Isnin

Review Artistry Skin Refinishing Lotion

Assalamualaikum

Refreshing Monday.. Especially bila bangun pagi tersentuh pipi sendiri rasa macam pipi budak remaja yang belum pernah kena jerawat. Biiiigggg thanks to the skin refinishing lotion + night cream. Seriously, penjenamaan semula kulit muka aku memang membuatkan aku rajin je nak menghadap cermin menempek segala lotion dan cream tu kat muka (which yang aku rasa membazir gila nak spend 10-15minit untuk membelek muka depan cermin). 

Perubahan selepas hampir tiga bulan menggunakan artistry skin refinishing lotion. Aku guna dua kali sehari setiap hari. Guna selepas toner, dan lepas pakai lotion tu pakai moisturizer pulak.
(1) Kulit muka rasa licin, halus dan lembut
(2) Sepanjang dua bulan cuma ada sekali break out (atas hidung) dan ianya dapat di atasi dengan segera tanpa meninggalkan parut
(3) T-zone tak rasa berminyak dan walau pun aku pakai berlapis lapis, siap dengan moisturizer bagai, aku still rasa tak terlalu berminyak.
(4) Tone kulit makin sekata
(5) Parut jerawat kat hidung makin kurang jelas. Black heads pun dah makin tak kelihatan

Dalam banyak banyak barang skin care aku, boleh kata skin refinishing lotion ni yang paling aku sayang. Sentiasa ada dalam beg. Walau pun namanya lotion tapi bila sapu kat muka rasanya jadi velvety. Jadi macam pakai bedak gitu. Takde rasa berminyak langsung. So, ever since first time aku guna, shujin memang suka sangat. Once in a while, aku buatkan facial kat shujin, aku tepek sekali. 

Actually, skin refinishing lotion ni adalah untuk exfoliate kulit mati. Sebab tu kulit jadi makin licin. Tapi ianya bukan chemical ya.. Main active ingredientnya adalah hydrolized oat protein, algae dengan gula kalau tak silap. Dan sangat sangat lembut. Takde pengelupasan. Boleh guna untuk apa juga jenis kulit, even kulit sensitif. Saranannya adalah guna dua kali sehari, tapi depends pada reaction jugak. Sebab kulit lain lain kan. Kalau lepas pakai tu rasa macam kulit tak berapa nak agree reduce la pakai sekali je. Yang bagusnya, boleh guna kat area mata jugak. 

Additional value..kurangkan fine line :P

So aku rasa sangat berbaloi guna. Dari segi harga memang agak mahal. Tapi rasanya boleh tahan agak lama (Dah pakai 2 bulan lebih) sebab pakainya sekali dua kali pam je. Maybe cukup untuk sampai bulan 1 nanti. (Aku start pakai around end of September 2012) Berkesan + tahan lama = Puas hati!

Pada aku skin refinishing lotion ni tak kisah nak pakai sendiri dia atau pun dengan toner dan moisturizer. Of course kalau pakai dalam combination lebih lagi effect nya. Tapi kalau pakai dia saja pun boleh nampak kesannya. Sebab dah beberapa orang yang cuba tanpa toner cuma pakai dengan cream pun nampak kesan. Dan ada yang cuma cuci muka, lepas tu guna pun da nampak perubahan. Cumanya, skin refinishing lotion ni tak ada perlindungan matahari (SPF bagai tu), so disarankan kalau nak keluar rumah tu better pakai dengan sunscreen untuk melindungi kulit dari sinar UV.


Apa yang paling best adalah... shujin asyik puji je bila ciom pipi pepagi kan..katanya "Lembotnya pipi bini dia".. Tu la yang paling penting pun kan :D

Bagi yang berminat nak mencuba skin refinishing lotion ni boleh whatsapp terus ke nombor 0126894617

Daa

19 comments:

ayunidati berkata... [Reply]

ye ke bole cube ni...

Irfa berkata... [Reply]

amboi..sakan testimoni tu ;)
baguslah kalau serasi dgn kulit ko
aku ni kulit manja..sbb tu x berani mencuba sgt,dah tak lawa makin x lawa jadinya nanti ;)

NM03 berkata... [Reply]

nak tgk gambar plissss

Tanpa Nama berkata... [Reply]

menarik ni rai. confirm maintain muda gitu !hehe

Anamarza berkata... [Reply]

Rai, tetimoni terakhir tu yg mahal tu.. hihihi InsyaAllah nnati nak try jugak, tunggu kumpul duit sendiri dulu..adat la kan surirumah je mana ada income tapi berangan nak try barang mahal...camno tu?

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Waahhhh!!!... Kellas dah Rai. Dah boleh cakap macam professional dah salute kakak. Insya-allah mesti boleh berjaya kalau boleh meyakinkan. Kakak memang percaya product ini. Lama dah percaya.

ct rahani berkata... [Reply]

bila suami puji hati pun kembang berbunga2kan rai.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

ayu,
sila sila..cuba jangan tak cuba..

irfa,
aku tak berani la nak kata..sbb kulit org lain lain..tapi setakat ni mostly yg jenis kulit sensitif senang naik jerawat, gatal bagai tu pun kata ok..

kak niezza,
haha..malu la kak.. :P saya bab bergambar mmg fail lah..

KA,
harap2 begitu lah..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

Ana,
aha..yang paling penting..encik suami nampak perubahannya kan.. saya pun kumpul duit nak beli ni aritu.. sbb mmg agak mahal la..skang kena start kumpul dah..nanti bulan 1 kena beli lain pulak..hehe..

yg bekerja pun banyak komitmen nya.. nak beli pk banyak kali.. hihi..

kak zakie,
takde la professional pun kak.. cuma saya tulis yg memang saya rasa..insya allah tak menokok tambah perisa penyedap.. sejak 1st day pakai mmg rasa teruja..

ct rahani,
aha..tu la pasal..kembang setaman rasanya..

Dr K berkata... [Reply]

kena lah letak gambar before & after, baru jaditestimoni paling berkesan...hihihihih..

Unknown berkata... [Reply]

daddy ziyyad,
bukan apa tak letak tu..satu saya mmg ala ala pemalu gitu..yg keduanya, saya rasa dari gambar mmg tak berapa nampak.. pencahayaan bagai kan..unless yg ambik gambar tu professional..lotion ni lebih kepada feelingnya..pegang, bau dan rasa.. test sendiri..hehehe..tak cuba mmg tak berapa nak yakin..tengok gambar pun tak sama ngan rasa..

Ujie Othman berkata... [Reply]

testimoni yg menarik! terus rasa mcm nak cuba. :)

Unknown berkata... [Reply]

ujie,
cubala.. insya allah puas hati.. barang artistry ni datang dengan satisfaction guarantee. kalau tak puas hati boleh pulangkan dan ambik balik duit..so insya allah tak rugi mencuba..

BERT berkata... [Reply]

waaa.. ni nk kene sh asben beli gak ni hihi...

ok kak.. nti sy beli minyak bayi amway tu.. mmg rmai ckp bgus..

Mimie berkata... [Reply]

Salam singgah sini dan follow

deq's qienz berkata... [Reply]

cm bagus je promotnya.

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

alaaaa...rai,...tepekla gambor sikit..teruja akak,eheeh~!!
p/s * tulakn,keciknya dunia ni..ntah2 org2 tua kita know eacho there kot :)

Mimie berkata... [Reply]

pnjg lebar testimoni die..hahaha

As berkata... [Reply]

Waaaa cam nak kena pi cari gak neh :D

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com