Isnin

Review : Hotel Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum..

Sambung cerita hari Isnin. Aritu review perjalanan kami, kali ni review bilik hotel pulak. Jangan risau, hotel dia best. Well, at least for the kids diorang sangat teruja. Untuk yang dewasa-dewasa, korang rate sendiri laa kan?


Ini gambar pintu masuk hotel ke lobby. Satu lagi gambar hallway ke bilik hotel. Aku tak nak letak gambar yang berulang-ulang orang lain letak, so that is just it. Sama je. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, kat lobby ada berlambak lego yang korang boleh main. Penduduk berdekatan pun tetiap malam bawak anak-anak diorang pergi main lego secara percuma kat situ, dah takyah beli lego dah. Cumanya, lego tu semuanya brick 2x4, duhh. Selain tu, ada kedai lego kat dalam. Harga legonya sama je macam kat mana-mana kedai lain kat seluruh Malaysia. Sikit pun takde murahnya. Lagi, ada restoran, kawasan main video game, kerusi urut, tandas, sudut movie, dan pertandingan setiap hari. Selain restoran dan kerusi urut, yang lain semuanya percuma. It's happening laa. Korang takkan rasa bosan kalau duduk kat kawasan lobby Hotel Legoland ni. Pasal harga, aku tatau berapa RM semalaman untuk tinggal kat sini. Aku tak bother nak ambik tau pun. Desas-desus macam RM500++ semalaman. Kalau peak season, harganya lebih mahal, biliknya sama je, takkan makin luas ye tak? Hahahaha..


Okay, first thing first. Bila masuk je hotel (actually pegi mana-mana pun sama je kitorang), periksa toilet dulu. Pertama, toilet dia bersih di mata, di hidung dan di sentuh. Hotel Legoland sediakan satu bidet (mangkuk tandas) dengan paip berair sejuk sahaja. Satu shower ditutupi dinding kaca dengan air panas dan sejuk. Ada satu vanity dan dua sinki, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Paipnya lengkap dengan air sejuk panas bersertakan barang-barang kegunaan asas. Ada dua cermin besar dalam bilik air menghadap masing-masing. Ada binaan lego kaku dalam bilik air, spider. Malangnya takde bath tub dan bilik air dia bersaiz agak kecil. Agak spoil bila takde bath tub dan saiz bilik air yang macam tu kan? A hotel is a gateway, an escape of daily life. Pihak hotel kena reconsider pasal ni kan?


Ruangan tempat tidur kanak-kanak pulak agak sempit. Ia dilengkapi dengan satu bunker (katil dua tingkat yang ada satu lagi matress yang boleh disorong/tarik pada bawah tilam tingkat bawah. That leaves to tiga tilam per bunker). Tilam, matress, selimut, futon dan bantal dia biasa je, best. Untuk bilik suites pulak ada dua bunker dan ruangan dia agak besar sedikit. Ada satu penghawa dingin, tv, satu mainan tic tac toe, satu wardrobe dan satu kotak lego (mostly LEGO : Duplo). Arah kiblat ada kat atas siling kat ruangan kanak-kanak ni, so jangan terlepas pandang. Lagi, ada binaan lego macam rupa katak tu, aku jadikan tempat letak cawan. Hahaha.. Ada banyak Nescafe disediakan, tapi sayangnya kami tak minum Nescafe.


Ruangan untuk dewasa pulak ada katil saiz king. Selimut, tilam, bantal semua sama best ngan ruangan kanak-kanak. Ada blog tulis pasal socket, so aku mengesahkan, YA, memang ada banyak soket. Takde masalah nak cas banyak-banyak gajet. Ada televisyen, satu sofa, satu kerusi rehat, satu meja teh, pengering rambut, meja bersiap dan cermin besar. Satu lagi aircond ada kat bilik dewasa. Ada satu set bilik permandangan dia menghadap Legoland, ada satu set bilik lagi permandangan dia, well menghadap tempat letak kereta. Disebabkan Legoland didirikan kat padang jarak, rasanya sesiapa pun taknak tengok tempat parking kan? Jadi request cepat-cepat bilik korang.


Tarikkan di bilik hotel yang paling best bagi aku ialah kotak harta karun. Ada satu set teka-teki yang perlu dijawab untuk dapatkan kod kunci. Hadiahnya ditukar setiap kali. Ini hadiah yang kami dapat. Satu keychain Frodo, satu fridge magnet Wookie. Well, maybe hadiahnya kurang best kot, Wookie dan Frodo, tapi anak-anak gigih cari jawapan nak buka kuci tu. Hehehe.. Bagus betul. Sangat appreciate treassure chest ni.


Yang ni tak disertakan dalam pakej penginapan. Hahaha.. Ini memang rutin kami. Menginap kat hotel je, mesti bawak sebekas lasagne untuk santapan menonton bersama. Sekali hadap je dah tinggal satu per tiga.



Kalau nak makan kat hotel, ini menunya, sempat aku snap. Untuk yang serius nak pergi, you might wanna zoom in a bit. Walaupun harga dia agak mahal bagi aku, tapi makanan dia sedap. Servis diorang pun okay.


Malam sebelum tidur, bawak family pegi lepak kat lobby pun satu idea yang baik. Banyak attraction kan? Untuk birthday, boleh request diorang buatkan sedikit kejutan special. Ada badut jugak merewang kat area lobby ni.


Dah habis round, Aqil dan damia sambung main kat katil sendiri. Aisy layan kartun, sambil terlelap.

Though hotel dia considered as great for the kids, ratings yang orang dok gembar-gembur cakap Hotel Legoland ialah 6 bintang, bagi aku cuma 4 bintang at best! Compared to Istana, Sheraton, Westin, jauh lagi kot. Cadangan budget yang perlu disediakan untuk menetap kat sini bagi aku ialah RM1000.00

Untuk yang terlepas Review Perjalanan ke Legoland boleh baca kat sini.

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

17 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

gd review...

hotel mmg sesuai utk buat kids happy.

arysha_fayyadh berkata... [Reply]

Assalam sis,
waaaaaaaaaaa, nampak macam menarik
tapi tunggu lama sket la
bior padang jarak padang terkukur tu tukor jadi ijau dolu he3

aizamia3 berkata... [Reply]

eemm.. untuk anak2 oklah kot cuma part spider dalam bilik air tu yang tak kena.. confirm anak2 akak susah nak mandi. hehehe..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Cadangan budget yg tak menahan tu...hehehe...

Bestnya. Bila lah dpt gi legoland nih.

nazayiena berkata... [Reply]

bestnya,bilalah blh duduk hotel camnie,klu xde urusan rasmi....

Ann Ishak berkata... [Reply]

Yup, legoland hotel ni sangat sesuai kalau nak bawak anak2 menginap sekali :)

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

hmmmm agak mahal juga harga hotel tu... takper lah... kalau nak ke sini kena carik hotel lain lah... untuk traveller harga sangat penting

Unknown berkata... [Reply]

Kiraan kasar semula. Hotel je RM500 semalaman, skali makan je dah RM150, cenderahati dah RM150 lagi, hattu dah hotel gi panaskan anak-anak dengan lego takkan tak beli satu dua set ye tak? Satu set paling cikai da RM100+. So, siap-siap laa sebelum hujan. Tu tak pergi theme park lagi. Huhuhu..

Wak Lat berkata... [Reply]

Salam. Hee nampak menarik kalau dapat tinggal di hotel legoland ini.

lieyalatif berkata... [Reply]

ishh rai dah sampai sini yeak....hotel idaman budak2 ni rai...tiap bulan tukar tema kan? lieya ni angan2 nak gi sini tapi tu laa balik johor check in hotel mak sendiri kahkahkah......

suria lekatlekit berkata... [Reply]

normally saya & asben suka percutian yg budget.. untuk RM1K penginapan tu hahahaha.. bkn budget. Apapun nice review.. Memang kanak2 lebih excited kat tempat2 macam ni..

Zai Zamree berkata... [Reply]

nice review

klau kami lmbt lg kot nk p.kena bg Aqil besar ckit lg br dia teruja tgk smua bnda tu.klau takat kita2 ja xyh la kot.

Tinta Farah D berkata... [Reply]

kena standby duit byk2 ni...huhuuu

dalila berkata... [Reply]

menarik jgak legoland ni... kena menabung dulu la camni..hhe :)

Siti Sharini berkata... [Reply]

menarik.ada rezeki nanti bolehla bawak anak-anak p..

Hana Syed berkata... [Reply]

Legoland sangat best kalau bawak anak2.. Yg takde anak nak pi macam x syok plak.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

menarik.padat review ni..
boleh tahan la juga kan..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com