Memaparkan catatan dengan label Langkah demi langkah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Langkah demi langkah. Papar semua catatan

Jumaat

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Rabu

Kursus Roti Bun Pau dan Pizza Hanya Dirumah Style Hotel

Assalamualaikum

Tentu ramai yang suka makan roti panas panas buat sendiri. Homemade lebih terjamin kan. Tapi tak reti buat. Uli uli tak jadi. Uli uli jadi keras. Nak pergi kursus pun takde masa. So aku nak share pasal kursus buat roti pau dan pizza ni at the comfort of your home. Cewah..

Sebelum itu, jom kita baca
TESTIMONIAL dari FB pembeli:

Pertama kali guna video E-Book untuk membuat roti...sblm ni ambil kelas buat kueh lah..kek lah..mahal..tetapi terbuka hati nak cuba gaya video E-book untuk pelajari sesuatu masakan. Dengan harga yang ditawarkan rasanya video e-book ini lebih dari berbaloi...dan tak rugi cuba sbb 1st time try menjadi.

 

Panduan video mudah, bahan2 serta kosnya mmg macam tak percaya...tak sempat ambil gambar..'licin' dikebas dek tukang rasa. Ini pun tukang rasa suruh cuba resepi pau dan pizza pulak. Tukang rasa kata 'confirm' boleh wat niaga he..he..he...Syabas Hairul kerana ilmu ini. SAYA SANGAT UNTUNG wor...

Banyak lagi testimonial dari FB pembeli
-------------------------------------

Jika anda mengalami MASALAH spt dibawah ini

1. Tiada asas dalam membuat bun dan pau. Memang tak pernahlah buat bun dan pau. Takut nak cuba dan tak jadi.
2. Tidak tahu teknik yang betul dalam menguli, membahagikan doh, membulatkan doh, gliss dan menjadikan bun berkilat
3. Pernah buat bun sendiri . Tapi tak sedap dan lembut seperti di kedai.
4. Pernah pergi kursus roti bun pau dan pizzar. Tapi bila balik, buat sendiri tak jadi juga. Sebab terlupa apa yang dipelajari di kursus
5. Mencuba banyak resepi dari kawan-kawan. Tapi semuanya tak menjadi. Letih dah buat dengan cara yang tidak betul.

Pakej ini akan membantu anda belajar dari rumah dengan video step by step
---------------------------------

Jika berminat untuk belajar membuat roti bun pau dan pizza tetapi tiada masa nak ke kursus roti bun pau dan pizza. Boleh dapatkan DVD video step by step ini. Belajar dari yg berpengalaman kerja di hotel.

Apa yang anda akan pelajari dalam video ini

Modul 1: Membuat Bun Original
Modul 2: Membuat Aneka Inti Bun
Modul 3: Membuat Aneka Bun Special
Modul 4: Membuat Pau Original
Modul 5: Cara Menggunakan Mesin Mixer dan Industrial Oven
Modul 6: Cara Pembungkusan Bun
Modul 7: Cara Pengiraan Kos

Semua modul di atas diajar melalui video step by step.



Ditambah lagi dengan tips hebat..
1. Tips menjadikan bun lebih lembut dan gebu dari pengalaman saya
2. Tips menjadikan bun anda lebih sedap. Anda boleh mengubah suai resepinya dengan bahan-bahan menjadikan bun anda lebih sedap.
3. Tips menjadikan bun anda lembut tahan lebih lama. Di tambah tips dari kedai roti makcik saya.


Dan Bonus: ebook pizza.

Ya tanpa ke kursus roti .

Untuk lebih detail sila ke laman webnya : http://rahsiabun.com

Sangat bagus bagi yang nak start berniaga atau sekadar nak belajar buat roti, bun dan pau sendiri untuk keluarga. Tentu suami dan anak-anak tersenyum gembira dapat makan roti lembut air tangan ibunya sendiri. Dalam bentuk DVD, so memang boleh ulang tayang sepuas hati.

Daa 

Resepi yogurt perisa creamy milky strawberry

Assalamualaikum

Budak budak cepat jemu. Mula mula bagi buah buahan dengan yogurt aritu diorang makan like nobody business. Hahaha. Dalam 3-4 kali jemu lah. So mommy nya ni kena perah otak nak twist kan resepi yogurt tu supaya diorang makan. Kreatip kononnya. Wakaka.

So, terhasil lah resepi dengan barang sedia ada di rumah.
Creamy milky yogurt perisa strawberry

Cara nak membuatnya takde lah susah. Nak guna plain yogurt ready made pun boleh. Kalau nak guna yogurt buat sendiri pun boleh.

Bahan bahannya
Plain Yogurt (Resepi yogurt step by step) – 1 cup
Whipped cream (aku guna Non Dairy, tapi aku saspek anything will do..hehe) – 2 sudu besar
Susu cair/Fresh milk – 1 sudu besar
Strawberry emulco/fresh fruit puree – 1 sudu kecil (kalau pakai puree lebih sikit pun takpe)

Aku buat ikut gerak hati je. Kalau nak lagi sedap dan rajin sikit, pukul whipping cream dengan yogurt, lepas tu baru letak perisa dan susu. Kalau nak yogurt (pekat) letak susu jangan banyak. Sikit je. Tapi kalau nak buat minuman yogurt yang macam kat kedai jual mahal kemain tu. Letak susu banyak banyak la. Nak lagi sedap blend dengan ais. Jadi la yogurt smoothies.

Serious lagi sedap dari yogurt kat pasaraya. Nak perisa lain, just tukar pakai emulco lain atau puree lain. Yang biasa sedap dikombinasikan dengan yogurt, mango, pisang, vanilla dan coklat. Ada yang lain?

Nak bagi diorang makan semalam, aku tabor sikit choc chip, choc rice warna warni dengan dried cranberries. Kekacang da habis la pulak. Hehe.

Selamat mencuba.

Weekend ni nak try buat frozen yogurt kononnya.

Daa

Isnin

Cara membuat yogurt langkah demi langkah

Assalamualaikum

Nak share cara cara membuat homemade yogurt sendiri. Dedulu aku ingatkan susah sangat nak buat yogurt ni. Kena ada yogurt maker bagai. Rupanya tak payah pun.

Meh kita tengok cara membuat Yogurt sendiri





Bahan bahan
Susu - Katanya apa jenis susu pun ok. Rasanya akan pelbagai ikut jenis susu yang kita guna. Kalau guna susu rendah lemak, rasa yogurt tu kurang lemak la. So far aku dah guna susu tepung full cream dan fresh milk. Dedua pun jadi. Tapi guna susu tepung, yogurtnya tak berapa pekat. Guna fresh milk memang sangat perfect. Rasanya lemak, tapi sedikit masam. Biasanya aku tak suka sangat plain yogurt. Tapi yang buat sendiri ni suka pulak. Anak anak pun suka

ok. Bahan seterusnya.
Yogurt asli - Plain yogurt. Check bahan dalamnya kena ada live culture. Kalau tak tak jadi. Yogurt berperisa pun tak jadi. Tak payah nak ngada beli yang low fat. Low fat ke full fat ke bergantung pada jenis susu yang digunakan.

Kemudian, nak kena ada bekas. Aku gunakan bekas kaca tebal ni sebab tahan panas. Dan tahan lama. As long as tak jatuh la. Hehe..


Kaedah membuatnya
Mula mula sterilkan dulu bekas kaca dan utensil yang nak digunakan. Fungsinya adalah untuk hapuskan bakteria lain supaya tak timbul masalah persaingan antara bakteria dalam yogurt dan bakteria yang jahat tu. Caranya adalah dengan masukkan air panas mendidih dalam bekas kaca dan rendam sudu selama 5minit. Kemudian buang airnya dan keringkan.

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau perlahan lahan.


sampai keluar bubble kecik kecik macam ni. Terus tutup api dan masukkan dalam bekas kaca yang dah kering tu.


Hati hati jangan sampai terkena tangan

Rendam bekas tu dalam air paip. Sebenarnya, perlukan termometer untuk sukat suhu. Bila suhu mencapai 43drjah celcius, baru boleh masukkan yogurt. Sebab kalau masukkan masa panas sangat, bakteria mati. Kalau masukkan masa dah sejuk, aktiviti pembiakan kurang aktif.

So cara nak tau suhu dah mencapai ke tahap sesuai ke tidak kita gunakan jari kelingking. Kalau celup jari kelingking takde rasa melecur tapi still panas, then da ok dah. Hati-hati masa buat ni. Jangan terus celup. Agak-agak dulu ye.

Yogurt tu suhu bilik. Baru bakteria aktif. Kalau sejuk dia tidur. Ambik sikit yogurt, cairkan dalam bekas asing. Guna susu yang dah panaskan tu la. Kacau perlahan lahan je. Lepas tu tuang campuran ke dalam bekas kaca yang ada susu tu. Kacau perlahan kejap. Lepas tu tutup bekas.



Cara nak membiakkan bakteria tu adalah dengan make sure bekas tu sentiasa suam selama 10-12 jam. Cara aku adalah dengan balut bekas dengan towel.


Nak lagi tahan lama. Masukkan dalam bekas tahan sejuk.


Jangan kacau (ganggu) selama 10-12 jam.


jeng jeng jeng.. Dah jadi. Yang ni aku tambah dua sudu besar susu tepung lagi supaya pekat lagi. Kalau nak tambah susu tepung, tambah sebelum letak campuran yogurt tu. Caranya sudukan dua sudu susu tepung. Biar susu tu tenggelam sendiri, lepas tu baru kacau. Kalau tak nanti bergumpal pulak.


Dimakan dengan fresh fruits. Granola dah habis.


Kanak kanak riang makan yogurt homemade mak dia buat sendiri

Selamat mencuba.

Daa

Sabtu

Resepi roti canai emak yang sedap dan mudah

Assalamualaikum


Sebagai anak emak, aku memang rasa resepi roti canai mak aku yang terbaik yang pernah aku rasa setakat ni. Dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. Sungguh pun ada apprentice mak yang datang belajar buat roti canai dan bukak kedai, tapi tetap tak boleh lawan roti canai mak. Aku rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap bagi aku adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 18 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tapi untuk aku tiga keping lah. Hahaha... Dasar mentekedarah..


So setelah beberapa kali shujin mengugut nak hantar aku balik kampung kalau aku tak buatkan roti canai untuk dia, aku pun merajinkan diri buat roti. Aku cakap nak buat 500gm tepung je. Bukan ramai pun. Kitorang laki bini je. Shujin berdegil nak sekilo. Matila aku menguli tepung tu. Tapi shujin nak aku buat kecik kecik je saiznya. Dan nipis. So sekilo tepung tu dapat 35 keping. Makan dua orang okey. Pagi petang siang malam makan roti canai. Mabuk aku!


Resepi roti canai mak aku
Bahan-bahan
Tepung gandum - mak kata cap sauh tu yang terbaik
Air
Gula lebih kurang 2 sudu
Garam sikit
Sebiji telur
Marjerin secukupnya


Kaedah
Gaul tepung gandum dengan garam. Buat bulatan kat tengah. Pecahkan telur dan kacau. Lepas tu masukkan air. Uli sampai tak melekit. Lepas tu bahagikan kepada beberapa bahagian. Lebih kurang 50g setiap bahagian. Lepas tu bulat-bulatkan. Sapu dengan marjerin ke semua bahagian. Jangan ada yang tertinggal. Tutup lepas tu simpan sekurang-kurangnya 6-8jam. Aku biasanya buat malam. Pagi baru tebar. 




Lepas dicanai lipat-lipat dan bentukkan bulat macam ni. Jangan lupa
letak marjerin masa setiap proses
Penyek penyek untuk digoreng 
Selepas digoreng. Goreng pun letak marjerin tau
Kalau kat kedai diorang banyak guna minyak je. Tapi kalau guna marjerin lebih sedap dan wangi. Kos nak membuatnya pun murah gila. Aku dapat 35 keping tu lebih kurang saiz kedai makan. Maksudnya kalau jual dapat RM35. Kosnya baru berapa hengget. Gila lah. Aku patut bukak kedai makan. Hahahaha..






Selamat menyambut Maal Hijrah & berhujung minggu.


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com