Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Jumaat

Blogger seram sejuk

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Ya Allah.. Rindunya pada blog. Belek-belek posting lama. Rupanya last post 22Jan aritu. Ini dah bukan lagi blogger suam suam kuku. Namanya blogger seram sejuk :P ...Lepas start maternity leaves, terus tak update. Jangan ingat maternity leaves tu cheq dok goyang kaki sambil berlulur berspa bagai. Anak dah masuk lima, takde maknanya nak goyang inul cheq oii.. Penatnya ya rabbi.. Allah je tahu.

Isnin baru ni start kerja. Aku yakin ada lagi orang lain lebih sengsara dari aku. Hahaha.. Tapi tetap nak mengadu domba.. Mengantuknyaaa.. Tidur malam tak kurang dari pukul 12. Mesti atas pukul 12. Pastu pukul 4.30 pagi dah mula terjaga. Pukul 5.30 gagah jugak bangun, masak siap siap untuk makan tengah hari dan bento bawak pergi kerja. Dengan vangganya aku nak ciwi yang minggu ni tiap-tiap hari bawak bento pergi kerja dan masak makan malam. Takde beli kedai. Nak jimat sangat kan.. Padahal mak mak kita dulu selamba je masak 3-4 kali sehari. Aku masak dua kali dah kepoh sedunia kan. Hahaha..

Anyway.. Banyak sangat story nya nak diceritakan. Pasal kelahiran orang baru, pasal bisnes, pasal Aqil patah tangan, pasal anak-anak.. Kalau tak update nanti diorang tak boleh la baca story mak diorang pasal diorang bila dah besar nanti. The happiness, struggle etc etc.. Of course la yang maneh melekit je cerita. Yang sengsara tak payah nak cerita sangat lah. Bukan orang nak tolong, jadi bahan je kang.. Ngadu pada yang satu tu je sudahh.

Insya allah kucuba sediakan masa untuk update satu persatu. Happynya jari jemari boleh merepek lagi kat blog ni kan.. Kalau ikutkan banyak lagi nak tulis, tapi banyaaaaakkk kerja menantiku. Semoga bertemu kembali dalam entry akan datang.

Kalau nak tengok aku update banyak-banyak.. Boleh follow FB page - Frozen Takoyaki. Hari-hari update. Carik makan lebih katakan. Hehehe..

Semoga bertemu kembali..

Selasa

Hilang rentak berblogging

Assalamualaikum

Rindunya pada blog. Sekarang dah macam hilang rentak nak berblog. Idea bila tak duduk depan PC tu memang mencurah curah. Segala benda nak ditulisnya. Benih tomato bercambah, pasal ulat BSF, GST, segala benda lah.

Tapi bila dah duk mengadap. Hitam kelam gelap. Tulis padam tulis padam.

Tension betul.

Ni lagi tension. Halfway tulis. Aku rasa aku tulis benda yang tak patut aku tulis. So aku pun padam balik.

Hahahaha..

Maafkan kami.. Cerita pasal kami ni banyak. Ibu je terkelu tak tau nak start update dari mana :P

Daa

Khamis

Cerita seram - Spammer yang scam

Assalamualaikum

Semalam ada satu entry pasal hadiah Telekom kan..? Perasan tak?

NOTIS RASMI HADIAH TELEKOM MALAYSIA

Notis tu bukan ditulis oleh aku atau shujin.

Ok tak seram kan..?

Yang lebih seram adalah.. AKU TAK POST PUN ENTRY SEMALAM.

Hantu blogger dah buat kacau agaknya sebab lama sangat aku tak post entry..

Waaa.. Aku bukan gurau gurau.. Bak kata Pendekar Mustar, ini bukan cobaan.. Ini betul betul okay..

Aku baca komen komen dari kawan kawan semua.. Aku ingat shujin yang buat entry tu. Tapi bila check balik. Rai Ourkizuna yang buat entry tu weih~!!

Macam mana dia buat??

Mungkin ke sebab aku ada buat option untuk post entry melalui email. So si spammer ni hantar ke email tersebut?

Scary weh.. Aku takut entah apa lagi nanti dia post kat entry blog ni. 

Semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah akhir zaman ni.. T_T

Daa

Isnin

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com

Assalamualaikum

Fuhh..Dapat jugak join GA tahun ni.. Rasanya macam satu satunya GA yang aku join tahun 2014. Huhuhu.. 

Banyak hadiah weh~!

Wang tunai RM50 x 1 pemenang Wang tunai RM20 x 1 pemenang SuperRich Puteri Vanilla x 1 pemenang SlymRich BlueBerry Diet Fiber x 1 pemenang Owl x 1 pemenang Elegant Tumbler Fuschia Kiss Tupperware 250 ml x 2 pemenang Scar Solution Body Bar (1 set) x 10 pemenang Lulur Mandi Sumber Ayu Whitening Bunga x 1 pemenang 1 set of Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak  x 2 pemenang
Tambah nilai kredit RM10 x 2 pemenang
Wang tunai RM10 x 2 pemenang
1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang
Charmantshawl (green petronas) x 1 pemenang
Charmantshawl (yellow mustard) x 1 pemenang
1 set Sabun Dobi x 1 pemenang
4 pcs senduk (A, B, C, D) x 4 pemenang
 
Tarikh  tutup penyertaan adalah pada

8 Januari 2015 jam 11.59 malam
 
So.. Jom join sebelum terlambat okay~! 

 
Daa

Rabu

Pemenang Mini GA Ourkizuna

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Dah ada pemenang.

Pemenang GA nya.. Ialahhh... Jeng jeng jeng~~

Blogger Kembara Chynta kami~ - Lieyalatif

Yey...

Lieya.. Nanti email saya alamat dengan no telefon untuk penghantaran ya.. kesoma.rai@gmail.com

Daa

Khamis

Blogger~! Sudahkah anda register Advetorial.MY

Assalamualaikum

Peluang terbuka kepada semua blogger untuk menjana pendapatan melalui pelbagai aspek dalam satu platform~!

Affiliate
Penulis advetorial
Dan bagi blogger yang memiliki online shop boleh membuka lebih banyak peluang perniagaan melalui pengiklanan oleh blogger lain pada kadar yang berpatutan

Semua blogger boleh mendaftar sebagai affiliate secara percuma dengan Advetorial.MY ini bagi mempromosikan pelbagai product yang ditawarkan pada masa ini dan masa akan datang. Melalui affiliate, komisyen akan dibayar setiap minggu bagi setiap jualan yang telah dibuat. Tak ada minimum cash out. Tak payah tekan button cash out pun. Cuma promosikan. Bila ada sales, komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun secara automatik~!

Menarik kan..?

Ada lagi~!!!

Boleh juga upgrade akaun dengan bayaran RM59.90, untuk menjadi Publisher. Publisher adalah blogger yang layak menerima JOB dari peniaga peniaga untuk menulis review bagi product mereka. Bayaran ni adalah sekali sahaja seumur hidup.

Sooo.. tunggu apa lagi..?

Klik pada banner untuk mendaftar..

Daa

Selasa

Update bloglist Ourkizuna

Assalamualaikum

Oleh sebab insiden dengan spam ads aritu aku dah remove bloglist kat side bard blog Ourkizuna. Aku nak ambil kesempatan ni untuk update list pada blogger blogger aktif untuk join bloglist kami kali ni. Blogger suam suam kuku yang tak rajin update pun boleh je join. Kehkehkeh..

Bagi sesiapa yang berminat, boleh bagi alamat blog di bahagian komen. Aku akan buat 2 list kat side bar.

So, jom lah.. Apa lagi..?

Takde syarat apa pun.. Kalau korang nak listkan Ourkizuna pun bagus. Sistem barter kata orang..

Daa

Isnin

Widget code pingbusuk.org menyebabkan ads spam

Assalamualaikum

Setelah bersusah payah (sangatt) menogelkan semua third party widget dan bersengkang mata check blog template, akhirnya aku jumpa punca masalah spam ads yang pop up bila buka blog Ourkizuna.

Nasib baik..

Almost nak delete je terus. Punya la saket hati kan. Hahaha..

Puncanya adalah widget code dari pingbusuk.org.

Aku dah cuba dua jenis code yang diorang bagi dan kedua duanya menyebabkan spam ads tu pop up. Memang dari browser kat desktop PC dan android mobile tak keluar. Tapi shujin bukak guna IE dan Opera di Samsung Tablet dia memang keluar error tu.

So, demi kepentingan pembaca, aku terpaksa remove dulu widget pingbusuk.org dari blog Ourkizuna.

Insya allah aku cuba log case pada pingbusuk. Tu pun kalau diorang layan la.

Pingbusuk penyumbang traffic yang kedua terbesar di blog Ourkizuna ni. So sayang la bila terpaksa remove atas sebab yang begini. Sob~~

Bagi yang ada letak code pingbusuk boleh la check jugak. Tapi CikSiti ni confirm kena sama cam aku. Hehehe..

Daa

Jumaat

Togel blog ke patut tutup terus?

Assalamualaikum

Stress ibu mengandung sejak 2-3 hari ni.. Bukan pasal peti sejuk rosak. Pasal kes blog pulak..

Mula-mula tak boleh ping entry ke group group blogger di FB

Nak post kat wall sendiri  pun banyak songeh
Mulanya aku tak paham kenapa..

Semalam shujin tunjuk kat aku. Ada iklan spam pop up bila bukak blog kami. Stress mak jemah tengok. Puas godek sana sini tapi tak jumpa kat mana puncanya.

Harus aku stress lalu menogelkan blog ni. Kalau tak boleh jugak, aku remove terus gamaknya.

Ada sesiapa ada pengalaman begini boleh share ngan aku. Kot la tau kaedah nak buat cemana sebelum aku mengganas ni..

Daa

Rabu

Ourkizuna nak buat GA... kot...

Assalamualaikum

Lama gila dah kot tak buat apa apa GA. Menyertai GA pun aku sangat jarang. Bukan tak sudi.. Aku memang tak sempat.. Nak buat post nak blogwalking pun ku gagah gagah kan juga. Demi pembaca setia.. Poyo gila.. Hahaha..

Apa pun.. Aku memang dah lama duk cakap nak buat GA kat blog ni. Tapi tak nyempat. So aku saja umum dulu supaya mai datang gigih nak buat. Aku taknak buat susah susah.. GA simple, hadiah yang simple.. Kalau ada yang nak jadi sponsor aku sangat mengalu alukan. 

So, nantikan seminggu dari sekarang.. Senin depan la kot aku umum pasal GA ya. Hopefully aku tak jadi blogger yang mungkin janji..

Join jangan tak join tauuu~
Daa

Isnin

Horlicks Chocolate Baru penuh khasiat

Assalamualaikum

Perasan tak Horlicks dah ada perisa baru~! Horlicks adalah satu jenama yang tak asing lagi keluaran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare iaitu sebuah syarikat FMCH global terkemuka. Sekarang dah ada perisa coklat. Menariknya, rumusan Horlicks sedia ada kini diperkayakan dengan campuran mikronutrien untuk membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Horlicks Chocolate baru ini mengandungi 23 zat penting termasuk kalsium, protein, multivitamin dan mineral bagi menyokong tumbesaran mereka.
Statistik kat Malaysia menunjukkan 13.2% kanak-kanak di Malaysia kurang berat badan dan 15.8% mengalami tumbesaran terbantut. Ini adalah salah satu kesan secara langsung daripada "kelaparan tersembunyi" atau dipanggil "hidden hunger". Kelaparan tersembunyi berlaku akibat daripada pengambilan makanan yang kurang berkhasiat dan ianya bukan saja menyebabkan gangguan pada perkembangan fizikal kanak-kanak, malah boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan mental yang sihat. Antara kesan kelaparan tersembunyi pada perkembangan mental kanak-kanak adalah seperti lemah, mudah hilang fokus dan akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Malangnya, oleh kerana kelaparan tersembunyi ini merupakan "kelaparan nutrisi", ianya berbeza dari kelaparan akibat kurang makanan. So, biasanya simptomnya tak begitu jelas. Ibu bapa sendiri pun tak perasan. Dan ianya bukan saja berlaku pada keluarga berpendapatan rendah atau kawasan luar bandar, kajian menunjukkan, kanak-kanak di kawasan PJ dan KL pun mengalami masalah yang sama. Mostly adalah sebab ibu bapa sekarang semakin sibuk dan banyak makan luar atau makan kat kedai makanan segera. Atas dasar itu, Horlicks Chocolate dirumuskan khas dengan tambahan mikronutrien bagi membantu kanak-kanak membesar.

Perlancaran Horlicks Chocolate dengan tema "Kids want to be Tall, Sharp, Strong"
Package Horlicks Chocolate BARU 1kg
Horlicks Chocolate ni baru saja dilancarkan dan boleh didapati kat mana-mana pasaraya dengan pek 200gram, 400gram, 1kg atau 2kg. Aku dah cuba baru-baru ni, honestly, bila dah cuba yang perisa coklat ni, aku memang taknak dah yang perisa biasa tu. Hehehe.. Sedap sangat. Rasa coklatnya memang kaya tapi tak muak.

Bagi yang belum pernah tengok iklan Horlicks Chocolate baru ni boleh tonton iklannya di laman Youtube 

Untuk lebih lanjut tentang Horlicks boleh lawati laman web rasmi mereka : 

Pembukaan cawangan ke-100 Cleanpro Express

Assalamualaikum

Ingat lagi tak entry gossip minggu lepas? Sebenarnya, aku berpeluang menghadiri majlis perasmian cawangan ke-100 Cleanpro Express yang terletak di PJ Newtown Outlet pada 8hb March.

Majlis perasmian dihadiri oleh Encik Goh Seng Kiat selaku pengarah urusan Cleanpro Express, Mr Stephen Jacques Senior Commercial Officer dari kedutaan Amerika, Mr Kevin Hietpas Director of Sales dari Dexter laundry, duta produk bagi Cleanpro Express Ms Lee Siad Huey & Farid Kamil dan pasukan pengarah urusan dari Cleanpro Express dan Cleanpro Laundry Holdings. Dan juga wakil media dan blogger.

Majlis bermula dengan rasminya dengan pengumuman ketibaan jemputan khas. Lepas ucapan disampaikan oleh Pengarah Urusan Encik Goh, wakil dari kedutaan Amerika dan Pengarah Jualan dari Dexter Laundry juga menyampaikan sepatah dua kata. Lepas tu gamat sekejap dengan persembahan tarian singa yang anak-anak tunggu. Hehehe.. Aku siap ambik bideo.
Barisan jemputan khas
Singa bergambar dengan pemilik cleanpro express cawangan PJ Newtown
Selepas tu upacara perasmian dengan memotong reben.
Barisan para jemputan khas merasmikan cawangan ke-100
Kemudian, duta duta produk pulak buat sesi demonstrasi untuk menunjukkan betapa mudah dan seronoknya membasuh baju.
Ms Lee Siad Huey dengan Farid Kamil (walau pun mula mula aku tak kenal lelaki itu..haha)


Bagi yang first time dengar, "Cleanpro Express" adalah satu rangkaian pusat dobi layan diri yang dibuka 24jam. Setakat ini ianya mempunyai 100 cawangan di Malaysia dan Singapura. Di setiap cawangan, disediakan mesin basuh baju dan pengering menggunakan syiling. Mesin menukar syiling dan mesin menjual sabun basuh juga ada tersedia, jadi cuma perlu bawa sebakul baju comot dan segenggam duit kertas untuk memulakan operasi. Kalau takut siang hari sesak dengan pengguna lain, boleh datang pukul 3-4 pagi ya. Buka 24jam kan. Hehehe..

Ada instruction cara nak basuh. Nak buat basuhan air suam pun boleh
Model kami :P
Mesin basuh dan pengering ada pelbagai saiz. So, walau pun ada mesin basuh di rumah, tapi malas nak basuh banyak kali, boleh gunakan mesin basuh di Cleanpro Express juga. Saiz mesin basuh paling besar 25kg. Memang puas hati. Hehehe..
Soap vending machine
 Menariknya, di sesetengah cawangan, perkhidmatan kerusi urut dan WIFI turut disediakan.
Kita minum dulu~
Rujuk cawangan Cleanpro Express yang berdekatan dengan anda untuk mengetahui perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan.

Di musim musim catuan air ni, tak perlu risau pasal baju kotor. Cuma ke mana mana cawangan Cleanpro Express dan mula membasuh. Bila tiba musim hujan pulak, boleh gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian. Jadi hujan atau panas, Cleanpro Express akan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat :D

Goodie bag
Berita baik, bagi yang nak mencuba perkhidmatan mendobi di Cleanpro Express ini, beberapa cawangan Cleanpro Express memberikan percubaan PERCUMA dicawangan mereka. Jangan lupa tandakan di kalendar masing-masing dan pastikan cawangan Cleanpro Express yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat dobi layan diri PERCUMA (Limited time).


Actually perkhidmatan macam ni bagus bagi orang bujang dan student. Maklumlah kan, malas gila kot nak menyental. Lagi lagi kalau budak lelaki. 

Menarik kan perkhidmatan macam ni?

Daa

Terima kasih Nuffnang~!

Assalamualaikum

Ke tempat kerja dengan kepala sakit. Seret kaki menggagahkan diri sebab tak boleh ambik cuti hari ni. Hahaha.. Gigih aku bulan ni. Semata mata sebab nak ambik cuti dua hari masa cuti sekolah nanti.

Alhamdulillah. Berkat kegigihan dan ketabahan aku. Check Nuffnang ada CPUV baru pulak. Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang berita kan. 

Bukan satu, bukan dua.. Tapi tigaaa.. Rupanya bulan ni ada Sales kat Ikea ya. Baru ku tahu. Terima kasih ya Nuffnang. Baru la sayang camni.

Hahaha..

Tak sabar tunggu monus bulan ni.

Daa

Khamis

Organic search bertambah lepas tukar template

Assalamualaikum

Aku kan baru tukar template blog dalam sebulan dua yang lepas kan.. Aku baru perasan. Takde la baru sangat. Tapi perasan yang trafik blog ni bertambah dengan average 100UV sehari lepas aku tukar template.

Trafik blog ni pun bukan banyak pun.. Masih tak sampai 500UV sehari. Tapi lepas tukar template tu bertambah pulak. So happy la kan..



Gambar takde kena mengena :P

Template baru ni aku edit dari template yang ada kat internet. Ubahsuai ikut yang aku suka. Maaf la kalau ada yang rasa agak serabut. Tapi loading tak lambat kan kan.. Hehehe..

Kalau nak kengkawan ngan aku boleh klik kat Get Connected tu. Aku takde insta lagi. Tak reti. So paling aku aktif pun FB je buat masa sekarang.

Jom kengkawan ngan aku

Daa

Selasa

Sudi tak korang?

Assalamualaikum

Aku sekali lagi merayu (sob sob) untuk sesiapa yang sudi join bloglist aku.. Tapi untuk main list duk kat sebelah kanan tu tinggal 5 blog je. Kalau ada extra, aku akan letak kat list tambahan kat bawah. Bukan second class ke apa.. Aku cuma taknak link tu terlalu panjang. Nanti panjang orang nak scroll. 

Yang dah komen kat entry dulu boleh check kat bloglist tu aku dah masukkan ke belum. Kalau belum komen bagitau aku ya. Thanks!~

Jom lah join bloglist ibu kami yaaa..

Baju oren tu dari Aqil diperturunkan pada Damia, sekarang, Aisy pulak pakai. Kedekut tak aku? Hahaha

Daa

Isnin

Bloglist Ourkizuna

Assalamualaikum

Dalam proses memindahkan teknologi template baru, aku telah terpadamkan bloglist sedia ada. 


Jadi.. Nak mohon bantuan supaya letakkan link blog kamu kamu ke dalam kotak komentar.

Nanti akan ku senaraikannya.

Sambil tu boleh la share pendapat tentang template baru Ourkizuna. Susah tak nak load? Semak tak? 

Terima kasih ya.

Daa

Khamis

Terima kasih Nuffnang~

Assalamualaikum

Walau pun sekadar saja saja merepek di blog, ada juga orang nak bagi duit ya..

Setahun sekali cash out. Jadi lahhh..
Terima kasih Nuffnang!

Daa

Jumaat

Cara orang miskin hidup di Malaysia

Assalamualaikum

Hati rasa sayu bila tengok keyword cara orang miskin hidup di Malaysia..

Macam mana agaknya? Berapa pendapatan orang yang masuk kategori miskin di bandar? RM3000? Kalau rendah dari tu? Kategori papa kedana? Tapi terbaca semalam katanya kadar kemiskinan di Malaysia makin rendah. Bagus lah kalau macam tu kan...

Daa

Khamis

Re-intro Kaching?

Assalamualaikum

Masih ingat dengan projek Kaching? Projek Kaching diperkenalkan setahun yang lalu dan berhenti rehat pada pada awal January 2013 sebab aku sibuk nak bersalin dan sibuk dengan proses perpindahan rumah.

Sekarang da stabil sikit walau pun masih agak tak menang tangan dengan kerja.

Rasa nak re-intro projek Kaching ni bagi follower Ourkizuna. Maybe ada slight changes dalam syarat penyertaan.

Ada yang berminat?

Daa

Muakhhhsss

Assalamualaikum

Akhirnyaaa~~

Selepas lebih dua bulan tak boleh access ke dashboard, akhirnya hari ni berjaya! Usaha tangga kejayaan kan.. Hahaha..

Tapi.. tetiba FB tak boleh access. Cam hampess kan.

Nanti update cerita raya. Siapkan kerja dengan hati gumbira dulu.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com