Memaparkan catatan dengan label Teknik berjaya dalam MLM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknik berjaya dalam MLM. Papar semua catatan

Selasa

Krisis ekonomi : Sudah sedia menghadapinya?

Assalamualaikum

Awal 2015 dah terasa bahang krisis ekonomi yang kononnya dijangkan akan melanda pada 2017. Ini belum start GST lagi kan..

DS Najib pun dah memulakan langkah langkah penyesuaian bagi menghadapi krisis ekonomi dengan menyusun semula bajet tahun 2015.

Kita? Takkan nak harap kerajaan bagi BR1M je kan. 

Apakah pilihan yang kita ada? Dua pilihan utama adalah dengan berjimat dan kemudiannya menjana ekonomi.

(1) Berjimat
 - Kurangkan makan di luar. Dapatkan e-book percuma Tips senangnya memasak dari Khairul Hakimin tu. Jimat pinggan-jimat masa-jimat tenaga. Yang penting, keluarga dapat makan makanan yang berkhasiat dan terjamin kebersihannya

- Kurangkan window shopping. Tak kira lah cuci mata secara online atau di pasaraya. Kalau tak ada keperluan, kurangkan berjalan jalan. Isikan hujung minggu dengan aktiviti berfaedah bersama keluarga tanpa perlu keluarkan duit. Berjogging pun ok jugak kan.. Hehehe..

- Tanam sendiri tanaman - Sertai FB Group yang mana ramai orang berkongsi cara untuk menanam sayur sayuran, walau pun tinggal di apartment. Bak kata sorang veteran yang suka bercucuk tanam, kalau tangan panas tu rendam dengan ais bagi sejuk. Hehehe

- Kalau ada pilihan, downgrade lah broadband ke astro ke. Hehehe.. 

(2) Tambah pendapatan
Terlalu banyak cara menambah pendapatan. Pilih je. Sama ada pendapatan secara pasif atau pun secara aktif. Nak buat sekali jalan pun boleh~!
- Menjana pendapatan sebagai blogger. Untungnya jadi blogger ni. Sambil sambil menulis kerana minat, boleh juga menjana pendapatan tambahan melalui pelbagai medium. Contohnya Nuffnang. Kalau rajin sikit, boleh join 8Share. Just pilih mana-mana kempen nak dipromosikan di blog atau FB.

- Affiliate marketing - Terlalu banyak tips dan cara-cara yang dikongsikan untuk menambah pendapatan melalui affiliate. Video webinar percuma cara-cara untuk menjana pendapatan dari rumah pun ada.Nak belajar dengan taknak je kan..  

- Kalau ada yang ada duit lebih tu boleh lah beli saham. Bila ekonomi merudum, ada saham yang jatuh harganya. Inilah masa untuk membeli. Tapi jangan lah membeli secara membuta tuli. Ambik masa untuk belajar cara beli beli saham dan tengok saham mana yang ada "masa depan". Hehehe..

- Berniaga. Selain dari satu murid satu sukan. Kerajaan pun perlu buat kempen, satu rakyat satu perniagaan. Takde lah semua orang jual benda yang sama kan.. So binalah perniagaan hari ini. Ada bermacam jenis benda boleh diniagakan. Kalau tak tahu nak jual product apa. Join MLM macam Amway. Risiko rendah, potensi tinggi. Sedangkan CEO yang dapat pendapatan 5angka sebulan pun masih mencari peluang macam Amway. Kenapa kita tak nak melihat MLM sebagai satu peluang? Matlamat kewangan masing-masing memang berbeza, tapi melalui MLM, kita juga boleh membantu orang lain mencapai matlamat kewangan mereka, di samping bekerja untuk mencapai matlamat kita. Kalau belum ada meniaga, boleh la consider. Perniagaan adalah sesuatu yang kita buat sebelum kita perlukan. Kalau ekonomi dah teruk, macam mana nak modal nak berniaga kan..? 

Jangan lupa bersedekah. Terlalu banyak kebaikan sedekah dan keajaibannya tak boleh disangkal lagi. Allah dah berjanji, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat.

Kita cuma ada 24jam. Semua orang dapat masa yang sama setiap hari. Yang membezakan kita ni sempat ke tak sempat ke adalah pengurusan masa. Adakah masa kita diuruskan dengan baik? Adakah kita menggunakan masa untuk aktiviti berfaedah atau duk bazirkan masa? 

Sekarang dah bukan masa nak mengeluh. Sekarang masa untuk bertindak. Jangan harap orang lain bantu kita. Cuma Allah yang boleh bantu kita dan diri kita sendiri.


Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal korang ambil untuk menghadapi masalah ekonomi yang makin merudum ni. Jom kongsikan..

Daa

Khamis

450 produk, 1001 cara untuk mula berniaga

Assalamualaikum

Bagaimana nak berniaga dengan produk Amway tapi kita tak perlu beritahu orang kita berniaga produk Amway?

Fuh.. Aku bukan mengajar cara untuk menipu orang.

Ada orang dia alergik dengan perniagaan dengan konsep MLM atau direct selling. Tapi actually tak kenal pun produk MLM. 

Amway menawarkan 450 jenis produk untuk diniagakan. Ada pelbagai cara untuk memulakan perniagaan Amway. Ini adalah sebahagian daripadanya

(1) Artistry - Tawarkan khidmat mengandam pengantin atau untuk apa apa agenda
(2) Artistry - Khidmat cuci muka dan rawatan kulit muka di rumah. Suri rumah tentu suka sebab kat rumah je boleh manjakan muka. Kos lebih rendah.
(3) Artistry - Buat kelas mengajar cara penjagaan kulit dan mendandan
(4) Noxxa breadmaker - Buka kelas mengajar buat roti
(5) Pelbagai produk makanan/minuman - Jual hamper untuk pelbagai majlis dan event termasuk untuk hantaran perkahwinan



Ini adalah cadangan bagi memulakan perniagaan Amway. Amway adalah real business dengan real product. Bukan jana pendapatan dengan hanya goyang kaki. 


Apakah produk yang ingin anda niagakan..?

Daa

Selasa

Upline bukan bos

Assalamualaikum

Bercakap tentang perniagaan MLM umumnya, dan Amway khasnya. Sering kedengaran orang merungut. Upline mereka sering menggesa mereka dalam perniagaan.

Sentiasa ingat.

Perniagaan Amway yang diceburi adalah kepunyaan sendiri. Upline adalah sebagai mentor untuk menunjukkan teknik dan panduan tentang cara melakukannya atau mengajar tentang produk. Jangan anggap upline sebagai bos. Dan upline jangan anggap orang yang menyertai anda dalam perniagaan amway adalah pekerja yang perlu disuruh. Peranan masing masing adalah memperbesarkan perniagaan masing masing.

Bagaimana pun.. Sebagai mentor, upline boleh dijadikan sebagai model untuk berjaya.

Pernah baca buku copycat marketing?

Untuk berjaya. Kita ikut apa orang yang berjaya buat. Jadi, ada baiknya jika ikut tips dan nasihat yang diberikan. Satu lagi keunikan Amway adalah, kita dan upline jual barang yang sama. Walau pun kerenah pelanggan berbeza, kita boleh cuba gunakan approach yang upline gunakan untuk menjual barangan.

Orang melayu selalu takut business kena caras atau takut tercaras perniagaan orang. Ingat. Rezeki orang lain lain. Jadi jangan takut kalau kita berniaga barang yang sama, kita tak boleh jual barang. Begitu juga perniagaan yang bukan Amway.

So tak perlu ada sikap dengki mendengki kan.. :)

Daa

Khamis

Mengapa CEO yang berjaya menyertai Amway

Assalamualaikum

Majoriti orang menganggap individu yang menyertai Amway adalah manusia manusia tamak yang mementingkan harta dunia. Tanggapan begini adalah kerana mereka belum memahami sistem perniagaan Amway yang sebenarnya. Keunikan Amway.

Amway menawarkan bukan sahaja pendapatan dalam bentuk bonus kepada ahli perniagaan mereka. Mereka juga menawarkan pendapatan yang boleh diwariskan kepada anak cucu peniaga. Sedangkan, seorang CEO dalam sebuah syarikat, belum tentu boleh mewariskan saham syarikatnya kepada anak mereka sekiranya mereka meninggal dunia.

Memahami potensi ini, ramai ahli perniagaan dan individu yang mempunyai gaji berbelas ribu ringgit malah berpuluh ribu ringgit menyertai perniagaan Amway. 

Kisah benar yang sesiapa saja yang menyertai Amway pasti pernah mendengarnya. Seorang wanita yang telah menyertai Amway dan membina perniagaannya hingga ke satu tahap. Dia mati akibat penyakit kanser. Oleh kerana dia tidak mempunyai anak dan belum berkahwin, semua pendapatannya selepas kematiannya diwariskan kepada abang dan kakaknya yang tidak menyertai Amway pun. Selama 20 tahun. Dan lebih unik lagi. Pendapatan yang diperolehi oleh warisnya bertambah dari tahun ke tahun.


Jumlah bonus yang dikeluarkan oleh Amway untuk diberikan kepada waris beliau sehingga ke hari ini adalah melebihi satu juta ringgit.

Empayar perniagaan bernilai mungkin jutaan ringgit ini boleh diwariskan kepada anak. Sekiranya hari ni aku bekerja dengan gaji RM10,000 sekali pun. Lepas aku mati, anak aku tak boleh sambung kerja aku. Bahkan, perniagaan takoyaki yang aku sedang usahakan ni pun, belum tentu boleh disambung dengan baik oleh anak-anak. Mungkin akan terkubur juga nanti. Tetapi, Amway menawarkan pendapatan yang aku boleh wariskan pada anak-anak walau pun diorang mungkin tak berminat langsung nak menyertai perniagaan ni.

So, bina perniagaan Amway bukan atas dasar ketamakan, tapi adalah demi masa depan anak dan cucu nanti.

Daa

Jumaat

Mahu membina perniagaan di luar negara?

Assalamualaikum

Satu keunikan perniagaan Amway yang tidak diketahui ramai adalah, Amway merupakan sebuah syarikat Jualan Langsung dengan sistem Multi Level Marketing yang beroperasi di 80 buah negara di seluruh dunia.

Ini bermakna, sekiranya seseorang mendaftar untuk meniagakan barangan Amway, mereka boleh membina empayar perniagaan di mana mana 80 buah negara tersebut. Menarik..? Jadi, sekiranya anda ingin bermastautin di salah satu negara tersebut, anda boleh membina perniagaan di sana. Ini termasuk, Indonesia, China, Thailand, Jepun, Australia, UK, Eropah dan US sendiri. Jadi, potential client dan customer bukan hanya 27 juta penduduk Malaysia. Malah di serata dunia~!! Dengan modal permulaan RM90.


Setiap negara mempunyai peraturan jualan langsung yang tersendiri. Jadi mungkin kena check dulu cara untuk memulakan perniagaan di negara luar.



Ramai ahli perniagaan Amway yang telah berjaya di Malaysia mula melihat pasaran luar negara untuk mengembangkan perniagaan mereka.

So, siapa kata perniagaan jualan langsung tak sustainable? Kita takkan pernah habis source of manusia untuk mengembangkan perniagaan. Tetapi, adakah anda mempunyai attitude sebagai ahli perniagaan? Atau, masih lagi mempunyai pemikiran orang makan gaji?

Daa

Selasa

Syarat untuk berjaya dalam perniagaan Amway

Assalamualaikum

Syarat paling penting dan paling utama untuk berjaya dalam perniagaan Amway.

Dengan memilikinya, insya allah anda tidak akan mudah mengalah dan berputus asa walau apa juga yang menimpa. Walau apa pun cabaran, yang penting adalah melangkah ke depan.


Iaitu : Impian yang luar biasa

Ingin berjaya dalam perniagaan Amway kerana nak beli rumah? - Tak cukup luar biasa. Ramai orang mampu beli rumah dengan bekerja makan gaji.

Nak berjaya dalam Amway sebab nak duit banyak? - Berapa banyak?RM500,000? 

Nak berjaya sebab bosan bekerja makan gaji? Kena maki dengan bos? - Anda mungkin kena maki lebih banyak lagi dengan orang yang tak tau apa apa tentang MLM.

Apa yang ditawarkan oleh Amway yang membuatkan aku belum pernah terfikir untuk berhenti mencuba adalah sesuatu yang amat luar biasa. Dan bersamanya aku ada impian yang bagi aku sangat luar biasa. Yang hampir mustahil dapat aku capai melalui pekerjaan aku dan apa apa perniagaan lain yang aku usahakan.

Apa impian dan matlamat yang ingin aku capai melalui perniagaan Amway? Hehehe..

Tapi, percayalah. Apa yang ditawarkan oleh perniagaan ini teramat luar biasa. Peluang yang amat sukar kita temui melalui perniagaan lain dengan modal serendah itu. 

Bagi aku kepuasan dalam perniagaan Amway bukan sahaja dalam bentuk material. Malah kepuasan dalam diri.

Jadi, sekiranya nak berjaya dalam Amway.. Sebelum mula membina empayar perniagaan Amway. Silalah bina impian anda terdahulu. Adakah ianya cukup luarbiasa untuk mendorong anda untuk berjaya?

Ramai orang selesa dengan kehidupan mereka hari ini dan menyebabkan mereka tak nampak kenapa nak bersusah payah berusaha bina perniagaan Amway. Ramai yang berpendapat, "cukuplah dapat duduk di rumah yang selesa, tak kelaparan dan cukup duit untuk beli pakaian". Dengan pekerjaan sekarang pun mereka dapat capai semua tu. Aku tak kata itu tak bagus. Cuma, kalau nak berjaya dalam Amway, buang jauh jauh mentaliti "cukup" dalam diri. Bina impian yang luarbiasa.



Apakah impian korang?

Daa

Khamis

Bagaimana orang cina berjaya dalam Amway

Assalamualaikum

Bila bersembang mengenai MLM ramai orang melayu jadi sensitif.. Alergik. Bab halal haram. Bab kawan makan kawan. Ramai yang meluat menyampah. Walau pun kadang-kadang kawan yang masuk MLM tu bukan ajak depa masuk pun. Yang paling ditakuti oleh orang melayu adalah jual barang dan cari orang. Pendapat peribadi aku.. Ramai orang melayu memandang orang jual barang direct selling ni macam orang mintak sedekah. So, ramai yang alergik bila ada kawan atau even adik beradik masuk MLM. Diorang paling takut kalau ada yang promote business atau barang kat diorang. Taknak beli tu kawan/adik beradik. Takut orang kata tak sapot. Tapi belakang sembang macam kena paksa beli. Padahal orang tak suruh pun beli. Sendiri je terasa.

Range produk Amway

Ramai orang cina yang sangat berjaya dalam Amway. Orang kata.. "Tu la.. orang melayu kerja, orang cina yang makan". Padahal orang melayu ramai tak suka masuk Amway. Alasannya.. Amway lambat kaya. Amway nak kena cari orang.


Sebenarnya, cara orang cina cepat berjaya dalam Amway adalah sebab mereka mengutamakan keluarga dalam perniagaan. In fact.. Dalam banyak business pun, diorang buat sekeluarga. Once dia nampak potensi dalam Amway, dia pun cerita pada adik beradik. Pakat untuk bantu mak ayah. Lepas dah satu keluarga masuk. Diorang pun pakat pulak dengan sepupu sepapat. Mula-mula pakat guna sendiri. Sambil-sambil tu sentiasa cari peluang berbual dengan orang. Biar semua orang tau dia tu meniaga Amway. So, bila orang nak cari barang. Orang terus cari dia. Amway barangnya bagus. Dan ramai memang dah tau bagusnya barang Amway. Ke sana sini dia tabur business card. Sebab tu Amway ni dibuat secara sambilan je. Bayangkan, satu keluarga ada 4 orang adik beradik. Adik beradik tu masing masing ada pasangan. Pasangan ada adik beradik dia pulak. Lepas tu dalam adik beradik pasangan tu tentu ada pasangan dia pulak.. Nampak tak macam mana network tu berkembang. Itu belum jual, just gunakan konsep "guna barang". Dari beli barang kat Giant, Tesco ke.. Baik beli barang dalam perniagaan keluarga sendiri. Contoh kita ada kedai runcit, buat apa buang duit beli beras kat kedai Abu. Betul tak..?


Tahun lepas Amway adalah MLM no 1 dengan sales paling banyak mengatasi Avon dan jauh meninggalkan MLM lain



Ini biasanya tak berlaku dalam keluarga orang melayu. Dia tak tau pun benda apa Amway ke MLM ke. Bila orang pakat kata MLM tu makan duit haram, dia pun takde tanya takde selidik.. Terus tolak.

Ini adalah permulaan macam mana orang cina menjadikan Amway sebagai perniagaan keluarga dan berjaya. 

Malang sekali sebab ramai orang melayu tak nampak peluang ni. Hakikatnya, orang melayu ramai yang suka makan gaji. Tak salah jugak makan gaji. Kalau tak ada yang makan gaji jadi jurutera, askar atau polis. Siapa yang nak jaga keamanan negara. Ye tak..? Tapi, dalam ekonomi kurang stabil macam sekarang ni, ada baiknya fikir fikirkan peluang untuk buat perniagaan sambilan. Dengan Amway, kita buat pilihan, nak income berapa. Letak target. Usaha kena betul, bukan menyondol mengkhinzir buta. Kerja sambilan bagi aku kurang relevan.

Tahun demi tahun, harga barang meningkat. Kelayakan BR1M makin bertambah. Tapi sampai bila nak harap pada bantuan. Buka hati buka minda. 

Aku sekadar berkongsi peluang. Tak ajak pun korang masuk. Buang masa je kalau masuk tapi tak menimba ilmu. Guna barang pun taknak, nak berniaga bermacam alasan. Buang duit korang, buang masa mentor. Lastnya korang badmouth industry MLM atau pun Amway kata masuk tapi tak jadi apa. Tapi tak cerita pun kat orang yang sebenarnya korang masuk korang tak buat apa.. 

Aku just share sebab aku rasa rugi kalau aku tak kongsi peluang yang macam ni. Ramai yang mencari cari peluang nak tambah pendapatan tapi tak tau dan mungkin tak terfikir nak ambil tahu sebab sentiasa anggap negatif pada orang MLM. Yang lawaknya ramai yang kata, tak suka MLM sebab lebih suka berniaga produk fizikal. Nak je mulut celupar aku ni menjawab "Abis ko ingat aku meniaga angin? Yang meniaga angin tu Mister Potato je tau".

Kalau nak tanya lanjut whatsapp 0126894317.

Dah baca? Kenapa saya suka Amway

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com