Memaparkan catatan dengan label Tipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tipu. Papar semua catatan

Isnin

EnSurvey penipu!!??

Assalamualaikum

Soalan pertama, ada sesiapa yang join Ensurvey dah berjaya cashout?

Aku dah berjaya dapat minimum amount untuk cashout bulan September aritu. Pastu, aku pun click button cashout
Aku plan cashout sekali dengan Nuffnang & 8Share. So, dapatlah banyak sikit bila kumpulkan. Yang 8Share dengan Nuffnang dah selamat guna dah pun. Tapi EnSurvey ni sampai sekarang takde khabar berita. Katanya 45 hari je. Masa cashout dia ada bagi email withdrawal receipt.

Takde la banyak mana pun amountnya.. RM139.40 je. Setelah tolak RM2.00. Jadi lah RM137.40. Katanya akan diberi dalam bentuk cheque. Malangnya sampai hari ni takde muncul batang hidung cheque yang dijanjikan. Bila aku email pada team support diorang kat support@ensurvey.com pun takde reply sampai hari ni.


Ye lah. Amount tu bukanlah banyak mana pun. Tapi korang bayangkan la. Satu survey 50sen je. Nak kumpul RM100++ tu jenuh jugak la keringat. 


Sedih sedih.. At least reply la email aku tu.. Ni takde. Memang aku cap penipu la kes camni. Boikot EnSurvey. Hahahaha..

Daa

Ahad

Groupon menipu?

Assalamualaikum

Aku subscribe groupon selama ni. Walau pun tak beli apa apa kupon lagi, tapi mana tau jumpa deal yang best untuk masa depan kan. Hehe.

Hari ni dapat email notification pasal deal makan makan terbaru. Salah satunya adalah dari chicken hartz. Deal tu bernilai RM20. Jimat 39%. Yang peliknya. Dalam 2-3 bulan lepas baru aku singgah chicken hartz cawangan sunway pyramid tu. Masa tu harganya baru dalamcRM20+. Tak ingatla exactly berapa. Tapi rasanya dalam RM25 gitu. Macam mana deal tu boleh kata harga asal RM33.

Melampau betul naik harga cepat epat macam tu. Harap harap takde la dia cuba nak buat trick kononnya bagi discount, tapi sebenarnya dia naikkan harga dan kemudian bagi discount. Harga yang customer bayar sama je.


Ada sesiapa pernah beli deal melalui groupon?

Masih di Kedah. Petang ni balik. Esok keja..sigh!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com