Selasa

Perbandingan harga LEGO

Assalamualaikum

Pengalaman beli lego dari luar negara ni, agak menarik bagi kami. Ada macam-macam jenis kedai. Tak kurang jugak bermacam jenis penjual. Beza harga purata based on country, sepanjang pengalaman kami : 



Singapore, 40% lebih mahal dari Malaysia. 
Australia sama ja harga macam kat Malaysia. 
Kat Malaysia sendiri, kalau nak murah sikit, beli kat Toys R Us. Boleh laa dapat dalam 5%-10% jimat dari eBay Malaysia. China cuma 10% murah dari harga lego kat Malaysia. Tak berbaloi sebab postagenya mahal. 
Indonesia & Hong Kong 20% lebih murah dari Malaysia. Belum pernah beli lagi dari diorang sebab takut charge postage mahal. 
Taiwan lebih kurang 30% lebih murah dari kat Malaysia. Finland, 40%-60% lebih murah dari Malaysia. Harga diorang tak sekata. Postage flat rate ikut berat. 
Thailand, harga lego lebih kurang 50% lebih murah dari Malaysia. Postage lebih kurang 50% dari harga barang yang dibeli. 
North Amerika & German, 70%-90% lebih murah. Postage jugak 50% dari harga belian. Kalau nak paling murah, order terus dari LEGO. Kalau belian melebihi USD100, dia bagi penghantaran percuma. Cumanya, dia support pelanggan kat negara dia bertapak je. 

Pasal postage, kami biasa guna USPS Priority International Mail. Sekilo lego lebih kurang RM130.00, 500g lebih kurang RM80. Kalau dari Finland, diorang guna flat rate. Saaangat mahal. Sekilo EUR 35.50, lebih kurang RM152.60 tak termasuk harga kotak. Which jatuh lebih kurang RM180.

Sekarang stok LEGO dah semakin bertambah. Kami ada juga buat jualan parts LEGO murah dari harga pasaran. Kalau ada yang berminat boleh email atau komen dalam entry ni. In future, ada jugak plan nak buat playgroup bagi kanak-kanak 3-12 tahun. Insya allah kami akan update tentang tu kemudian. Ada ke yang berminat nak hantar anak belajar main LEGO dengan kami? Hehehe..


Daa

4 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Agak-agak masa akan datang akan ada pertandingan Lego antara sekolah-sekolah tak? Masa itu pihak sekolah dah kena belilah set Lego..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

nak beli lego sekarang bukan murah kan Rai...
banggalah sebab Rai sekeluarga minat kumpul lego....

wahida berkata... [Reply]

fuhyooo...

makchaq berkata... [Reply]

Aisy dah sihat? makchaq dulu kalau anak2 kecik demam biasanya tak bagi ubat pun.. ambik cuti bagi dia nenen sebanyak mungkin.. alhamdulillah sehari dua dah lega..

Makchaq kebelakang2 ni ada jugak la beli Lego sikit2....tapi yg girl2 punya ja... Nafisah memang girlish habis......

Sekolah ada pertandingan robotik lego.. elok jugak kalau rai dedahkan Aqil dengan robotik tu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com