Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Selasa

Review Triple Booster by Nutrilite

Di zaman Covid19 ni, kami sangat sangat recommend pengambilan supplement tambahan untuk meningkatkan imun sistem. Selain dari Clear Guard Nutrilite dari Amway, terdapat satu lagi minuman tambahan iaitu Triple Booster. Ianya adalah sejenis minuman yang berasaskan kunyit dan acerola cherry. Kedua bahan ini memang terkenal kerana mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Selain itu, ianya adalah juga memberikan kesan anti keradangan.

Jangan risau pasal rasanya. Dah ada pelanggan yang cuba dan sukakan rasanya yang sedap. 
Sekiranya berminat nak mencuba, boleh terus hubungi kami. Anda boleh juga mendaftar sebagai pelanggan (APC) dan mendapatkan harga sebagaimana ahli.

www.wasap.my/60126894317

Sabtu

Review Nutrilite Mixed Collagen Peptide Drink.

Review Nutrilite Mixed Collagen Peptide Drink.

Baru start 3 hari sebenarnya. Minum malam.

Mudah dibancuh.
Dalam instruction tulis boleh bancuh dengan air suam. Saya bancuh dengan air biasa je. Senang larut.

Bau dan rasa
Bau agak wangi. Tak sure bau apa. Takde bau ikan ke bau hanyir yang unpleasant.
Rasa manis sedikit masam. Rasa pun takde rasa hanyir.

Hasil & kesan
Lepas 3 hari. Kulit rasa dan nampak lebih lembab. Saya bukan sejenis yang rajin nak berlosyen2 sangat. Kadang kadang kulit kaki agak kering. Lepas 3 hari minum ni, nampak yang kesan kering tu berkurangan. Kat muka, nampak perubahan kulit lebih licin. Bila pegang lebih lembut dan lembab. (Muka saya pakai toner, artistry youth xtend lotion dan juga refinishing lotion juga tau) Memang best pegang pegang pipi.

Satu kotak ada 30 stick. Bancuh sekali sehari. So cukup lah untuk 30 hari. So far, saya rasa puas hati dengan kesannya.

Tengok la raya nanti nampak muda 15 tahun lagi ke tak 😂😂😍😍

#review #artistry #nutrilite #collagen #kolagen #rahsiakulitcantik

Jumaat

Review Nutrilite Daily Multivitamin Supplement

Daily Multivitamin ni kan. My personal experience, selain dari buat saya rasa lebih bertenaga, ia juga membantu pelawasan.

Stress usually will effect my bowel movement. Biasanya jadi jarang ke tandas la. Sejak saya amalkan makan Daily ni, memang tak miss la setiap hari. Pagi pagi mesti melawat kawasan dulu. Even masa pregnant dulu pun takde isu sembelit. Smooth ride kata orang 🤣🤣🤣


Vitamin supplement is not to replace your healthy diet, but to fill in the gap in your nutrition requirement.

Stronghold Crusader - Game yang Najib kena main

Assalamualaikum

Stronghold Crusader ni permainan komputer yang dah lama. Otai otai game memang tak boleh panggil otai la kalau tak pernah main game ni. Hahaha.. Walau pun aku tak berapa nak otai, tapi aku ada shujin yang otai. So dia ajar aku main game Stronghold Crusader yang amat ohsem ini. Memang addicted woo..

Basically, permainan Stronghold ni adalah game tactical perang perang. Perang zaman dulu la. Pakai panah, pedang, catapult, ballista bagai. Tapi ianya bukan sekadar berperang. Kita sebagai pemain adalah berperanan sebagai Sultan yang mengawal negara. Kena jaga rakyat. Kalau kita jaga tak betul, letak cukai tinggi, tapi bagi makan tak cukup, facilities tak mencukupi. Rakyat benci.. So, rakyat semua lari. Tak ada orang nak membangunkan negara, tak ada askar yang boleh kita bawak pergi berperang.

Menarik kan..? Memang pun~!!!

Dalam game ni. Kita akan diberikan duit dan sedikit source untuk mulakan permainan. Lepas tu pandai-pandai lah nak buat istana bagi cantik-cantik, nak buat ladang epal la bela lembu la. Buat askar. Kedai roti dan arak pun boleh buat!!
Lembu ni boleh jadi source untuk buat keju sebagai makanan atau pun baju kulit askar. Masa perang, kita boleh juga lontarkan bangkai lembu dengan catapult untuk membunuh askar pihak lawan. Hahaha!!
Ada rumah, pasar, besi, tempat simpan makanan. Yang belah kanan bawah penjaga buku tu adalah yang menunjukkan populasi rakyat dan peratus rakyat sukakan kita. Nak keep as 100% kenalah bagi makan cukup, rumah cukup, tak cas cukai banyak banyak. Ada trick kalau nak bagi cukai tinggi. Trick paling mudah bagi rakyat mabuk mabuk. Tapi no-no la kan arak tu harommm.. So, kita boleh tambah kecantikan bandar, bagi rakyat makanan yang mencukupi. Baru lah boleh nak letak cukai tinggi. Sebab tu Najib dan pemimpin negara kena main permainan ni. Baru diorang akan paham macam mana nak manage sebuah negara. Strategi tu penting!!
Tapi ada je raja dalam game ni yang letak benda yang menakut nakutkan rakyat untuk paksa rakyat bayar cukai tinggi. Aku tak berapa pandai buat begitu. Aku selalu jadi sultan yang disayangi je. Hahaha..

Of course la tujuan utama game ni adalah untuk bunuh raja pihak lawan. Tapi proses tu yang sangat menarik bagi aku. Strategi kena baik. Kalau tersilap langkah, askar kita semua mati, tapi tak dapat tembusi kubu pihak lawan.

Game ni kita boleh pilih untuk lawan dengan computer atau lawan dengan orang lain dalam network kita. Boleh pilih nak  team atau nak lawan sesama sendiri je. Menarik gila. Once dah main baru korang tau betapa bestnya permainan ni. Bagi yang suka main game lah. Hehehe.. Sesekali release tension apa salahnya kan.

Aku dari dulu memang suka main game. Dari zaman main ragnarok, gunbound etc tu. Ada orang tu ehem ehem.. Dia siap berkenalan ngan somi kat dalam game. Hahaha..

Daa

Khamis

Artistry Hydra V series review

Assalamualaikum

Ingat tak, dua tahun lepas aku ada buat review tentang set penjagaan kulit Artistry dari series Youth Xtend. Actually aku berpeluang guna pencuci mukanya. Lotion aku guna Artistry Skin Refinishing lotion yang super ohsem tu.


Dekat nak setahun jugak la baru habis pencuci muka ni. Aku cuci muka dua kali sehari. Kadang kadang sekali sehari. Akhirnya awal bulan November 2014 habis digunakan. Terus terang. Aku memang sangat suka dengan pencuci muka Youth Xtend ni. Sebab busanya lembut sangat.. Macam mousse gitu. Lepas tu rasa muka pun thoroughly cuci. Lepas bilas, kulit terasa lebih lembut macam dah letak pelembab, tapi takde rasa berminyak.

Dan. Lepas habis pakai tu. Aku saja la menggedik nak tukar cuba series lain pulak. Hydra V. Katanya sangat ohsem jugak.
Ada sedikit perbezaan antara Hydra V dan Youth Xtend. Actually Youth Xtend lebih kepada untuk melambatkan proses penuaan (kedutan) dari berlaku. Manakala Hydra V ni lebih kepada penjagaan biasa (ganti Essential series). Pencuci muka Hydra V dalam bentuk gel yang jernih. Manakala pencuci muka youth Xtend tu macam mousse gitu. Baunya dua dua wangi dan menyegarkan. Cuma personally, aku prefer Youth Xtend lagi kot. Hahahaha.. Of course dari segi harga Youth Xtend lebih mahal berbanding Hydra V. Moisturizer Hydra V ni aku saja nak cuba. Last year aku pakai refinishing lotion. Kali ni cuba moisturizer ni. Pakai siang dan malam. Dua kali. Finishing nya tak sebest feeling lepas pakai refinishing lotion lah. 

Korang tau lah kan.. Refinishing lotion tu ibarat ada super power untuk mengelakkan kulit rasa berminyak lepas pakai. Siap rasa macam baru lepas berbedak. Velvety gitu finishingnya. Malangnya ada desas desus khabar angin mengatakan yang refinishing lotion akan discontinue sebab diorang buat formulation baru.

Harap harap yang baru tu sebest yang ada ni. Fufufu..

Rasanya macam nak pulangkan cleanser Hydra V ni ganti ngan Youth Xtend je. Harharhar. Mentang mentanglah 100% money back guarantee (for whatever reason).

Agak agak shujin bagi tak. Hehehe..



Model model tak berbayar Artistry Malaysia. Kehkehkeh..

Nak cuba Artistry? Hubungi saya melalui whatsapp 0126894317

Daa

Rabu

Jom Pasang LEGO® : Review The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor

Assalamualaikum..

Macam yang dijanjikan, kali ni nak review set lego yang bagus sebagai set permulaan sama ada sebagai mainan, koleksi, mahupun hiasan. Bagi aku cerita kenapa set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni sangat awesome.


Set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni didatangkan kalau secara solonya, dalam satu kotak berukuran lebih kurang 30cm x 30cm x 7cm. Now, aku cakap solo bukan bermaksud ada Eagle Interceptor je. Ada jugak kenderaan lain dan minifig kat dalam ni. Maksud aku solo adalah, set 70003 ni ada jugak dijual dalam bentuk tiga set dalam satu kotak. Ia dipaggil 66450 The Legend of Chima Super Pack 3 in 1. Setakat yang aku jumpa, super pack tu tak jugak murah, lebih kurang harga kalau beli asing-asing. Ditambah lagi, combonya tu tak berapa best pun. Dalam tu ada set 70000 Razcal's Glider (yang aku review minggu lepas), 70001 Crawley's Claw Ripper & 70003 Iris's Eagle Interceptor. Tapi, kita bukan nak bercerita pasal super pack, kita nak cakap pasal set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni je. Set ni dikeluarkan pada tahun lepas, 2013, baru lagi. Kalau sesiapa perasan, set ni masa mula-mula keluar kat Toy's R Us dulu, harganya RM179.90. Lepas tu aku perasan dah turun jadi RM159.90. Harga sekarang RM154.90.


Bersama dalam set ni walaupun binaannya agak besar, cuma ada sebuah buku panduan (instruction manual). Buku tu setebal lapan puluh empat muka surat. Arahannya sangat mudah. Budak dibawah umur dari cadangan yang tertera kat kotak (8-14 tahun) pun boleh pasangkan. Kalau anak korang genius, rasanya umur lima tahun pun dah boleh pasang. Kecuali parts jenis joints tu.


Jumlah keseluruhan parts ialah tiga ratus tiga puluh satu termasuk extra parts. Dan, ada tiga minifig. Semua dalam tiga beg ni. Owh.. Sebelum terlupa, ada sekeping sticker sheet. Atas tu ada tujuh keping sticker. Untuk yang belum ada pengalaman, sticker LEGO® sangat best, atau patut sebut istimewa? Sebagai permulaan, sticker dia sangat, sangat, sangat nipis. Dia tak berbulu dan permukaannya glossy. Aku tak buat penelitian tapi rasanya material dia seolah-olah plastik. Kedua, sticker dia dan lego bertindak balas macam magnet. Bila kita dekatkan, dia akan menarik satu sama lain membuatkan ia mudah diselaraskan. Yang terakhir sekali, sticker dia tak mudah diasingkan bila dah dilekatkan. Kalau dipaksa kopekkan jugak, sticker akan rosak dan cacat.


Jom pasang. Macam biasa, diingatkan mesti bukak beg plastik mengikut nombor. Bila siap pasang semua dari beg satu, baru bukak beg dua, dan seterusnya. Bila bukak beg plastik, sentiasa susun parts mengikut warna. Semua langkah pemasangan ni adalah asas untuk memasang set supaya proses adalah lebih mudah, tertib dan tak wujud kesilapan. Okes, dalam beg nombor satu, ada dua lagi beg kecil. Beg kecil biasanya berisi minifig dan parts yang lebih kecil. Mulakan dengan memasang minifig dulu. Kemudian parts lain, seperti mana yang tertera dalam buku panduan.


Bila dah habis semua parts beg nombor satu, dah siaplah pasang tiga minifigure, satu glider dan satu pod atau jet kecil. Ketiga-tiga minifig tu printed depan dan belakang, didatangkan dengan helmet, baju perisai dan senjata. Glider dalam set ni boleh gerakkan sayap dalam paksi x sebanyak lebih kurang 60darjah. Maksudnya, sayap tu boleh direntangkan atau dirapatkan pada tubuh glider. Untuk pod, windscreen tu boleh dibuka tutup. Sayap kecil kat tepi pod tu boleh digerakkan pada paksi y. Ada dua keping sesendi kat belakang pod dan binaan atas pada sendi tu menunjukkan bahagian ni dibina supaya mudah dicabut pada masa yang sama boleh buat sambungan yang kukuh.


Sambung pasang beg nombor dua. Dalam beg nombor dua, ada satu je beg kecil. Langkah yang sama, susun ikut warna dan mula membina.


Binaan dari beg nombor dua ialah badan Eagle Interceptor. Dah nampak rupa badan dan ekor burung. Penyediaan parts sesendi dah ada kat bahagian ni.


Akhir sekali, beg nombor tiga. Ada satu beg kecil dalam beg yang terakhir ni. Susun, kemudian siapkan Eagle Interceptor ni. Ada dua pasang ball joints dan dua pasang rotable ball joints untuk siapkan set ni. Dua jenis sendi ni biasanya memerlukan tenaga yang lebih untuk pasang, as well as providing sendi yang tak mudah longgar walaupun bertahun lamanya. Selain itu, mechanicle arms pun agak keras untuk dipasang. Parts yang lain takde masalah, anak aku yang berumur setahun lebih tu pun (Aisy) boleh pasangkan. Kalau dia tahu baca manual that is, hahahaha.


Inilah rupanya bila dah siap.


Kepala helang ni boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. Macam gaya mengangguk camtu. Ian jugak boleh diasingkan dari badan helang supaya dijadikan pod untuk melarikan diri dengan mudah. Apa yang perlu dibuat, cuma dengan menolak kepala Eagle Interceptor tu ke atas menjangkaui paksi sendi dia. Pod tu akan tercabut dengan mudah. Kalau korang cuba cabut dengan cara lain, well, korang akan end up bergusti dengan burung ni. Sayapnya pulak bebas bergerak 180darjah pada mana-mana paksi (x, y, z). Ada sedikit limitation kalau sayap tu tersangkut pada kaki helang. Bulu pelepah pada sayap pulak boleh digerakkan lebih kurang 60-70darjah secara mendatar. Jadi, korang boleh menggayakan sayap burung tu duduk sepertimana dia sedang bertenggek atau berterbangan. Di bawah setiap sayap pulak, ada satu flick missile. Macam biasa, kalau ditolak dari belakang peluru akan memecut keluar selari dengan kekuatan tolakkan yang diberi.


Kat bahagian belakang Eagle Interceptor ada sebuah compartment bersaiz 6x8. Compartment tu mudah dibuka dan tutup. Dengan saiz sebesar tu, korang boleh isi macam-macam kat dalam termasuklah minifig dan aksesori.


Kaki helang ni jugak boleh digerakkan. Mekanismanya adalah rotable ball joints tadi. Untuk yang belum ada pengalaman dengan rotable ball joint, sendi jenis ni adalah antara yang terkuat dan berskala. Ia tak mudah berubah posisi dan tak mudah haus. Gambar kat atas menunjukkan rupa Eagle Interceptor tu pada keadaan flight mode atau mod terbang. Kedudukan dada dan leher burung ni membuatkan imitasi burung sebenar sangat realistik. Aras kedudukan paruh dan kakinya turut menghidupkan lagi lakonan tu. Kalau ada parts berwarna transparent clear yang lebih, boleh buatkan stand untuk mengaksikan set ni.


Bagi peminat burung, mesti korang fascinate dengan features kuku kaki ni. Gaya cengkaman dia sebijik macam helang sebenar. Jumlah jari dan sudut dia memang tak ubah langsung. Fuuhh. Besar mana model ni bila dah siap dipasang? Tingginya lebih 14cm. Lebar dan panjang pulak, kalau diletakkan kat atas cover Galaxy Tab 10.1 inci yang terbukak (sama macam dua biji Galaxy Tab 10.1 inci yang diletak bersebelahan), masih ada bahagian yang terlebih-lebih. Korang anggarkan sendiri ya?

Set ni aku sangat rekomen sebab ia bersaiz besar, imitasi yang sangat hebat, berkebolehan dan memiliki fungsi yang best, ada pihak baik dan jahat dalam satu set, ada tiga minifig yang fully printed dan beraksesori lengkap, pemasangan dia yang mudah tapi kukuh, harga yang mampu milik dan setara dengan apa yang pembeli dapat.

Aku terdengar ura-ura kononnya set ni dah nak diberhentikan penerbitannya dalam masa terdekat sebab Chima dah masuk siri ketiga (set 70003 Iris's Eagle Interceptor ni adalah dari siri pertama The Legend of Chima sebenarnya). Jadi, aku sendiri dah beli banyak-banyak set yang best ni. Kalau ada pembaca blog ni yang berminat untuk beli set lego ni pada harga murah, boleh whatsapp aku kat nombor 012-6894617 sementara stock masih ada. Aku ada iklankan set ni kat mudah.my jugak. As for now jualkan pada harga RM120 satu set dan dah tinggal kurang dari 10 kotak.

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Review : Hotel Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum..

Sambung cerita hari Isnin. Aritu review perjalanan kami, kali ni review bilik hotel pulak. Jangan risau, hotel dia best. Well, at least for the kids diorang sangat teruja. Untuk yang dewasa-dewasa, korang rate sendiri laa kan?


Ini gambar pintu masuk hotel ke lobby. Satu lagi gambar hallway ke bilik hotel. Aku tak nak letak gambar yang berulang-ulang orang lain letak, so that is just it. Sama je. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, kat lobby ada berlambak lego yang korang boleh main. Penduduk berdekatan pun tetiap malam bawak anak-anak diorang pergi main lego secara percuma kat situ, dah takyah beli lego dah. Cumanya, lego tu semuanya brick 2x4, duhh. Selain tu, ada kedai lego kat dalam. Harga legonya sama je macam kat mana-mana kedai lain kat seluruh Malaysia. Sikit pun takde murahnya. Lagi, ada restoran, kawasan main video game, kerusi urut, tandas, sudut movie, dan pertandingan setiap hari. Selain restoran dan kerusi urut, yang lain semuanya percuma. It's happening laa. Korang takkan rasa bosan kalau duduk kat kawasan lobby Hotel Legoland ni. Pasal harga, aku tatau berapa RM semalaman untuk tinggal kat sini. Aku tak bother nak ambik tau pun. Desas-desus macam RM500++ semalaman. Kalau peak season, harganya lebih mahal, biliknya sama je, takkan makin luas ye tak? Hahahaha..


Okay, first thing first. Bila masuk je hotel (actually pegi mana-mana pun sama je kitorang), periksa toilet dulu. Pertama, toilet dia bersih di mata, di hidung dan di sentuh. Hotel Legoland sediakan satu bidet (mangkuk tandas) dengan paip berair sejuk sahaja. Satu shower ditutupi dinding kaca dengan air panas dan sejuk. Ada satu vanity dan dua sinki, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Paipnya lengkap dengan air sejuk panas bersertakan barang-barang kegunaan asas. Ada dua cermin besar dalam bilik air menghadap masing-masing. Ada binaan lego kaku dalam bilik air, spider. Malangnya takde bath tub dan bilik air dia bersaiz agak kecil. Agak spoil bila takde bath tub dan saiz bilik air yang macam tu kan? A hotel is a gateway, an escape of daily life. Pihak hotel kena reconsider pasal ni kan?


Ruangan tempat tidur kanak-kanak pulak agak sempit. Ia dilengkapi dengan satu bunker (katil dua tingkat yang ada satu lagi matress yang boleh disorong/tarik pada bawah tilam tingkat bawah. That leaves to tiga tilam per bunker). Tilam, matress, selimut, futon dan bantal dia biasa je, best. Untuk bilik suites pulak ada dua bunker dan ruangan dia agak besar sedikit. Ada satu penghawa dingin, tv, satu mainan tic tac toe, satu wardrobe dan satu kotak lego (mostly LEGO : Duplo). Arah kiblat ada kat atas siling kat ruangan kanak-kanak ni, so jangan terlepas pandang. Lagi, ada binaan lego macam rupa katak tu, aku jadikan tempat letak cawan. Hahaha.. Ada banyak Nescafe disediakan, tapi sayangnya kami tak minum Nescafe.


Ruangan untuk dewasa pulak ada katil saiz king. Selimut, tilam, bantal semua sama best ngan ruangan kanak-kanak. Ada blog tulis pasal socket, so aku mengesahkan, YA, memang ada banyak soket. Takde masalah nak cas banyak-banyak gajet. Ada televisyen, satu sofa, satu kerusi rehat, satu meja teh, pengering rambut, meja bersiap dan cermin besar. Satu lagi aircond ada kat bilik dewasa. Ada satu set bilik permandangan dia menghadap Legoland, ada satu set bilik lagi permandangan dia, well menghadap tempat letak kereta. Disebabkan Legoland didirikan kat padang jarak, rasanya sesiapa pun taknak tengok tempat parking kan? Jadi request cepat-cepat bilik korang.


Tarikkan di bilik hotel yang paling best bagi aku ialah kotak harta karun. Ada satu set teka-teki yang perlu dijawab untuk dapatkan kod kunci. Hadiahnya ditukar setiap kali. Ini hadiah yang kami dapat. Satu keychain Frodo, satu fridge magnet Wookie. Well, maybe hadiahnya kurang best kot, Wookie dan Frodo, tapi anak-anak gigih cari jawapan nak buka kuci tu. Hehehe.. Bagus betul. Sangat appreciate treassure chest ni.


Yang ni tak disertakan dalam pakej penginapan. Hahaha.. Ini memang rutin kami. Menginap kat hotel je, mesti bawak sebekas lasagne untuk santapan menonton bersama. Sekali hadap je dah tinggal satu per tiga.



Kalau nak makan kat hotel, ini menunya, sempat aku snap. Untuk yang serius nak pergi, you might wanna zoom in a bit. Walaupun harga dia agak mahal bagi aku, tapi makanan dia sedap. Servis diorang pun okay.


Malam sebelum tidur, bawak family pegi lepak kat lobby pun satu idea yang baik. Banyak attraction kan? Untuk birthday, boleh request diorang buatkan sedikit kejutan special. Ada badut jugak merewang kat area lobby ni.


Dah habis round, Aqil dan damia sambung main kat katil sendiri. Aisy layan kartun, sambil terlelap.

Though hotel dia considered as great for the kids, ratings yang orang dok gembar-gembur cakap Hotel Legoland ialah 6 bintang, bagi aku cuma 4 bintang at best! Compared to Istana, Sheraton, Westin, jauh lagi kot. Cadangan budget yang perlu disediakan untuk menetap kat sini bagi aku ialah RM1000.00

Untuk yang terlepas Review Perjalanan ke Legoland boleh baca kat sini.

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Review : Perjalanan Ke Hotel Legoland Malaysia

Assalamualaikum..

Minggu lepas, seminggu kitorang allocate untuk Legoland Malaysia Resort, Legoland Theme Park dan Legoland Water Park kat Nusajaya, Johor nun. Well, sebahagian masa dicurik untuk urusan bisnes jugak. So bergendol banyak barang jugak, tapi by the time sampai ke Legoland tu kereta dah clear untuk fun time la.


Orait!! Cerita pasal perjalanan ke Legoland dulu, kami dah rasa sendiri betapa ketidakmesraannya petunjuk di bahu jalan. Walaupun dan bertahun Legoland kat Johor nun wujud, tapi dengan kekurangan signboard camtu, bagi aku sangat tak boleh diterima. Bayangkan dari Kulai Johor takde satu pun signboard. Kat JB pun takde sign. Bila dah betul-betul nak sampai dah, baru ada sign. How come an international attraction boleh jadi camtu? Satu-satunya kawan kami ialah Google Map. Pastinya semua orang ada aplikasi ni kat henset masing-masing kan?


Though, apps ni tak boleh bantu korang bila dah sampai kat Legoland tu. Kenapa aku cakap camtu, sebab petunjuk tempat parking dia pun "Haduss...". Dah laa bagi aku Legoland ni letaknya kat padang jarak padang tekukur. Langkawi back in 1994 is way better.


Nasib baik wife aku is a johorian, so dia tau sedikit sebanyak selok belok jalan ke situ. Pertama bila sampai kat kawasan Legoland tu nak kena cari parking kereta. Kitorang suppossedly stay kat Hotel Legoland, tapi takde arah jalan ke hotel.


Yang ada cuma tanda parking bas, parking Legoland zon 1 dan zon 2 in which terletak nun jauh bapak punya dari Legoland itself. Kena menapak dihari terik ke Legoland ke?


Kemudian, bila dah pergi kat zon 1 dan zon 2, dia kata dedua zon tu ditutup. "Please proceed ke zon 3" yang tatau kat mana letaknya. Lepas pusing-pusing baru jumpa sign "parking legoland zon 3". Okay, masuk.


Despite tempat ni punya laa mahal, tempat letak kereta yang disediakan sangat laa cikai, nampak tak termaintain, tar bumpy seteruk-teruknya. Huhuhuhu.. Sedih. Well, okay. Park. Instead of berjalan dalam Medini, kami terus ikut lift, pertama sebab guard parking Medini tu yang cadangkan sebab katanya lebih dekat, kedua sebab itu kali pertama datang jadi tatau selok belok, ikut aja laa. Jalan ikut lift tu, busuknya macam jamban pecah. Haduss. Tahan je laa.


Lepas seketika berjalan, sampai laa di gerbang Legoland. Panas. Bebudak dah tak tahan nak pergi main-main. Ooppss.. Lek luu.. Jom gi check in hotel jap.


Ruangan lobby hotel tu cantik. Ya, ada banyak lego, look a like lego dan gambar lego. Selain reception counter, ada kedai lego, kedai makan, tandas, kerusi urut, video game, ruangan tengok movie, dan macam-macam lagi. Staff dia pun sangat mesra, semuanya pun muda-muda belaka.


Mainan lego pulak ada kat mana-mana saja, sedia untuk anak-anak dari pelbagai peringkat umur bermain. Semuanya percuma, dan semuanya BRICK 2x4. Tak boleh bawak balik ya. Siap ada sign kat situ cakap "Jangan ambik. Fikir laa, orang lain pun nak main jugak!!" or so it says. Hahaha.. Setiap hari, ada dua event yang diorang wajib adakan. Satu, teka bilangan lego. Hadiahnya keychain atau fridge magnet lego. Ikut nasib laa diorang nak bagi yang mana. Event kedua ialah guna lego yang bersepah tu, bina binaan tema bulanan. Pemenang akan dapat brick lego. Cukup exciting kan?

Teruskan, aku pun pergi checkin sesambil tanya pasal parking. Rupanya untuk orang yang stay kat hotel boleh parking kat dalam hotel. Percuma. Cara ke tempat parkingnya diterangkan lepas tu. Aku sedikit bengkek. Ya, laa.. korang tau laa kenapa kan?

Sambung kat entry satu lagi laa..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Rabu

Review Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang

Assalamualaikum

Kali keempat bersalin, kami memilih untuk sekali lagi bersalin di Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang. Antara faktor pemilihannya adalah jarak dan kosnya. Walau pun masa bersalin Aisy aritu aku agak kurang berpuas hati dengan mutu perkhidmatan mereka, tapi aku percaya yang mereka patut diberi peluang kedua memandangkan aku sangat puas hati dengan bidan dan doktor di bilik bersalin.

So, aku start check up di Poliklinik Barakah since 35 minggu. Alhamdulillah selamat bersalin pada 4:45 pagi hari Isnin 8 September. Sepanjang berada di sana, dari saat aku daftar sampai lah ke discharge, semua jururawat dan doktor memberikan layanan yang sangat baik. Serius. Bukan bodek tau. Hehe.

Keputusan aku untuk tidak vaksin si kecil dihormati. Doktor Khairiah juga bersedia melayan permintaan aku untuk lambat potong tali pusat baby (delayed cord clamping) selepas aku bersalin.

Dari segi hospitality, jururawat yang bertugas sangat prihatin. Setiap kali si kecik menangis dia datang jengah. Malah, ada 6 kali makan sepanjang hari. Hehe. Salah seorang nurse bertugas, seorang makcik yang hampir sebaya mak aku siap tolong urut belakang yang lenguh menyusukan si kecik. Serius tip top makcik tu urut.

Masa nak discharge pulak, diorang hantar aku dengan kerusi roda sampai lah ke kereta. Semua nurse yang bertugas sepanjang aku kat sana sangat murah dengan senyuman dan mesra alam. Walau pun aku tau masing masing kepenatan. Especially yang bertugas malam tu. Punya lah mengantuk kan. Si kecik tu pulak, lepas berak, berak.. Berak lagi. Bila dah berak bukan pandai nak duk diam. Menangis macam kena pukul selagi tak basuh. Sabo je semua orang.

Thumbs up bagi semua yang berkhidmat di Pusat Bersalin Barakah. Aku tak jangka, tapi kali ni aku sangat puas hati dengan khidmat dan layanan mereka sepanjang dua hari satu malam kat hospital.

Lepas ni, sapa yang berdekatan boleh la pilih Pusat Bersalin Barakah. Kosnya masih murah berbanding tempat lain. Kalau korang tak kisah sangat pasal menu bubur segera dan biskut cicah milo, dan nakkan doktor wanita muslim, Pusat Bersalin Barakah ni adalah salah satu pilihan yang baik.

Next, aku cerita pasal pengalaman bersalin anak no empat pulak ya.

Daa

Jumaat

Aunty Juliet Kota Kemuning

Assalamualaikum

Sejak balik dari Kedah, Aqil dengan Damia semangat nak makan ABC. ABC murah lagi sedap kat sana. So, semalam nak celebrate aku dah dapat duit cukai terlebih bayar, bawak diorang pergi makan ABC. Dah tak tau sangat nak pergi mana, kami pergi restoren yang dekat dengan rumah je. Aunty Juliet.


Henpon cokia. So tak nampak tulisan Aunty Juliet kat tengah bulat tu. Restoren ni terletak di Kota Kemuning. Masuk main entrance, sampai kat roundabout besar, ambik pukul 3 (kanan), lepas tu nampak McD sebelah kiri, masuk simpang tu. Ada deretan kedai situ satu row dengan Maybank kalau tak silap. Selang beberapa buah kedai dari kedai 100yen.

Lama dah tak makan kat sini sebenarnya. Ownernya baba nyonya. Aunty yang datang ambik order kami. Sangat peramah dan baik hati. 
Muncung aisy dapat tayar

main masak masak
Siap ada toys untuk kanak-kanak.

Yang kami order
Chicken chop mandalara ke apa tah namanya.. Boleh pilih nak sos cendawan atau black pepper.
Shujin pilih black pepper sauce. Yang ni kalau harga a'la carte RM15. Kalau upgrade jadi set RM18.50. Set sekali dengan air (bawah RM4) dengan desserts.
Untuk anak-anak. Fish & chips. Since diorang nak makan fries. Ada tartar sauce RM16
Aku tak try pun diorang punya fish tu. Sebab...
Mixed grill dengan blackpepper sauce. Ayam, lamb dengan sosej
Harga yang ni RM25. Aku pun upgrade jadi set, so RM29.50. Over kan.. Kenyang gila makan sebab portion besar. Semua well marinated dan cukup rasa. Cuma aku tak berapa suka makan dengan sauce tu. Yang paling sedap adalah grill lamb tu. Tak keras tak terlalu lembut. Sedikit chewy. Ayam tu Damia suka. Sosej aku kureng la..
Yang penting.. Tiada pembaziran.. Hihi


Dessert aku dengan shujin, Shujin ambik cendol, aku ambik puding sagu.

Yang ni ABC special RM6.50.
Lepas kekenyangan makan yang di atas nun, memang kurang terasa nikmat makan ABC ni sebab sangat besar. Actually shujin nak ambik dua satu sorang untuk anak dia tapi aunty tak bagi. Besar tak habis nanti. Bagus betul aunty kan. Hehehe..

Ambik satu ni pun jenuh nak perabih. Last last dah tinggal sikit tu Aisy tarik mangkuk, tumpah atas meja. Masa bayar tu 2-3 kali aku mintak maaf ngan anak aunty. Hahaha..

Total investment RM70.50..
wajah senang hati kekenyangan

Aqil je pandang kamera. haha

Aunty Juliet ni antara kedai makan yang paling lama bertahan kat Kota Kemuning. Melayu dengan Chinese ramai datang makan kat sini. Aku rasa makanannya berbaloi dengan harga. Harga ni tak berubah dari last time kitorang makan 3-4 tahun lepas masa Aqil kecik lagi.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com