Isnin

Legoland Malaysia Resort : Minifigure Terhebat / Most Awesome Minifig

Assalamualaikum...

Sepanjang kat Legoland Malaysia Resort : Legoland Theme Park, aku perasan ada satu binaan lego minifigure tu sangat hebat. Di mana minifig lain cuma kaku, tetapi yang ini boleh bergerak, berjalan, duduk, bercakap, ekspresi muka dan banyak lagi. Mesti korang tak percaya kan?


Memperkenalkan minifig keluaran tahun 2012, Muhammad Aisy Thaqif. Memiliki saiz badan yang sama besar, minifig ni pandai berposing. Tangannya mampu bergerak sendiri di tiga paksi berbeza dengan lego yang cuma mampu bergerak pada satu paksi, malah boleh buat aksi letak tangan kat bahu macam tanda "Ini kawan saya". Jangan lupa melawat Omen bila korang pergi kat Legoland ya?


Bukan itu saja, minifig Aisy jugak boleh naik atas kereta, pergi isi minyak dan bawak kereta pergi jalan-jalan. Unik kan?


Selain tu, minifig terhebat ni pandai jugak bertegur sapa dan memuji minifig yang lain.


Recognition sysytem dia pun bagus. Kalau ada kecemasan, dia tau mana nak pergi.


Kalau dah tiba masa untuk balik, dia tau apa nak buat.

Kat mana lagi nak jumpa minifig macam ni kan? Hebat sungguh. Lupa nak cakap, minifig ni kena bagi dia makan dan minum. Dua atau tiga kali sehari kena tukarkan lampin. Kadang-kadang dia ada mintak belikan sesuatu untuk dia. Well, benda yang highly sophisticated kena lah highly maintained kan? Hahahaha

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

9 comments:

MamaAliya berkata... [Reply]

comel sangat minifig tu.legoland mmg best.cuma yang tak best signboard yg kurang.boleh sesat barat orang.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Hahahaha! Masya-Allah! Hebat sungguh minifig bernama Aisy tu! Aunty nak pegi jumpa dgn minifig tu la...agak2, kena beli tiket masuk tak? =p

SalbiahM berkata... [Reply]

comel dan bijak minifig ni..boleh pinjam sehari tak?hehehe

lieyalatif berkata... [Reply]

kalo dah peminat lego tu kan rai dpt dok hotel ni sure hepi kan rai...bdak2 la paling enjoy...mia pun sebok ajak nie...tapi nak buat camne asal balik johor jek check in hotel kampung kakakakaak...mak kang bising jek cucu balik tapi sebok nak dok hotel...kene plan diam2 nampaknye nie hheheheeh

Ann Ishak berkata... [Reply]

bagus minifig ni...pinjam bole :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

bayar mahal ni kalau nak jumpa minifig gini..hahahaa

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

betullah kata orang... buat lah apa kartun pun, bebudak lah yg paling teruja... masa saya kecik2... sanggup tunggu berjam2 masa petang sebab nak tunggu kartun lepas tu asyik fikir nak jadi hero jer hahahaha

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Selalu yg disentuh dan dimain kecik bila nampak besar macam ini mestilah teruja jadinya ye:0

Mar Mansor berkata... [Reply]

seronok sakan dia..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com