat sihat lagi.


Resepinya aku ambik dari blog Yatiememories. Tapi sayangnya, hidung aku tersumbat, so tak terbau kewangian labu dan santan yang menerawang ke serata rumah. Shujin dan anak anak kata wangi dan sangat sedap. Lembut pulak tu. Cuma aku tak jumpa bijan, so takde la bebiji best tu atas dia. Huhu.. Benda bila kita cari memang tak jumpa kann.. Grr

Resepi bingka labu dengan pemanggang ajaib
Bahan bahan
2 biji telur
2 cawan santan (aku guna santan dalam tiub dan tambah air)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat (susu cair takde dalam stok, so setengah cawan susu pekat aku campur cawan air je bagi cukup 1 cawan)
1/2 cawan gula pasir (aku masuk 1/4 cawan je, susu pekat manis pun da manis, so tanak terlalu manis)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla (aku tersilap baca resepi, aku letak setengah sudu je.. haha)
2 sudu besar butter/minyak sapi (aku guna butter)
2 cawan tepung gandum
2 cawan labu direbus dan dilecek (aku guna 1/2 biji labu sedang)
Sedikit bijan (tak ada T_T)

Cara membuatnya
Campur semua bahan kecuali labu lenyek kat dalam blender dan blend sampai sebati. Tapiskan ke dalam labu lenyek. Kacau sekata.

Nak blend sekali dengan labu pun tak apa. Tapi aku ikut macam Yatie tak blend sebab suka tengok urat urat labu tu masa makan.

Dah sebati, tuang dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak dengan api kecil selama lebih kurang 20 minit. Cucuk dengan lidi untuk make sure dah masak. Tunggu sejuk baru potong.

Siapa kata takde oven tak boleh membaking kan.. Hahaha..

Daa

Kek Coklat Moist Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum

Hah.. Pagi ni baru buat lagi kek coklat moist guna pemanggang ajaib tu. Layan..

Campur semua bahan dan kacau sebati

Masuk dalam pan pemanggang ajaib

Selepas 15 minit dengan api perlahan
Rupanya memang tak mengujakan okay. Tapi serius sangat sedap. Ditambah lagi bila diletakkan topping coklat ganache. Kalau guna oven teksturnya mesti lagi menarik dan sedap. Tak percaya cuba lah..


Selamat mencuba

Daa

Selasa

Resepi Kek Coklat Moist mudah pemanggang ajaib

Assalamualaikum

Ingat lagi pemanggang ajaib ku yang berharga RM20 tu? Hihihi

Dek kerana oven rosak. Dan Mommy Fara telah bertubi tubi menyerang dengan paparan gambar roti gebu dia. Maka dengan nafsu berkobar kobar aku membaking dengan pemanggang ajaib. 

Kek coklat moist aje. Roti gebu tak dapat derr..

Penyediaannya amat mudah dan super pantas tak payah tepung kek magic segera pun. Cuma letakkan pemanggang ajaib di atas dapur.


Gaulkan semua bahan di bawah. Resepinya aku ambil dari dapur Kak Ita masam manis. Resepi ni dua adunan untuk muat satu pemanggang.

Resepi Kek Coklat Moist Mudah (Versi Pemanggang Ajaib)
Bahan Bahan
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula (Dah dikurangkan. Resepi asal guna dua cawan)
2 sudu kecil esen vanilla
Dua cubit garam
1 cawan minyak
2 sudu kecil cuka

Kaedah membuatnya. Gaulkan semua sekali kecuali cuka. Gaul sebati. Akhir sekali campur cuka. Kaup balik secepat mungkin dan tuang ke dalam pemanggang ajaib.

Masak selama 15 minit api paling kecik. Tengok saiz api dapur korang gak la. First time baking dalam pemanggang ajaib ni, aku bukak pada minit ke 10 untuk check dah masak ke belum, takut hangit kat bawah. Cucuk dengan lidi untuk tengok da masak ke belum. Kalau belum, tutup semula dan masak lagi 2-3 minit.

Kalau rajin, alihkan kuali ke kanan dan ke kiri supaya masak sekata. Aku kan pemalas. Ngidam nak makan pulak pukul 630 pagi hari bekerja. Sementara menyiapkan anak-anak. Aku panggang jap atas dapur. Siap sarapan pagi tak sihat untuk diorang sebab mak diorang kempunan roti lembut bakar dalam oven. Hahahaha..

Hasilnya kek tak segebu kek yang guna telur dan masak guna oven. Tapi kalau nakkan kaedah yang cepat tapi sedap. Gunakan pemanggang ajaib ni. Setengah jam siap. Dengan masa sesingkat tu, bagi aku hasilnya sangat memuaskan. Lebih lebih lagi bila ada tetamu yang last minute sampai.

Aku bawak sikit pegi opis untuk pot luck lunch. Walau pun rupanya macam tak meyakinkan, rasanya masya allah. Sedap gila lah. Makan sambil pejam pejam mata..Hahaha..

Oklah. Selamat mencuba.

Nak beli pemanggang ajaib? Kontek Cik Irfa tau. Tapi rege lain la.. Aku punya special.. Sebab tu murah. Hehehe.. 


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com