Memaparkan catatan dengan label Miso. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Miso. Papar semua catatan

Rabu

Resepi saba no misoni

Assalamualaikum

Saba no misoni bermaksud ikan mackerel yang dimasak di dalam miso. Bahasa inggerisnya "blue mackerel simmered in miso". Tak pasti proses "simmered" tu nak terangkan macam mana. Hehehe..

Ni adalah antara kesukaan aku. Zaman belajar kat Jepun dulu pernah termakan. Kenapa termakan. Zaman tu agak jahil. Tak tau yang rupanya nak masaknya gunakan mirin dan sake. Gulp~!

So, balik Malaysia ni dah jumpa miso halal, boleh la cuba buat sendiri. Yakin halalan toyyiban.

Memasaknya agak mudah dan sihat. Sikit pun tak guna minyak. Ikan mackerel ni aku sangat suka kalau bakar dengan garam je. Shujin dengan anak-anak pun prefer bakar. Tapi sesekali, aku teringin nak makan aku buat jugak. Diorang makan sikit je. Bagus jugak. More for me~!!! hahaha


Resepi saba no misoni (Japanese mackerel simmered in miso)
Bahan-bahan
2 kepingan Ikan saba (japanese blue mackerel)
*2 sudu besar miso paste
*2 sudu besar gula
*100ml air
*1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil shoyu


Cara membuatnya
Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Sebaik mendidih, masukkan ikan saba dengan bahagian kulit menghala ke atas. Goyang-goyangkan sedikit periuk bagi meratakannya.

Masak untuk 8-10 minit. Kemudian tutup dengan otoshibuta. Biarkan selama 1-2 minit. Kemudian matikan api dan hidangkan dengan taburan daun bawang

## otoshibuta adalah penutup yang biasanya dibuat daripada kayu untuk tutup terus atas masakan. Bukan pada periuk tau. Kalau tak ada, boleh buat gunakan penutup periuk yang lebih kecil saiznya dari diameter periuk. Atau pun gunakan aluminium foil yang dilubangkan ditengah. Tapi hati hati masa nak mengangkatnya nanti. Panass...

Rasanya manis sikit, lemak lemak. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 sudu saja.

Lagi banyak tips dan resepi masakan Jepun, follow fanpage Frozen Takoyaki.

Selamat mencuba

Daa


Jumaat

GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta by Mama Kaori

Assalamualaikum

Oleh sebab aku memang dah tak larat nak buat GA buat masa sekarang. Postpone until further notice kata orang.. So aku wakilkan Kaori untuk buat GA sempena merdeka. Hahaha...

GA ni Ourkizuna jadi sponsor. So sapa yang rasa nak cuba-cuba rasa miso halal tu boleh join. Mana tau ada rezeki korang nak rasa makanan jepun yang jadi kegemaran ramai tu kan..

Jom tengok apa syarat-syarat penyertaan :-
1. Of course la kena follow blog Mama Kaori...dan kena follow dan add google dia..(button follower ade kat bawah sekali..dan button add google ade kat sidebar..)

2. Tak lain tak bukan korang kena follow jugak blog sponsor GA Merdeka ni..Ourkizuna dan like Page Ourkizuna di fb..

3. Buat tajuk entry "GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "

4. Mesti tempek banner di atas dan linkkan ke entry ini..

5. Entry juga MESTI kena tempek GAMBAR korang / gambar suami isteri bagi yg dah berkahwin / gambar anak bagi yang dah ada anak..boleh pilih salah satu..dan gambar tersebut juga mestila diambil dengan sekreatif mungkin berkonsepkan kemerdekaan..contoh gambar boleh tengok kat entry SINI.

6. INGAT!! Gambar mestilah asli..jangan cilok sana sini..jangan duk meniru idea orang lain..dan jangan lupa letak trademark blog korang pada gambar tersebut..

7. Lepas dah post entry tersebut..jangan lupa letak URL GA korang tu kat ruangan komen di bawah ini..

8. Tarikh GA bermula semalam 28hb Ogos 2014 dan tarikh tutup sehingga 16hb September 2014 (sempena hari Malaysia)

Hadiah-hadiahnya..

3 X SHAWL 

2 X KERONGSANG HANDMADE

2 X SET MISO PACKAGE 
( Miso Paste, Wakame dan Konbu Seaweed )

Seramai 7 orang pemenang yang akan dipilih berdasarkan cukup syarat dan skill kreatif bergambar memasing..hadiah mungkin akan bertambah dari masa ke semasa bergantung kepada penyertaan dari korang..
 
Join jangan tak join.. 
 
Daa

Khamis

Makanan halal di Jepun

Assalamualaikum

Mungkinkah menjelang tahun 2020 nanti Jepun akan menjadi sebuah negara Islam?

Memandang pada kesungguhan mereka menceburi industri halal, mungkin sekurang kurangnya Jepun boleh menjadi salah satu hub Halal di Asia.

Tak silap aku ianya bermula bila Jepun terpilih untuk jadi host sukan Olimpik. Sepengetahuan aku, sejak dulu orang Jepun sangat suka melancong ke luar negara. Tapi masa zaman aku study kat sana, tak ramai lagi yang berani nak ke Jepun sebab takut susah nak dapatkan makanan halal.

Maklumlah.. Jepun terkenal dengan sake (sejenis arak yang dibuat dari beras) dan buta (khinzir). Sampai ada orang kata.. Kalau ke Jepun tak cuba dua jenis benda ni memang rugi mampuih. Hahaha..

Kini.. Situasinya berbeza.. Semakin ramai pengusaha makanan di Jepun yang sedar tentang besarnya potensi industri halal. Bayangkan.. sampai ada syarikat yang jual telur yang mohon sijil halal. Dikatakan sebaik diorang lulus sijil halal tu, pesanan telur dari syarikat mereka bertambah berlipat kali ganda.

Dan.. kebanyakan syarikat ni, pemiliknya bukan muslim pun~~!!
Menu halal di sebuah restoran

Malah.. Banyak restoran yang mula buka pintu untuk hasilkan menu halal bagi muslim. Sijil halal restoran di sana bukan macam kat sini. Di sana, diorang berikan sijil halal untuk sesetengah menu. Tapi syaratnya amat ketat. Semua utensil dan barang yang digunakan untuk memasak makanan halal semestinya diasingkan dari makanan lain. Islam itu mudah kan..
Dan kita sedia maklum bahawa orang Jepun sangatlah teliti dalam setiap aspek kehidupan mereka. Semua yang dibuat akan dikerjakan dengan sebaik baiknya.

Sekarang sudah ada pusat pengajian yang sediakan cafe yang ada section halal, malah ada surau.

Semakin lama.. Orang Jepun semakin dekat dengan Islam.

Semoga semakin ramai yang mendapat hidayah di sana.. Serius aku sangat rindu dengan kehidupan kat sana.

Jangan sampai kita yang sejak dulunya Islam ketinggalan dengan mereka.

Ingat lagi entry aku sebelum ni..? Jepun lebih Islam dari orang Islam? Baca dan hadamkan..

Dengan kesungguhan tu lah aku berjaya mendapatkan miso yang diiktiraf halal bagi peminat peminatnya di Malaysia. Kalau tak memang mengidam tak habis-habis.. Huhu..

Gambar dari koleksi Nippon Asia Halal Association.

Boleh cari mereka di FB : Nippon Asia Halal Association - NAHA


Daa


Rabu

Cara menyimpan miso supaya tahan lama

Assalamualaikum

Miso adalah sejenis makanan yang diperam. Kalau miso komersial yang tak halal, kebanyakannya diletakkan alkohol supaya tahan lama. Tapi bagi miso halal yang kami jual, ianya tak mengandungi alkohol. Jadi ianya tak tahan selama miso yang mengandungi alkohol.

Tapi dalam pada tak lama tu pun.. Lebih dari 6 bulan. Dan kalau disimpan dengan baik ianya boleh tahan lebih lama lagi. Cumanya.. Sanggup ke korang membiarkan miso tu tak dimakan selama tu. Hehehe.. Sedap weh miso soup panas panas dengan tofu dan wakame.. Siap tabur daun bawang.. Letak cendawan lagi..

Biasanya miso tak ada masalah duk luar peti sejuk 2-3-4 hari. Tapi dengan cuaca panas di Malaysia, jangan biarkan miso duk luar peti sejuk lebih dari seminggu. Jika disimpan lebih lama, warnanya akan berubah jadi makin gelap, terutamanya shiro miso yang kami jual ni. Tapi dari segi bau dan teksturnya tak berbeza. Kalau miso ada bercendawan, berair dengan bau kurang menyenangkan sila buang. Kalau tak, masak je..

Kalau boleh simpan dalam bekas yang kedap udara dalam peti sejuk. Jangan pulak biarkan terdedah.

Selain dari untuk buat miso soup, miso paste boleh juga buat untuk marinate sayur dan daging. Boleh juga buat dressing untuk salad. Aku malas asyik tak sempat je nak share resepi berkaitan miso ni. Insya allah aku akan cuba share lagi banyak resepi supaya lagi ramai boleh menikmati kesedapan miso halal ni.

Miso halal kami dijual pada harga 500gram RM10 (Postage RM8) dan 1kg RM18 (Postage RM10). Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

Isnin

Resepi dashi untuk miso

Assalamualaikum

Salah satu bahan utama dalam membuat sup miso adalah dashi. Dashi boleh juga di dapati dalam bentuk serbuk. Ianya lebih mudah. Tapi sukar di dapati. Supplier kami tak bekalkan dashi powder, so aku beli dari mana mana pasaraya. Kami tak ambil untung pun, just jual harga modal sebab nak memudahkan pelanggan yang nak beli miso paste halal dengan kami.

Malangnya, kami selalu kehabisan stok. Beli kat kedai 100yen. Bila habis diorang tak top up. Pergi ke Aeon pulak. Begitu juga kisahnya. Ke Hero pun jadi macam tu. Di Aeon Bukit Tinggi ada banyak jugak jual dashi powder tapi dari bonito. Kami prefer dashi dari konbu seaweed.
wild konbu seaweed yang aku beli masa trip ke Jepun aritu.. Sangat mahal harganya

Oh sebelum tu meh aku terangkan dulu. Dashi ni bermaksud stok. Kalau kita selalu ada stok ikan bilis, ayam dan sebagainya. Orang Jepun pulak ambil stok dari ikan bonito, konbu seaweed atau pun cendawan shiitake. Ada juga kombinasi digunakan.

So, nak buat miso soup, kita memerlukan dashi. Ada resepi tempatan yang gunakan stok ikan bilis. Tapi honestly cakap, bagi aku rasanya sangat berbeza.

Resepi dashi dari konbu seaweed dan bonito flakes
Bahan bahan
Sekeping konbu seaweed
Segenggam bonito flakes
4 cawan air
rendam dulu dalam periuk

Cara membuatnya
Konbu seaweed direndam dalam 300ml air selama 15-20minit, kemudian panaskan sampai air tu nak mendidih. Bila ada bubble kecik kecik tu terus je tutup api. Masukkan bonito flakes dan biarkan 3-4minit. Nanti bonito flakes tu akan tenggelam. So tapis dan ambil airnya.

Kemudian ambik 4 cawan air lagi. Masukkan bonito flakes dengan konbu yang dah rendam dalam air batch pertama tadi. Masak dengan api perlahan selama 10 minit. Lepas tu tapis lagi dan ambik airnya.
dah boleh guna untuk buat miso soup
Dashi dari batch kedua ni dah kurang sikit rasanya. Tapi still ok je. Kalau taknak guna terus boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 hari atau bekukan untuk tahan lagi lama. Untuk yang first batch tu better guna terus lah.

Senang je kan..? Selain dari untuk miso sup, banyak lagi masakan jepun yang menggunakan dashi, termasuklah nak buat takoyaki~!

Konbu dan bonito flakes boleh order dengan kami juga :D

Ps:/ Sorry.. Aku kurang sihat hari ni.. Entry GA petang petang sikit aku up atau esok. T_T

Daa

Selasa

Perniagaan makanan Jepun halal

Assalamualaikum

Ingat tak aku pernah ajak kumpul order untuk beli miso kotak..? Rupa rupanya banyak peminat miso soup di Malaysia ni. Sejak dari tu ada je yang email nak order miso. Sampai terpaksa order bukan sekotak. Malah dah top up dua kotak miso. Kotak ketiga ni pun dah nak habis.
Miso paste.. Walau pun rupa tak berapa nak memberangsangkan tapi ianya sedap.. Percayalah~~

Dari sekadar suka suka nak ajak kumpul order, aku dah mula menjebakkan diri secara serius berniaga miso. Siap dah top up product lain macam barangan takoyaki dan seaweed.

Baru ni aku menambah satu lagi product baru. Ready made frozen takoyaki. Atas desakan kenalan yang malas nak mentako dan leceh nak beli bahan dan sebagainya. Takoyaki aku buat untuk difrozenkan tapi ianya hanya untuk tempahan sekitar Shah Alam sahaja buat masa ni.
Yang menariknya takoyaki kami ni tak menggunakan tepung takoyaki segera. Insya Allah orang takkan kecewa dengan rasanya. Feedback setakat ini, rasanya jauh lebih sedap dari kebanyakan takoyaki yang dijual di pasaran. Harga berpatutan dan topping disertakan. So, tinggal panaskan dan makan. Mayonis pun kami gunakan mayonis Jepun yang dijamin Halal. Filling kami gunakan sotong kurita. Kalau ada permintaan untuk filling yang lain boleh dipertimbangkan juga :D

Menarik tak..? Insya allah aku update lebih lanjut tentang takoyaki frozen ni di post akan datang.

Bagi yang nak lebih jimat dengan buat sendiri takoyaki boleh order barangan membuat takoyaki. Jualan miso masih berjalan seperti biasa. 


Lepas ni breakfast pun boleh makan takoyaki kan.. Hehe.

Tempahan takoyaki untuk rumah terbuka pun dialu alukan.  

Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh emailkan kepada kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

Menjual bahan membuat takoyaki

Assalamualaikum

Seperti yang daku katakan dalam entry resepi takoyaki lejen aritu, aku telah berjaya mendapatkan supply bahan-bahan untuk membuat takoyaki. Bahan-bahan ni kebanyakannya boleh juga didapati di pasaraya macam Aeon dan Isetan mahu pun Jaya Grocer. Tapi mungkin ramai yang tak familiar dengan nama namanya, so aku jual supaya lebih ramai dapat menikmati kesedapan takoyaki lejen tu. Hihi..

UPDATE : Barang untuk membuat okonomiyaki juga ada dijual~
Aonori yang warna hijau, bonito flakes tak berapa jelas tapi macam kulit bawang

Antara bahan yang aku jual adalah
Takoyaki Sauce - RM7/180ml (Ada cop halal Singapura)
Mayonis Ala Jepun - RM6.50/180gram (Halal JAKIM)
Aonori - RM6/bottle
Bonito Flakes/Katsuo bushi - RM8/40gram
Sotong kurita potong (frozen) - RM6.50/100gram (untuk yang boleh self pick up kat Kota Kemuning/Bukit Rimau sahaja)

Maaf. Dashi tak ada supply. Aku boleh tolong belikan di kedai 100yen kat rumah kalau diorang ada. Kat Aeon biasanya ada jual jugak.
rupa konbu dashi
Selain dari tu Miso halal aku dah restock. Harga RM10/500gram dan RM18/1kg. Bagi yang nak buat miso soup pulak aku ada jugak supply wakame seaweed kering. 1packet RM5.
wakame kering untuk buat miso

Sebarang pertanyaan boleh emailkan pada kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp ke nombor 0126894317.
takoyaki pan yang kami guna

Dan insya allah ada rezeki, aku akan tambah lagi bahan lain mengikut permintaan. Kalau ada request mencari bahan untuk membuat makanan Jepun boleh sumbangkan idea pada aku ye.

Selamat bershopping..

Daa

Isnin

Hikmah di sebalik remote kereta rosak

Assalamualaikum

Jumaat minggu lepas aku terpaksa EL sebab tiba-tiba remote kereta tak berfungsi. (Alasan je lebih nak cuti sebenarnya..)

Kebetulan hari sebelumnya dah pos kan miso pesanan pelanggan. So aku kemas-kemas sikit kotak-kotaknya. Sebut kotak-kotaknya sebab miso tu satu kotak 20kg. Masa penghantaran dia lapis dua kotak miso tu. Nanti kemudian korang akan faham kenapa aku cakap gini.

Masa aku tengah lepak-lepak tunggu shujin selesaikan masalah remote kereta yang rosak tu, Aisy dengan Damia duk main kotak miso. Baki miso yang belum packing kitorang dah pindahkan masuk dalam satu bekas lain. Masa anak-anak duk main tu baru aku perasan kotak miso tu!! Brand nya lain dari brand yang aku order!! Gigil terus tangan aku belek invoice dengan kotak.

Nampak tak dia tulis Hikari Shiro Miso (Marukome)
Aku order miso brand Hikari. Dalam invoice dia tulis "Hikari Shiro Miso" tapi ada dalam kurungan Marukome. Nampak tak permainan dia.
Miso brand Marukome tak halal dan mengandungi alkohol
Dan takde kat mana mana bahagian kotak miso Marukome yang sampai kat aku ni tulis Hikari. Dan even gambar asal yang dipamer untuk jualan pun tak cakap brand yang diorang punya tu Marukome. Since diorang lapis kotak ni masa sampai dan kitorang pun percaya kat supplier. Kitorang tak angkat keluarkan kotak miso dari kotak lapis luar tu. Lagi pun 20kg miso sangat berat. Masa packing malam sebelum hantar tu shujin tolong. Dan mata aku pun almost dah separuh terbukak.

Aku call supplier, tapi diorang taknak bertanggungjawab. Aku call/sms/wassap semua customer yang aku dah deliver miso tu dan bagitau supaya jangan makan miso yang kami hantar. Bayangkan betapa kecewa dan malunya aku. Ye la kan. Beria ria kata miso tu halal. Tak sangka jadi macam ni.

Aku dah pesan pada customer supaya buangkan miso yang sampai. Aku akan refund atau gantikan dengan miso baru. Aku tengah tunggu miso dari supplier lain sampai. Kali ni aku mintak gambar kotak miso siap siap.
Hikari Shirokoshi Miso
Nampak tak logo halal warna merah tu. So, miso ni akan sampai esok atau lusa. Aku akan poskan pada yang dah bayar secepat mungkin. Ramai yang email dan bertanya pasal miso halal ni. Ya bukan senang nak dapatkan miso dengan logo halal. In fact, ini satu satunya brand yang ada sijil halal buat masa ni.

Rugi dalam bentuk duit aku boleh cover. Tapi aku takut customer aku hilang percaya pada kami lepas insiden ni. Percayalah.. Aku pun teraniaya. Aku harap yang dah jelaskan pembayaran akan bersabar sementara aku poskan miso yang halal untuk dimakan.

Kesimpulannya.. Aku bersyukur remote kereta kami rosak dan aku terpaksa EL. Kalau bukan sebab tu, mungkin lambat baru aku perasan pasal miso salah hantar. Dan mungkin ada antara pelanggan yang dah termakan miso haram tu. Nauzubillah. Allah pelihara kami daripada melakukan dosa yang aku tak tau. Alhamdulillah. Perancangan Allah yang terbaik bagi kami..

Ada yang nak order miso halal? Boleh email pada kesoma.rai@gmail.com. Tapi kami akan dulukan yang dah tunggu dan jelaskan bayaran dulu.

Harap bersabar.

Daa

Rabu

Halal Miso paste dah sampai!!

Assalamualaikum

Sorry for the delay.

Kahkahkah..

Miso paste halal sudah sampai..~ Bagi yang ingat ingat lupa miso tu apa boleh check kat "Fakta Miso"

Kanak kanak riang tengok kotak.. Hahaha

Budak kecik bulat bulat baju biru tu siap nak panjat naik lagi

Mentaiko

Tako slice (Sotong kurita)
Bagi sesiapa yang dah booking dan nak meneruskan order halal miso ni boleh emailkan alamat kepada kesoma.rai@gmail.com. Nak sembang kat wassap pun boleh. Nanti mintak no tepon ya.

Harga miso 500gram RM8.00, 1kg RM15.. Aku gunakan poslaju. Postage 500gram RM8.00. Kalau 1kg RM10.00.. Kalau nak self pick up boleh jugak di Giant Kemuning Utama, McD Kota Kemuning atau Aeon Big Bukit Rimau.

Malam ni packing.

Daa

Selasa

Memperkenalkan miso

Assalamualaikum

Rasanya ramai tak familiar sangat dengan japanese miso (味噌:みそ). Miso sebenarnya fermented soy bean paste. Dalam kaedah pembuatannya, kacang soya yang dah direndam, dibuang kulit dan ditumbuk lumat ditambah dengan garam dan koji (sejenis fungus untuk proses penapaian) dan dibiarkan pada suhu bilik selama berbulan bulan. Kebanyakan miso paste yang dijual kat Malaysia ni ditambahkan dengan ethyl alcohol untuk nak bagi sedap katanya. Selain dari tu untuk tahan lama. So hukumnya haram. Still.. Ada jugak aku terbaca yang kata takpe. Tapi, aku stick to the believe yang alcohol yang ditambah ke dalam miso tu tak boleh makan.

Ada banyakkkk khasiat miso ni. Termasuk untuk keremajaan  dan mencantikkan kulit ya. Walau pun penggunaan garam yang banyak dalam pembuatan miso, dan rasanya masin. Tapi dikatakan ianya tak menyebabkan darah tinggi di kalangan pemakannya. Malah, dikatakan salah satu khasiatnya adalah untuk mengelak kena darah tinggi. Acane tu..? 


Miso paste
Ini lah rupa miso paste. Miso ada banyak jenis dan banyak warna. Yang ini pekat sikit warnanya. Ada miso warna coklat muda. Yang lagi cerah warnanya, rasanya lagi mild. Miso tak masam. Tapi masin dan lemak lemak. Biasanya dibuat miso soup dan untuk marinate ikan dan daging. Ada jugak yang buat hotpot dengan kuah miso. Buat mee dengan kuah miso. So far aku paling suka miso soup dan jugak mackerel masak dalam miso.
Mutenka miso
Mutenka (無添加) miso ni biasanya yang basic je. Mutenka maksudnya tiada bahan tambahan. So alcohol pun takde lah.
Bahan bahan
Yang bagusnya. Jepun ada diorang punya soya sendiri. Soya mereka bukan yang GMO (genetically modified organism).

Paling biasa.. Miso ni digunakan untuk buat miso soup.
Dalamnya boleh tambah macam-macam. Ikut kreativiti masing masing. Antara yang sedap letak dalam miso soup adalah tauhu lembut, cut wakame (sejenis rumpai laut), daun bawang, cendawan, lala, lobak putih dan banyak lagi. Anak anak suka meratah tauhu lembut dengan wakame tu.

Cara buat miso sangat mudah. Antara bahan yang diperlukan..
Miso paste
Dashi (Aku guna ready made konbu dashi)



Tauhu
Cut wakame
Cendawan
Daun bawang sebagai hiasan

Kaedah
Panaskan dua cawan air. Masukkan satu stick konbu dashi. Masak sampai didih. Sambil tu kalau nak masuk bahan yang susah masak macam lobak putih ke cendawan ke lala. Masukkan lah ya. Bila mendidih tutup api. Masukkan tauhu. Ambil dua sudu miso paste dah cairkan dalam senduk guna air yang dah mendidih tu. Buat sampai sebati. Kalau rasanya kurang. Boleh tambah lagi miso. Aku tak suka pekat pekat nanti masin sangat. Lepas tu tabur wakame kering dan tabur daun bawang sebagai penambah aroma dan hiasan. Aku suka hirup sambil makan nasi. Orang Jepun makan nasi tak masuk kuah macam kita. So miso soup ni letak dalam mangkuk berasingan bagi setiap individu. Dan setiap mangkuk miso ada penutupnya, supaya supnya tak cepat sejuk.


sebungkus cut wakame
Cut wakame memang kering ya
ready made konbu dashi stick
sebungkus konbu dashi ada 12 stick
model konbu dashi. Kalau tak bagi beraksi dia moncong
Konbu dashi dengan cut wakame (aku sebut katto wakame) boleh dibeli di kedai 100yen, Daiso atau pun AEON. Sebungkus konbu dashi tu RM4.90. Cut wakame tak ingat sebab dah lama beli tak habis habis. hahaha..

Ini adalah antara makanan yang bagi anak-anak aku mewah sebab makan dengan ikan salmon dan nasi jepun yang kitorang jarang buat. Tapi aku suka sebab senang nak buat. Tak payah tumis tumis. Hahaha.. Nak sedap, hidangkan sekali pickle. Laju je masing masing makan. Aisy pun dah suka miso soup ni. Siap ratah ratah tauhu.

Ini adalah salah satu resepi simple yang biasa guna miso paste. Ada banyak lagi yang lain. Buat salad dressing pun boleh tau.

Bagi yang berminat nak mencuba feeling ala wife jepun. Nak order miso paste masih boleh lagi. Email kesoma.rai@gmail.com.

Daa

Rabu

Halal miso and japanese product

Assalamualaikum

Baru kebah dari demam T_T

Alhamdulillah.. Allah masih ingat kat aku. 365 baru dua hari ni tak sihat. Syytt.. Jangan komplen komplen kesoma. 

Aku rasa ramai yang suka makan Japanese dan korean food. Tapi susah nak dapatkan kedai makanan jepun yang dapat sijil halal. Even ada banyak product makanan jepun ada dijual kat pasaraya. Ada jugak yang susah nak tau halal ke tak halal ke. Aku pun rasa macam tu. Salah satu benda yang susah nak dapat, dijual kat Malaysia ni adalah "miso halal".

Thats why Kak Mulan dengan kreatifnya telah mentransform taucu untuk digunakan sebagai miso paste. Aku sendiri pulak, susah payah (hahaha..sangatt) cari kawan yang travel ke Jepun untuk belikan miso kat sana. Mujur sebekas miso bertahan beberapa bulan. So sampai bulan ni miso masih ada dalam peti sejuk.
takde gambar miso, gambar kimchi pun jadik.. Yang penting halal

Hoh! Miso tu apa. Miso tu adalah sejenis bahan dalam masakan jepun. Dibuat daripada kacang soya yang diperam. Salah satu benda wajib di dapur masyarakat jepun. Tak sah kalau makan nasik takde miso soup. Anak anak pun suka gila makan miso soup. So, ada je request nak sup miso tu 2-3 minggu sekali. Ceh.. 


okay. Apa kes buat entry panjang panjang pasal miso ni? Since susah nak dapatkan halal miso di pasaran, aku plan nak order sekotak miso paste halal dari keluaran Hikari. Satu kotak ni 20kg. So tak logik aku nak makan sorang kan. So aku ingat nak kongsi order dengan sesiapa yang berminat nak dapatkan miso paste ni. Boleh order 500gram/1kg. So, aku akan ambik order untuk cukupkan 20kg tu. Nak order cut wakame pun ada.

Shiro Koshi miso (20kg) keluaran Hikari ni memang dapat sijil halal di Jepun. Boleh check SINI.

Kalau banyak permintaan boleh la aku bukak kedai barangan jepun kan.. hahaha..

So sesiapa yang berminat boleh email aku kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp ke 0126894317

Harga miso 400gram RM10 (Postage not included)

Daa

Khamis

Feeling surirumah

Assalamualaikum

Dengan cuti yang berbaki beberapa minggu ni, aku sedaya upaya nak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Konon nak feeling surirumah gitu..

Tekak pulak feeling jepun.. Jadilah menunya begini.

Menu yang simple gila sebenarnya. Nasi beras sumo. Miso soup dengan wakame, japanese mackerel bakar, dill pickle dengan kimchi

Aqil mubarak bertambah tambah.

Sayangnya.. Miso paste da tinggal untuk sekali buat. Mana la nak dapat miso paste halal kat Malaysia ni.

Tangan Damia.

Ada sesapa nak ke Jepun atau Singapore? Nak pesan miso paste. Hahaha..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com