Memaparkan catatan dengan label Legoland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Legoland. Papar semua catatan

Khamis

Kelas Istimewa di Legoland

Assalamualaikum...

Dah dua minggu sekolah bermula, anak-anak yang bersekolah pun macam girang gembira je dengan sekolah masing-masing. Takde masalah anak tak sempat catch-up pelajaran, takde masalah cikgu sakit mental lagi setakat sekarang, alhamdulillah. Lega rasanya. Celebrating that, hujung minggu ni jom kita ke Legoland, Nusajaya, Johor lagi. Toing.. Toing.. Toing!!!


Well actually, lawatan kali ni adalah bertujuan untuk turut serta dalam sesi Master Builder Academy yang super VVIP gitu. Anak-anak duk kira hari sejak minggu lepas lagi. Pakej termasuklah menginap di Hotel Legoland Malaysia Resort, seharian bermain di Legoland Malaysia Theme Park, pengenalan kepada Lego, sesi/kelas bersama Lego Master Builder, makan tengahari dengan maskot Lego, bina model untuk diletakkan kat Miniland, sesi bergambar, temuramah dan rakaman video bagi tujuan pengiklanan pihak Legoland. Dan tak lupa juga sedikit sebanyak hadiah berbentuk tunai disertakan.


Mungkin aku tak cukup buat research, tapi rata-rata bila aku cuba google pasal sesi Master Builder ni, baik dalam negara ataupun luar negara, takde orang yang tulis tentang / pengalaman diorang. Sebenarnya, sesi Master Builder Academy ni dah lama dibuat di Legoland serata dunia. Kenapa ya? Apa yang aku tau, Lego ada keluarkan set exclusive bagi sesi Master Builder. Set tu pulak ditukar dari masa ke semasa ikut tema. Yang aku tak tau adalah, set tu kena beli ke atau percuma. Sebab by default, kalau nak masuk sesi Master Builder Academy ni punya laa susah. Setahu aku laa, syarat pertama, kena jadi at least VIP member. Syarat kedua, kena berebut tempat untuk join sesi ni. Ini di sebabkan sesi ni diadakan jaaaaaaaarang-jarang sekali dan tempat adalah sangat terhad. Katanya, semua tempat biasanya penuh dalam masa seminggu dari tarikh sesi tu diumumkan. So, its not just expensive, its hard to get as well.

First off, since akademi Master Builder tu sendiri dah ambil masa setengah hari, aku harap berbaloi laa ilmu dan khazanahnya. Anak-anak pun dah lama tunggu peluang ni. Lagipun, kalau diikutkan, antara sasaran utama anak-anak untuk visit kali ni adalah Legoland Water Park. So harap setengah hari lagi tu boleh diisikan dengan aktiviti basah.


PS : Untuk yang nak pesan Pick-A-Brick, hari Jumaat ni (esok laa tu maknanya) is the last day untuk bank-in duitnya. Untuk yang pesan air liur, aku bawak balik air liur jugak laa kan? Its fair looorrr. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp aku sederas mungkin.

Okay, have an adventurous weekend. Jya mata ne..
::: Goshujin-sama :::

Isnin

Legoland Malaysia Resort : Minifigure Terhebat / Most Awesome Minifig

Assalamualaikum...

Sepanjang kat Legoland Malaysia Resort : Legoland Theme Park, aku perasan ada satu binaan lego minifigure tu sangat hebat. Di mana minifig lain cuma kaku, tetapi yang ini boleh bergerak, berjalan, duduk, bercakap, ekspresi muka dan banyak lagi. Mesti korang tak percaya kan?


Memperkenalkan minifig keluaran tahun 2012, Muhammad Aisy Thaqif. Memiliki saiz badan yang sama besar, minifig ni pandai berposing. Tangannya mampu bergerak sendiri di tiga paksi berbeza dengan lego yang cuma mampu bergerak pada satu paksi, malah boleh buat aksi letak tangan kat bahu macam tanda "Ini kawan saya". Jangan lupa melawat Omen bila korang pergi kat Legoland ya?


Bukan itu saja, minifig Aisy jugak boleh naik atas kereta, pergi isi minyak dan bawak kereta pergi jalan-jalan. Unik kan?


Selain tu, minifig terhebat ni pandai jugak bertegur sapa dan memuji minifig yang lain.


Recognition sysytem dia pun bagus. Kalau ada kecemasan, dia tau mana nak pergi.


Kalau dah tiba masa untuk balik, dia tau apa nak buat.

Kat mana lagi nak jumpa minifig macam ni kan? Hebat sungguh. Lupa nak cakap, minifig ni kena bagi dia makan dan minum. Dua atau tiga kali sehari kena tukarkan lampin. Kadang-kadang dia ada mintak belikan sesuatu untuk dia. Well, benda yang highly sophisticated kena lah highly maintained kan? Hahahaha

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Review : Hotel Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum..

Sambung cerita hari Isnin. Aritu review perjalanan kami, kali ni review bilik hotel pulak. Jangan risau, hotel dia best. Well, at least for the kids diorang sangat teruja. Untuk yang dewasa-dewasa, korang rate sendiri laa kan?


Ini gambar pintu masuk hotel ke lobby. Satu lagi gambar hallway ke bilik hotel. Aku tak nak letak gambar yang berulang-ulang orang lain letak, so that is just it. Sama je. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, kat lobby ada berlambak lego yang korang boleh main. Penduduk berdekatan pun tetiap malam bawak anak-anak diorang pergi main lego secara percuma kat situ, dah takyah beli lego dah. Cumanya, lego tu semuanya brick 2x4, duhh. Selain tu, ada kedai lego kat dalam. Harga legonya sama je macam kat mana-mana kedai lain kat seluruh Malaysia. Sikit pun takde murahnya. Lagi, ada restoran, kawasan main video game, kerusi urut, tandas, sudut movie, dan pertandingan setiap hari. Selain restoran dan kerusi urut, yang lain semuanya percuma. It's happening laa. Korang takkan rasa bosan kalau duduk kat kawasan lobby Hotel Legoland ni. Pasal harga, aku tatau berapa RM semalaman untuk tinggal kat sini. Aku tak bother nak ambik tau pun. Desas-desus macam RM500++ semalaman. Kalau peak season, harganya lebih mahal, biliknya sama je, takkan makin luas ye tak? Hahahaha..


Okay, first thing first. Bila masuk je hotel (actually pegi mana-mana pun sama je kitorang), periksa toilet dulu. Pertama, toilet dia bersih di mata, di hidung dan di sentuh. Hotel Legoland sediakan satu bidet (mangkuk tandas) dengan paip berair sejuk sahaja. Satu shower ditutupi dinding kaca dengan air panas dan sejuk. Ada satu vanity dan dua sinki, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Paipnya lengkap dengan air sejuk panas bersertakan barang-barang kegunaan asas. Ada dua cermin besar dalam bilik air menghadap masing-masing. Ada binaan lego kaku dalam bilik air, spider. Malangnya takde bath tub dan bilik air dia bersaiz agak kecil. Agak spoil bila takde bath tub dan saiz bilik air yang macam tu kan? A hotel is a gateway, an escape of daily life. Pihak hotel kena reconsider pasal ni kan?


Ruangan tempat tidur kanak-kanak pulak agak sempit. Ia dilengkapi dengan satu bunker (katil dua tingkat yang ada satu lagi matress yang boleh disorong/tarik pada bawah tilam tingkat bawah. That leaves to tiga tilam per bunker). Tilam, matress, selimut, futon dan bantal dia biasa je, best. Untuk bilik suites pulak ada dua bunker dan ruangan dia agak besar sedikit. Ada satu penghawa dingin, tv, satu mainan tic tac toe, satu wardrobe dan satu kotak lego (mostly LEGO : Duplo). Arah kiblat ada kat atas siling kat ruangan kanak-kanak ni, so jangan terlepas pandang. Lagi, ada binaan lego macam rupa katak tu, aku jadikan tempat letak cawan. Hahaha.. Ada banyak Nescafe disediakan, tapi sayangnya kami tak minum Nescafe.


Ruangan untuk dewasa pulak ada katil saiz king. Selimut, tilam, bantal semua sama best ngan ruangan kanak-kanak. Ada blog tulis pasal socket, so aku mengesahkan, YA, memang ada banyak soket. Takde masalah nak cas banyak-banyak gajet. Ada televisyen, satu sofa, satu kerusi rehat, satu meja teh, pengering rambut, meja bersiap dan cermin besar. Satu lagi aircond ada kat bilik dewasa. Ada satu set bilik permandangan dia menghadap Legoland, ada satu set bilik lagi permandangan dia, well menghadap tempat letak kereta. Disebabkan Legoland didirikan kat padang jarak, rasanya sesiapa pun taknak tengok tempat parking kan? Jadi request cepat-cepat bilik korang.


Tarikkan di bilik hotel yang paling best bagi aku ialah kotak harta karun. Ada satu set teka-teki yang perlu dijawab untuk dapatkan kod kunci. Hadiahnya ditukar setiap kali. Ini hadiah yang kami dapat. Satu keychain Frodo, satu fridge magnet Wookie. Well, maybe hadiahnya kurang best kot, Wookie dan Frodo, tapi anak-anak gigih cari jawapan nak buka kuci tu. Hehehe.. Bagus betul. Sangat appreciate treassure chest ni.


Yang ni tak disertakan dalam pakej penginapan. Hahaha.. Ini memang rutin kami. Menginap kat hotel je, mesti bawak sebekas lasagne untuk santapan menonton bersama. Sekali hadap je dah tinggal satu per tiga.



Kalau nak makan kat hotel, ini menunya, sempat aku snap. Untuk yang serius nak pergi, you might wanna zoom in a bit. Walaupun harga dia agak mahal bagi aku, tapi makanan dia sedap. Servis diorang pun okay.


Malam sebelum tidur, bawak family pegi lepak kat lobby pun satu idea yang baik. Banyak attraction kan? Untuk birthday, boleh request diorang buatkan sedikit kejutan special. Ada badut jugak merewang kat area lobby ni.


Dah habis round, Aqil dan damia sambung main kat katil sendiri. Aisy layan kartun, sambil terlelap.

Though hotel dia considered as great for the kids, ratings yang orang dok gembar-gembur cakap Hotel Legoland ialah 6 bintang, bagi aku cuma 4 bintang at best! Compared to Istana, Sheraton, Westin, jauh lagi kot. Cadangan budget yang perlu disediakan untuk menetap kat sini bagi aku ialah RM1000.00

Untuk yang terlepas Review Perjalanan ke Legoland boleh baca kat sini.

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Review : Perjalanan Ke Hotel Legoland Malaysia

Assalamualaikum..

Minggu lepas, seminggu kitorang allocate untuk Legoland Malaysia Resort, Legoland Theme Park dan Legoland Water Park kat Nusajaya, Johor nun. Well, sebahagian masa dicurik untuk urusan bisnes jugak. So bergendol banyak barang jugak, tapi by the time sampai ke Legoland tu kereta dah clear untuk fun time la.


Orait!! Cerita pasal perjalanan ke Legoland dulu, kami dah rasa sendiri betapa ketidakmesraannya petunjuk di bahu jalan. Walaupun dan bertahun Legoland kat Johor nun wujud, tapi dengan kekurangan signboard camtu, bagi aku sangat tak boleh diterima. Bayangkan dari Kulai Johor takde satu pun signboard. Kat JB pun takde sign. Bila dah betul-betul nak sampai dah, baru ada sign. How come an international attraction boleh jadi camtu? Satu-satunya kawan kami ialah Google Map. Pastinya semua orang ada aplikasi ni kat henset masing-masing kan?


Though, apps ni tak boleh bantu korang bila dah sampai kat Legoland tu. Kenapa aku cakap camtu, sebab petunjuk tempat parking dia pun "Haduss...". Dah laa bagi aku Legoland ni letaknya kat padang jarak padang tekukur. Langkawi back in 1994 is way better.


Nasib baik wife aku is a johorian, so dia tau sedikit sebanyak selok belok jalan ke situ. Pertama bila sampai kat kawasan Legoland tu nak kena cari parking kereta. Kitorang suppossedly stay kat Hotel Legoland, tapi takde arah jalan ke hotel.


Yang ada cuma tanda parking bas, parking Legoland zon 1 dan zon 2 in which terletak nun jauh bapak punya dari Legoland itself. Kena menapak dihari terik ke Legoland ke?


Kemudian, bila dah pergi kat zon 1 dan zon 2, dia kata dedua zon tu ditutup. "Please proceed ke zon 3" yang tatau kat mana letaknya. Lepas pusing-pusing baru jumpa sign "parking legoland zon 3". Okay, masuk.


Despite tempat ni punya laa mahal, tempat letak kereta yang disediakan sangat laa cikai, nampak tak termaintain, tar bumpy seteruk-teruknya. Huhuhuhu.. Sedih. Well, okay. Park. Instead of berjalan dalam Medini, kami terus ikut lift, pertama sebab guard parking Medini tu yang cadangkan sebab katanya lebih dekat, kedua sebab itu kali pertama datang jadi tatau selok belok, ikut aja laa. Jalan ikut lift tu, busuknya macam jamban pecah. Haduss. Tahan je laa.


Lepas seketika berjalan, sampai laa di gerbang Legoland. Panas. Bebudak dah tak tahan nak pergi main-main. Ooppss.. Lek luu.. Jom gi check in hotel jap.


Ruangan lobby hotel tu cantik. Ya, ada banyak lego, look a like lego dan gambar lego. Selain reception counter, ada kedai lego, kedai makan, tandas, kerusi urut, video game, ruangan tengok movie, dan macam-macam lagi. Staff dia pun sangat mesra, semuanya pun muda-muda belaka.


Mainan lego pulak ada kat mana-mana saja, sedia untuk anak-anak dari pelbagai peringkat umur bermain. Semuanya percuma, dan semuanya BRICK 2x4. Tak boleh bawak balik ya. Siap ada sign kat situ cakap "Jangan ambik. Fikir laa, orang lain pun nak main jugak!!" or so it says. Hahaha.. Setiap hari, ada dua event yang diorang wajib adakan. Satu, teka bilangan lego. Hadiahnya keychain atau fridge magnet lego. Ikut nasib laa diorang nak bagi yang mana. Event kedua ialah guna lego yang bersepah tu, bina binaan tema bulanan. Pemenang akan dapat brick lego. Cukup exciting kan?

Teruskan, aku pun pergi checkin sesambil tanya pasal parking. Rupanya untuk orang yang stay kat hotel boleh parking kat dalam hotel. Percuma. Cara ke tempat parkingnya diterangkan lepas tu. Aku sedikit bengkek. Ya, laa.. korang tau laa kenapa kan?

Sambung kat entry satu lagi laa..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Ahad

Teaser

Assalamualaikum

Cerita Khamis lalu...








Cerita lebih lanjut nanti ya..

Tungguuuu~~

Daa

Selasa

Perbandingan harga LEGO

Assalamualaikum

Pengalaman beli lego dari luar negara ni, agak menarik bagi kami. Ada macam-macam jenis kedai. Tak kurang jugak bermacam jenis penjual. Beza harga purata based on country, sepanjang pengalaman kami : 



Singapore, 40% lebih mahal dari Malaysia. 
Australia sama ja harga macam kat Malaysia. 
Kat Malaysia sendiri, kalau nak murah sikit, beli kat Toys R Us. Boleh laa dapat dalam 5%-10% jimat dari eBay Malaysia. China cuma 10% murah dari harga lego kat Malaysia. Tak berbaloi sebab postagenya mahal. 
Indonesia & Hong Kong 20% lebih murah dari Malaysia. Belum pernah beli lagi dari diorang sebab takut charge postage mahal. 
Taiwan lebih kurang 30% lebih murah dari kat Malaysia. Finland, 40%-60% lebih murah dari Malaysia. Harga diorang tak sekata. Postage flat rate ikut berat. 
Thailand, harga lego lebih kurang 50% lebih murah dari Malaysia. Postage lebih kurang 50% dari harga barang yang dibeli. 
North Amerika & German, 70%-90% lebih murah. Postage jugak 50% dari harga belian. Kalau nak paling murah, order terus dari LEGO. Kalau belian melebihi USD100, dia bagi penghantaran percuma. Cumanya, dia support pelanggan kat negara dia bertapak je. 

Pasal postage, kami biasa guna USPS Priority International Mail. Sekilo lego lebih kurang RM130.00, 500g lebih kurang RM80. Kalau dari Finland, diorang guna flat rate. Saaangat mahal. Sekilo EUR 35.50, lebih kurang RM152.60 tak termasuk harga kotak. Which jatuh lebih kurang RM180.

Sekarang stok LEGO dah semakin bertambah. Kami ada juga buat jualan parts LEGO murah dari harga pasaran. Kalau ada yang berminat boleh email atau komen dalam entry ni. In future, ada jugak plan nak buat playgroup bagi kanak-kanak 3-12 tahun. Insya allah kami akan update tentang tu kemudian. Ada ke yang berminat nak hantar anak belajar main LEGO dengan kami? Hehehe..


Daa

Khamis

LEGO® Murah Package

Maaf sebab pembaca kena tunggu. Actually pasal nak letgo lego ni cuma satu post je, tapi cinta hati dah potongkan jadi 3 bahagian sebab katanya panjang sangat. So without delay, ini part 3 terus. Part 2 akan disambung post oleh Rai.
Antara set yang nak di let go :




6205 V-Wing Fighter 114 pieces, 1 minifig, tahun keluaran 2006
Harga terendah eBay : Used - RM104.00 + RM41.19 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 150.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 100.00



6207 A-Wing Fighter 185 pieces, 2 minifig, tahun keluaran 2006
Harga terendah eBay : Used - RM 117.26 + unknown postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 230.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 170.00
===SOLD===



7256 Jedi Starfighter & Vulture Droid 199 pieces, 1 minifig, tahun keluaran 2005
Harga terendah eBay : Used - RM220.92 + RM57.61 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 230.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 170.00
===SOLD===



7657 AT-ST 239 pieces, 1 minifig, tahun keluaran 2007
Harga terendah eBay : Used - bid only
Harga terendah carian internet lain +/-RM 240.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 200.00



7658 Y-Wing Starfighter 445 pieces, 2 minifig, tahun keluaran 2007
Harga terendah eBay : Used - RM119.79 + RM88.22 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 380.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 270.00



7660 Naboo N1 Starfighter & Vulture Droid 266 pieces, 3 minifig, tahun keluaran 2007
Harga terendah eBay : Used - RM157.79 + RM146.30 postage
Harga terendah carian internet lain +/-RM 270.00 tak termasuk postage
Harga kami tawarkan : RM 240.00

Semua set-set ni ada manual dan lengkap. Yang tak ada cuma kotak. Sapa laa yang simpan kotak kan? Unless orang tu cuma ada kurang dari 10 set. Aqil pun tak pernah main dengan set-set ni sebab yang ni untuk display je. Set 6207 A-Wing Fighter tu letak dekat sangat dengan tingkap, brick yang warna light bluish grey (seakan putih) dia dah macam kekuningan sikit sebab terdedah dengan cahaya matahari. Selain set tu, set lain semua macam baru lagi.

Kalau nak beli semua sekali, kami bagi cuma dengan harga RM750.00 berserta sekalung terima kasih sebab tolong clearkan rumah kami yg kecik ni. Hahaha.. Kalau set 7655 Clone Trooper Battle Pack ada lagi, kami bagi free untuk orang yang beli keempat-empat set, tanda terima kasih sebab tolong kami supaya tak payah drag keja yang seciput. Set tu ada banyak dulu, cuma kena korek. Kalau nak beli sekarang ni, set tu dah harga RM159.99 kat Toys R Us Sunway Pyramid (tengok masa bulan February dulu).



Untuk yang nak beli Lego tapi tak terbeli lagi sebab mahal tu, ambik laa peluang ni sebab harga set baru untuk set-set tu boleh tahan jugak laa. Anggaran kasar (kalau tak silap), harga kat Toys R Us untuk 6 set tu jatuh lebih kurang RM1200 - RM1600. Betulkan aku kalau salah & aku akan pegi check bila ada masa.

Ada 11+ set Star Wars lagi nak jual, semua set besar-besar. Harga masa beli dulu diantara RM400 - RM2400 untuk setiap set. Ya, tu harga dulu. Sekarang? Huhuhu.. Set-setnya akan disenaraikan bila lebih ruang dalam bilik lego diperlukan nanti. Untuk masa sekarang, kami anak beranak tengah nak bina Aggressor Class : Fenrir Mk-III Harap boleh menjangkau 2.5ft lebar x 2.5ft panjang macam dalam perancangan. More info onwards..

Assalamualaikum..

Koleksi LEGO star wars untuk dijual

Assalamualaikum


Antara koleksi LEGO star wars yang ingin dijual. Nantikan detailsnya nanti..

Bagi pengumpul LEGO. Stay tune sebab shujin nak letgo dengan harga yang murah dari harga pasaran. 

Daa

Rabu

LEGO murah

Assalamualaikum

Pernah terbaca komen seorang "papa" kat facebook aritu, katanya "Anak aku dah tak main dah benda lego nih. Aku pernah belikan kat dia. Aku buat, dia pecahkan, aku buat, dia pecahkan. Aku tak bagi main, dia hilangkan bahagian lego tu. Sekarang mana pegi pun dah tak tau. Kalau nak belikan mainan pun, dia dah tak ambik lego..". Hehehe.. Sebenarnya lego tu untuk siapa? Dah sebaya bini aku pun, cenggitu lagi.. Hehehe.. 

Biasanya ada dua sebab bebudak jadi TAK NAK dengan lego. Satu, biar dia main sorang-sorang dengan bebata tu, which leads to dia sendiri pun clueless & bosan. 
Dua, bapak main lebih-lebih sampai anak nak buat apa benda pun tak boleh, semua kena ikut apa bapak nak. 

Hehehe.. Lego, bagi aku (personally) adalah mekanisma penjana imaginasi anak-anak, dengan logik bebata yang hampir endless tu. Tapi, semua tu tak jadi kalau ayah & ibu tak duduk sekali & bagi peluang kat anak express apa dalam otak dia. Kalau dia tak tahu macamana nak buat, terangkan & bincangkan. Sama macam belajar membaca atau mengira. Masa tak tahu apa-apa, ibu & ayah kena duduk sekali terangkan & bincangkan. Bila anak dah fasih, baru dia boleh baca sendiri tanpa ibu & ayah dia duduk sekali. -End of lousy intro-

Since ayah, ibu dan anak dok berkecimpung dalam bidang pembinaan nih, makin hari makin banyak progress Aqil. Memacam dah dibuatnya sendiri!!.. Kereta mini, kereta sport, bangunan/kedai (ni feveret dia nih), jet, boat, robot, ergghh.. Memacam.. Brick yang ada pun dah tak sempat nak catch-up dengan progress. Time by time, YES! kami kenalkan dengan brick bentuk baru. Atiqah, masih pemusnah. Hish.. Just sikit-sikit dia tahu buatkan. Lain semua abang tolong buatkan untuk dia. Bila bosan, barai laa jawabnya. Abang pun terjerit-jerit kepiluan. Adiknya belum sampai umur yang sepatutnya.



Bentuk baru yang dikenalkan kat Aqil baru-baru ni... (Engine block (warna baru), exaust pipe & turbo piston)

 Bentuk baru yang dikenalkan kat Damia baru-baru ni.. (Kuali, periuk & pinggan) dapur tu abang buatkan semalam.

Baru-baru ni kitorang order sekilo brick baru dari Thailand. Besorak anak-anak. Ada masa lapang je, balik-balik berkurung dalam bilik lego, balik-balik berkurung dalam bilik lego. Dedulu Aqil tu takut nak duduk sorang-sorang dalam bilik dengan pintu tertutup. Sekarang dah tak takut. Mana laa datangnya keberanian tu ntah? Hahaha.. Stock dari Finland & Texas tak sampai lagi.


Bila dah banyak brick baru masuk, dan Aqil pun tengah meningkat kebolehannya, kami fikir nak keep apa yang dia dah bina, supaya pada suatu masa nanti kami boleh tunjuk kat dia sejauh mana dah progress dia. Satu sebab lagi, untuk kenangan, masa luangan ayah, ibu & anak-anak. Kedepan, LEGO dah makin mahal. Sejak wujudnya Legoland kat Johor nun, harga lego dah hampir cecah 300% harga tahun sebelum-sebelum ni. So, selagi "mampu" lagi beli lego, kami akan giatkan anak-anak kami dengan benda lego nih. Selain belajar, bersukan, otak kanan nak kena gilap jugak. Compare to melukis, mewarna, origami & kraftangan, aktiviti berlego nampaknya yang terbaik untuk Aqil. Mainan pun dah tak payah beli lagi. Nak benda apa, buat je. Dah boring, pecahkan dan buat benda lain.

Dalam preparation, since ruangan bilik lego tu dah nak penuh, kami nak kosongkan sikit dulu sebahagian ruangnya. Beberapa set lego pun kami nak "let-go". Tapi custom casing kaca dia tak boleh let-go laa sebab nak isi binaan anak-anak. Jangan ada orang tanya pasal ni pulak. Huhuhu.. Tambahan, Aqil dah sampai tahap bina dari imaginasi sendiri, so kami dah tak perlukan set-set yang dibina ikut manual. Stok lego yang kami order sekarang onwards, semuanya parts & bukan set lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat, atau kenal sesiapa yang berminat nak belikan SET untuk anak atau diri sendiri atau dihadiahkan untuk seseorang, belek-belek laa set yang akan kami perkenalkan ni. Semua set yang di let-go adalah LEGO® original, bukan look-a-like atau made in China. Ini dah batch kedua untuk di let-go.


Maaf.. Tunggu entry seterusnya tentang LEGO ya. Hihi..

Nota kaki : Entry ini disumbangkan oleh Encik Shujin. 

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com