Memaparkan catatan dengan label pertandingan lego. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertandingan lego. Papar semua catatan

Selasa

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 5

Assalamualaikum...

Ramai peserta tertanya-tanya, parts apa yang akan diberikan nanti? Apa yang nak kena bina nanti? Masa yang ditetapkan adalah sejam je, sempat siap ke? Bila pertandingan bermula, surprise...


Naaahhh... Humang.. Ambik engkau... Hahahaha...
Dia bagi brick je. BRICK. Takde 1x1 & 2x1. 1x3 ke atas. Takde plate, takde curve, takde technic, takde apa. Cuma brick, satu baseplate saiz XL 48x48, sedikit slope, sedikit pokok skala kecil dan mod brick untuk pasang tayar. Tayar pun satu saiz je. Sejumlah bingkai tingkap, bingkai pintu dan pintu. Warna? Cacamerba. Merah, biru, kuning, putih, hijau, lime, oren dan merah jambu pada kadaran sama banyak. Tajuk, "bebas" asalkan melambangkan Malaysia. Dia bagi 5 minit je untuk go through the 1000+ bricks sesambil fikirkan binaan masing-masing. Rai sibuk tanya, "Nak buat apa ni? Nak buat apa ni?". Aku biol jap. Aqil tergaru kepala. Hahaha.. Lepas 4 minit, kami putuskan untuk buat stesen minyak Petronas (walaupun tak isi Petronas hahaha...). Masa duk bina-bina, Aisy dok sibuk pecahkan. Hahaha.. Bagi kereta sebijik, susu sebotol, lepak laa dia. Hahaha...


Pertandingan ni menggunakan sistem undian untuk menentukan pemenang. Minyak naik harga merupakan isu panas sekarang. Jadi, selain daripada disebabkan parts/element yang diberikan kami juga gunakan isu ni untuk tentukan binaan dan mendapatkan undi. Tinggal lagi setengah jam, kami dah siap pastu blur. Tatau nak tambah apa dah. Ushar keliling, ada dua famili buat Menara Petronas. Actually, kami pernah moc Menara Petronas. Tapi disebabkan oleh warna brick yang cacamerba, so kami tak buat. Pelik pulak kalau bina sesuatu yang sepatutnya berwarna kelabu dengan warna yang bercampur aduk tak? Tengok kiri, ada famili buat Menara KL. Fuuhh.. Gigih jugak. Yang kat depan buat rumah panjang kot. Tatau laa.. Tapi mainan warna dia cantik sangat. Selain tu, ada yang buat sawah padi. Cantik jugak. Tetiba terfikir, boleh dapat tempat keempat ke ni? Adusss..


Dalam binaan kami ada stesen minyak, lambang Petronas, pam minyak, pam angin, ATM, rak barang, cash register, tandas, kereta dan foliage (pokok-pokok renek/hiasan). Itu je yang sempat kami fikirkan.



Ini adalah kelapan-lapan binaan. Labelkan dari barisan paling atas gambar sebelah kiri sebagai A, sebelah kanan sebagai B, barisan kedua kiri C dan seterusnya, cuba korang susun sendiri siapa no satu hingga lapan..

Selamat membina..
_::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::_

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Link Lego Awesome Malaysia

Ahad

Teaser

Assalamualaikum

Cerita Khamis lalu...








Cerita lebih lanjut nanti ya..

Tungguuuu~~

Daa

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 3

Assalamualaikum..

Lama jugak cuti menulis pasal lego. Hahahaha.. Sebahagian sebab sibuk, sebahagian lagi sebab perniagaan, sebahagian sebab dapat baby baru, sebahagian sebab raya haji. Sum up all together jadilah tak sempat.

Pasal pertandingan LEGO Awesome Malaysia, baru-baru ni kami dapat email yang menyatakan kami terpilih untuk pertandingan akhir "LEGO FUN FAMILY BUILD-OFF".


Untuk sesiapa yang lapang atau ada kat kawasan Menara OBYU, Damansara Perdana antara pukul 9:30 pagi hingga 3:30 petang pada hari Khamis 16 Oktober 2014, jom laa datang jumpa kami dan meramaikan majlis sambil-sambil dapat beramah mesra dan bagi sokongan moral. Pertandingan dia camni, setiap keluarga (kumpulan empat orang dengan kewajipan, sekurang-kurangnya seorang dewasa dan seorang budak bawah dua belas tahun) akan diberikan sejumlah lego dan akan diarahkan untuk membina satu model pada satu jangka masa yang ditetapkan. Model apa, akan diberitahu masa pertandingan tu nanti. Korang rasa mudah? Serius, sangat susah! Sebelum raya haji, aku pernah mock pertandingan ni. Kat mana susahnya? Synchronization. Satu orang bina model, mudah. Dua orang bina model, susah. Empat orang? Semua orang ada idea atau imaginasi sendiri. Bila nak jelaskan dalam bentuk binaan, dua orang yang mempunyai idea yang sama biasanya bina benda yang berlainan. Aku dan Aqil takde masalah sebab kami selalu bina sama-sama. Since Rai masih berpantang, orang ketiga dan keempat belum tahu lagi. Cakap pasal mock, kami pernah cuba dengan Uncle Mazuan (ingat tak collector LEGO otai yang aku pernah cerita dulu), berterabur.


Ada lapan hadiah untuk pertandingan grand final ni. Empat binaan terbaik akan memenangi pakej menetap di Hotel Legoland (hotel yang kat dalam tu tau, bukan yang kat luar punya) tiga hari dua malam dengan akses ke seluruh taman tema Legoland tanpa had secara percuma. Dapat hadiri kelas exclusive membina bersama Master Builder dan wang tunai sebanyak RM500 untuk digunakan sepanjang berada kat taman tema tu. Empat hadiah tempat pertama ni dianggarkan berjumlah RM12000.00 (ataupun RM3000.00 satu kumpulan). Empat lagi hadiah untuk tempat kedua merupakan hamper berjumlah RM1500.00 setiap kumpulan. Hamper tu adalah set-set lego dari pelbagai franchise (Creator, Star Wars, City, Friends dan dua Hero Factory : Invasion From Below) macam dalam gambar kat atas tu. Jumlah keseluruhan, ada 2169 parts. Jadi, tempat pertama atau kedua, semua yang terpilih dapat hadiah yang best. LEGO® Malaysia sangat awesome kan?

Rai, Aqil dan Damia aim nak pergi Legoland, sebab nak main kat theme park dia. Alasannya adalah, kalau tak dapat set pun, aku tetap akan beli lego setiap bulan. Kalau pergi sana, aku rasa aku akan habis banysk duit kat Pick-a-Brick. Hahaha.. However, aku sendiri aim untuk tempat kedua, set lego. Berbanding pergi kat taman tema dan hotel yang selepas tu cuma jadi kenangan dan gambar, aku lagi suka benda yang hari-hari unlimitedly boleh guna. Why clingue to the past when what really matter is the present kan? Well, anyway macam yang dah sebut, mana-mana pun tak kisah. Any place, is a winner.


Hadiah "PHOTO CONTEST" pulak, sepatutnya diorang hantarkan minggu lepas, tapi sebab raya, ditambah "orang berpantang" tu dah tak tahan nak balik kampung (hehehe) so kami lama jugak kat kampung, hadiah tak dapat hantar. Pagi Jumaat minggu lepas, wakil LEGO® hantar sendiri by hand.

So, that wraps everything until now. Aku akan post binaan baru dalam post yang lain selepas tamat pertandingan ni nanti. Ada mecha baru dalam binaan untuk display rumah baru. Aku sedang mati akal nak siapkan. Bak kata member seperjuangan aku, "Lek luu"

Selamat membina....
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Link Lego Awesome Malaysia

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 2

Assalamualaikum..

Sambung cerita semalam..


Pastu, cuti Sabtu nak bawak anak isteri pergi perkena roti canai & nasik lemak, Aqil buatkan nasik lemak dia sendiri. Kemudian tamat laa rally binaan lego untuk satu minggu.


Minggu kedua terjebak, kami dah start nak buatkan kapal angkasa. Sasaran, saiz kapal angkasa mestilah tiga kaki panjang, dua kaki lebar dan dua kaki tinggi. Aqil mula bina robot ikut prototype yang aku pernah buat dulu. Cuma kali ni dengan warna bendera Malaysia. Kapal angkasa pulak tak sempat nak siapkan sebab tak putus-putus tetamu mengunjung datang. Silatulrahim lagi penting tak? Jadi kami rehat membina seketika. Bahagian yang dah siap macam hull, cockpit, enjin, sayap & thrusters, kami longgokkan dalam kotak je dulu.


Gambar pemenang minggu pertama...
Aqil tanya, "Kenapa gambar kita tak keluar pun ayah? Kita dah buat banyak dah kan?". Arghhh.. Tak boleh jadi ni, kena siapkan kapal angkasa cecepat!!!


Gambar pemenang minggu kedua...
Sebelum gambar ni keluar, aku dah dapat phone call. Senyum lebar semua orang. "Jom pergi Legoland...", jerit anak-anak. Well, baguslah usaha diorang paid off. Tapi yang pahit tu, Aqil cakap "Ayah kena belajar dengan abang ni, hahahaha..". Ceitt.. Mementang binaan dia yang menang.

Apa pun, tahniah kat sulung aku sorang ni.. Tabik spring satu!!
Harap-harap Aqil lebih berjaya lagi nanti.. amin

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini :
Bahagian 1
Link Lego Awesome Malaysia

Sabtu

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 1

Assalamualaikum

Ada yang tanya, "Kenapa lama sangat tak update pasal LEGO?". Well, kami sekeluarga sedang sibukkan pertandingan bergambar "LEGO Awesome Malaysia yang super awesome.


Mula-mula sekali, berbanyak terima kasih kat Aunt Roza Idris, sebab bagitau kitorang pasal event ni. Kalau tak kitorang pun terlepas. Pertandingan ni bermula pada 25 Ogos 2014 hingga 21 September. Syaratnya mudah sahaja. Sesiapa yang ada LEGO® kat rumah, boleh ikut serta. Kre-O, Mega Blok, Leyi, Saidan, atau mana-mana brick jenama lain tak boleh, malah dibatalkan penyertaan serta merta. Buat satu binaan tersendiri bertemakan "Malaysia", snap photo anak atau kanak-kanak dengan latar belakang yang menunjukkan keunikkan negara tercinta kita dan hantarkan kat http://lego.awesomemalaysia.my/TC/index.html sebelum tarikh yang aku sebut tadi. Boleh hantarkan seberapa banyak entry yang mungkin. Pada photo yang dihantarkan, kena sertakan caption. Senang kan? Hadiah dia pun best.


Macam-macam binaan kami buat. Yang terawal, kami tak tau nak latar belakangkan photo kami dengan apa. Menara petronas? Jem + jauh + kerja. Sate? Baru je pergi layan Haji Samuri, takkan nak pergi lagi kot? Lastnya, tengok iklan "Malaysia commited to kepelbagaian bio". Campur dengan bunga raya, which is bunga kebangsaan, kami pun putuskan untuk buat haiwan.

Binaan pertama, bunga raya. Cubaan pertama gunakan brick. Bila siap saiznya jadi besar sangat. Tambahan pulak, kami tak cukup brick warna hijau untuk buat daun. Cubaan kedua, gunakan mantel minifig yang berwarna merah, antena & daun lego. Bunga raya ambil masa dua hari untuk siapkan. Saiznya muat-muat tangan Damia. Pass.

Binaan kedua, ulat gonggok. Satu cubaan je untuk yang ni. Gunakan mod brick, lever & horizontal hinge 2x1 plate. Ulat ni siapkan sekejap jeh..


Binaan ketiga, beetle bug. Cubaan pertama, aku yang buatkan (bug yang besar warna hijau tu). Cubaan kedua, Aqil yang buatkan (bug yang kecik tu). Agak complex kalau nak ceritakan binaan dia. So tak usah laa... Hahahaha.. Kedua-dua beetle bug ambil masa setengah hari untuk fikirkan. Nasib baik ayah dan anak buat asing-asing.


Binaan keempat, belalang. Idea datang dari LEGO® Galaxy Squad : Star Slicer. Fikir semula, aku pun tak pernah nampak LEGO® buat belalang, so jom cuba. Ambil masa seharian jugak. Yang ini dua kali lebih complex dari binaan sebelum ni.

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini :
Bahagian 2
Link Lego Awesome Malaysia

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com