Isnin

Musim Ibu Berpantang - Ayah Kat Dapur : Baguette Cheese

Assalamualaikum..


Okay.. Menu kali ni ialah baguette cheese. Baguette? Ialah roti French yang panjang dua kaki lebih tu. Selalu ada jual kat hypermarket. Kami selalu beli kat AEON untuk dimakan dengan sup cendawan (mushroom gravy). Sebahagiannya sebab ia murah, sebahagiannya sebab ibu dah tak larat masak roti lagi.


Resepinya mudah je.

Bahan-bahan :
1 - Satu roti baguette
2 - Secubit gula.
3 - Mentega
4 - Dua ulas bawang putih
5 - Mozarella
6 - Cheddar
7 - Aonori

Memasak :
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 5 minit.
1 - Potong baguette ikut suka hati.
2 - Campurkan secubit gula dengan mentega, gaulkan sampai sebati.
3 - Sapukan campuran mentega tadi kat baguette.
4 - Parut bawang putih kat baguette. Ya, parut kat roti. Letak bawang putih kat roti dan gosokkan.
5 - Parut mozarella dan chedar pada kadar 2:1 dan taburkan kat atas baguette.
6 - Taburkan aonori kat atas.
7 - Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.


Ini rupa yang dah siap. Kulit baguette bertambah rangup selepas dibakar. Bila digigit, ia akan bunyi "KKKRRRUUUPPP" gitu. Awas! Lepas makan terus kena cuci meja makan. Bahagian roti putih baguette yang dah lembut tu, rasanya masin manis. Ditambah dengan mentega yang dah meresap masuk ke texturenya, membuatkan rasa lemak pada masa yang sama sangat lazat. Topping cheese.. Lemak masin dan bila ditarik, bertali je. Memang sedap. Tapi bila ditambah dengan aonori, satu aroma dan rasa baru untuk sejenis makanan barat.

Bau aonori bakar yang wangi. Lemak dan masin dari cheese. Sedikit manis dan juicy dari dalam baguette. Rangup gila kat kulit roti. Bayangkan lah..

Note :
Jangan guna baguette yang dah lama untuk masakkan ni. Nanti keras macam batu. Baguette yang baik ialah yang rangup di luar, sangat lembut di dalam.
Gula digunakan untuk mengimbang rasa. Kalau dah boleh rasa sedikit manis, dah cukup.
Untuk yang suka rasa bawang putih, boleh terus parut bawang putih tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega. Aku parut kat roti supaya rasanya tak kuat sangat.
Dalam menu ni, tak perlu gunakan garam atau gantikan mentega dengan salted butter sebab dah masukkan cheddar.
Tujuan letak aonori, selain sebagai hiasan, ia akan bagi slight aroma dan perisa rumpai laut.
Untuk yang suka pedas, boleh letakkan potongan cili yang ditumis dengan sedikit bawang. Rasanya seakan-akan topping pizza pedas.


::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

11 comments:

SalbiahM berkata... [Reply]

selamat berpantang!

terliur tengok baguette tu..teringin nak buat.pastu taruk garlic n cheese.apa lah rasa tak tau..hehe

imm berkata... [Reply]

kak rai da stat berpantang ke?
(soalan sampingan kepada soalan kak rai dah bersalin ke?!!) hahahh
omedetou akak..take care ye..

PetakBunga berkata... [Reply]

dah beranak ke? tak khbar pun?

Dr K berkata... [Reply]

macam mana cara yg betul nak sebut " baguette " tu? :P

Acik Erna berkata... [Reply]

Selalu nampak roti tu..boleh cuba ni rai

Zai Zamree berkata... [Reply]

sedapnya tgk

Mak Wardah berkata... [Reply]

rai..ni fav wardah & along nih. rai jual ke?

sitiezahim berkata... [Reply]

Tahniah baby girl ke boy? Mmmm roti ni mmg sedap. Dulu kami kat dochland mmg selalu makan, saya kadang2 isi tuna, or soswj. Ikut suke ati hihi

Aziela berkata... [Reply]

Panggang dalam kuali ajaib tu boleh tak? Macam best jer kan....

Tahniah Rai...Alhamdulillah selamat dah yer...

Eye_nee berkata... [Reply]

Aikkk..Rai dah bersalin dah ker...selamat berpantanglah kalau yer dah bersalin...

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

rai dah bersalin ek.. tahniah :-)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com