Assalamualaikum
Sesungguhnya makcik tersebut adalah tak lain tak bukan diri aku sendiri. Makcik la kan kalau nak dibandingkan dengan Zac Efron tu. Hohoho.. Tapi kalau nak banding ngan Cik Puan Bunga ke Cik Ina Do Do Cheng ke, aku kira muda belia lagi lah. Jangan marah eh..gurau je.. :P
Semalam shujin pegi kelas. Walau pun plan asalnya aku yang kena pegi, tapi oleh kerana nak jimatkan minyak dan juga kesian kat anak-anak (alasan je tuh!) Aku pun suruh shujin je pegi. Dengan hati yang berat pegi jugak lah.
Shujin pesan suruh kemas rumah, mop lantai, sidai kain baju etc etc. Cewah. Nampak gaya macam tak bagi aku bersantai-santai walau pun dia takde kat rumah. Nasib baik shujin dah masakkan nasik . Buat nasik daging lagi ko. Jangan jeles my shujin tere masak nasik daging dah.
Aku dengar berita kejap aku terus tutup TV. Tension aku tengok TV tigasuku sejak perang politik yang makin takde penghujung. Dok katalah ikut suka hati dia.
Eh. Tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal berita. Aku nak cerita yang oleh kerana shujin takde kat rumah, aku dapat lah tengok cerita High School Musical kat TV2. Aku tak pernah tengok walau pun berapa kali dah tayang kat TV sebab shujin anti betul ngan cerita tu. Tensi je aku sebab aku nak tengok Zac Efron yang jambu suara lemak merdu tu. So semalam aku tengok cerita tu sambil tersenyum simpul lagak gadeess remaja nak masuk umur 16 tahun. Suweett sixteen gitu. Ceitt.. Gatal sungguh makcik ni. Bila shujin balik dia tengok aku dok sengeh-sengeh depan TV terus je sound. Hoh..cite macam ni pon bini aku tengok.
Hahahaha. Hampeh. Kantoi la pulak..
Eleh..dia dok ulang tayang tengok cerita Miyazaki Aoi aku tak complain pun. Siap dia duk puji-puji minah tu lagi. Cantik la. Lemah lembut la. Aku takde la jeles dia suka ngan Miyazaki Aoi tu, tapi aku jeles sebab akak tu comel gila. Geram aku.
Aoi Miyazaki berlakon dalam cerita NANA, Tada kimi wo aishiteru dengan virgin snow. Yang aku dah tengok lah. Semua best. Yang tada kimi wo aishiteru tu syahdu..sampai nanes nanes makcik. :P
Nota kaki : Sori, hari ni takde entry berinformasi lagi. Aku busy mode.
Daa
14 comments:
taktau pn miyazaki aoi ni yg mana..heeeee
@アヌム ちめE�� heee..tak sure la yang baru2 ni dia berlakon cite apa.. tak pernah tengok movie NANA tu ek..
lama dah tk tgk movie..almaklumlah anak masih kecik
kelakar ko ni :-)
siyes tada kimo wo aishiteru tu sedih gila, i pun nangis berbaldi2 tgk cite tu uhuk3x
x minat tengok citerr korea...so tak tau heroin tu..haha.
hahaha...aku tgk citer tu sekerat je..biasalah,ada2 je keje
@abah khalisha tengok movie kat tv je..kalau nak tengok yg ganas2 sangat kena tunggu diorg tidur..
@HappyIrfa ada pulak..hehehe..
@yatie chomeyl tu la.. sedih gila tengok kali kedua pun nanes jugak..hampeh betol buat cerita sedih2 sangat..
@lieynanilaz tu cite jepon :D
@Ila aku siap2kan mengemas bagai awal2..macam kilat..tu pun sambil2 gak..tapi dapat aa tengok sampai abis..biasa la bila da beranak pinak ni bukan bole nak concentrate sangat..
cik ina suka je sesekali tengok cite muda belia ni. rasa diri cam muda je. takkan lah dah tua nak tengok semanis kurma je ye tak.keh keh keh
cik ina,
saya gelak guling2 baca komen cik ina..dah tua tengok semanis kurma je..pelik bos tengok saya dok sengeh depan pc..
Catat Ulasan