Isnin

Okonomiyaki

Kesian aku..kemaruk nak makan nihonshoku..aritu ada sorang akak osakajin yang tere memasak ajar aku resepi osakafuu okonomiyaki..tapi since tak berapa nak cukup bahan (ditambah lagi dengan kemalasan aku yang tak dapat ditolong..) aku pun masak ikut bahan-bahan apa yang ada je

Bahan-bahan
Kubis dicincang halus
Tofu jepun (kadang-kadang aku guna tofu telur yg dlm bekas panjang)
Tepung gandum
Telur
Udang pepai
Tuna dalam tin (biasanya tak masuk pun..original je)

Topping
Cupid mayonese
Tonkatsu sauce (Bulldog)
Katsuobushi
Aonori

Cara buat
Campur semua bahan. Masuk air sikit, tapi jangan bagi cair sangat.
Agak-agak da sebati. Lempengkan dalam pan. Bila da masak kedua-dua belah.
Letak topping.Biasa aku ikut turutan tonkatsu sos>aonori>katsuobushi>mayonese.
Kalau ada dashi lagi sedap. Beni shouga dengan tenkatsu pun kena letak sebenanya.. tapi aku skip. So far, hubby sangatt suka makan..tapi limited to 2-3 keping je la..cepat kenyang.. hehe..

2 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

ala.gambar mane gambarrrrrrr

Unknown berkata... [Reply]

ehehe..zaman ni takde henset maju leh ambik gambar la cik adik.. nanti akak buat lagi akak tempek gambo..hehe.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com