Jumaat

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

10 comments:

Siti Sharini berkata... [Reply]

lerr sabaq ja lahhh..boleh ek buat toaster guna lego..

Unknown berkata... [Reply]

Boleeehhh...
Ngeee..

Nieda Ramly berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nieda Ramly berkata... [Reply]

gambar toaster yg atas tu ingat yg real...aduss mak cik terkena

Unknown berkata... [Reply]

@Nieda ramly
Maksudnyan ciptaan yang berjaya laa kan?
Hahahahaha..

Dr K berkata... [Reply]

hahahaha..terbaik!!

Saya masuk kedai Lego kat The Curve minggu lepas...rasa kagum tgk patung Dath Vader yg lagi tinggi dari saya, di buat dgn Lego..

Saya rasa nak belikan anak saya Lego, sebab tgk mereka ralit main masa kat store tu, cuma tak tahu nak mula dari mana ( set yg mana)...any idea 9 or awak pernah tulis) starter pack sesuai utk kids umur 7 tahun & 3 tahun :)

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad
Boleh tunggu Rabu minggu depan? Ada satu set yang saya fikir budak 7 tahun memang sangat sesuai miliki. Saya akan upkan entrynya by then. Kalau perlu urgently, maybe for birthday or so, then boleh whatsapps saya terus.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

cayalah.. menarik..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Fantasticlah... kakak kagum dgn kebolehan keluarga Rai tau.. kreatif sangat:)

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

hampeh jer... ingatkan roti betul...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com