Isnin

Review : Perjalanan Ke Hotel Legoland Malaysia

Assalamualaikum..

Minggu lepas, seminggu kitorang allocate untuk Legoland Malaysia Resort, Legoland Theme Park dan Legoland Water Park kat Nusajaya, Johor nun. Well, sebahagian masa dicurik untuk urusan bisnes jugak. So bergendol banyak barang jugak, tapi by the time sampai ke Legoland tu kereta dah clear untuk fun time la.


Orait!! Cerita pasal perjalanan ke Legoland dulu, kami dah rasa sendiri betapa ketidakmesraannya petunjuk di bahu jalan. Walaupun dan bertahun Legoland kat Johor nun wujud, tapi dengan kekurangan signboard camtu, bagi aku sangat tak boleh diterima. Bayangkan dari Kulai Johor takde satu pun signboard. Kat JB pun takde sign. Bila dah betul-betul nak sampai dah, baru ada sign. How come an international attraction boleh jadi camtu? Satu-satunya kawan kami ialah Google Map. Pastinya semua orang ada aplikasi ni kat henset masing-masing kan?


Though, apps ni tak boleh bantu korang bila dah sampai kat Legoland tu. Kenapa aku cakap camtu, sebab petunjuk tempat parking dia pun "Haduss...". Dah laa bagi aku Legoland ni letaknya kat padang jarak padang tekukur. Langkawi back in 1994 is way better.


Nasib baik wife aku is a johorian, so dia tau sedikit sebanyak selok belok jalan ke situ. Pertama bila sampai kat kawasan Legoland tu nak kena cari parking kereta. Kitorang suppossedly stay kat Hotel Legoland, tapi takde arah jalan ke hotel.


Yang ada cuma tanda parking bas, parking Legoland zon 1 dan zon 2 in which terletak nun jauh bapak punya dari Legoland itself. Kena menapak dihari terik ke Legoland ke?


Kemudian, bila dah pergi kat zon 1 dan zon 2, dia kata dedua zon tu ditutup. "Please proceed ke zon 3" yang tatau kat mana letaknya. Lepas pusing-pusing baru jumpa sign "parking legoland zon 3". Okay, masuk.


Despite tempat ni punya laa mahal, tempat letak kereta yang disediakan sangat laa cikai, nampak tak termaintain, tar bumpy seteruk-teruknya. Huhuhuhu.. Sedih. Well, okay. Park. Instead of berjalan dalam Medini, kami terus ikut lift, pertama sebab guard parking Medini tu yang cadangkan sebab katanya lebih dekat, kedua sebab itu kali pertama datang jadi tatau selok belok, ikut aja laa. Jalan ikut lift tu, busuknya macam jamban pecah. Haduss. Tahan je laa.


Lepas seketika berjalan, sampai laa di gerbang Legoland. Panas. Bebudak dah tak tahan nak pergi main-main. Ooppss.. Lek luu.. Jom gi check in hotel jap.


Ruangan lobby hotel tu cantik. Ya, ada banyak lego, look a like lego dan gambar lego. Selain reception counter, ada kedai lego, kedai makan, tandas, kerusi urut, video game, ruangan tengok movie, dan macam-macam lagi. Staff dia pun sangat mesra, semuanya pun muda-muda belaka.


Mainan lego pulak ada kat mana-mana saja, sedia untuk anak-anak dari pelbagai peringkat umur bermain. Semuanya percuma, dan semuanya BRICK 2x4. Tak boleh bawak balik ya. Siap ada sign kat situ cakap "Jangan ambik. Fikir laa, orang lain pun nak main jugak!!" or so it says. Hahaha.. Setiap hari, ada dua event yang diorang wajib adakan. Satu, teka bilangan lego. Hadiahnya keychain atau fridge magnet lego. Ikut nasib laa diorang nak bagi yang mana. Event kedua ialah guna lego yang bersepah tu, bina binaan tema bulanan. Pemenang akan dapat brick lego. Cukup exciting kan?

Teruskan, aku pun pergi checkin sesambil tanya pasal parking. Rupanya untuk orang yang stay kat hotel boleh parking kat dalam hotel. Percuma. Cara ke tempat parkingnya diterangkan lepas tu. Aku sedikit bengkek. Ya, laa.. korang tau laa kenapa kan?

Sambung kat entry satu lagi laa..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

14 comments:

Aziela berkata... [Reply]

I feel you...huhuhuhu...

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela
Hahaha.. Kan?? Impossible betul.

SalbiahM berkata... [Reply]

hurm..cam tak best je..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Alahai kesiannya... baru kakak perasan oh ye betul tak ada signboard. Tapi org S'pore expert betul ke sini..heran.. heran...

Kenapa tak terus drive ke hotel aje Shujin sebab kan biasa org duduk hotel memanglah parking di hotel punya parking... kesiannya dia huhu...

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie
Walaupun dah sampai, takde signboard yang tunjuk arah mana nak pergi ke hotel kak. Kalau ada, awal2 dah pergi.

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...alorr kesian nyer....utk yg duduk kat hotel mmg ada parking free rai...kalau dah park boleh keluar ikut pintu belakang hotel n boleh masuk park n waterpark sekali...mudah jer sebenarnya tapi rai baru first time tu yg x tahu mana nak ikutkn...:)

Irfa berkata... [Reply]

cite yg berbeza dari 2 blogger
td baca kat blog hanis azla cam esok nak gi legoland. baca blog rai.. nanti lah dulu, hihi

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Tak pnh pegi sana. Tatau mcm mana pun keadaan tp bab padang jarak padang terkukur - komen yg biasa didengar setiap yg penah ke sana.

Bunda_nora berkata... [Reply]

Bunda rasa tempat tini tak lah begitu lama sangat dibina kan?...

Sudah tentu banyak perasarana yang masih kurang disediakan..tapi sign boatd ke hotel pun tskder ...payah tu...

Orang luar dari Johor sudah tentu lah hotel menjadi tempat pertama sebelum terus kesana...

Hanis Azla berkata... [Reply]

As-salam..

he..he.. samalah kita.. akak pun rasa tak puas ttg hal yang sama.. signboard nak ke legoland dan signboard parking hotel.. Alhamdulillah.. yang lain-lain tu okey..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

teruk la jugak kan..
haiisssshhh tak pa la belajar dri pengalaman..

Afasz berkata... [Reply]

in sha Allah satu hari ada rezeki kami sekeluarga ke sini. aamiin. teringinnnn

salam ziarah dr
http://afasz.blogspot.com

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Bestnya dah sampai legoland. Saya baru sampai depan pintu jer ☺

aizamia3 berkata... [Reply]

tu belum masuk lagi.. eemm..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com