Jumaat

Menyediakan Mesin Photocopy Untuk Disewa Secara Murah

Assalamualaikum..


Kalau ada sesiapa ada terfikir pasal nak buat bisnes fotocopy, atau lebih famous dikenali sebagai fotostet, inilah peluang keemasan korang. Bukan sahaja mesin fotocopynya baru, sewa bulanannya pun sangat murah (RM30.00 sebulan, deposit dua bulan). Untuk terma dan syarat, sila baca keterangan dibawah.


Cara menggunakannya pun sangat mudah sebenarnya. Letakkan kertas di atas scanner/penyalin, tutupkan penutupnya dan tekan butang mengikut kemahuan anda. Salinan akan keluar pada tray/dulang bahagian bawah.


Sesuai ditempatkan dimana-mana jua.


Tajuk sebenar entry kali ni ialah "LEGO Binaan Sendiri 03 Nov 2014 - Mesin Salinan Foto / Photocopy Machine". Hehehe.. Gurau je!
Untuk korang yang nak bina sendiri model pencetak salinan foto yang sama macam aku, korang boleh bina dengan menggunakan 37 keping lego je. Kalau nak jugak resepinya langkah demi langkah, korang boleh whatsapps aku.

Selamat maju jaya...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Hadiah dari Irfa

Assalamualaikum

Murah rezeki kami minggu ni. Damia dapat hadiah baju Frozen idamannya daripada rakan sekerja. Damia berusaha bersungguh sungguh berdoa untuk dapat baju ni tau. So, dia sangat happy dan tak sabar sabar nak suruh aku basuh untuk dia pakai. 

Afiqah Balqis pulak dapat dua pack diapers Mami Poko. Juga hadiah dari rakan sekerja. Baik sungguh diorang. Sob.. Terharu. Jimatlah duit beli diapers sebulan.

Semalam, dapat bungkusan dari Irfa,

ole ole dari Paris



beg recycle snoopy dua dan mainan mewarna si anak anak
Aqil sampai mengigau mewarna dengan ayahnya malam tadi. Seronok betul diorang dapat hadiah. Biasalah. Beg comel comel ni habuan si Damia jugak. Dia kan anak ibu. Hehehe..
Muka gembira. Rambut tak bersikat
Dan yang paling buat aku teruja adalah.. Ofkos benda makan.. Hahaha
Nasi Mandy kambing Yaman
Dalamnya tak ada kambing. So, sabtu ni pergi beli kambing. Ahad boleh buat. Bak kata kakzakie, semua aturan membuat dah ada dibelakang kotaknya. Tinggal ikut saja. Kalau jadi nanti aku share ye. Kalau tidak buat buat lupa sudah la ya..

Kalau sapa nak mencuba buat di rumah sendiri nasi arab, boleh la contact Irfa. Maklumlah. Kalau nak pergi makan di kedai pun sepinggan dah RM15++. Masak sendiri, sekotak dapat makan sekeluarga. Sedap pun sedap.

Daa




Khamis

Bagaimana orang cina berjaya dalam Amway

Assalamualaikum

Bila bersembang mengenai MLM ramai orang melayu jadi sensitif.. Alergik. Bab halal haram. Bab kawan makan kawan. Ramai yang meluat menyampah. Walau pun kadang-kadang kawan yang masuk MLM tu bukan ajak depa masuk pun. Yang paling ditakuti oleh orang melayu adalah jual barang dan cari orang. Pendapat peribadi aku.. Ramai orang melayu memandang orang jual barang direct selling ni macam orang mintak sedekah. So, ramai yang alergik bila ada kawan atau even adik beradik masuk MLM. Diorang paling takut kalau ada yang promote business atau barang kat diorang. Taknak beli tu kawan/adik beradik. Takut orang kata tak sapot. Tapi belakang sembang macam kena paksa beli. Padahal orang tak suruh pun beli. Sendiri je terasa.

Range produk Amway

Ramai orang cina yang sangat berjaya dalam Amway. Orang kata.. "Tu la.. orang melayu kerja, orang cina yang makan". Padahal orang melayu ramai tak suka masuk Amway. Alasannya.. Amway lambat kaya. Amway nak kena cari orang.


Sebenarnya, cara orang cina cepat berjaya dalam Amway adalah sebab mereka mengutamakan keluarga dalam perniagaan. In fact.. Dalam banyak business pun, diorang buat sekeluarga. Once dia nampak potensi dalam Amway, dia pun cerita pada adik beradik. Pakat untuk bantu mak ayah. Lepas dah satu keluarga masuk. Diorang pun pakat pulak dengan sepupu sepapat. Mula-mula pakat guna sendiri. Sambil-sambil tu sentiasa cari peluang berbual dengan orang. Biar semua orang tau dia tu meniaga Amway. So, bila orang nak cari barang. Orang terus cari dia. Amway barangnya bagus. Dan ramai memang dah tau bagusnya barang Amway. Ke sana sini dia tabur business card. Sebab tu Amway ni dibuat secara sambilan je. Bayangkan, satu keluarga ada 4 orang adik beradik. Adik beradik tu masing masing ada pasangan. Pasangan ada adik beradik dia pulak. Lepas tu dalam adik beradik pasangan tu tentu ada pasangan dia pulak.. Nampak tak macam mana network tu berkembang. Itu belum jual, just gunakan konsep "guna barang". Dari beli barang kat Giant, Tesco ke.. Baik beli barang dalam perniagaan keluarga sendiri. Contoh kita ada kedai runcit, buat apa buang duit beli beras kat kedai Abu. Betul tak..?


Tahun lepas Amway adalah MLM no 1 dengan sales paling banyak mengatasi Avon dan jauh meninggalkan MLM lain



Ini biasanya tak berlaku dalam keluarga orang melayu. Dia tak tau pun benda apa Amway ke MLM ke. Bila orang pakat kata MLM tu makan duit haram, dia pun takde tanya takde selidik.. Terus tolak.

Ini adalah permulaan macam mana orang cina menjadikan Amway sebagai perniagaan keluarga dan berjaya. 

Malang sekali sebab ramai orang melayu tak nampak peluang ni. Hakikatnya, orang melayu ramai yang suka makan gaji. Tak salah jugak makan gaji. Kalau tak ada yang makan gaji jadi jurutera, askar atau polis. Siapa yang nak jaga keamanan negara. Ye tak..? Tapi, dalam ekonomi kurang stabil macam sekarang ni, ada baiknya fikir fikirkan peluang untuk buat perniagaan sambilan. Dengan Amway, kita buat pilihan, nak income berapa. Letak target. Usaha kena betul, bukan menyondol mengkhinzir buta. Kerja sambilan bagi aku kurang relevan.

Tahun demi tahun, harga barang meningkat. Kelayakan BR1M makin bertambah. Tapi sampai bila nak harap pada bantuan. Buka hati buka minda. 

Aku sekadar berkongsi peluang. Tak ajak pun korang masuk. Buang masa je kalau masuk tapi tak menimba ilmu. Guna barang pun taknak, nak berniaga bermacam alasan. Buang duit korang, buang masa mentor. Lastnya korang badmouth industry MLM atau pun Amway kata masuk tapi tak jadi apa. Tapi tak cerita pun kat orang yang sebenarnya korang masuk korang tak buat apa.. 

Aku just share sebab aku rasa rugi kalau aku tak kongsi peluang yang macam ni. Ramai yang mencari cari peluang nak tambah pendapatan tapi tak tau dan mungkin tak terfikir nak ambil tahu sebab sentiasa anggap negatif pada orang MLM. Yang lawaknya ramai yang kata, tak suka MLM sebab lebih suka berniaga produk fizikal. Nak je mulut celupar aku ni menjawab "Abis ko ingat aku meniaga angin? Yang meniaga angin tu Mister Potato je tau".

Kalau nak tanya lanjut whatsapp 0126894317.

Dah baca? Kenapa saya suka Amway

Daa

Rabu

Jom Pasang LEGO® : Review The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor

Assalamualaikum..

Macam yang dijanjikan, kali ni nak review set lego yang bagus sebagai set permulaan sama ada sebagai mainan, koleksi, mahupun hiasan. Bagi aku cerita kenapa set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni sangat awesome.


Set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni didatangkan kalau secara solonya, dalam satu kotak berukuran lebih kurang 30cm x 30cm x 7cm. Now, aku cakap solo bukan bermaksud ada Eagle Interceptor je. Ada jugak kenderaan lain dan minifig kat dalam ni. Maksud aku solo adalah, set 70003 ni ada jugak dijual dalam bentuk tiga set dalam satu kotak. Ia dipaggil 66450 The Legend of Chima Super Pack 3 in 1. Setakat yang aku jumpa, super pack tu tak jugak murah, lebih kurang harga kalau beli asing-asing. Ditambah lagi, combonya tu tak berapa best pun. Dalam tu ada set 70000 Razcal's Glider (yang aku review minggu lepas), 70001 Crawley's Claw Ripper & 70003 Iris's Eagle Interceptor. Tapi, kita bukan nak bercerita pasal super pack, kita nak cakap pasal set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni je. Set ni dikeluarkan pada tahun lepas, 2013, baru lagi. Kalau sesiapa perasan, set ni masa mula-mula keluar kat Toy's R Us dulu, harganya RM179.90. Lepas tu aku perasan dah turun jadi RM159.90. Harga sekarang RM154.90.


Bersama dalam set ni walaupun binaannya agak besar, cuma ada sebuah buku panduan (instruction manual). Buku tu setebal lapan puluh empat muka surat. Arahannya sangat mudah. Budak dibawah umur dari cadangan yang tertera kat kotak (8-14 tahun) pun boleh pasangkan. Kalau anak korang genius, rasanya umur lima tahun pun dah boleh pasang. Kecuali parts jenis joints tu.


Jumlah keseluruhan parts ialah tiga ratus tiga puluh satu termasuk extra parts. Dan, ada tiga minifig. Semua dalam tiga beg ni. Owh.. Sebelum terlupa, ada sekeping sticker sheet. Atas tu ada tujuh keping sticker. Untuk yang belum ada pengalaman, sticker LEGO® sangat best, atau patut sebut istimewa? Sebagai permulaan, sticker dia sangat, sangat, sangat nipis. Dia tak berbulu dan permukaannya glossy. Aku tak buat penelitian tapi rasanya material dia seolah-olah plastik. Kedua, sticker dia dan lego bertindak balas macam magnet. Bila kita dekatkan, dia akan menarik satu sama lain membuatkan ia mudah diselaraskan. Yang terakhir sekali, sticker dia tak mudah diasingkan bila dah dilekatkan. Kalau dipaksa kopekkan jugak, sticker akan rosak dan cacat.


Jom pasang. Macam biasa, diingatkan mesti bukak beg plastik mengikut nombor. Bila siap pasang semua dari beg satu, baru bukak beg dua, dan seterusnya. Bila bukak beg plastik, sentiasa susun parts mengikut warna. Semua langkah pemasangan ni adalah asas untuk memasang set supaya proses adalah lebih mudah, tertib dan tak wujud kesilapan. Okes, dalam beg nombor satu, ada dua lagi beg kecil. Beg kecil biasanya berisi minifig dan parts yang lebih kecil. Mulakan dengan memasang minifig dulu. Kemudian parts lain, seperti mana yang tertera dalam buku panduan.


Bila dah habis semua parts beg nombor satu, dah siaplah pasang tiga minifigure, satu glider dan satu pod atau jet kecil. Ketiga-tiga minifig tu printed depan dan belakang, didatangkan dengan helmet, baju perisai dan senjata. Glider dalam set ni boleh gerakkan sayap dalam paksi x sebanyak lebih kurang 60darjah. Maksudnya, sayap tu boleh direntangkan atau dirapatkan pada tubuh glider. Untuk pod, windscreen tu boleh dibuka tutup. Sayap kecil kat tepi pod tu boleh digerakkan pada paksi y. Ada dua keping sesendi kat belakang pod dan binaan atas pada sendi tu menunjukkan bahagian ni dibina supaya mudah dicabut pada masa yang sama boleh buat sambungan yang kukuh.


Sambung pasang beg nombor dua. Dalam beg nombor dua, ada satu je beg kecil. Langkah yang sama, susun ikut warna dan mula membina.


Binaan dari beg nombor dua ialah badan Eagle Interceptor. Dah nampak rupa badan dan ekor burung. Penyediaan parts sesendi dah ada kat bahagian ni.


Akhir sekali, beg nombor tiga. Ada satu beg kecil dalam beg yang terakhir ni. Susun, kemudian siapkan Eagle Interceptor ni. Ada dua pasang ball joints dan dua pasang rotable ball joints untuk siapkan set ni. Dua jenis sendi ni biasanya memerlukan tenaga yang lebih untuk pasang, as well as providing sendi yang tak mudah longgar walaupun bertahun lamanya. Selain itu, mechanicle arms pun agak keras untuk dipasang. Parts yang lain takde masalah, anak aku yang berumur setahun lebih tu pun (Aisy) boleh pasangkan. Kalau dia tahu baca manual that is, hahahaha.


Inilah rupanya bila dah siap.


Kepala helang ni boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. Macam gaya mengangguk camtu. Ian jugak boleh diasingkan dari badan helang supaya dijadikan pod untuk melarikan diri dengan mudah. Apa yang perlu dibuat, cuma dengan menolak kepala Eagle Interceptor tu ke atas menjangkaui paksi sendi dia. Pod tu akan tercabut dengan mudah. Kalau korang cuba cabut dengan cara lain, well, korang akan end up bergusti dengan burung ni. Sayapnya pulak bebas bergerak 180darjah pada mana-mana paksi (x, y, z). Ada sedikit limitation kalau sayap tu tersangkut pada kaki helang. Bulu pelepah pada sayap pulak boleh digerakkan lebih kurang 60-70darjah secara mendatar. Jadi, korang boleh menggayakan sayap burung tu duduk sepertimana dia sedang bertenggek atau berterbangan. Di bawah setiap sayap pulak, ada satu flick missile. Macam biasa, kalau ditolak dari belakang peluru akan memecut keluar selari dengan kekuatan tolakkan yang diberi.


Kat bahagian belakang Eagle Interceptor ada sebuah compartment bersaiz 6x8. Compartment tu mudah dibuka dan tutup. Dengan saiz sebesar tu, korang boleh isi macam-macam kat dalam termasuklah minifig dan aksesori.


Kaki helang ni jugak boleh digerakkan. Mekanismanya adalah rotable ball joints tadi. Untuk yang belum ada pengalaman dengan rotable ball joint, sendi jenis ni adalah antara yang terkuat dan berskala. Ia tak mudah berubah posisi dan tak mudah haus. Gambar kat atas menunjukkan rupa Eagle Interceptor tu pada keadaan flight mode atau mod terbang. Kedudukan dada dan leher burung ni membuatkan imitasi burung sebenar sangat realistik. Aras kedudukan paruh dan kakinya turut menghidupkan lagi lakonan tu. Kalau ada parts berwarna transparent clear yang lebih, boleh buatkan stand untuk mengaksikan set ni.


Bagi peminat burung, mesti korang fascinate dengan features kuku kaki ni. Gaya cengkaman dia sebijik macam helang sebenar. Jumlah jari dan sudut dia memang tak ubah langsung. Fuuhh. Besar mana model ni bila dah siap dipasang? Tingginya lebih 14cm. Lebar dan panjang pulak, kalau diletakkan kat atas cover Galaxy Tab 10.1 inci yang terbukak (sama macam dua biji Galaxy Tab 10.1 inci yang diletak bersebelahan), masih ada bahagian yang terlebih-lebih. Korang anggarkan sendiri ya?

Set ni aku sangat rekomen sebab ia bersaiz besar, imitasi yang sangat hebat, berkebolehan dan memiliki fungsi yang best, ada pihak baik dan jahat dalam satu set, ada tiga minifig yang fully printed dan beraksesori lengkap, pemasangan dia yang mudah tapi kukuh, harga yang mampu milik dan setara dengan apa yang pembeli dapat.

Aku terdengar ura-ura kononnya set ni dah nak diberhentikan penerbitannya dalam masa terdekat sebab Chima dah masuk siri ketiga (set 70003 Iris's Eagle Interceptor ni adalah dari siri pertama The Legend of Chima sebenarnya). Jadi, aku sendiri dah beli banyak-banyak set yang best ni. Kalau ada pembaca blog ni yang berminat untuk beli set lego ni pada harga murah, boleh whatsapp aku kat nombor 012-6894617 sementara stock masih ada. Aku ada iklankan set ni kat mudah.my jugak. As for now jualkan pada harga RM120 satu set dan dah tinggal kurang dari 10 kotak.

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Kenapa saya suka Amway

Assalamualaikum

Sorry buat sesiapa yang ada alahan dengan perniagaan MLM.

Aku kenal Amway lebih kurang tahun 2008. Sebenarnya sebelum aku kenal Amway aku takde impression sangat pasal perniagaan direct selling atau pun yang menggunakan sistem Multi Level Marketing (MLM) ni. Neutral.

Honestly, masa mula-mula tu aku takde concentrate sangat pada Sales and Marketing plan nya. Aku fokus pada product. Yang menarik tentang Amway adalah ianya ada banyak sangat product yang kita boleh jual. Dari vitamin sampai lah ke seluar dalam. Beg sekolah pun ada. Ya, orang kata barang Amway ni mahal. Pada aku, barangnya ekonomi. Mahal, tapi berbaloi dengan kualiti. Dan yang buat aku teruja adalah product nya mementingkan pengguna dan mesra alam sekitar. Setiap aspek dititikberatkan. Botol sabun pun adalah direka supaya mudah di biodegradasi kan apabila dibuang. Contohnya, botol multipurpose cleaner LOC kalau buang atas tanah akan mereput selepas beberapa hari. Bahan yang digunakan dalam vitamin Nutrilite pulak kebanyakannya diambil dari hasil tanaman mereka sendiri. Dan yang pastinya semua tanaman ditanam secara organik. Siap gunakan kumbang untuk kawal serangga perosak dan sebagainya.


Set penjagaan kulit Artistry yang merupakan salah satu premium brand yang dapat pengiktirafan antarabangsa

Mesra alam, mesra pengguna
Aku suka menjual. So, aku sangat tertarik dengan konsep "buka pasaraya dengan modal rendah". Cuma perlu bayar kos keahlian, kemudian boleh beli dan jual macam-macam barang. Tak perlu simpan pelbagai stok di rumah. Hanya beli barangnya apabila ada orang buat pesanan. Tugas kita promosikan. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang boleh dijual, macam-macam cara dan gaya boleh kita jual. Ye lah. Tak semua orang tau nak jual supplement. Kadang-kadang makcik kat kampung yang dulu sekolah sampai darjah berapa je nak jugak jana pendapatan tambahan. Boleh jual periuk ke oven ke.. Boleh untuk semua golongan. Adil bukan..? Orang kaya ke miskin ke tua ke muda ke.. Mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Yang penting kena rajin usaha.
Tilam Dreamland Chiromax Proguard untuk penjagaan tulang belakang pun hado~!
Ada orang skeptikal dengan perniagaan dengan konsep MLM sebab katanya "makan duit atas usaha orang lain". MLM bukan skim piramid. Usaha sekali makan berkali kali. Macam ni contohnya ya. Ali join Amway. Lepas tu dia ajak Abu join Amway jugak. Lepas sebulan, Ali rasa Amway tak ok. Dia pun stop berniaga. Abu pulak terus menjual dan ajak orang lain berniaga. Ali orang atas Abu. Tapi Ali tak dapat apa apa pendapatan dari usaha yang Abu buat. Bila Ali berhenti berniaga. Pendapatan dari Amway pun berhenti. Tapi uniknya perniagaan MLM ini juga membolehkan kita dapat pendapatan jangka panjang yang tak putus sampai tujuh keturunan. Dan mungkin akan bertambah setiap tahun. Haaa.. Acane tu. Yang tu kena belajar sales dan marketing plan nya baru tahu. Serius. Once aku tau sangat mengujakan.

Malangnya. Walau pun ramai orang tau. Walau pun aku pun tau. Perjalanannya tak mudah jugak. Apa perniagaan atau pekerjaan pun tak mudah jugak kan. Ramai orang lebih suka dengan perniagaan rakan kongsi tidur, jenis 5D (Duduk diam diam dapat duit). Ramai orang malu nak jual barang. Kenapa nak malu..? Bukan kita mintak sedekah. Bukan kita merompak.

Dalam krisis ekonomi yang sedang teruk melanda sekarang ni. Kita (read : Aku) dah tak boleh hanya bergantung pada satu jenis pendapatan saja. Amway memberikan satu peluang bagi semua orang dengan modal hanya RM90 sebagai deposit. Latihan dan guide akan diberikan. Kalau dalam masa 12 bulan rasa tak mampu. Boleh dapat refund. Produknya pun ada jaminan pulangan wang.

Kita nak cari wang. Ada banyak cara nak capai matlamat cari wang. Kan bagus kalau kita boleh bina perniagaan Amway bersama seluruh ahli keluarga sambil membantu orang lain mencapai matlamat mereka..? Bukan itu saja, malah disamping tu kita boleh bantu orang lain capai matlamat kesihatan yang baik dan baiki kehidupan secara keseluruhannya.

Kita tak tau potensi kita sehingga kita mencuba. So jangan pandang rendah pada diri sendiri.

Bukan kata perniagaan lain tak boleh. Setiap perniagaan ada keunikannya sendiri. Ini adalah keunikan Amway. :)

Daa

Selasa

Cuti Sekolah Musim Bersunat / Berkhatan

Assalamualaikum...

Semalam aku tak sempat nak siapkan entry pasal Legoland Malaysia Resort Theme Park. Sebab utamanya ialah hari Sabtu haritu Aqil berkhatan.


Senyum je muka. Beberapa hari / seminggu sebelum bersunat, Aqil ada ambil berat jugak pasal event ni. Dia tanya "Bersunat tu apa? Kenapa perlu bersunat?". Jadi, aku terangkan dalam bentuk yang aku rasa lebih baik. Pasal hukum, pasal mensucikan diri dan doktor tak buat lain srlain mencapai matlamat tu. Aku tak pernah sebut perkataan "potong". Turns out, dia lebih excited dan tak sabar nak bersunat. Takut tak wujud langsung.


Ditambah pulak bila empat lagi sepupu dia turut bersunat dihari dan masa yang sama, bebudak ni macam enjoy habis. Walaupun pak long dia dok sibuk takutkan "potong dengan gergaji", Aqil lebih percaya dengan apa yang aku cakap. One side yang buatkan aku sayang sangat kat sulung aku, "always trust dad". Sebelum masuk ke bilik rawatan, semangat je anak ayah ni. Bila masuk pun, dia sendiri cepat-cepat naik kat atas katil tak sabar nak bersunat.


Dah tentu-tentu aku sendiri tak tau cemana proses bersunat tu dijalankan. Bukannya aku tonton sendiri masa aku disunatkan masa kecik dulu. Tapi bila tengok apa yang klinik buatkan kat anak aku, aku rasa "Wow, boleh tahan kejam proses bersunat ni eh?". Doktor main tarik, koyak, gunting, cucuk dan potong dengan besi panas camtu je. Seriously, aku tak sanggup tengok. Still, sebagai seorang ayah, aku tengok jugak apa yang dilakukan. Aqil nangis masa doktor dan nurse buat kerja. "Sakit! Sakit! Ayah tolong!" dia terjerit. Bila dah sampai proses clamp tu, dia dah senyap, dah okay pun. Muka masih dalam shock lagi laa. Ada jugak aku rasa macam doktor start proses tu sebelum bius tu betul-betul take effect lagi. Sampai rumah, aku betulkan PSP kat sebelah Aqil, pastu bagi access kat dia main benda tu 24 jam sehari. Belum sejam, dia dah tidur. Kuatnya anak ayah.


Walau macam mana pun, YEY, Aqil dah settle. Tahniah. Dari lima orang, dua tak menangis, dua menangis kat dalam bilik rawatan je, satu menangis sampai rumah. Kalau tengok dari peratus, rasanya sangat bagus berbanding masa aku kecik-kecik dulu. Sepuluh yang masuk, sembilan atau lapan yang keluar dari bilik rawatan pasti menangis teruk. Hahahaha. Harini dah hari yang ketiga selepas Aqil bersunat, dia dah tak boleh duduk diam. Asyik berjalan kesana kemari. Siap nak main bola sepak dalam rumah dah. Hadushh. Penat kepung.

Untuk ibubapa baru yang nak sunatkan anak teruna mereka, pada masa aku tulis blog ni harga berkhatan kat klinik swasta ialah RM160. Untuk yang tinggal sekitar kawasan Shah Alam, kain pelikat untuk kanak-kanak mudah didapati kat PKNS dan seksyen 18. Cara berpantang, sama macam orang lepas bersalin.

Well, selamat cuti sekolah. Penuhkan masa dengan aktiviti yang membina ya anak-anak. Kepada cikgu-cikgu, tolong jangan bercuti over sangat. Malu laa sket dengan anak murid. Letih ibubapa jawabkan. Nampak huduh laa. Kenapa? Next time kalau ada rezeki kita cerita. Hahahaha..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

EnSurvey penipu!!??

Assalamualaikum

Soalan pertama, ada sesiapa yang join Ensurvey dah berjaya cashout?

Aku dah berjaya dapat minimum amount untuk cashout bulan September aritu. Pastu, aku pun click button cashout
Aku plan cashout sekali dengan Nuffnang & 8Share. So, dapatlah banyak sikit bila kumpulkan. Yang 8Share dengan Nuffnang dah selamat guna dah pun. Tapi EnSurvey ni sampai sekarang takde khabar berita. Katanya 45 hari je. Masa cashout dia ada bagi email withdrawal receipt.

Takde la banyak mana pun amountnya.. RM139.40 je. Setelah tolak RM2.00. Jadi lah RM137.40. Katanya akan diberi dalam bentuk cheque. Malangnya sampai hari ni takde muncul batang hidung cheque yang dijanjikan. Bila aku email pada team support diorang kat support@ensurvey.com pun takde reply sampai hari ni.


Ye lah. Amount tu bukanlah banyak mana pun. Tapi korang bayangkan la. Satu survey 50sen je. Nak kumpul RM100++ tu jenuh jugak la keringat. 


Sedih sedih.. At least reply la email aku tu.. Ni takde. Memang aku cap penipu la kes camni. Boikot EnSurvey. Hahahaha..

Daa

11 punca gemuk yang mengejutkan

Assalamualaikum & salam hari Isnin

Semangat je aku penulis. Walau pun hakikatnya mengantuk sampai macam nak berguling guling ni ha.. Hahaha..

Hari ni nak kongsi satu topik menarik yang pastinya ramai orang suka. Punca kegemukan yang mungkin ramai tak jangka~!

(1) Virus 
Atau lebih spesifiknya, cold virus iaitu adenovirus. Menurut kajian dalam 124 orang yang dijangkiti virus ini, 80% daripadanya menjadi gemuk. Macam tak percaya kan..?

(2) Selalu duduk dalam air cond
Orang zaman sekarang, tidur malam pun tak boleh tak ada air cond. Kat ofis dah ber air cond. Balik rumah, pasang air conditioner lagi. Mungkin ada betulnya, sebab zaman sekarang ni rata-rata orang memang pasang air cond kat rumah. Dikatakan bahawa, dengan pasang air cond, badan kita tak bekerja keras untuk kawal suhu badan ikut sekeliling. Ye lah, berpeluh pun tidak.

Patutnya aku pasang air cond kat rumah kalau nak gemuk kan. Hahaha..
kanak kanak ni ibunya bekerjaya

(3) Kanak-kanak yang mempunyai ibu bekerja
Kanak-kanak yang mempunyai ibu bekerja mempunyai kebarangkalian menjadi gemuk lebih tinggi berbanding yang ibunya menjadi suri rumah. Tak pasti lah kalau, ibunya bekerja di rumah atau pun mempunyai perniagaan sendiri dikira sebagai ibu bekerja atau tidak. Aku saspek, mungkin ianya berlaku sebab ibu bekerja cenderung untuk tak cukup masa memasak dan akhirnya makan makanan yang dibeli atau makanan segera yang kurang sihat.

(4) Tidak mendapat tidur yang mencukupi
Okay. Bagi ibu ibu yang menyusukan anak. Sekarang kita dah tau punca gemuk. Mungkin ianya boleh jadi "alasan" sementara untuk kekal begitu. Hehehe..

(5) Membuang tonsil
Yang ini mungkin ada benarnya. Sebab aku pernah tengok ia berlaku depan mata. So jagalah tonsil anda dan anak anda sebaiknya supaya tak perlu dibuang.

(6) Tidur dengan lampu menyala
Yang ini dah kecoh baru-baru ni. Sebab, bila tidur dengan lampu menyala menghalang penghasilan sejenis hormon yang dipanggil growth hormone kalau tak silap. Dengan kata lain, badan tak dapat rehat dengan sepenuhnya. 

(7) Anak yang dilahirkan oleh ibu yang lebih berumur
Yang ni agak sensitif sebenarnya. Tapi, menurut kajian, anak yang dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai kecenderungan untuk gemuk lebih tinggi berbanding yang dilahirkan oleh ibu yang berumur 21 tahun.

(8) Terdedah kepada persekitaran yang tercemar
Mungkin inilah kepala punca kenapa ramai sangat orang gemuk zaman sekarang ni. Sebab bumi dah terlalu tercemar~!

(9) Genetik
Its in the blood kata omputeh. Hehehe..

(10) Anak yang dilahirkan oleh ibu yang makan diet tinggi lemak ketika mengandung
Ibu ibu sila beringat demi masa depan anak-anak. Jangan ikutkan nafsu sangat.

(11) Ubat ubatan
Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kegemukan. Contohnya adalah pil perancang. Hehehe...

Ianya mungkin gimik, mungkin tidak. Yang mana boleh dielakkan tu cubalah elakkan. 

Selamat bekerja

Daa

Jumaat

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Khamis

Bacalah~!

Assalamualaikum

Hari Ahad yang lepas aku ada buat satu perkongsian tentang cara-cara memasak makanan Jepun. Asalnya aku cuma perlu bawak makanan yang dah siap dimasak dari rumah. Tapi sebab aku ni boleh tahan lampi. Pastu tak baca habis arahan. So aku pun bawak bahan-bahan untuk masak kat sana. Nasib baik penganjur baik hati bagi pinjam dapurnya pada kami. Hahaha..

Nasib baiklah masakan Jepun ni sekejap je nak membuatnya. Shujin pun tolong sediakan bahan. Aqil, Damia dan Aisy pulak sangat excited berlari ke sana sini.. Afiqah pulak behave berbaring di sofa. Hehehe..

So.. apa perkongsian masakan yang aku buat tu..

Jemputlah baca di Kuahkari.com

Terima kasih pada Khairul Hakimin sebab sudi menjemput kami sebagai Guest Blogger dan bagi peluang aku feeling chef memasak di dapur Abuain Kitchen Studio. Honestly.. First time aku menggolek takoyaki dengan ada penonton.. Menggigil tangan derr.. Hahaha..

Apa pun.. Ianya pengalaman baru yang sangat menyeronokkan bagi kami.

Ada ke yang nak jadi anak murid belajar memasak makanan Jepun dengan kami..? Hahaha

Daa

Rabu

Jom Pasang LEGO® : Review The Legend of Chima 70000 Razcal's Glider

Assalamualaikum..


Harini review set lego dari siri The Legend of Chima, bernombor pendaftaran 70000, namanya Razcal's Glider. Set ni kecik je, agak-agak sebesar tapak tangan orang dewasa yang terbuka jari-jemarinya. Kalau jari rapat macam mintak duit singgit tu tak kira ya. Kena bukak jarinya. Haha..


Set ni berharga RM49.90. Murah? Mahal? Ntah, apa yang aku boleh cakap ialah, mampu milik (affordable). Dikeluarkan pada tahun 2013 dan kalau tak silap aku ialah set pertama dari siri The Legend of Chima. Ada sembilan puluh sembilan (99) parts, satu (1) minifig dan lapan (8) extra parts. Beratnya seratus dua puluh gram. Ada dua bar code keselamatan dalam set ni. Rasanya set ni kerap kena curi kot. Hahaha..


Ada dua instruction manual dalam set ni. Malas nak periksa semula berapa muka surat, tapi agak tebal untuk set yang kecil. Mungkin supaya budak kecil lebih senang nak pasang. Ada dua beg parts. Nampak quite handful untuk Damia. Eh, lupa cakap. Aku beli set ni untuk Damia, masa aku tulis ni dia berumur empat tahun. Sekali dengan set ni, ada aku belikan set lain untuk Aqil set yang lebih besar. Since dia masih dibawah enam tahun, jadi aku beli yang kecik srbab takut dia tak boleh pasang pulak.


Jom pasang! Langkah pertama untuk pasang set lego, SENTIASA susunkan mengikut warna dan bukak beg plastik mengikut nombor beg. Ikut satu persatu langkah-langkah yang diilustrasikan kat manual.


Mula-mula siapkan minifig, kemudian buku manual pertama dan akhirnya buku manual kedua. Dah siap. Walaupun kat kotak tertera umur yang dicadangkan ialah antara tujuh tahun hingga empat belas tahun, tapi Damia yang berumur empat tahun dah boleh pasang sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jadi tak payah la risau sangat pasal umur anak ketika membeli. Anak-anak zaman sekarang sangat bijak, adaptasi diorang sangat cepat, mungkin kita sendiri akan terkejut.


Okeh, bila dah siap pasang kita nak tau apa set ni boleh buat? First off, jari kaki pada glider ni boleh mencengkam. Well, memang patutnya laa tak? Kemudian sayap dan ekor glider ni boleh digerakkan pada satu paksi. Fungsi yang lebih baik adalah bahagian axle dan flick missile ni. Tolak je axle ni, flick missile akan keluar. Tak tau kenapa dia attach flick missile ni kat satu rantai, tapi bagus laa. Kurang lego yang hilang ye tak? Hahaha..

That's it. Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Review : Hotel Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum..

Sambung cerita hari Isnin. Aritu review perjalanan kami, kali ni review bilik hotel pulak. Jangan risau, hotel dia best. Well, at least for the kids diorang sangat teruja. Untuk yang dewasa-dewasa, korang rate sendiri laa kan?


Ini gambar pintu masuk hotel ke lobby. Satu lagi gambar hallway ke bilik hotel. Aku tak nak letak gambar yang berulang-ulang orang lain letak, so that is just it. Sama je. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, kat lobby ada berlambak lego yang korang boleh main. Penduduk berdekatan pun tetiap malam bawak anak-anak diorang pergi main lego secara percuma kat situ, dah takyah beli lego dah. Cumanya, lego tu semuanya brick 2x4, duhh. Selain tu, ada kedai lego kat dalam. Harga legonya sama je macam kat mana-mana kedai lain kat seluruh Malaysia. Sikit pun takde murahnya. Lagi, ada restoran, kawasan main video game, kerusi urut, tandas, sudut movie, dan pertandingan setiap hari. Selain restoran dan kerusi urut, yang lain semuanya percuma. It's happening laa. Korang takkan rasa bosan kalau duduk kat kawasan lobby Hotel Legoland ni. Pasal harga, aku tatau berapa RM semalaman untuk tinggal kat sini. Aku tak bother nak ambik tau pun. Desas-desus macam RM500++ semalaman. Kalau peak season, harganya lebih mahal, biliknya sama je, takkan makin luas ye tak? Hahahaha..


Okay, first thing first. Bila masuk je hotel (actually pegi mana-mana pun sama je kitorang), periksa toilet dulu. Pertama, toilet dia bersih di mata, di hidung dan di sentuh. Hotel Legoland sediakan satu bidet (mangkuk tandas) dengan paip berair sejuk sahaja. Satu shower ditutupi dinding kaca dengan air panas dan sejuk. Ada satu vanity dan dua sinki, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Paipnya lengkap dengan air sejuk panas bersertakan barang-barang kegunaan asas. Ada dua cermin besar dalam bilik air menghadap masing-masing. Ada binaan lego kaku dalam bilik air, spider. Malangnya takde bath tub dan bilik air dia bersaiz agak kecil. Agak spoil bila takde bath tub dan saiz bilik air yang macam tu kan? A hotel is a gateway, an escape of daily life. Pihak hotel kena reconsider pasal ni kan?


Ruangan tempat tidur kanak-kanak pulak agak sempit. Ia dilengkapi dengan satu bunker (katil dua tingkat yang ada satu lagi matress yang boleh disorong/tarik pada bawah tilam tingkat bawah. That leaves to tiga tilam per bunker). Tilam, matress, selimut, futon dan bantal dia biasa je, best. Untuk bilik suites pulak ada dua bunker dan ruangan dia agak besar sedikit. Ada satu penghawa dingin, tv, satu mainan tic tac toe, satu wardrobe dan satu kotak lego (mostly LEGO : Duplo). Arah kiblat ada kat atas siling kat ruangan kanak-kanak ni, so jangan terlepas pandang. Lagi, ada binaan lego macam rupa katak tu, aku jadikan tempat letak cawan. Hahaha.. Ada banyak Nescafe disediakan, tapi sayangnya kami tak minum Nescafe.


Ruangan untuk dewasa pulak ada katil saiz king. Selimut, tilam, bantal semua sama best ngan ruangan kanak-kanak. Ada blog tulis pasal socket, so aku mengesahkan, YA, memang ada banyak soket. Takde masalah nak cas banyak-banyak gajet. Ada televisyen, satu sofa, satu kerusi rehat, satu meja teh, pengering rambut, meja bersiap dan cermin besar. Satu lagi aircond ada kat bilik dewasa. Ada satu set bilik permandangan dia menghadap Legoland, ada satu set bilik lagi permandangan dia, well menghadap tempat letak kereta. Disebabkan Legoland didirikan kat padang jarak, rasanya sesiapa pun taknak tengok tempat parking kan? Jadi request cepat-cepat bilik korang.


Tarikkan di bilik hotel yang paling best bagi aku ialah kotak harta karun. Ada satu set teka-teki yang perlu dijawab untuk dapatkan kod kunci. Hadiahnya ditukar setiap kali. Ini hadiah yang kami dapat. Satu keychain Frodo, satu fridge magnet Wookie. Well, maybe hadiahnya kurang best kot, Wookie dan Frodo, tapi anak-anak gigih cari jawapan nak buka kuci tu. Hehehe.. Bagus betul. Sangat appreciate treassure chest ni.


Yang ni tak disertakan dalam pakej penginapan. Hahaha.. Ini memang rutin kami. Menginap kat hotel je, mesti bawak sebekas lasagne untuk santapan menonton bersama. Sekali hadap je dah tinggal satu per tiga.



Kalau nak makan kat hotel, ini menunya, sempat aku snap. Untuk yang serius nak pergi, you might wanna zoom in a bit. Walaupun harga dia agak mahal bagi aku, tapi makanan dia sedap. Servis diorang pun okay.


Malam sebelum tidur, bawak family pegi lepak kat lobby pun satu idea yang baik. Banyak attraction kan? Untuk birthday, boleh request diorang buatkan sedikit kejutan special. Ada badut jugak merewang kat area lobby ni.


Dah habis round, Aqil dan damia sambung main kat katil sendiri. Aisy layan kartun, sambil terlelap.

Though hotel dia considered as great for the kids, ratings yang orang dok gembar-gembur cakap Hotel Legoland ialah 6 bintang, bagi aku cuma 4 bintang at best! Compared to Istana, Sheraton, Westin, jauh lagi kot. Cadangan budget yang perlu disediakan untuk menetap kat sini bagi aku ialah RM1000.00

Untuk yang terlepas Review Perjalanan ke Legoland boleh baca kat sini.

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com