Jumaat

Hadiah dari Irfa

Assalamualaikum

Murah rezeki kami minggu ni. Damia dapat hadiah baju Frozen idamannya daripada rakan sekerja. Damia berusaha bersungguh sungguh berdoa untuk dapat baju ni tau. So, dia sangat happy dan tak sabar sabar nak suruh aku basuh untuk dia pakai. 

Afiqah Balqis pulak dapat dua pack diapers Mami Poko. Juga hadiah dari rakan sekerja. Baik sungguh diorang. Sob.. Terharu. Jimatlah duit beli diapers sebulan.

Semalam, dapat bungkusan dari Irfa,

ole ole dari Paris



beg recycle snoopy dua dan mainan mewarna si anak anak
Aqil sampai mengigau mewarna dengan ayahnya malam tadi. Seronok betul diorang dapat hadiah. Biasalah. Beg comel comel ni habuan si Damia jugak. Dia kan anak ibu. Hehehe..
Muka gembira. Rambut tak bersikat
Dan yang paling buat aku teruja adalah.. Ofkos benda makan.. Hahaha
Nasi Mandy kambing Yaman
Dalamnya tak ada kambing. So, sabtu ni pergi beli kambing. Ahad boleh buat. Bak kata kakzakie, semua aturan membuat dah ada dibelakang kotaknya. Tinggal ikut saja. Kalau jadi nanti aku share ye. Kalau tidak buat buat lupa sudah la ya..

Kalau sapa nak mencuba buat di rumah sendiri nasi arab, boleh la contact Irfa. Maklumlah. Kalau nak pergi makan di kedai pun sepinggan dah RM15++. Masak sendiri, sekotak dapat makan sekeluarga. Sedap pun sedap.

Daa




11 comments:

SalbiahM berkata... [Reply]

tahniah rai..Damia kira penyabar lah tu sebab suruh basuh dulu..biasa budak dapat je terus sarung

LYAfrina berkata... [Reply]

alhamdulillah..murah rezeki anak2..

blh cuba jugak la beli rmpah tu dgn irfa nanti..

Ujie Othman berkata... [Reply]

Alhamdulillah..murah rejeki!

nasi mandy jenama al-bayt tu femes ek. blm penah try, jenama lain penahla..pun sedap & jimat.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak bole jamin memang jadi dan sedap asal aje ikut step yg diberi. Kakak dah masak 2 kotak - ada lagi 4 kotak.

Sedap tau Rai..

Zai Zamree berkata... [Reply]

Alhamdulillah...rezeki tu

Irfa berkata... [Reply]

alhamdulillah sampau dgn selamat, hihi. itu beg utk aqil n damia sbg hadiah besday diorang yg lepas. maaf le lambat sampai ye

slmt memasak eh

Siti Sharini berkata... [Reply]

alhamdulillah murah rezeki =)

arysha_fayyadh berkata... [Reply]

Assalam rai,
sooonookkkkknya manyak adiah
murah rezeki he3 alhamdulillah
hat nasi mandy tu pun adiah jugak yer
sodap nampak kotak nyer he3

Azian Elias berkata... [Reply]

ALHAMDULILAH.. rezeki ya..happy dapat baju ..

Etuza berkata... [Reply]

Asalam dah follow anda ya..follow me back

adianiez AIDA berkata... [Reply]

wow! yg last skali tu menarik perhatian aida...
sgt suka makan nasi arab. kalau la dpt buat sendiri, wah wah wah save bajet!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com